Hutan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 15 Jun 2026 12:16:31 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Hutan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lelaki ditemukan maut di hutan https://sabahmedia.com/2026/06/15/lelaki-ditemukan-maut-di-hutan/ https://sabahmedia.com/2026/06/15/lelaki-ditemukan-maut-di-hutan/#respond Mon, 15 Jun 2026 12:16:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98272
Read Time:1 Minute, 24 Second

PENAMPANG: Seorang lelaki tempatan ditemukan meninggal dunia di kawasan hutan Kampung Togudon di sini pagi tadi, dipercayai akibat dibidas pokok yang ditebang sendiri ketika menjalankan aktiviti di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang menerima laporan mengenai penemuan mayat lelaki berusia 48 tahun itu pada kira-kira jam 6 pagi.

Menurutnya, mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap di atas laluan kebun di kawasan hutan oleh penduduk kampung.

“Hasil siasatan mendapati mangsa kali terakhir dilihat oleh ahli keluarganya pada petang 10 Jun lalu sebelum memasuki kawasan hutan bagi memeriksa dan menjaga pukat kelawar miliknya.

“Pemeriksaan di lokasi kejadian turut menemukan sebuah mesin pemotong kayu (chainsaw) serta beberapa barangan peribadi milik mangsa berhampiran tempat mayat ditemui,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan pemerhatian awal di lokasi kejadian, mangsa dipercayai mengalami kecederaan parah akibat dibidas pokok yang ditebang sendiri semasa menjalankan aktiviti di kawasan tersebut.

Katanya, pemeriksaan tempat kejadian dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Penampang bersama Pasukan Forensik D10, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiada unsur jenayah dikesan yang boleh dikaitkan dengan kejadian ini,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu untuk bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian.

Kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat dan siasatan lanjut.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis serta tidak menyebarkan gambar atau video kejadian bagi menghormati sensitiviti keluarga dan waris mangsa.

Sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat kes, Inspektor Ahmad Amir Fitri Ab. Rahman di talian 016-4492215 atau menghubungi IPD Penampang di talian 088-712222.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/15/lelaki-ditemukan-maut-di-hutan/feed/ 0 98272
Sabah kekal status negeri karbon negatif https://sabahmedia.com/2026/05/23/sabah-kekal-status-negeri-karbon-negatif/ https://sabahmedia.com/2026/05/23/sabah-kekal-status-negeri-karbon-negatif/#respond Sat, 23 May 2026 08:58:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97185
Read Time:2 Minute, 12 Second

SOOK: Sabah masih mengekalkan status sebagai ‘net carbon sink’ atau negeri karbon negatif berdasarkan data inventori gas rumah hijau serta laporan terkini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, status itu disokong oleh keluasan kawasan berhutan yang signifikan di negeri ini, yang menyumbang secara besar kepada kapasiti penyerapan karbon negara.

Beliau berkata, peranan hutan dalam mengurangkan impak pemanasan global akibat Perubahan Iklim menjadi sangat kritikal kerana hutan berfungsi sebagai “carbon sink”, iaitu kawasan yang menyerap lebih banyak karbon dioksida yang dilepaskan ke atmosfera, seterusnya membantu menstabilkan sistem iklim global.

“Secara tidak langsung, hutan yang telah dikenalpasti sebagai penyumbang kepada aktiviti karbon khususnya hutan paya dan bakau boleh dikembangkan dalam sektor ekonomi alam semulajadi selaras dengan pembangunan sektor Blue Economy dan Green Economy di peringkat negeri.

“Pendekatan pengurusan hutan secara inklusif yang melibatkan komuniti mampu mencapai keseimbangan antara pemuliharaan alam sekitar dan kesejahteraan sosio-ekonomi rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perasmian Hari Hutan Antarabangsa Kebangsaan di Dataran Sook di sini pada Sabtu.

Hajiji berkata, ini terbukti melalui inisiatif Jabatan Perhutanan Sabah yang melaksanakan projek-projek bersama komuniti setempat di bawah Tabung Projek Pemulihan Hutan.

