hukuman mati – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 19 Jun 2025 11:49:09 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png hukuman mati – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hukuman mati diketepikan, lelaki dipenjara 20 tahun dan 10 sebatan https://sabahmedia.com/2025/06/19/hukuman-mati-diketepikan-lelaki-dipenjara-20-tahun-dan-10-sebatan/ https://sabahmedia.com/2025/06/19/hukuman-mati-diketepikan-lelaki-dipenjara-20-tahun-dan-10-sebatan/#respond Thu, 19 Jun 2025 11:49:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75841
Read Time:1 Minute, 14 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dari Sarawak yang dijatuhkan hukuman mati kerana mengedar 2,129.1 gram syabu, terselamat daripada tali gantung.

Mahkamah Rayuan di sini, hari ini, menggantikan hukuman itu kepada penjara 20 tahun dan 10 sebatan atas pertuduhan lebih ringan, iaitu memiliki dadah.

Tiga panel hakim iaitu Dato’ Azman Abdullah, Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Noorin Badaruddin, sebulat suara membenarkan rayuan Anthony Chan Wei Onn terhadap sabitan dan hukuman mati yang dikenakan terhadapnya sebelum ini.

Mahkamah antara lain memutuskan bahawa sabitan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 adalah tidak selamat.

“Namun, berdasarkan keterangan yang dikemukakan semasa perbicaraan, kami mendapati terdapat bukti mencukupi untuk menyokong sabitan di bawah Seksyen 39A(2) ADB. Oleh itu, sabitan di bawah Seksyen 39B(1)(a) diketepikan dan digantikan dengan Seksyen 39A(2),” kata panel hakim.

Anthony, 31, diarahkan menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkapannya, iaitu pada 12 Julai 2019.

Pada 23 Mei 2023, Mahkamah Tinggi di sini telah menjatuhkan hukuman mati terhadap Anthony selepas didapati bersalah mengedar dadah tersebut pada 12 Julai 2019, jam 6.20 petang di premis J&T Express, Jalan Lintas, di sini.

Pertuduhan ketika itu dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) ADB memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Manakala, pertuduhan lebih ringan mengikut Seksyen 39A(2) ADB pula membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun penjara serta 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Anthony diwakili oleh peguam Hamid Ismail.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/19/hukuman-mati-diketepikan-lelaki-dipenjara-20-tahun-dan-10-sebatan/feed/ 0 75841
Lelaki terlepas hukuman mati, digantikan dengan penjara seumur hidup https://sabahmedia.com/2025/06/17/lelaki-terlepas-hukuman-mati-digantikan-dengan-penjara-seumur-hidup/ https://sabahmedia.com/2025/06/17/lelaki-terlepas-hukuman-mati-digantikan-dengan-penjara-seumur-hidup/#respond Tue, 17 Jun 2025 12:33:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75746
Read Time:1 Minute, 1 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki terlepas daripada tali gantung selepas Mahkamah Rayuan yang bersidang di sini menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadapnya dengan hukuman penjara seumur hidup, kerana mengedar dadah.

Tiga panel hakim iaitu Dato’ Azman Abdullah, Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Noorin Badaruddin, sebulat suara mengetepikan hukuman mati yang dikenakan terhadap Ang Eng Khong, 42, selepas membenarkan rayuan Ang terhadap hukuman tersebut.

Ang kini dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selama 30 tahun bermula dari tarikh tangkapannya pada 31 Oktober 2018, serta 12 sebatan.

Pada 6 Februari 2023, Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman mati ke atas Ang selepas didapati bersalah mengedar 1,746.8 gram syabu.

Ang didapati bersalah mengedar syabu itu di Taman Awam Teluk Likas pada 31 Oktober 2018.

Dia dibicarakan penuh atas pertuduhan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan, jika disabit kesalahan.

Terdahulu, peguam Hamid Ismail yang mewakili Ang antara lain memaklumkan bahawa surat representasi anak guamnya telah diterima pihak pendakwaan.

Hamid menjelaskan bahawa representasi itu bertujuan menggantikan hukuman mati kepada penjara seumur hidup selaras dengan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/17/lelaki-terlepas-hukuman-mati-digantikan-dengan-penjara-seumur-hidup/feed/ 0 75746
Warga asing terlepas hukuman mati, terima 33 tahun penjara dan sebatan https://sabahmedia.com/2025/05/19/warga-asing-terlepas-hukuman-mati-terima-33-tahun-penjara-dan-sebatan/ https://sabahmedia.com/2025/05/19/warga-asing-terlepas-hukuman-mati-terima-33-tahun-penjara-dan-sebatan/#respond Mon, 19 May 2025 12:17:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74122
Read Time:1 Minute, 35 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang warga Filipina terlepas daripada tali gantung selepas Mahkamah Rayuan hari ini meringankan hukuman matinya kepada penjara 33 tahun dan 12 sebatan kerana membunuh rakan senegaranya.

