Ibu maut – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 24 Apr 2025 12:09:44 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ibu maut – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Ibu maut, anak lelaki cedera parah dalam kemalangan di Jalan Sulaman Gayang https://sabahmedia.com/2025/04/24/ibu-maut-anak-lelaki-cedera-parah-dalam-kemalangan-di-jalan-sulaman-gayang/ https://sabahmedia.com/2025/04/24/ibu-maut-anak-lelaki-cedera-parah-dalam-kemalangan-di-jalan-sulaman-gayang/#respond Thu, 24 Apr 2025 12:09:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72604
Read Time:55 Second

Oleh FLORIETA DIET

TUARAN: Seorang ibu berumur 47 tahun maut manakala anak lelakinya 18 tahun cedera parah selepas kereta Perodua Alza yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh belakang sebuah bas persiaran yang berhenti di tepi jalan di Jalan Sulaman Gayang, di sini, petang tadi (24 April).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Timbalan Penguasa Bomba II Mohamad Nor Amit berkata, kedua-dua mangsa tersepit dalam kenderaan dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat.

“Wanita tersebut disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala anak lelakinya yang juga pemandu kenderaan tersebut dihantar ke hospital dalam keadaan cedera parah,” katanya.

Tambahnya lagi, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran menerima panggilan kecemasan pada jam 2:41 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 25 kilometer.

Pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 3:06 petang, dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5:05 petang selepas pemeriksaan mendapati tiada lagi bahaya di kawasan tersebut.

Operasi menyelamat melibatkan sembilan anggota bomba serta dua jentera.

Turut serta dalam operasi ialah anggota dari anggota KKM seramai tiga orang dan dua anggota daripada PDRM.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/24/ibu-maut-anak-lelaki-cedera-parah-dalam-kemalangan-di-jalan-sulaman-gayang/feed/ 0 72604