Hujan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 19 Oct 2026 12:01:29 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Hujan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Beberapa kawasan di Sabah dilanda ribut petir malam ini https://sabahmedia.com/2026/10/19/beberapa-kawasan-di-sabah-dilanda-ribut-petir-malam-ini/ https://sabahmedia.com/2026/10/19/beberapa-kawasan-di-sabah-dilanda-ribut-petir-malam-ini/#respond Mon, 19 Oct 2026 11:57:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=105615
Read Time:48 Second

KOTA KINABALU: Beberapa kawasan di Sabah dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 10 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, cuaca ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu melibatkan kawasan Pedalaman, Sandakan, Kudat dan Pantai Barat.

Di kawasan Sandakan, keadaan cuaca itu meliputi Tongod, Kinabatangan, Sandakan, Labuk dan Sugut serta Telupid.

Bagi kawasan Kudat pula, daerah yang terlibat ialah Kudat dan Kota Marudu.

METMalaysia memaklumkan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan kejadian ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi satu jam.

Amaran berkenaan merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga berikutan kemungkinan hujan lebat dan angin kencang yang boleh menjejaskan aktiviti harian serta perjalanan di jalan raya.

Orang ramai juga disaran mendapatkan maklumat cuaca terkini menerusi saluran rasmi METMalaysia.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/19/beberapa-kawasan-di-sabah-dilanda-ribut-petir-malam-ini/feed/ 0 105615
Ribut petir, hujan lebat landa Pantai Barat, Pedalaman Sabah https://sabahmedia.com/2026/10/11/ribut-petir-hujan-lebat-landa-pantai-barat-pedalaman-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/10/11/ribut-petir-hujan-lebat-landa-pantai-barat-pedalaman-sabah/#respond Sun, 11 Oct 2026 09:09:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=105190
Read Time:42 Second

KOTA KINABALU: Kawasan Pantai Barat dan beberapa daerah di Pedalaman Sabah dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat serta angin kencang sehingga jam 8 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan kawasan Pedalaman yang terjejas membabitkan Tambunan, Membakut, Tenom, Keningau, Sook dan Sipitang.

Amaran turut melibatkan kawasan Pantai Barat Sabah, dengan keadaan cuaca buruk dijangka berlaku dalam tempoh amaran berkenaan.

MetMalaysia memaklumkan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berlaku selama lebih sejam.

Menurut agensi itu, amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Sehubungan itu, orang ramai di kawasan terbabit dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan hujan lebat dan angin kencang, khususnya ketika melakukan aktiviti luar atau ketika berada di jalan raya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/11/ribut-petir-hujan-lebat-landa-pantai-barat-pedalaman-sabah/feed/ 0 105190
Peralihan monsun bawa risiko banjir kilat, kepala air dan pokok tumbang https://sabahmedia.com/2026/10/07/peralihan-monsun-bawa-risiko-banjir-kilat-kepala-air-dan-pokok-tumbang/ https://sabahmedia.com/2026/10/07/peralihan-monsun-bawa-risiko-banjir-kilat-kepala-air-dan-pokok-tumbang/#respond Tue, 06 Oct 2026 23:01:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104932
Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU: Orang ramai dinasihatkan supaya meningkatkan kewaspadaan terhadap risiko banjir kilat, kepala air dan pokok tumbang susulan bermulanya fasa peralihan monsun yang dijangka bermula Jumaat ini.

Ketua Pengarahnya, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, fasa peralihan monsun dijangka berlangsung sehingga penghujung Oktober dan menyaksikan keadaan angin lemah dari pelbagai arah di seluruh negara.

Beliau berkata, keadaan itu berpotensi menggalakkan pembentukan awan ribut petir yang boleh menghasilkan hujan lebat, kilat serta angin kencang dalam tempoh singkat.

Katanya, kejadian berkenaan lazimnya berlaku terutama pada waktu petang dan awal malam.

“Kawasan yang berpotensi terjejas termasuk kebanyakan kawasan barat dan pedalaman Semenanjung serta barat Sabah dan Sarawak.

“Fenomena cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat, kepala air, pokok tumbang serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh,” katanya dalam kenyataan di sini.

Sehubungan itu, orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko dinasihatkan supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga ketika berlaku hujan lebat dan ribut petir.

Orang ramai juga disaran merancang aktiviti luar dengan mengambil kira keadaan cuaca, selain mengelak berada di kawasan terbuka atau berhampiran sungai ketika hujan lebat dan ribut petir.

