Hujan waspada – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 11 Feb 2026 20:27:42 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Hujan waspada – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah sehingga esok https://sabahmedia.com/2026/02/12/amaran-hujan-berterusan-tahap-waspada-di-sabah-sehingga-esok/ https://sabahmedia.com/2026/02/12/amaran-hujan-berterusan-tahap-waspada-di-sabah-sehingga-esok/#respond Wed, 11 Feb 2026 19:47:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91473
Read Time:30 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi beberapa kawasan di Sabah selama dua hari sehingga esok.

MetMalaysia memaklumkan hujan berterusan dijangka berlaku di beberapa daerah di Sabah iaitu di Pantai Barat melibatkan Tuaran, Ranau dan Kota Belud.

“Turut dijangka berlaku di Sandakan melibatkan Telupid dan Beluran serta Kudat dalam tempoh dua hari bermula hari ini, sehingga Jumaat, 13 Februari 2026,” katanya.

MET Malaysia menasihatkan orang awam agar sentiasa merujuk maklumat cuaca terkini dan sahih melalui laman web rasmi www.met.gov.my, media sosial rasmi jabatan itu serta aplikasi myCuaca. SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/12/amaran-hujan-berterusan-tahap-waspada-di-sabah-sehingga-esok/feed/ 0 91473
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah https://sabahmedia.com/2026/01/29/metmalaysia-keluar-amaran-hujan-berterusan-tahap-waspada-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/01/29/metmalaysia-keluar-amaran-hujan-berterusan-tahap-waspada-di-sabah/#respond Thu, 29 Jan 2026 14:14:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90637
Read Time:38 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sabah, dengan hujan lebat dijangka berlaku selama tiga hari bermula Jumaat sehingga Ahad.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, kawasan dijangka terjejas ialah Tawau, Kunak dan Lahad Datu.

Turut dilaporkan terlibat sama adalah di Sandakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran dan.

“Amaran ini dijangka akan berlaku dalam tempoh tiga hari bermula 30 Januari iaitu Jumaat sehingga Ahad,1 Februari 2026.

“Amaran ini juga dikeluarkan bagi membolehkan penduduk di kawasan terlibat bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk risiko banjir dan gangguan perjalanan,” menurut kenyataan itu.

MetMalaysia menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa serta mendapatkan maklumat terkini di laman sesawang www.met.gov.my, aplikasi myCuaca, dan media sosial rasmi MetMalaysia. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/29/metmalaysia-keluar-amaran-hujan-berterusan-tahap-waspada-di-sabah/feed/ 0 90637
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah – MetMalaysia https://sabahmedia.com/2025/03/18/amaran-hujan-berterusan-tahap-waspada-di-sabah-metmalaysia/ https://sabahmedia.com/2025/03/18/amaran-hujan-berterusan-tahap-waspada-di-sabah-metmalaysia/#respond Tue, 18 Mar 2025 04:29:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70619
Read Time:47 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sabah, dengan hujan lebat dijangka berlaku selama dua hari bermula Khamis ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, kawasan dijangka terjejas ialah Pantai Barat melibatkan Ranau dan Kota Belud dan Sandakan yang melibatkan Telupid, Kinabatangan dan Beluran selain Kudat.

“Amaran dikeluarkan bagi membolehkan penduduk di kawasan terlibat bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk risiko banjir dan gangguan perjalanan,” menurut kenyataan itu.

Turut mengalami cuaca sama adalah di negeri Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin) selain Johor (Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Manakala di Sarawak, cuaca hujan berterusan adalah melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu sehingga Khamis ini.

MetMalaysia menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa serta mendapatkan maklumat terkini di laman sesawang www.met.gov.my, aplikasi myCuaca, dan media sosial rasmi MetMalaysia. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/18/amaran-hujan-berterusan-tahap-waspada-di-sabah-metmalaysia/feed/ 0 70619