Beliau berkata, program berasaskan komuniti ini termasuklah program penanaman semula hutan terosot melalui pendekatan pemulihan landskap hutan, pemulihan kawasan tadahan air, serta pembangunan sumber pendapatan alternatif berasaskan hasil hutan bukan kayu seperti madu kelulut dan rotan.

” Usaha Kerajaan Negeri turut dibantu melalui penyaluran peruntukan berterusan di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) dan juga Tabung Ecological Fiscal Transfer (EFT).

“Saya dimaklumkan, di bawah Rolling Plan-One (RP-1), Jabatan Perhutanan Sabah telah diperuntukkan sebanyak RM70.8 juta bagi tujuan pelaksanaan projek-projek perhutanan di Sabah, dalam tempoh RMK13.

“Melalui EFT pula, Sabah adalah di antara wilayah penerima dana terbesar, iaitu sebanyak RM126.36 juta sejak tahun 2019. Dana ini telah digunakan untuk melaksanakan projek konservasi biodiversiti. Ini juga menunjukkan pengiktirafan daripada Kerajaan Persekutuan ke atas usaha konservasi yang dijalankan di wilayah ini,” katanya.

Hajiji berkata, tema Hari Hutan Antarabangsa, “Hutan dan Ekonomi”, amat bertepatan bagi menonjolkan peranan hutan bukan sahaja sebagai khazanah alam, tetapi juga sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Sementara itu, Hajiji mengalu-alukan pemilihan daerah Sook sebagai hos kepada majlis ini di luar kawasan ibu negara yang membuka ruang dan peluang kepada rakyat di pedalaman untuk sama-sama meraikan Hari Hutan Antarabangsa peringkat kebangsaan.

“Ini tentunya atas inisiatif dan sokongan padu daripada Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup, selaku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia.

“Kebetulan juga Sook ini baharu juga dinaiktaraf dan diwartakan sebagai daerah penuh pada April tahun lalu; dan hari ini mendapat penghormatan sebagai tuan rumah untuk sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan. Tahniah kepada dearah dan penduduk Sook,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/23/sabah-kekal-status-negeri-karbon-negatif/feed/ 0 97185
Pelan Induk Hutan 25 tahun bagi pengurusan sumber hutan Sabah dirangka: Hajiji https://sabahmedia.com/2026/05/23/pelan-induk-hutan-25-tahun-bagi-pengurusan-sumber-hutan-sabah-dirangka-hajiji/ https://sabahmedia.com/2026/05/23/pelan-induk-hutan-25-tahun-bagi-pengurusan-sumber-hutan-sabah-dirangka-hajiji/#respond Sat, 23 May 2026 07:15:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97187
Read Time:2 Minute, 22 Second

SOOK: Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Sabah sedang merangka satu Pelan Induk Hutan sebagai garis panduan pengurusan sumber hutan Sabah bagi tempoh 25 tahun akan datang.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pelan itu selari dengan aspirasi kerajaan negeri dalam melaksanakan rasionalisasi guna tanah demi memastikan keseimbangan antara pembangunan sosio-ekonomi dan konservasi alam sekitar.

Beliau berkata, pelaksanaan pelan berkenaan akan memastikan semua Kawasan Ekologi Sensitif atau Ecological Sensitive Area (ESA) terus dilindungi tanpa mengabaikan pembangunan mampan demi kesejahteraan rakyat Sabah.

“Perkara ini adalah seiring dengan pelaksanaan Hala Tuju Sabah Maju Jaya melalui Pelan Pembangunan SMJ 2.0, yang diantaranya menetapkan keperluan pembangunan jaringan infrastruktur dan pembangunan hijau,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 di Dataran Sook, di sini pada Sabtu.

Hajiji turut menegaskan Kerajaan Sabah sentiasa komited untuk mengekalkan 50 peratus kawasan litupan hutan negeri, selari dengan Dasar Hutan Sabah 2018.

