Ibu zara – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 17 Sep 2025 11:19:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ibu zara – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Saksi tegaskan ada jumpa ibu Zara, kakak ipar berhubung bedah siasat https://sabahmedia.com/2025/09/17/saksi-tegaskan-ada-jumpa-ibu-zara-kakak-ipar-berhubung-bedah-siasat/ https://sabahmedia.com/2025/09/17/saksi-tegaskan-ada-jumpa-ibu-zara-kakak-ipar-berhubung-bedah-siasat/#respond Wed, 17 Sep 2025 11:19:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81475
Read Time:2 Minute, 19 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Pegawai Perubatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Logaraj Ratha, tidak bersetuju dengan dakwaan bahawa beliau tidak pernah berjumpa dengan ibu Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir untuk menerangkan mengenai proses bedah siasat mayat arwah pada 17 Julai lalu.

Saksi ketujuh inkues kematian Zara Qairina itu memberikan jawapan berkenaan ketika ditanya oleh peguam ibu Zara, Rizwandean M Borhan, di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Rizwandean: Doktor saya telah diarahkan oleh Noraidah bahawa Doktor tidak pernah berjumpa dengan beliau di hospital pada 17 Julai. Apa respon Doktor?
Dr Logaraj: Saya tidak bersetuju. Saya berjumpa dengan Noraidah dan juga saksi keluarga, Shira (kakak ipar kepada Noraidah) pada petang itu di Jabatan Perubatan Forensik

Rizwandean: Doktor, saya telah diarahkan bahawa Doktor tidak pernah menerangkan kepada Noraidah dan disaksikan oleh Shira mengenai keperluan serta kepentingan bedah siasat. Boleh Doktor berikan respon terhadap kenyataan tersebut.
Dr Logaraj: Saya tidak bersetuju. Saya memberi penerangan yang complete kepada Noraidah dan Shira pada petang tersebut dan mereka tandatangan surat i42 (Surat Akuan Enggan Bedah Siasat Mayat Atas Kemahuan Sendiri) selepas mereka faham akan penerangan saya.

Kedua- dua soalan ini pada awalnya dibantah oleh Pegawai Pengendali Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah Nahra Dollah, bagaimanapun Koroner membenarkan peguam menghabiskan pertanyaan dan meminta saksi menjawab.

Terdahulu, dalam kenyataan bertulisnya, Dr Logaraj memberitahu Mahkamah Koroner bahawa beliau berjumpa dengan ibu kandung Zara Qairina dan kakak iparnya, Nur Shira pada petang 17 Julai lalu.

Menurutnya, beliau telah memaklumkan kepada Noraidah bahawa pihak polis tidak mengeluarkan borang Pol. 61 iaitu borang Permintaan Pemeriksaan Mayat. Beliau juga telah menerangkan kepada Noraidah dan disaksi oleh Shira, mengenai keperluan serta kepentingan bedah siasat.

Dr Logaraj berkata walaupun borang Pol. 61 iaitu borang Permintaan Pemeriksaan Mayat tidak dikeluarkan oleh pihak polis, proses bedah siasat klinikal sebenarnya masih boleh dijalankan tetapi tertakluk dengan kebenaran waris terdekat.

Walau bagaimanapun, pihak waris, Noraidah membuat keputusan untuk bedah siasat tidak dijalankan ke atas jenazah Zara, walaupun penerangan telah diberikan.

Ketika ditanya apakah reaksi Noraidah ketika dimaklumkan polis tidak mengeluarkan boring Pol. 61 iaitu borang Permintaan Pemeriksaan Mayat, Dr Logaraj berkata Noraidah tidak memberikan apa-apa reaksi dan memaklumkantidak mahu bedah siasat dilakukan.

Mengenai reaksi Shira, Dr Logaraj berkata beliau tidak pasti tapi Shira memaklumkan mereka pun bersetuju bedah siasat tidak dijalankan.

Pada prosiding pagi tadi, Rizwandean turut bertanya sama ada Dr Logaraj tahu bahawa Noraidah ada membuat laporan polis mengenai kes kematian Zara Qairina pada pagi 17 Julai lalu.

Rizwandean: Adakah Doktor tahu sekiranya Noraidah telah membuat satu laporan polis pada pagi 17 julai 2025?
Dr Logaraj: Ya, saya tahu tetapi pada ketika itu Noraidah tidak ingin memberi kami, pihak forensik report tersebut

Rizwandean: Bagaimana Doktor tahu Noraidah membuat laporan polis?
Dr Logaraj: Dia yang beritahu

Rizwandean: Ada Doktor minta salinan laporan polis tersebut?
Dr Logaraj: Ya, tapi dia tidak mahu beri.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/17/saksi-tegaskan-ada-jumpa-ibu-zara-kakak-ipar-berhubung-bedah-siasat/feed/ 0 81475
Ibu Zara buat keputusan bedah siasat tidak dijalankan – Saksi https://sabahmedia.com/2025/09/17/ibu-zara-buat-keputusan-bedah-siasat-tidak-dijalankan-saksi/ https://sabahmedia.com/2025/09/17/ibu-zara-buat-keputusan-bedah-siasat-tidak-dijalankan-saksi/#respond Wed, 17 Sep 2025 05:38:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81447
Read Time:3 Minute, 1 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Ibu Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir membuat keputusan untuk bedah siasat tidak dijalankan ke atas jenazah Zara walaupun penerangan telah diberikan.

