HUMS KOTA BELUD – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 14 Aug 2023 15:03:30 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png HUMS KOTA BELUD – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 HUMS adakan perkhidmatan  Klinik Bergerak di Kota Belud https://sabahmedia.com/2023/08/15/hums-adakan-perkhidmatan-klinik-bergerak-di-kota-belud/ https://sabahmedia.com/2023/08/15/hums-adakan-perkhidmatan-klinik-bergerak-di-kota-belud/#respond Mon, 14 Aug 2023 21:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40108
Read Time:48 Second

Kota Kinabalu : Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) mengadakan perkhidmatan klinik bergerak menerusi Program KRIS (KPT Prihatin Madani) di Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan II, Kota Belud baru-baru ini.

Ketua Pasukan Perubatan HUMS, Dr. Rishaini Elengovan berkata, program tersebut memfokuskan jangkauan (outreach) kesihatan komuniti kepada masyarakat di luar bandar.

“Seramai 35 kakitangan daripada HUMS telah menjadi sukarelawan, terdiri daripada Pegawai Perubatan Pakar, Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian, Pegawai Farmasi dan Jururawat bekerjasama sebagai sebuah kumpulan untuk menjayakan program ini.

“Antara perkhidmatan kesihatan dan perubatan yang dilaksanakan ialah saringan, pemeriksaan asas kesihatan, perawatan kesihatan dan kebersihan diri.

“Kami juga menyediakan konsultasi daripada pakar kesihatan pegawai perubatan selain pemberian ubat-ubatan secara percuma,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya lagi, pelajar juga berpeluang mendapatkan perkhidmatan runding cara pemakanan yang baik bersama sukarelawan yang terlibat.

Program itu telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohammad Yusof Apdal.

Untuk rekod, program tersebut disertai oleh seramai  250 pelajar dan penduduk sekitar. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/15/hums-adakan-perkhidmatan-klinik-bergerak-di-kota-belud/feed/ 0 40108