hwkks – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 06 Jul 2026 02:42:40 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png hwkks – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 HWKKS cipta sejarah berjaya pisahkan kembar siam ‘Pygopagus’ https://sabahmedia.com/2026/07/06/hwkks-cipta-sejarah-berjaya-pisahkan-kembar-siam-pygopagus/ https://sabahmedia.com/2026/07/06/hwkks-cipta-sejarah-berjaya-pisahkan-kembar-siam-pygopagus/#respond Mon, 06 Jul 2026 02:41:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99431
Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU : Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) sekali lagi melakar sejarah dalam perkhidmatan kesihatan apabila berjaya melaksanakan pembedahan pemisahan pasangan kembar siam jenis ‘pygopagus’ pada 2 Julai lalu di Dewan Bedah Utama, HWKKS.

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dalam satu kenyataan memaklumkan, pasangan kembar dari kawasan pedalaman Sabah itu merupakan bayi perempuan pra-matang berusia 32 minggu yang mana salah seorang mengalami masalah jantung dan kegagalan buah pinggang.

Justeru itu, JKNS memaklumkan pembedahan pemisahan perlu dilakukan seawal umur 28 hari berbeza dengan pembedahan pemisahan yang biasanya dilakukan pada usia empat hingga enam bulan.

“Pembedahan ini dijayakan dengan kolaborasi pelbagai disiplin kepakaran termasuk pakar dari semenanjung yang terdiri daripada pasukan Neonatologi, Anestesiologi, Pembedahan Pediatrik, Pembedahan Otak dan Saraf Tulang Belakang.

“Turut terlibat pasukan Neurosurgeri, Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif, Radiologi serta pasukan jururawat dan staf sokongan klinikal yang lain.

“Pasangan bayi kembar siam ini telah berjaya dipisahkan dan kedua-duanya berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani pemantauan di unit rawatan rapi neonatal (NICU) HWKKS,” menurut kenyataan itu di sini pada Isnin.

Kembar siam Pygopagus merujuk kepada percantuman di bahagian tulang punggung ‘sacrum, neural tube’, bahagian bawah saluran pencernaan dan alat kelamin.

Kejayaan pembedahan ini mencerminkan dedikasi dan komitmen warga kerja HWKKS dalam menyediakan rawatan terbaik kepada pesakit kanak-kanak yang mengalami ‘Complex congenital anomalies’.

Dengan adanya perluasan kepakaran khusus sebegini di negeri Sabah, kanak-kanak yang menghidap penyakit anomali kongenital kompleks dapat menerima akses rawatan dengan lebih cepat di samping mengurangkan beban emosi, kewangan, dan logistik yang perlu ditanggung oleh keluarga.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/06/hwkks-cipta-sejarah-berjaya-pisahkan-kembar-siam-pygopagus/feed/ 0 99431
SHAREDA Sumbang Dana Kepada HWKKS Bagi Dapatkan Peralatan Perubatan Penting https://sabahmedia.com/2021/08/14/shareda-sumbang-dana-kepada-hwkks-bagi-dapatkan-peralatan-perubatan-penting/ https://sabahmedia.com/2021/08/14/shareda-sumbang-dana-kepada-hwkks-bagi-dapatkan-peralatan-perubatan-penting/#respond Sat, 14 Aug 2021 03:59:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4592
Read Time:51 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA) telah menyumbang sejumlah RM100,000 kepada Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) bagi mendapatkan peralatan perubatan yang penting.

Presiden SHAREDA Datuk Chua Soon Ping berkata, ramai dalam kalangan wanita mengandung telah dijangkiti COVID-19 dan memerlukan pembedahan untuk bersalin disebabkan wabak yang menjadi ancaman utama kepada bayi yang belum dilahirkan.

“Oleh kerana bilangan ibu mengandung yang dijangkiti COVID-19 semakin meningkat (kategori 4 dan 5), ramai dalam kalangan mereka juga terpaksa bersalin menggunakan kaedah pembedahan.

“Oleh itu, hospital memerlukan dana bagi mendapatkan lebih banyak kemudahan berkaitan untuk mengatasi kekurangan dihadapi. Saya juga berharap lebih banyak syarikat swasta akan tampil ke hadapan untuk membantu HWKKS di sini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Pada majlis itu, Chua menyerahkan bantuan kepada Pengarah Hospital HWKKS Dr Marcus Netto.

Beliau berkata, selepas mengetahui bahawa hospital berkenaan berhadapan dengan kekurangan kemudahan itu, SHAREDA terus mewujudkan pungutan dana amal dalam kalangan ahli serta jawatankuasanya. “Kami berharap sumbangan RM100,000 ini akan mengurangkan bebanan HWKKS,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/14/shareda-sumbang-dana-kepada-hwkks-bagi-dapatkan-peralatan-perubatan-penting/feed/ 0 4592
PICK : HWKKS Laksana Program Vaksinasi COVID-19 Kepada Ibu Selepas Bersalin https://sabahmedia.com/2021/07/11/pick-hwkks-laksana-program-vaksinasi-covid-19-kepada-ibu-selepas-bersalin/ https://sabahmedia.com/2021/07/11/pick-hwkks-laksana-program-vaksinasi-covid-19-kepada-ibu-selepas-bersalin/#respond Sun, 11 Jul 2021 12:41:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2914
Read Time:53 Second

KOTA KINABALU: Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah (HWKKS) menjadi hospital pertama melaksanakan Program Vaksinasi Covid-19 bagi ibu selepas bersalin (postnatal).

Pengarahnya, Dr Marcus Netto berkata, program itu akan diteruskan dengan lebih ramai lagi penyertaan daripada para ibu selepas bersalin dan sedang menyusukan bayi. 

“Melalui program ini, kita dapat menggalakkan golongan ibu postnatal, ibu mengandung dan yang menyusukan bayi untuk mendapatkan vaksin.

“Dengan memastikan golongan ibu menerima suntikan vaksin sebelum meninggalkan hospital, daya tahan tubuh dapat dibina bagi mengurangkan risiko jangkitan.

“Program suntikan vaksin yang dilakukan secara mobilisasi di wad juga memudahkan agar para ibu yang baru melahirkan tidak perlu ke pusat pemberian vaksin kerana mereka juga merupakan golongan berisiko tinggi,” katanya ketika ditemui media di sini, baru-baru ini. 

Pada hari pertama pelaksanaan program itu, seramai 13 orang ibu postnatal menerima suntikan vaksin Covid-19 yang diberikan oleh Penyelia Jururawat, Sr Mariah Ayong.

Hadir sama, Ketua Jabatan O&G Hospital, Datuk Dr Soon Ruey, Ketua Penyelaras Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan (PICK) HWKKS, Dr Christine Lu.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/11/pick-hwkks-laksana-program-vaksinasi-covid-19-kepada-ibu-selepas-bersalin/feed/ 0 2914