Beliau berkata, pada masa ini, Sabah masih mengekalkan 63 peratus kawasan litupan hutan negeri meliputi 3.85 juta hektar kawasan yang diwartakan sebagai kawasan hutan simpan dan kawasan perlindungan lain.

“Bagi memperkasa pengurusan hutan negeri dan melindungi khazanah biodiversiti pula, Sabah komited untuk mengekalkan 2.2 juta hektar atau 30 peratus daripada keluasan negeri sebagai Kawasan Terlindung Sepenuhnya (TPA),” katanya.

Hajiji berkata Sabah juga telah mengenal pasti sebahagian kecil kawasan hutan simpan yang terosot dengan keluasan lebih kurang 400,000 hektar untuk tujuan Pembangunan Ladang Hutan, sebagaimana termaktub dalam Pelan Tindakan Pembangunan Ladang Hutan (2022 – 2036).

“Pembangunan Ladang Hutan ini dilihat sebagai salah satu strategi untuk memulihkan produktiviti hutan yang terosot, serta bagi mengurangkan kebergantungan industri perkayuan tempatan terhadap bekalan balak dari hutan asli, dan memastikan sumber bekalan bahan mentah yang berkekalan,” katanya.

Hajiji berkata sebagai manifestasi kepada keseimbangan pembangunan sosio- ekonomi dan perlindungan sumber asli, Kerajaan Sabah dengan kerjasama daripada United Nations Development Programme (UNDP) dan Global Environment Facility (GEF) akan mempelopori pelaksanaan Program Kesan-Kesan Sistem Penghasilan Makanan, Guna Tanah dan Restorasi (FOLUR IP).

“Program ini akan melibatkan Pengurusan Landskap Bersepadu meliputi keluasan lebih kurang 2.1 juta hektar. Ianya akan menyelaras perancangan dan pengurusan guna tanah di Sabah bagi membendung kesan penghasilan minyak sawit, di samping mengekalkan kawasan konservasi hutan bernilai tinggi (HCVF) untuk faedah alam sekitar dan pembangunan.

“Program ini akan dilaksanakan di 12 daerah di Sabah, dan dijangkakan akan memberi faedah kepada lebih kurang 56,000 penduduk kawasan luar bandar,” katanya.

Pada acara yang sama, Hajiji diiringi Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Kurup menyampaikan 1,136 geran tanah Native Title (NT) untuk parlimen Pensiangan dengan jumlah keluasan 2,303.84 hektar (5,692.9 ekar).

Daripada jumlah itu, 295.51 hektar (730.22 ekar) adalah untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Nabawan, 948.82 hektar (2,344.59 ekar) untuk Dun Tulid dan 1,059.51 hektar (2,618.08 ekar) untuk Dun Sook.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/23/pelan-induk-hutan-25-tahun-bagi-pengurusan-sumber-hutan-sabah-dirangka-hajiji/feed/ 0 97187
Khazanah hutan terus diperkasa sebagai aset ekonomi negara https://sabahmedia.com/2026/05/22/khazanah-hutan-terus-diperkasa-sebagai-aset-ekonomi-negara/ https://sabahmedia.com/2026/05/22/khazanah-hutan-terus-diperkasa-sebagai-aset-ekonomi-negara/#respond Fri, 22 May 2026 07:45:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97129
Read Time:1 Minute, 16 Second

KENINGAU: Kerajaan komited memartabatkan khazanah hutan negara bukan sahaja sebagai aset alam sekitar, malah sebagai pemacu ekonomi yang signifikan bagi masyarakat luar bandar.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, tema Hari Hutan Antarabangsa (HHA) tahun ini iaitu ‘Hutan dan Ekonomi’ sangat bertepatan dengan potensi yang dimiliki oleh kawasan pedalaman, khususnya di Sabah.

“Hutan merupakan sumber ekonomi yang mampan. Kita boleh menjana pendapatan melalui sektor ekopelancongan, hasil hutan bukan kayu, serta pembangunan sektor pertanian yang terkawal.

