Ibadah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 10 Jan 2023 08:36:39 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ibadah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kuota haji Malaysia kembali kepada 31,600 jemaah https://sabahmedia.com/2023/01/10/kuota-haji-malaysia-kembali-kepada-31600-jemaah/ https://sabahmedia.com/2023/01/10/kuota-haji-malaysia-kembali-kepada-31600-jemaah/#respond Tue, 10 Jan 2023 08:36:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27686
Read Time:46 Second

CYBERJAYA — Kuota jemaah haji Malaysia tahun ini dikembalikan seperti sebelum pandemik Covid-19, iaitu 31,600 berbanding 14,306 jemaah, tahun lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar, berkata perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat khas bersama Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Tawfiq Fawzan Al-Rabia.

“Sehubungan dengan itu, saya sukacitanya ingin mengumumkan kuota haji Malaysia yang diterima daripada kerajaan Arab Saudi adalah sebanyak 31,600 orang untuk tahun 1444H/2023M.

“Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya menzahirkan rasa amat bersyukur dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi atas kuota penuh ini,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, dalam pertemuan itu, Tawfiq memuji Malaysia khususnya Lembaga Tabung Haji (TH) atas pengendalian haji terbaik, sistematik dan tahap layanan jemaah haji yang patut dicontohi.

“Saya telah memberikan penegasan bahawa TH akan sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada bakal jemaah haji Malaysia dan akan mematuhi ketetapan daripada kerajaan Arab Saudi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/10/kuota-haji-malaysia-kembali-kepada-31600-jemaah/feed/ 0 27686
Hajiji Sempurnakan Program Ibadah Qurban IPD Tuaran https://sabahmedia.com/2021/07/20/hajiji-sempurnakan-program-ibadah-qurban-ipd-tuaran/ https://sabahmedia.com/2021/07/20/hajiji-sempurnakan-program-ibadah-qurban-ipd-tuaran/#respond Tue, 20 Jul 2021 05:40:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3325
Read Time:1 Minute, 5 Second

TUARAN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyempurnakan Program Ibadah Qurban Peringkat Ibu Pejabat Polis (IPD) Tuaran di Dewan Jomo, IPD Tuaran, hari ini.

Beliau bersama Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri, Datuk Jahid Jahim (ADUN Tamparuli) dan Pembantu Menteri Kewangan Negeri, Jasnih Daya (ADUN Dalit) dan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai (ADUN Kiulu) secara simbolik menyerahkan lembu korban kepada Ketua Polis Daerah Tuaran DSP Mohd Hamizi Halim.

Hajiji dalam perutusannya sempena Hari Raya Aidiladha berkata, tahun ini merupakan kali kedua umat Islam seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidiladha dalam suasana norma baharu akibat pandemik COVID-19.

“Bagi kita umat Islam di Sabah, iktibar daripada Aidiladha menjadi panduan dalam menghadapi ujian besar asbab wabak yang menular.

“Aidiladha menatijahkan erti kesabaran. Dalam keadaan dan cabaran yang sedang dihadapi ketika ini, kita dituntut agar sentiasa bersabar, bersyukur, bermuhasabah diri, berlapang dada dan bersama-sama menempuhnya.

“Raikan Aidiladha ini bersama keluarga di rumah masing-masing dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Semoga Aidiladha tahun ini dapat memberikan manfaat dan kebaikan, terutamanya dalam aspek memelihara hubungan kekeluargaan seperti yang dianjurkan oleh Islam iaitu sifat saling memaafkan yang termasuk sebagai salah satu syarat maghfirah dari Allah SWT”, katanya.

Hadir sama di majlis itu ialah Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Abdul Kassim Razali.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/20/hajiji-sempurnakan-program-ibadah-qurban-ipd-tuaran/feed/ 0 3325