Dalam pada itu, bermulanya fasa peralihan monsun turut menandakan berakhirnya musim Monsun Barat Daya yang bermula pada 14 Mei 2026.

Mohd Hisham berkata, perubahan arah pergerakan angin susulan berakhirnya Monsun Barat Daya dijangka menyebabkan kesan jerebu rentas sempadan dari negara jiran beransur-ansur berkurangan.

Orang ramai disaran mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan cuaca dan sebarang amaran yang dikeluarkan melalui laman web rasmi MET Malaysia, aplikasi myCuaca serta media sosial rasmi jabatan berkenaan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Hotline MET Malaysia di talian 1-300-22-1638.

MET Malaysia turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa peka terhadap perkembangan cuaca sepanjang tempoh peralihan monsun bagi mengurangkan risiko kejadian tidak diingini.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/07/peralihan-monsun-bawa-risiko-banjir-kilat-kepala-air-dan-pokok-tumbang/feed/ 0 104932
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang landa beberapa kawasan di Sabah https://sabahmedia.com/2026/10/01/ribut-petir-hujan-lebat-dan-angin-kencang-landa-beberapa-kawasan-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/10/01/ribut-petir-hujan-lebat-dan-angin-kencang-landa-beberapa-kawasan-di-sabah/#respond Thu, 01 Oct 2026 07:40:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104539
Read Time:59 Second

KOTA KINABALU: Beberapa kawasan di Sabah termasuk Kota Kinabalu dilaporkan mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan keadaan cuaca itu dijangka berlaku di kawasan Pedalaman dan Pantai Barat Sabah.

Di kawasan Pedalaman, amaran melibatkan Beaufort, Membakut, Sipitang, Tambunan, Keningau, Tenom dan Kuala Penyu.

Sementara itu, di kawasan Pantai Barat, ia melibatkan Papar, Penampang, Tuaran, Kota Kinabalu, Putatan dan Kota Belud.

Amaran berkenaan turut melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga jam 7 malam, hari ini.

MetMalaysia memaklumkan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Menurut agensi itu, amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Sehubungan itu, orang ramai di kawasan yang terlibat dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap perubahan keadaan cuaca, terutama ketika melakukan aktiviti luar, selain mengambil langkah keselamatan sewajarnya sekiranya berlaku hujan lebat, ribut petir dan angin kencang.

Amaran itu turut melibatkan beberapa kawasan di Semenanjung dan Sarawak.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat serta perkembangan terkini berkaitan keadaan cuaca melalui saluran rasmi MetMalaysia.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/01/ribut-petir-hujan-lebat-dan-angin-kencang-landa-beberapa-kawasan-di-sabah/feed/ 0 104539
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang landa beberapa kawasan Sabah https://sabahmedia.com/2026/09/28/ribut-petir-hujan-lebat-dan-angin-kencang-landa-beberapa-kawasan-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/09/28/ribut-petir-hujan-lebat-dan-angin-kencang-landa-beberapa-kawasan-sabah/#respond Sun, 27 Sep 2026 22:16:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104321
Read Time:58 Second

KOTA KINABALU: Beberapa kawasan di Sabah termasuk Pantai Barat, Pedalaman dan Sandakan berdepan kemungkinan berlaku ribut petir, hujan lebat serta angin kencang sehingga jam 9 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, keadaan itu dijangka berlaku di beberapa daerah.

Di kawasan Pedalaman, daerah yang terlibat ialah Beaufort, Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Membakut, Keningau, Sook dan Tambunan.

Sementara itu, bagi Pantai Barat, kawasan yang terlibat ialah Kota Kinabalu, Penampang, Papar, Putatan, Tuaran dan Kota Belud.

Amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan di Sandakan, iaitu Sandakan, Labuk dan Sugut serta Kinabatangan.

Selain Sabah, amaran ribut petir turut melibatkan beberapa kawasan di Sarawak, termasuk Limbang serta Miri dan Marudi, selain Wilayah Persekutuan Labuan.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berlaku selama lebih sejam.