“Ini adalah peluang untuk masyarakat setempat meningkatkan taraf hidup mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis penanaman pokok bersemoena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2026 peringkat Kebangsaan di sini pada Jumaat.

Pada majlis itu, Arthur turut serta menyempurnakan program penanaman 1,000 pokok di Hutan Simpan Sook Lake, di sini.

Menurut Arthur, pemilihan Sabah sebagai lokasi sambutan adalah disebabkan status negeri itu yang memiliki liputan hutan antara yang tertinggi di Malaysia.

Tambahnya, program tiga hari itu juga bertujuan mempromosikan kesedaran bahawa pemeliharaan hutan dan pembangunan ekonomi boleh bergerak seiring demi kesejahteraan rakyat.

“Pelajar sekolah dan golongan muda diseru untuk menjadikan aktiviti penanaman pokok sebagai budaya dan gaya hidup bagi menjamin masa depan bumi yang lebih hijau dan stabil.

“Saya juga mahu rasa cinta terhadap alam sekitar dipupuk sejak di bangku sekolah lagi. Melalui program hari ini, kita melibatkan pelajar dari SMK Sook dan SMK Trus Madi supaya mereka sendiri merasai pengalaman menanam pokok.

“Kita mahu mereka menghargai hutan yang ada hari ini untuk kelangsungan masa depan mereka nanti,” jelasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/22/khazanah-hutan-terus-diperkasa-sebagai-aset-ekonomi-negara/feed/ 0 97129
Pindaan Enakmen Hutan bukti keperihatinan Kerajaan Negeri tunai tuntutan,keluhan rakyat https://sabahmedia.com/2025/07/08/pindaan-enakmen-hutan-bukti-keperihatinan-kerajaan-negeri-tunai-tuntutankeluhan-rakyat/ https://sabahmedia.com/2025/07/08/pindaan-enakmen-hutan-bukti-keperihatinan-kerajaan-negeri-tunai-tuntutankeluhan-rakyat/#respond Tue, 08 Jul 2025 10:51:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76940
Read Time:2 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu: Pindaan Enakmen Hutan (Penubuhan Hutan Simpan dan Pindaan) (Pindaan) 2025 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini membuktikan keperihatinan Kerajaan Negeri menunaikan tuntutan dan keluhan rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob berkata, pindaan ini membabitkan pembubaran tanah dalam kawasan hutan simpan penempatan sedia ada menghilang kebimbangan penduduk di kawasan itu mengenai status penempatan mereka.

“Pindaan ini sangat baik untuk rakyat Sabah, pindaan ini adalah untuk hilangkan kebimbangan dan keperihatinan Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah-Pakatan Harapan Plus.

“Tuntutan penduduk terlibat ditunaikan di mana penempatan tradisional mereka yang sebelum ini mereka duduki dan selagi ia tidak disahkan mereka dalam keadaan bimbang dan tidak stabil serta tidak tentu hala tuju kerana status mereka masih diperosoalkan.

“Tetapi dengan adanya kelulusan seperti yang dibentangkan tadi dan kita bahas dan diluluskan nanti akan terjawab kebimbangan mereka,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Hutan (Penubuhan Hutan Simpan dan Pindaan) (Pindaan) 2025 di Persidangan DUN, di sini pada Selasa 

RUU enakmen ini dibentangkan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Ini bagi membubarkan sebahagian kawasan hutan simpan melibatkan sepuluh hutan simpan pelbagai kelas dengan keluasan keseluruhan lebih kurang 16,728.9 hektar bagi tujuan penempatan dan perkampungan yang sedia ada, melibatkan 40 buah kampung di daerah Sipitang, Tenom, Kemabong, Tawau, Kalabakan, Ranau dan Pitas serta lebih kurang 12,012 orang penduduk.

