Hulur – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 20 Sep 2021 11:17:56 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Hulur – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PBS Hulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Di Tiga Kampung Dalam DUN Moyog https://sabahmedia.com/2021/09/20/pbs-hulur-bantuan-kepada-mangsa-banjir-di-tiga-kampung-dalam-dun-moyog/ https://sabahmedia.com/2021/09/20/pbs-hulur-bantuan-kepada-mangsa-banjir-di-tiga-kampung-dalam-dun-moyog/#respond Mon, 20 Sep 2021 11:04:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6641
Read Time:1 Minute, 0 Second

PENAMPANG: Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini telah menghulurkan sumbangan bantuan kepada 488 penduduk di tiga kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Moyog yang terjejas teruk oleh banjir minggu lalu.

Tiga kampung tersebut ialah Kg. Sugud, Kg. Maang dan Kg. Babah Bunduon.

Sumbangan berupa makanan, peralatan memasak dan wang tunai tersebut disampaikan semasa lawatan pemimpin-pemimpin parti tersebut bagi meninjau keadaan mangsa banjir berkenaan.

Antara yang hadir ialah Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Naib Presiden PBS, Datuk Dr. Joachim Gunsalam; Setiausaha Agung, Datuk Joniston Bangkuai; Ketua Penerangan, Datuk Julita Majungki; Ketua Pemuda, Christoper Mandut; Ketua Bahagian N. 26 Moyog, John Chryso Masabal bersama Pergerakan Pemuda dan ‘Task Force’ team.

Penduduk yang terkesan oleh banjir di kampung-kampung tersebut telah ditempatkan di balai raya-balai raya sebagai pusat penempatan sementara (PPS).

Walau bagaimanapun, ada juga sebahagian daripada mangsa banjir yang sudah kembali ke rumah masing-masing untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan.

Sehubungan itu, Ketua Bahagian PBS N.26 Moyog menerima sumbangan daripada parti untuk membantu mangsa-mangsa banjir berkenaan.

PBS juga mengucapkan terima kasih kepada Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC) yang turut memberikan sumbangan sebanyak 2,055 keping roti bun and 270 keping roti kok kepada mangsa banjir.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/20/pbs-hulur-bantuan-kepada-mangsa-banjir-di-tiga-kampung-dalam-dun-moyog/feed/ 0 6641
Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pedalaman hulur sumbangan https://sabahmedia.com/2021/08/31/gabungan-persatuan-belia-bahagian-pedalaman-hulur-sumbangan/ https://sabahmedia.com/2021/08/31/gabungan-persatuan-belia-bahagian-pedalaman-hulur-sumbangan/#respond Tue, 31 Aug 2021 09:09:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5602
Read Time:1 Minute, 19 Second

BEAUFORT: Prihatin dengan nasib penduduk yang terjejas ketika pandemik Covid-19, Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pedalaman Bawah Sabah tampil menyampaikan bakul makanan dan pelbagai keperluan lain menerusi Program Outreach Komuniti di bahagian pedalaman bawah Sabah.

Pengerusinya, Mazlan @ Joehari Manan berkata, program yang diusahakan itu dilaksanakan di empat daerah di kawasan pedalaman bawah iaitu Beaufort, Sipitang, Membakut dan Kuala Penyu.

Katanya, program itu bertujuan untuk mengeratkan hubungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) gabungan persatuan belia bersama agensi kerajaan serta meningkatkan nilai aktiviti kesukarelawan di kalangan belia bersama komuniti.

“Hari ini, kami menyampaikan sebanyak 100 bakul makanan, 400 kit saya sudah divaksin, 500 bendera tangan, 500 sanitizer, masing-masing sebanyak 100 kotak pelitup separuh muka, apron dan pelindung muka selain 1,500 biji roti bun dari Kim Teck Cheong Berhad.

“Penyerahan bakul makanan diberikan kepada golongan yang memerlukan seperti ibu tunggal dan golongan orang kurang upaya (OKU) serta keluarga yang terjejas pendapatan akibat Covid-19,” katanya ketika ditemui selepas penyerahan bakul makanan kepada penduduk di Kampung Batandok Lubak, hari ini.

Sementara itu, seorang warga emas, Daineh Ojeh, 69, berterima kasih dengan sumbangan bakul makanan yang disampaikan Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pedalaman Bawah Sabah.

“Bantuan yang diberikan itu amat membantu penduduk yang terjejas berikutan kesukaran untuk keluar mendapatkan barang makanan kerana akur dengan prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan kerajaan ketika ini.

“Saya bersyukur kerana keluarga kami antara yang menerima sumbangan ini,” katanya yang turut menjaga isterinya yang menghidap strok sejak tujuh tahun lalu.

Hadir sama, Timbalan Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah, Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS), Siti Norhaini Osli dan Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Beaufort, Tseu Nyuk Yin.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/31/gabungan-persatuan-belia-bahagian-pedalaman-hulur-sumbangan/feed/ 0 5602
ASMAKK dan YADIM Hulur Bantuan di PKPD Kg Manggis Menumbok https://sabahmedia.com/2021/06/21/asmakk-dan-yadim-hulur-bantuan-di-pkpd-kg-manggis-menumbok/ https://sabahmedia.com/2021/06/21/asmakk-dan-yadim-hulur-bantuan-di-pkpd-kg-manggis-menumbok/#respond Mon, 21 Jun 2021 07:54:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1671
Read Time:56 Second

MENUMBOK: Persatuan Alumni SMK Agama Kota Kinabalu dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ( YADIM ) Sabah tampil menyerahkan bantuan bakul makanan kepada 70 buah rumah yang terlibat dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kg Manggis Menumbok semalam (20 Jun).

Rombongan diketuai oleh Pengarah YADIM Sabah Samin Ongki dan Presiden ASMAKK Dr M Kamel Wan Ibrahim.

Samin berkata ketika ditemui di majlis ringkas itu, beliau mengucapkan tahniah atas inisiatif Alumni berkenaan dan mengucapkan terima kasih atas kesudian mereka berkolaborasi dengan YADIM Sabah membantu meringankan beban bagi penduduk yang terkesan ketika pandemik Covid-19 yang melanda negara ini.

Samin turut menasihati penduduk kampung agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPD dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas barisan hadapan yang bertugas 24 jam di kampung berkenaan sepanjang pelaksanaan PKPD ini.

Rombongan turut menemui petugas barisan hadapan yang terdiri Polis, Tentera, RELA dan Jabatan Kesihatan bagi menyampaikan sumbangan penghargaan kepada mereka yang terlibat dalam memantau keadaan kawasan PKPD di Kg Manggis itu.

Pelaksanaan PKPD di Kg Manggis, Menumbok yang bermula sejak 14 Jun lepas dijangka akan berakhir 27 Jun ini akibat dari penularan kes positif Covid-19 meningkat di kawasan tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/21/asmakk-dan-yadim-hulur-bantuan-di-pkpd-kg-manggis-menumbok/feed/ 0 1671