ibu bapa – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 18 Oct 2025 08:37:02 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ibu bapa – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerjasama ibu bapa dan guru penting bentuk anak-anak berakhlak dan berjaya https://sabahmedia.com/2025/10/18/kerjasama-ibu-bapa-dan-guru-penting-bentuk-anak-anak-berakhlak-dan-berjaya/ https://sabahmedia.com/2025/10/18/kerjasama-ibu-bapa-dan-guru-penting-bentuk-anak-anak-berakhlak-dan-berjaya/#respond Sat, 18 Oct 2025 08:36:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83623
Read Time:1 Minute, 44 Second

Oleh Silar Pinikit

NABAWAN: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memainkan peranan penting dalam memastikan perkembangan pembelajaran serta pembentukan sahsiah murid di sekolah mahupun di luar sekolah.

Ketua Daerah Nabawan, Ulin Datuk Pamiang, berkata ibu bapa dan guru perlu saling bekerjasama serta mengeratkan hubungan silaturahim agar anak-anak sentiasa dipantau bukan sahaja ketika berada di sekolah, tetapi juga di rumah dan di mana sahaja mereka berada.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program “Tinauh” anjuran PIBG Sekolah Kebangsaan (SK) Salarom pada Khamis.

Ulin yang juga Timbalan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Nabawan hadir mewakili Ketua Bahagian, Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin.

Menurutnya, penganjuran Program “Tinauh” mencerminkan semangat perpaduan dalam kalangan komuniti Murut yang dapat bekerjasama dan bersatu melalui kepelbagaian budaya serta adat istiadat.

“Apa yang penting, objektif kita jelas memberi manfaat kepada semua pihak khususnya komuniti sekolah dan masyarakat setempat,” katanya.

Beliau menambah, program sebegini bukan sahaja mengukuhkan perpaduan tetapi juga menjadi medan pertemuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ibu bapa, guru dan penduduk setempat.

Mengulas mengenai peranan kerajaan negeri terhadap PIBG di seluruh Sabah, Ulin berkata PIBG digalakkan menganjurkan pelbagai program bermanfaat serta boleh memohon bantuan daripada kerajaan negeri bagi menjayakan inisiatif mereka.

Katanya, kerajaan negeri yang diterajui oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sentiasa komited membantu PIBG melalui pelbagai inisiatif pendidikan termasuk bantuan aktiviti PIBG Sabah.

“Kita perlu berterima kasih atas pelbagai inisiatif kerajaan negeri dalam bidang pendidikan. Malah, kerajaan turut mempunyai perancangan terbaik yang dilaksanakan mengikut keperluan dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Beliau menambah, komitmen kerajaan negeri bukan sahaja tertumpu kepada bidang pendidikan tetapi turut merangkumi aspek pembangunan sosial dan ekonomi demi kesejahteraan penduduk luar bandar.

Dalam pada itu, Ulin turut menyeru ibu bapa agar memainkan peranan penting dalam membentuk akhlak anak-anak kerana masa mereka di rumah lebih lama berbanding di sekolah.

Program berkenaan turut diserikan dengan pertandingan keceriaan kelas yang melibatkan penyertaan komuniti termasuk ibu bapa dan guru kelas.

Turut hadir, wakil Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Hamzah Junaidi, Guru Besar SK Salarom Usak Anginsu, Yang Dipertua PIBG SK Salarom Anthony Amin, guru besar Zon 3 serta pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/18/kerjasama-ibu-bapa-dan-guru-penting-bentuk-anak-anak-berakhlak-dan-berjaya/feed/ 0 83623
Ibu bapa teraju terpenting bentuk peribadi, perwatakan anak https://sabahmedia.com/2024/09/07/ibu-bapa-teraju-terpenting-bentuk-peribadi-perwatakan-anak/ https://sabahmedia.com/2024/09/07/ibu-bapa-teraju-terpenting-bentuk-peribadi-perwatakan-anak/#respond Sat, 07 Sep 2024 08:32:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60291
Read Time:1 Minute, 19 Second

Kota Kinabalu : Golongan ibu bapa merupakan teraju terpenting dalam pembentukan peribadi anak-anak kerana pendidikan di rumah lebih banyak mempengaruhi tingkah laku dan perwatakan masing-masing.

Focal Person Kebangsaan Pendidikan Malaysia (KPM) Sabah Mohammad Arif Sakaran berkata, keruntuhan moral dan pelbagai gejala sosial yang meningkat merupakan indikator kepada keruntuhan sebuah institusi keluarga.

“Maka pendidikan keibubapaan amat penting untuk dititikberatkan pada masa kini. Pendekatan mendidik anak-anak paling berhikmah harus dipelajari dalam era moden ini, kerana kajian menunjukkan apa jua metode yang digunakan, akan memberi impak yang besar kepada karakter anak-anak yang sedang dibangunkan.

“Oleh itu, kepakaran dalam psikologi dan kaunseling perlu dimanfaatkan untuk membangunkan program keibubapaan yang lebih berkesan, dengan pendidikan yang menekankan kasih sayang, pemahaman, dan disiplin positif sebagai kunci untuk menghapuskan gejala sosial yang tidak diingini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminat Keibubapaan Madani uang dianjurkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sembulan di sini hari ini.

Arif berkata, kolaborasi pelbagai pihak dalam penganjuran program seumpama itu juga dilihat sebagai langkah proaktif untuk menjadi asas kepada pembangunan program keibubapaan yang lebih berkesan.