Pembubaran sebahagian daripada kawasan hutan-hutan simpan ini juga bagi memberi laluan untuk pembinaan Tapak Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Serudong – Simanggaris serta pembangunan kawasan bagi tujuan Pembangunan sosioekonomi negeri.

Daripada jumlah itu, seluas 15,978 hektar Hutan Simpan Sipitang Kelas II (kelas dua) dicadangkan untuk dibubarkan bagi tujuan perkampungan di daerah Sipitang, Tenom dan Kemabong yang melibatkan 36 buah kampung yang termasuk di dalam kawasan hutan simpan, serta memberikan kawasan yang mencukupi untuk aktiviti sara hidup penduduk setempat.

Dr Yusof berkata, penduduk di kawasan terlibat di Sipitang di Mendulong, Solob, Pakiak, Tunas Baru, Ulubol, Meligan, Iburu, Long Mio dan Long Pasia merakamkan terima kasih kepada Kerajaan negeri kerana telah meluluskan pembubaran hutan simpan ini.

Katanya, penempatan terlibat di Sipitang adalah dalam kawasan hutan simpan bekas tanah Sabah Forest Industries (SFI) sebagai konsesi yang tidak boleh dikacau.

“Permintaan ini telah dijawab dan ini merupakan hadiah kepada penduduk terlibat,” katanya sambil menambah pembahagian lot-lot di penempatan terlibat perlu dibuat secara tersusun.

Menurutnya, pembahagian dilakukan mengikut lot rumah, kemudahan awam, rumah ibadat, sekolah dan kemudahan sukan.

Dalam pada itu, beliau berkata mungkin ada pihak di luar sana menyatakan ini merupakan keputusan diambil bila mahu pilihan raya.

“Ini sudah lama kita perjuangkan demi kesejahteraan penduduk di penempatan sedia ada di kawasan hutan simpan,” kata Dr Yusof yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/08/pindaan-enakmen-hutan-bukti-keperihatinan-kerajaan-negeri-tunai-tuntutankeluhan-rakyat/feed/ 0 76940
Jabatan Perhutanan Sabah nafi laporan mengenai aktiviti pembalakan haram https://sabahmedia.com/2024/12/06/jabatan-perhutanan-sabah-nafi-laporan-mengenai-aktiviti-pembalakan-haram/ https://sabahmedia.com/2024/12/06/jabatan-perhutanan-sabah-nafi-laporan-mengenai-aktiviti-pembalakan-haram/#respond Fri, 06 Dec 2024 10:50:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64988
Read Time:46 Second

BERNAMA

Kota Kinabalu : Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) hari ini menafikan dakwaan berlaku aktiviti pembalakan haram di negeri ini seperti dilaporkan dalam dua artikel baru-baru ini. 

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, JPS memaklumkan artikel itu telah secara silap memetik kenyataan akhbar yang dikeluarkan jabatan berkenaan.

“Ini tindakan tidak bertanggungjawab yang mempunyai niat jahat. Jabatan Perhutanan Sabah akan membuat laporan polis,” menurut kenyataan itu. 

Artikel itu ialah ‘Illegal Logging In Sabah’ yang diterbitkan pada 1 Disember dan “Sabah Forestry Admits Log Extraction and Export – Says Timber is Disease Ridden” pada 3 Disember oleh Sarawak Report.

Berkenaan dakwaan seperti yang terkandung dalam artikel pertama bahawa kayu balak dikeluarkan tanpa bayaran yang sepatutnya adalah tidak betul.

Mengenai isu wabak penyakit Ceratocystis, penyelarasan dengan Yayasan Sabah telah dilaksanakan untuk membendung dan menghapuskan ancaman yang dicetuskan oleh penyakit itu.

