Hutan Simpan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 20 Nov 2024 12:18:06 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Hutan Simpan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan prihatin terhadap penduduk di Kawasan Hutan Simpan https://sabahmedia.com/2024/11/20/kerajaan-prihatin-terhadap-penduduk-di-kawasan-hutan-simpan/ https://sabahmedia.com/2024/11/20/kerajaan-prihatin-terhadap-penduduk-di-kawasan-hutan-simpan/#respond Wed, 20 Nov 2024 12:18:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64121
Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, menegaskan komitmen Kerajaan Negeri dalam menangani isu penduduk yang telah menetap di kawasan hutan simpan tanpa jaminan pemilikan tanah.

“Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap rakyat yang telah lama menetap di kawasan hutan simpan tanpa sebarang jaminan pemilikan tanah. Oleh itu, kawasan-kawasan hutan simpan yang telah lama didiami oleh rakyat telah dibubarkan untuk tujuan penempatan,” kata Hajiji.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan bagi Jabatan Ketua Menteri di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini, hari ini.

Hajiji turut memaklumkan bahawa langkah ini telah dilakukan di beberapa kawasan, termasuk sebahagian kawasan Hutan Simpan Tg. Tumunong Hallu, Kelas I seluas 140 hektar yang melibatkan Kampung Seri Aman dan sebahagian Hutan Simpan Silam, Kelas I seluas 56 hektar di daerah Lahad Datu.

Beliau menambah bahawa semua cadangan pembubaran kawasan hutan simpan untuk kampung-kampung akan melalui proses kajian dan pemeriksaan terperinci oleh Jabatan Perhutanan Sabah.

“Pemeriksaan lapangan dan pengesahan semula maklumat penduduk melalui Social Baseline Survey akan dijalankan oleh Jabatan Perhutanan Sabah sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa cadangan ini akan dibincangkan dengan lebih mendalam dalam mesyuarat Jawatankuasa Hutan Simpan Negeri Sabah, yang dipengerusikan oleh Setiausaha Hasil Bumi.

Mwnurutnya, langkah ini menunjukkan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan isu berkaitan penduduk di kawasan hutan simpan, dengan mengambil kira kepentingan rakyat tanpa mengabaikan kepentingan pemeliharaan alam sekitar.

“Pendekatan yang teliti dan menyeluruh ini diharap dapat memberikan keadilan kepada penduduk terlibat, sekaligus memastikan pengurusan tanah dan sumber semula jadi di Sabah dilakukan secara berkesan dan bertanggungjawab,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/20/kerajaan-prihatin-terhadap-penduduk-di-kawasan-hutan-simpan/feed/ 0 64121
Seorang Lelaki Tempatan Ditahan Miliki Kayu Gaharu Hutan Simpan https://sabahmedia.com/2021/08/27/seorang-lelaki-tempatan-ditahan-miliki-kayu-gaharu-hutan-simpan/ https://sabahmedia.com/2021/08/27/seorang-lelaki-tempatan-ditahan-miliki-kayu-gaharu-hutan-simpan/#respond Fri, 27 Aug 2021 10:05:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5354
Read Time:1 Minute, 42 Second

TAWAU: Seorang lelaki tempatan ditahan oleh pihak berkuasa kerana memiliki kayu spesies gaharu sebanyak 0.75 kilogram dipercayai diambil daripada kawasan hutan simpan pada Rabu (25 Ogos).

Ketua Konservator Hutan, Frederick Kugan berkata, suspek tersebut berjaya diberkas oleh Pasukan operasi diterajui Tiger Platoon Pasukan Gerakan Am (PGA) dan disertai oleh Jabatan Perhutanan dan Jabatan Hidupan Liar pada hari kesembilan belas Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) berlangsung di kawasan Luasong, Maliau dan Imbak Canyon.

“Dalam operasi itu, Pasukan OBK turut merampas seekor anak pelanduk yang masih hidup, pelbagai spesies ikan air tawar bersama peralatan dan peluru hidup.

“Suspek telah dibawa ke lokap Balai Polis Keningau untuk membolehkan siasatan lanjut Jabatan Perhutanan, Jabatan Hidupan Liar dan Polis,” Kata Frederick dalam kenyataannya yang dimuatnaik dalam laman Facebook Sabah Forestry Department hari ini.

Beliau turut merakamkan tahniah kepada pasukan operasi atas kejayaan besar kes gaharu di Sabah pada tahun ini. Kayu Gaharu adalah spesies yang dilindungi dan spesies terancam di negeri Sabah.

Katanya, sebelum ini Pasukan Khas Jabatan Perhutanan Sabah atau Protect telah melakukan beberapa siri tangkapan di Deramakot, Tawau dan Sandakan.

“Berdasarkan rekod siasatan, pencuri gaharu ini didalangi oleh warga asing rentas negara dan terdapat penglibatan orang tempatan yang bertindak sebagai pembekal makanan dan agen pemasaran.

“Pergerakan pencuri gaharu ini agak sukar dikesan kerana mereka masuk berjalan kaki jauh ke dalam hutan,” jelas Frederik.

Beliau menambah, melalui Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) yang dijalankan ini ketika ini, kita berharap kegiatan pencuri gaharu ini dapat ditangani dan dilumpuhkan.

“Pencuri akan didakwa dengan hukuman yang berat dibawah Enakmen Hutan dan Akta CITES,”katanya.

Frederick Kugan memohon kepada orang awam yang mempunyai maklumat kegiatan mencuri gaharu ini agar segera melaporkan kepada Jabatan Perhutanan supaya tindakan yang pantas dapat diambil.

“Gaharu bukan saja mempunyai nilai pasaran yang sangat tinggi lebih dari itu nilai konservasi juga sangatlah tinggi. Jika tiada langkah-langkah drastik diambil spesies ini sangat berpotensi untuk pupus,”tegasnya.

Beliau sangat menghargai usaha Komander Briged Sabah atas inisiatif yang telah dijalankan dan berharap OBK ini dilanjutkan secara berkala.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/27/seorang-lelaki-tempatan-ditahan-miliki-kayu-gaharu-hutan-simpan/feed/ 0 5354