Hutan balak – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 29 Jul 2025 15:05:24 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Hutan balak – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Jabatan Perhutanan nafi nilai balak RM2.68 juta, sahkan hanya RM31,600 https://sabahmedia.com/2025/07/29/jabatan-perhutanan-nafi-nilai-balak-rm2-68-juta-sahkan-hanya-rm31600/ https://sabahmedia.com/2025/07/29/jabatan-perhutanan-nafi-nilai-balak-rm2-68-juta-sahkan-hanya-rm31600/#respond Tue, 29 Jul 2025 15:05:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78192
Read Time:1 Minute, 0 Second

Sandakan : Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) menafikan dakwaan berhubung nilai dua buah lori yang dirampas di Ranau baru-baru ini dengan muatan balak bernilai RM 2.68 juta seperti yang tular di media sosial.

Ketua Konservator Hutan Jabatan Perhutanan Sabah, Datuk Frederick Kugan berkata, berdasarkan harga pasaran pemprosesan kayu kayan domestik, pihaknya mengesahkan nilai komersial semua balak dianggarkan berjumlah RM 31,600.

Katanya, hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati kedua-dua lori balak telah mengangkut dan memindahkan 59 batang balak.

“Siasatan lanjut JPS mengesahkan semua balak merupakan keluaran dari lesen membalak Borang I pelesen Sabah Energy Corporation Sdn Bhd di daerah Sipitang dan semua bayaran royalti berjumlah RM4,732.70 telah dijelaskan kepada Kerajaan Negeri.

“Susulan kesalahan yang dilakukan, pelesen telah dikenakan denda berjumlah RM1,600,” katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Frederick berkata, penahanan dibuat dalam Operasi Khazanah pada Rabu lalu jam 1.30 di Kampunt  Randagong Ranau. 

Katanya, kedua-dua lori balak ditahan tanpa pas memindah balak ( Removal Pass) dan kebenaran bergerak selepas jam 7 malam hingga 7 pagi dari Jabatan Perhutanan.

Menurutnya lagi, pihaknya sentiasa menjalankan penguatkuasaan bagi memastikan hasil hutan negeri dilindungi dan aktiviti pembalakan dijalankan mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/29/jabatan-perhutanan-nafi-nilai-balak-rm2-68-juta-sahkan-hanya-rm31600/feed/ 0 78192