Isu berkenaan juga telah dibincangkan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri pada bulan lepas.- BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/06/jabatan-perhutanan-sabah-nafi-laporan-mengenai-aktiviti-pembalakan-haram/feed/ 0 64988
Sabah siasat dakwaan tanah hutan simpan diiklankan untuk dijual https://sabahmedia.com/2024/07/29/sabah-siasat-dakwaan-tanah-hutan-simpan-diiklankan-untuk-dijual/ https://sabahmedia.com/2024/07/29/sabah-siasat-dakwaan-tanah-hutan-simpan-diiklankan-untuk-dijual/#respond Mon, 29 Jul 2024 15:35:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58267
Read Time:1 Minute, 10 Second

BERNAMA

Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah akan menyiasat dakwaan terdapat kawasan hutan hujan di negeri itu diiklankan untuk dijual di laman sosial.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata pada masa ini pihaknya belum mendapat maklumat lanjut berhubung perkara itu.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai khususnya rakyat Sabah supaya tidak mudah terpengaruh mahupun terlalu percaya dengan sebarang maklumat disebarkan menerusi media sosial tanpa penjelasan daripada agensi atau jabatan kerajaan berkaitan.

“Dalam pautan media sosial ini banyak yang temberang dan juga buat fitnah. Saya harap orang ramai jangan terlampau percaya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pengiktirafan Kecemerlangan Akademik Ke-12 Jabatan Pendidikan Sabah 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu pautan tular dimuat naik dalam sebuah platform media sosial Jumaat lepas, yang mendakwa terdapat senarai tanah di kawasan hutan hujan seluas 80,000 hektar membabitkan Sabah dan Sarawak diiklankan untuk dijual di laman sesawang jual beli.

Pautan itu dimuat naik oleh sebuah badan mendakwa sebagai pemerhati bebas serantau yang menjalankan penyelidikan serta analisis mengenai isu berkaitan iklim.

Sementara itu, Ketua Konservator Hutan Sabah Datuk Frederick Kugan dilaporkan berkata Jabatan Perhutanan negeri akan menyiasat dakwaan dua hutan simpan diiklankan untuk dijual di negeri ini, selain menasihati orang ramai supaya menghubungi jabatan itu berhubung sebarang perkara berkaitan hutan simpan.

Frederick turut menyifatkan perbuatan itu sebagai ‘menyedihkan’ dan dilakukan dengan niat untuk menipu bakal pelabur. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/29/sabah-siasat-dakwaan-tanah-hutan-simpan-diiklankan-untuk-dijual/feed/ 0 58267
Pelan Tindakan Pembangunan Ladang Hutan jadi panduan transformasi ladang hutan di Sabah https://sabahmedia.com/2022/03/25/pelan-tindakan-pembangunan-ladang-hutan-jadi-panduan-transformasi-ladang-hutan-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/03/25/pelan-tindakan-pembangunan-ladang-hutan-jadi-panduan-transformasi-ladang-hutan-di-sabah/#respond Fri, 25 Mar 2022 06:27:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13469
Read Time:2 Minute, 17 Second

TUARAN: Pelan Tindakan Pembangunan Ladang Hutan 2022-2036 (Action Plan On Forest Plantation Development 2022 – 2036) yang dirangka Jabatan Perhutanan Sabah akan dijadikan sebagai panduan dalam mentransformasikan ladang hutan di negeri ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, inisiatif itu akan menjadi pelan tindakan pembangunan ladang hutan bagi tempoh 15 tahun akan datang.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mendengar penerangan mengenai hutan simpan bakau sulaman lake sempena pelancaran Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Sabah di Hutan Simpan Sulaman Lake, Tuaran di sini pada Jumaat.

“Ini adalah tindakan strategik dan penentu untuk mengubah ladang hutan kita ke arah mencapai penggunaan tanah yang mampan untuk mengukuhkan tanaman hasil kayu di Sabah.

“Pelan tindakan ini memberi panduan dalam pembangunan ladang hutan mengikut prinsip pengurusan hutan lestari, seperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (2021-2025) dan Dasar Hutan Sabah 2018,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perasmian Sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2022 peringkat negeri Sabah di Hutan Simpan Sulaman Lake disini hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menanam pokok sebagai simbolik sempena pelancaran Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Sabah di Hutan Simpan Sulaman Lake, Tuaran di sini pada Jumaat.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Jeffery G. Kitingan yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan; Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif; Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato’ Sarul Bahiyah Abu dan Ketua Konservator Hutan Jabatan Perhutanan Sabah, Datuk Frederick Kugan.