Jabatan itu menjelaskan, amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan keadaan cuaca buruk, khususnya ketika melakukan aktiviti luar dan ketika berada di kawasan yang terdedah kepada hujan lebat serta angin kencang.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/28/ribut-petir-hujan-lebat-dan-angin-kencang-landa-beberapa-kawasan-sabah/feed/ 0 104321
Lima kawasan Pantai Barat Sabah berdepan ribut petir pagi ini https://sabahmedia.com/2026/09/22/lima-kawasan-pantai-barat-sabah-berdepan-ribut-petir-pagi-ini/ https://sabahmedia.com/2026/09/22/lima-kawasan-pantai-barat-sabah-berdepan-ribut-petir-pagi-ini/#respond Tue, 22 Sep 2026 00:24:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=103886
Read Time:54 Second

KOTA KINABALU: Lima kawasan di Pantai Barat Sabah termasuk Kota Kinabalu dilaporkan mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 10 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, kawasan terbabit ialah Papar, Penampang, Putatan, Tuaran dan Kota Kinabalu.

Selain Pantai Barat, cuaca sama turut dilaporkan berlaku di beberapa kawasan Pedalaman iaitu Kuala Penyu, Beaufort, Membakut, Pensiangan, Sipitang dan Tenom.

Di bahagian Tawau pula, kawasan yang terlibat ialah Kalabakan dan Tawau.

Amaran itu turut melibatkan beberapa kawasan di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Port Dickson di Negeri Sembilan serta Wilayah Persekutuan Labuan.

METMalaysia menjelaskan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berlaku melebihi satu jam.

Jabatan itu turut memaklumkan amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Sehubungan itu, orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap keadaan cuaca, terutama ketika melakukan aktiviti luar atau berada di kawasan yang terdedah kepada hujan lebat dan angin kencang.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/22/lima-kawasan-pantai-barat-sabah-berdepan-ribut-petir-pagi-ini/feed/ 0 103886
Beberapa kawasan di Sabah dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat mulai hari ini https://sabahmedia.com/2026/09/17/beberapa-kawasan-di-sabah-dijangka-dilanda-ribut-petir-hujan-lebat-mulai-hari-ini/ https://sabahmedia.com/2026/09/17/beberapa-kawasan-di-sabah-dijangka-dilanda-ribut-petir-hujan-lebat-mulai-hari-ini/#respond Thu, 17 Sep 2026 02:00:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=103577
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Beberapa kawasan di barat Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan berpotensi mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang berikutan penumpuan angin baratan yang kencang dijangka berlaku mulai hari ini sehingga hingga 19 September ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, keadaan berkenaan dikenal pasti menerusi analisis model-model ramalan cuaca terkini yang menunjukkan penumpuan angin baratan di beberapa kawasan di negara ini.

Menurut MetMalaysia, selain barat Sabah dan Labuan, keadaan sama turut dijangka berlaku di utara Semenanjung serta utara Sarawak dalam tempoh berkenaan.

“Keadaan ini berpotensi bagi pembentukan garis badai yang boleh membawa ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang lebih panjang di kawasan-kawasan terbabit,” menurut kenyataan itu.

Fenomena garis badai boleh menyebabkan keadaan cuaca berubah dengan pantas, terutama apabila kelompok ribut petir terbentuk dan bergerak merentasi sesuatu kawasan.

Dalam perkembangan sama, MetMalaysia turut memberi perhatian terhadap potensi keadaan berjerebu di beberapa kawasan susulan kewujudan titik panas di rantau ini.

Berdasarkan maklumat ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC), titik panas masih dikesan dalam jumlah yang banyak di selatan Sumatera dan Kalimantan.

Keadaan itu berpotensi menyumbang kepada cuaca berjerebu serta mengurangkan jarak ketampakan khususnya di selatan Semenanjung dan selatan Sarawak sepanjang tempoh ramalan.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap perubahan cuaca dan mendapatkan maklumat terkini daripada sumber rasmi MET Malaysia.

Orang ramai juga disarankan merujuk laman web rasmi MET Malaysia serta saluran media sosial jabatan bagi mendapatkan maklumat dan amaran cuaca yang sahih.

Selain itu, aplikasi myCuaca turut disarankan untuk dimuat turun bagi memudahkan orang awam mendapatkan maklumat cuaca terkini. 

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/17/beberapa-kawasan-di-sabah-dijangka-dilanda-ribut-petir-hujan-lebat-mulai-hari-ini/feed/ 0 103577
Ribut petir, hujan lebat dijangka landa Tawau dan Kudat https://sabahmedia.com/2026/07/26/ribut-petir-hujan-lebat-dijangka-landa-tawau-dan-kudat/ https://sabahmedia.com/2026/07/26/ribut-petir-hujan-lebat-dijangka-landa-tawau-dan-kudat/#respond Sun, 26 Jul 2026 01:31:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100590
Read Time:51 Second

KOTA KINABALU : Penduduk di beberapa kawasan di Sabah dinasihatkan supaya berwaspada susulan amaran ribut petir yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) melibatkan daerah Tawau dan Kudat sehingga pukul 12 tengah hari pada Ahad.