Panel tiga hakim terdiri daripada Dato’ Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Mohamed Zaini Mazlan, Dato’ Dr Alwi Abdul Wahab membuat keputusan sebulat suara dan meringankan hukuman mati Ismail Rasad selepas mendengar rayuannya.

Aldin diperintahkan menjalani hukuman penjara mulai tarikh dia ditangkap 1 Mei 2016, pada ketika itu perayu berusia 36 tahun.

Ismail pada 17 Januari 2022 yang memegang dokumen IMM13 dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi kerana membunuh Md Adzmar Alex, 19, yang juga pemegang dokumen IMM13, pada pukul 11.30 malam 1 Mei 2016 di Kampung Rampayan, Manggatal.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang daripada 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun. Jika tidak dihukum mati, tertuduh hendaklah diseksa dengan tidak kurang daripada 12 sebatan, sekiranya sabit kesalahan.

Ismail kemudiannya menfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan pada 19 Januari 2022 bagi mengetepikan sabitan serta hukuman yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi pada 17 Januari 2022.

Sebagai rekod, pada mulanya, Ismail pada 14 Disember 2017 dipenjara 25 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas dia mengaku bersalah kepada tuduhan menyebabkan kematian, yang lebih ringan.

Tertuduh pada mulanya didakwa membunuh, tetapi Mahkamah Tinggi dalam keputusannya pada penghujung kes pendakwaan memutuskan bahawa pendakwaan telah gagal membuktikan semua syarat perlu untuk pembunuhan namun pendakwaan berjaya membuktikan semua syarat untuk tuduhan menyebabkan kematian orang.

Pada 24 September 2019 Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu dan mengetepikan sabitan serta hukuman tuduhan lebih ringan itu, dan memerintah supaya Ismail membela diri terhadap tuduhan asal iaitu membunuh di Mahkamah Tinggi.

Ismail, yang menjadi saksi tunggal pembelaan, memberi keterangan tidak bersumpah dalam pembelaannya.

Peguam Datuk Ram Singh dan Prem Elmer mewakili perayu manakala Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari bagi pihak responden.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/19/warga-asing-terlepas-hukuman-mati-terima-33-tahun-penjara-dan-sebatan/feed/ 0 74122
Mekanik dijatuhkan hukuman mati, edar hampir 200kg syabu https://sabahmedia.com/2024/03/08/mekanik-dijatuhkan-hukuman-mati-edar-hampir-200kg-syabu/ https://sabahmedia.com/2024/03/08/mekanik-dijatuhkan-hukuman-mati-edar-hampir-200kg-syabu/#respond Fri, 08 Mar 2024 08:47:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50758
Read Time:1 Minute, 10 Second

TAWAU: Seorang mekanik dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Tawau hari ini, atas kesalahan mengedar dadah jenis syabu hampir 200 kilogram pada tahun 2021.

Menurut fakta kes, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Kampung Batu Payung dalam daerah Tawau, pada 6 September 2021, jam 7.30 malam.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup atau jika tidak dijatuhkan hukuman mati, dihukum tidak kurang daripada 15 sebatan.

Hakim Datuk Dr Lim Hock Leng menetapkan keputusan itu terhadap tertuduh Tai Chee Khiong, 51, bahawa tertuduh mempunyai pengetahuan dan milikan secara langsung terhadap dadah seberat 199,950.01 gram dan mensabitkannya dengan pertuduhan.

Lim berkata, jika mengambil kira berat dadah bagi semua kes mahkamah di Tawau untuk tempoh tiga tahun, ia tidak menyamai jumlah tangkapan dadah membabitkan kes tertuduh.

Bagaimanapun jelasnya, tertuduh juga tidak menunjukkan sebarang penyesalan atas kesalahan yang dilakukan dan hanya mendiamkan diri apabila diberi peluang bercakap di Mahkamah sebelum hukuman dibacakan.

Mahkamah juga mendapati pihak pembelaan dalam hujahnya hanya menyentuh mengenai kesalahan pertama tertuduh tanpa menyatakan apa-apa mengenai kekesalan anak guamnya.

Sepanjang prosiding perbicaraan, pihak pendakwaan telah mengemukakan lima orang saksi manakala seorang saksi bagi pihak pembelaan iaitu tertuduh sendiri.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hurman Hussain bersama Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Suriana manakala tertuduh diwakili peguam Darmin Achok.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/08/mekanik-dijatuhkan-hukuman-mati-edar-hampir-200kg-syabu/feed/ 0 50758