Hajiji berkata, beliau berharap menjelang tahun 2035, sasaran 400,000 hektar ladang hutan dan keupayaan kapasiti pengeluaran sekurang-kurangnya enam juta meter padu setahun akan tercapai.

Katanya, bagi mencapai sasaran itu, sejumlah 23,850 hektar penanaman telah ditetapkan kepada 18 buah Perjanjian Lesen Pengurusan Hutan Mampan (SFMLA) pada tahun ini.

“Pencapaian sasaran ini bagaimana pun memerlukan komitmen padu pemain sedia ada, dan pelaburan baharu.

“Justeru, saya menggesa kepada semua pemegang lesen SFMLA untuk kekal komited dan berusaha gigih dalam  mencapai sasaran bagi kawasan masing-masing,” katanya.

Caption Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyerahkan buku Action Plan on Forest Plantation Development (2022-2036) kepada Presiden Timber Association of Sabah (TAS), Norman Wong (kiri) sempena pelancaran Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Sabah di Hutan Simpan Sulaman Lake, Tuaran di sini pada Jumaat.

Dalam perkembangan berkaitan, Hajiji turut berasa bangga kerana negeri Sabah berjaya melakar kejayaan signifikan dalam mendahului rekod pencapaian penanaman pokok di seluruh Malaysia menerusi Kempen Penghijauan Negara melalui Penanaman 100 Juta Pokok, pada suku pertama tahun ini.

“Saya berharap rekod ini dapat dikekalkan dan seterusnya Sabah dapat mencapai sasaran penanaman 8 juta pokok pada tahun ini.

“Justeru, saya ingin menyeru kepada seluruh rakyat Sabah, terutamanya para hadirin sekalian untuk sama-sama menggiatkan inisiatif ini di kawasan masing-masing,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/25/pelan-tindakan-pembangunan-ladang-hutan-jadi-panduan-transformasi-ladang-hutan-di-sabah/feed/ 0 13469
DUN Sabah : Kerajaan Laksana Pelbagai Usaha Lindungi Alam Sekitar , Hutan Di Sabah https://sabahmedia.com/2022/03/22/dun-sabah-kerajaan-laksana-pelbagai-usaha-lindungi-alam-sekitar-hutan-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/03/22/dun-sabah-kerajaan-laksana-pelbagai-usaha-lindungi-alam-sekitar-hutan-di-sabah/#respond Tue, 22 Mar 2022 06:09:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13328
Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan sentiasa melaksanakan pelbagai usaha untuk mengurus dan melindungi alam sekitar termasuk hutan di Negeri Sabah.

Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata, ini termasuklah menerima pakai Dasar Alam Sekitar Negeri Sabah pada tahun 2017 dan seterusnya meluluskan  pemakaian Pelan Tindakan Dasar Alam Sekitar Negeri Sabah pada 9 Oktober 2019.

Katanya, dasar dan pelan tindakan tersebut menggariskan sebanyak 83 strategi dan 195 tindakan, yang mana 19 strategi dan 30 tindakan bertujuan melindungi kawasan hutan dan mengurangkan pencemaran alam sekitar.

“Kementerian saya melalui Jabatan Perlindungan Alam Sekitar, Jabatan Hidupan Liar dan Taman-Taman Sabah menjalankan pelbagai program dan aktiviti bertujuan untuk meminimakan pencemaran alam sekitar serta melindungi kawasan hutan di Sabah mengikut perundangan yang dikuatkuasakan.

“Kawasan perhutanan ditadbir urus berpandukan kepada Enakmen Perhutanan 1968 yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Perhutanan Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Tan Lee Fatt (DAP-Likas) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Jafry berkata, dari aspek perundangan, Jabatan Perlindungan Alam Sekitar menguatkuasakan Perintah Perlindungan Alam Sekitar (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Alam Sekitar) 2005.