Menurut METMalaysia, kawasan yang dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang ialah daerah Tawau, manakala di Bahagian Kudat melibatkan daerah Pitas dan Kudat.

Amaran itu dikeluarkan susulan petunjuk cuaca yang menunjukkan kemungkinan berlakunya ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi satu jam.

METMalaysia menjelaskan bahawa amaran ribut petir merupakan amaran cuaca jangka pendek yang sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran dan akan dikemas kini mengikut perkembangan keadaan cuaca semasa.

Sehubungan itu, orang ramai khususnya penduduk di kawasan yang terlibat dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap risiko kejadian pokok tumbang, banjir kilat, jalan licin serta angin kencang yang boleh membahayakan keselamatan.

Penduduk juga digalakkan mendapatkan maklumat cuaca terkini menerusi saluran rasmi METMalaysia bagi memastikan mereka sentiasa menerima perkembangan terkini dan dapat mengambil langkah keselamatan sewajarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/26/ribut-petir-hujan-lebat-dijangka-landa-tawau-dan-kudat/feed/ 0 100590
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka landa beberapa daerah di Sabah pagi ini https://sabahmedia.com/2026/07/10/ribut-petir-hujan-lebat-dan-angin-kencang-dijangka-landa-beberapa-daerah-di-sabah-pagi-ini/ https://sabahmedia.com/2026/07/10/ribut-petir-hujan-lebat-dan-angin-kencang-dijangka-landa-beberapa-daerah-di-sabah-pagi-ini/#respond Thu, 09 Jul 2026 22:37:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99613
Read Time:43 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa kawasan di Sabah yang dijangka berterusan sehingga jam 9 pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, kawasan terlibat ialah Pantai Barat meliputi Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud, selain daerah Kudat di bahagian utara negeri ini.

Menurut kenyataan itu, amaran berkenaan dikeluarkan susulan tanda-tanda cuaca yang menunjukkan kemungkinan berlakunya ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam, sama ada hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi tempoh sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang ramai khususnya penduduk di kawasan terlibat dinasihatkan supaya lebih berwaspada, mengelakkan aktiviti luar yang berisiko ketika cuaca buruk serta sentiasa mengikuti maklumat dan amaran cuaca semasa yang dikeluarkan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/10/ribut-petir-hujan-lebat-dan-angin-kencang-dijangka-landa-beberapa-daerah-di-sabah-pagi-ini/feed/ 0 99613
Angin baratan kencang dijangka melanda Sabah, Sarawak dan Semenanjung bermula Rabu ini https://sabahmedia.com/2026/07/06/angin-baratan-kencang-dijangka-melanda-sabah-sarawak-dan-semenanjung-bermula-rabu-ini/ https://sabahmedia.com/2026/07/06/angin-baratan-kencang-dijangka-melanda-sabah-sarawak-dan-semenanjung-bermula-rabu-ini/#respond Mon, 06 Jul 2026 02:01:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99423
Read Time:46 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan penumpuan angin baratan kencang yang berpotensi membawa cuaca buruk di beberapa kawasan bermula Rabu ini.

MetMalaysia menerusi hantaran Facebook memaklumkan, analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan penumpuan fenomena itu dijangka berlaku di utara Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pada 8 hingga 10 Julai 2026.

Cuaca buruk itu turut dijangka melanda kawasan utara dan timur Semenanjung Malaysia pada 10 hingga 12 Julai 2026.

Menurut MetMalaysia, keadaan itu boleh mengakibatkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan, Perairan Phuket serta Selat Melaka Utara.

“Keadaan ini juga berpotensi membentuk garis badai yang membawa cuaca ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang untuk tempoh yang lebih panjang di kawasan terbabit,” menurut hantaran itu.

Orang ramai dinasihatkan sentiasa mendapatkan maklumat cuaca terkini dan sahih menerusi laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta aplikasi myCuaca.-BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/06/angin-baratan-kencang-dijangka-melanda-sabah-sarawak-dan-semenanjung-bermula-rabu-ini/feed/ 0 99423