hulur bantuan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 29 Apr 2023 10:57:27 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png hulur bantuan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 MDNS hulur bantuan mangsa kebakaran Jalan Saga Likas https://sabahmedia.com/2023/04/29/mdns-hulur-bantuan-mangsa-kebakaran-jalan-saga-likas/ https://sabahmedia.com/2023/04/29/mdns-hulur-bantuan-mangsa-kebakaran-jalan-saga-likas/#respond Sat, 29 Apr 2023 10:49:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=33549
Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU: Ketika rakyat Malaysia menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri, malangnya kebakaran berlaku di Jalan Saga Likas pada Rabu memusnahkan 15 rumah dan menyebabkan 17 keluarga kehilangan tempat tinggal.

Berasa simpati dan prihatin terhadap mangsa kebakaran, Majlis Datuk Datuk Negeri Sabah (MDNS) tampil menghulurkan bantuan.

Presidennya, Datuk Claudius Roman
bersama Jawatankuasa Eksekutifnya, Naib Presiden Datuk Awang Sham dan Datuk Verus Sham, Setiausaha Agung Datuk Katherine Lee, Bendahari Agung Datuk Ir. Wilis Ansoi, Penolong Bendahari Agung Datuk Abdul Kadir M.E.Sikanddar, ahli jawatankuasa Datuk Flora Evaritus, Datuk William Majimbon dan Datuk Aloysius Mojibin melawat mangsa sambil menyerahkan sumbangan kepada mereka pada Sabtu.

Sumbangan yang disampaikan berupa barang keperluan seperti makanan, susu, pakaian, selipar, tisu, sabun, tuala, berus gigi, ubat gigi, ubat-ubatan dan keperluan lain kepada setiap keluarga mangsa yang terlibat.

Seramai 118 mangsa termasuk bayi dan warga emas ditempatkan di Dewan Serbaguna Kampung Likas.

Claudius berkata, di mana terdapat keperluan, MDNS akan tampil menghulurkan bantuan dan menyokong mangsa bagi mengurangkan kesakitan dan kehilangan yang ditanggung serta membantu menjadikan hari esok yang lebih baik untuk mereka.

“Perbuatan kasih sayang dan ambil peduli akan sentiasa memberi perubahan kepada mereka yang ditimpa musibah kerana mereka memerlukan rakan dan bantuan pada masa yang sukar itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sepangar Mustapha Sakmud yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia di Jabatan Perdana Menteri turut hadir menyokong sumbangan MDNS bersama sumbangan makanan dan pakaian daripada BTC Group Berhad, diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Abdul Kadir M.E. Sikanddar.

Dalam pada itu, Claudius juga berharap penempatan alternatif yang sesuai untuk mangsa akan ditemui tidak lama lagi dan lebih banyak organisasi akan membantu kerajaan menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa bagi membantu mengurangkan kerugian mereka.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/29/mdns-hulur-bantuan-mangsa-kebakaran-jalan-saga-likas/feed/ 0 33549
Tentera Darat bersama agensi keselamatan hulur bantuan di Kampung Mempakad Laut https://sabahmedia.com/2022/12/25/tentera-darat-bersama-agensi-keselamatan-hulur-bantuan-di-kampung-mempakad-laut/ https://sabahmedia.com/2022/12/25/tentera-darat-bersama-agensi-keselamatan-hulur-bantuan-di-kampung-mempakad-laut/#respond Sun, 25 Dec 2022 08:04:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=26903
Read Time:47 Second

PITAS: Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia( APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) berkerjasama membantu merobohkan sebuah rumah bertempat di Kampung Mempakad Laut dekat sini, hari ini.

Seramai 20 anggota dari Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja (3 RAMD) telah digerakkan bagi membantu kerja-kerja perobohan rumah tersebut bagi mengelakkan kemusnahan kepada 13 buah rumah yang lain di perkampungan tersebut.

Menurut satu kenyataan media hari ini, keputusan bagi merobohkan rumah tersebut telah dibincangkan dalam Mesyuarat Bencana yang dilaksanakan di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Pitas semalam.

Kampung Mempakad terjejas akibat fenomena air pasang besar dan ombak besar pada 23 Dis yang lepas mengakibatkan 13 buah rumah musnah dan 53 yang lain rosak.

Katanya, bantuan sebegini adalah bertepatan dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu “Pengukuhan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam” yang menekankan aspek menjalin hubungan kerjasama di antara organisasi dan agensi awam dalam menangani isu dan krisis yang melanda negara.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/25/tentera-darat-bersama-agensi-keselamatan-hulur-bantuan-di-kampung-mempakad-laut/feed/ 0 26903