Katanya, perintah itu menghendaki keperluan pengemukaan dan kelulusan Laporan Cadangan Langkah-Langkah Pengurangan dan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar bagi kawasan pembalakan atau pemajuan ladang hutan dengan keluasan 100 hektar atau lebih.

“Kawasan pembalakan atau pemajuan ladang yang telah memperoleh kelulusan Laporan PMM atau Laporan EIA, akan dikehendaki untuk mematuhi syarat-syarat alam sekitar merangkumi perlindungan kawasan cerun, perlindungan tadahan air, perlindungan kawasan sungai, perlindungan flora dan fauna, kawalan bahan minyak dan kawalan sisa biomas. 

“Kegagalan mematuhi syarat-syarat alam sekitar yang ditetapkan akan menyebabkan pemaju projek boleh dikenakan denda maksimum RM100,000 atau penjara selama tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, atau dikenakan kompaun sebanyak 50 peratus amaun denda bagi kesalahan tersebut,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/22/dun-sabah-kerajaan-laksana-pelbagai-usaha-lindungi-alam-sekitar-hutan-di-sabah/feed/ 0 13328
Sam Mannan Dilantik Profesor Adjung FPT UMS https://sabahmedia.com/2022/03/18/sam-mannan-dilantik-profesor-adjung-fpt-ums/ https://sabahmedia.com/2022/03/18/sam-mannan-dilantik-profesor-adjung-fpt-ums/#respond Fri, 18 Mar 2022 05:21:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13156
Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Mantan Ketua Konservator Hutan Sabah, Datuk Sam Mannan menerima pelantikan sebagai Profesor Adjung di Fakulti Perhutanan Tropika (FPT), Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Penyampaian surat lantikan disempurnakan Pendaftar UMS,  Luqman Ridha, di sini baru-baru ini dan turut disaksikan Dekan FPT UMS, Prof. Madya Dr. Normah Awang Besar @Raffie, dan Pemegang Kursi Perhutanan Datuk Kelvin Tan Aik Pen UMS, Prof. Madya Dr Berhaman Ahmad.

Menurut Normah, pelantikan itu memberi manfaat besar untuk mengangkat fakulti dan UMS ke tahap lebih tinggi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Sebagai mantan Ketua Pemulihara Hutan Sabah (Chief Conservator Forest),  Sam Mannan merupakan seorang yang cukup berpengalaman dalam bidang perhutanan selain mempunyai jaringan hubungan luar yang luas.

“FPT berasa sangat bertuah dan menyambut baik kehadiran beliau. Saya ucapkan selamat datang dan selamat menjadi warga Fakulti Perhutanan Tropika UMS,” katanya dalam kenyataan disini kelmarin.

Sementara itu, Sam Mannan dalam acara itu turut merakamkan ucapan terima kasih atas lantikan tersebut. 

“Dengan pengalaman yang ada, saya berhasrat untuk bersama-sama dengan kepimpinan universiti dan fakulti membawa FPT terus maju ke hadapan khususnya dalam bidang perhutanan.

“Saya sangat menggalakkan kakitangan akademik terus menambah ilmu dan pengalaman melalui penyertaan latihan-latihan  di peringkat antarabangsa, contohnya seperti di New Zealand,” katanya.

Untuk rekod, Sam Mannan dilantik Profesor Adjung di FPT UMS selama dua tahun berkuat kuasa 14 Mac lalu.

Sebagai Profesor Adjung, beliau antara lain dikehendaki menyampaikan syarahan umum dalam bidang perhutanan, menjadi penasihat akademik kepada ahli akademik fakulti, mentor dalam bidang penyelidikan dan konsultansi, membantu mengeratkan hubungan UMS dengan organisasi luar serta membantu untuk mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) fakulti.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/18/sam-mannan-dilantik-profesor-adjung-fpt-ums/feed/ 0 13156