Katanya, ia dengan melibatkan kerjasama silang kementerian dan pengupayaan aktif badan bukan kerajaan (NGO).

“Kita juga harus memastikan program seperti ini dilaksanakan dengan tumpuan kepada pendidikan yang menekankan kasih sayang, pemahaman, dan disiplin positif.

“Ini adalah kunci untuk membanteras gejala yang tidak diingini dan mencorakkan masa depan generasi yang berakhlak mulia serta berdaya saing dalam era Madani,” katanya.

Terdahulu, seramai 115 orang terdiri daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di daerah Kota Kinabalu telah menyertai seminar sehari itu. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/07/ibu-bapa-teraju-terpenting-bentuk-peribadi-perwatakan-anak/feed/ 0 60291
Kerajaan prihatin ibu bapa, penjaga kurang mampu sedia keperluan persekolahan anak https://sabahmedia.com/2024/08/09/kerajaan-prihatin-ibu-bapa-penjaga-kurang-mampu-sedia-keperluan-persekolahan-anak/ https://sabahmedia.com/2024/08/09/kerajaan-prihatin-ibu-bapa-penjaga-kurang-mampu-sedia-keperluan-persekolahan-anak/#respond Fri, 09 Aug 2024 06:54:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58764
Read Time:2 Minute, 20 Second

RANAU: Kerajaan prihatin masalah dihadapi oleh ibu bapa dan penjaga yang kurang berkemampuan dalam memberikan keperluan dan keselesaan anak-anak semasa menuntut ilmu di sekolah, kata Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam.

Menurut beliau, situasi ini paling dirasai oleh ibu bapa dan penjaga semasa musim persekolahan bermula khususnya keluarga yang mempunyai bilangan anak yang ramai.

“Kerajaan juga sangat komited dengan pembangunan pendidikan di negeri ini dengan memberikan bantuan-bantuan pendidikan daripada peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat universiti. Ini adalah kerana, kerajaan tahu betapa pentingnya pendidikan terhadap pembangunan sesebuah negara,” katanya ketika merasmikan Majlis Penyampaian Skim Bantuan Khas (SBK) Kumpulan Yayasan Sabah bagi tahun 2024 di SMK Timbua, di sini, hari ini.

Dr. Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, tahap pendidikan yang lebih tinggi akan memberi kesan kepada pembangunan negara.

Ini kerana katanya, individu yang mempunyai pemikiran berkualiti tinggi boleh meningkatkan bukan sahaja sektor ekonomi tetapi sektor lain seperti pentadbiran, kesihatan dan keselamatan negara dalam jangka masa yang panjang.

“Pendidikan juga akan meningkatkan kualiti sumber tenaga manusia dengan menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing bukan sahaja di pasaran negara tetapi di pasaran antarabangsa.

“Selain, pendidikan juga adalah satu komponen penting dalam mengubah sosioekonomi sesebuah keluarga iaitu boleh mendapatkan pekerjaan yang lebih baik, ini akan mengurangkan kemiskinan dalam keluarga serta akan meningkatkan kuasa beli dalam kehidupan seharian.

“Justeru itu, para pelajar yang hadir pada hari ini perlu mempunyai sasaran dan azam untuk keluar dari kepompong kesusahan keluarga dengan berusaha dalam pembelajaran di sekolah,” jelasnya.

Beliau turut mengingatkan kepada para pelajar upaya manfaatkan segala peluang yang ada untuk terus menimba ilmu serta jadikanlah sekolah sebagai tempat mengasah bakat dan membina pengalaman dengan sebaik mungkin sehingga berjaya.

Dalam pada itu, Dr. Joachim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang mengucapkan terima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah kerana telah menyumbangkan barang keperluan berupa set buku rujukan SPM dan juga kalkulator santifik kepada 50 pelajar kurang berkemampuan sekolah tersebut.

“Skim Bantuan Khas ini bertujuan untuk membantu mengurangkan beban keluarga pelajar yang termiskin, keluarga B40 serta ibu bapa penerima bantuan e-kasih menerusi pemberian bantuan sokongan pembelajaran.

“Yayasan Sabah menawarkan biasiswa bagi pelajar tingkatan enam, peringkat Diploma, Ijazah Sarjana muda dan Sarjana serta biasiswa Dermasiswa hanya untuk pelajar UiTM sahaja.

“Kerajaan turut menawarkan Biasiswa Kerajaan Negeri, Biasiawa Anugerah Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah (TYT) dan Biasiswa Cemerlang Kerajaan Negeri Sabah (BKNS).

“Di bawah Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), terdapat juga bantuan -bantuan lain seperti Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI), Bantuan İhsan Komputer Sabah (BAIK)- 1 komputer 1 rumah; Bantuan Aktiviti Guru dan Ibubapa (BAGUS),” kata Dr. Joachim.

Turut hadir ialah isteri Dr. Joachim, Datin Seri Linda Ewit; Ketua Pentadbir Zon Pantai Barat Selatan, Yayasan Sabah, Linda Anthony; Pengetua SMK Timbua, Dr. Marcus Shapie; Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Dounis Sani dan guru-guru sekolah.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/09/kerajaan-prihatin-ibu-bapa-penjaga-kurang-mampu-sedia-keperluan-persekolahan-anak/feed/ 0 58764