Saksi ke-7 dalam inkues kematian Zara, Pegawai Perubatan Forensik Dr. Logaraj Ratha, 33, berkata memandangkan tiada perkara dibangkitkan, pihak hospital telah menyerahkan jenazah Zara kepada ibunya, Noraidah Lamat mengikut polisi hospital dan jabatan.

“Selepas mendapat keputusan enggan bedah siasat daripada pihak waris, saya telah menyerahkan Surat Akuan Enggan bedah Siasat Mayat Atas Kemahuan Sendiri kepada Noraidah. Saya menjelaskan kandungan surat tersebut serta bahagian-bahagian yang perlu diisi.

“Saya turut menerangkan bahawa tanpa bedah siasat, pihak waris tidak akan dapat membuat sebarang tuntutan atau mendapatkan laporan bedah siasat rasmi berhubung punca kematian pada masa hadapan daripada Jabatan Perubatan Forensik hospital,” katanya ketika membacakan kenyataan saksi di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Dr. Logaraj berkata Noraidah telah mengisi di bahagian perenggan pertama dan butiran bahagian tandatangan pengenal/penuntut mayat di dalam surat tersebut, manakala kakak iparnya, Nur Shira Abdullah juga telah mengisi butiran sendiri di bahagian saksi dan menandatangani surat tersebut.

“Saya telah menandatangani surat tersebut sebagai doktor yang mengendalikan kes ini. Noraidah mengesahkan bahawa beliau memahami penjelasan dan kandungan surat yang telah diisi dan ditandatangani,” katanya.

Menurut Dr. Logaraj, beliau telah dimaklumkan oleh pegawai penyiasat Inspektor Inspektor Wong Yew Zhung bahawa pihak polis tidak akan mengeluarkan borang Pol. 61 iaitu borang Permintaan Pemeriksaan Mayat dan pihak hospital boleh menyerahkan jenazah Zara kepada keluarganya tanpa melalui proses bedah siasat mediko-legal.

Bagi pelepasan jenazah, Dr. Logaraj berkata beliau telah menerima surat pelepasan atau kebenaran penyerahan jenazah daripada Inspektor Wong agar jenazah Zara diserahkan kepada Puan Noraida tanpa melalui proses bedah siasat mediko-legal.

“Saya kemudian berjumpa dengan ibu kandung Zara iaitu Noraidah dan seorang ahli keluarga, Nur Shira Abdullah iaitu kakak ipar kepada Noraidah. Saya memaklumkan kepada Noraidah bahawa pihak polis tidak mengeluarkan borang Pol. 61 iaitu borang Permintaan Pemeriksaan Mayat.

“Kemudian, saya cuba mendapatkan maklumat lanjut mengenai kematian Zara. Saya juga telah menerangkan kepada Noraida dan disaksi oleh Shira, mengenai keperluan serta kepentingan bedah siasat.

“Walaupun borang Pol. 61 iaitu borang Permintaan Pemeriksaan Mayat tidak dikeluarkan oleh pihak polis, proses bedah siasat klinikal sebenarnya masih boleh dijalankan tetapi tertakluk dengan kebenaran waris terdekat.

“Walau bagaimanapun, pihak waris, Puan Noraida membuat keputusan untuk bedah siasat tidak dijalankan ke atas jenazah Zara, walaupun penerangan telah diberikan,” katanya.

Terdahulu, Dr. Logaraj menjelaskan pada tarikh 17 Julai, jam 5 petang, beliau telah dimaklumkan tentang satu kematian di Wad Neurosurgeri Hospital Queen Elizabeth yang melibatkan siasatan pihak polis.

Jenazah tersebut dikenali sebagai Zara kemudiannya telah dibawa dari Wad Neurosurgeri ke Jabatan Perubatan Forensik.

Katanya, salah satu perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Perubatan Forensik adalah perkhidmatan mortuari.

“Skop perkhidmatan ini termasuk pengambilan, pendaftaran, penyimpanan, dan penyerahan jenazah daripada wad atau Jabatan Kecemasan dan Trauma kepada waris.

“Semua kematian di dalam Hospital Queen Elizabeth perlu melalui Jabatan Perubatan Forensik sebelum diserahkan kepada waris, selaras dengan polisi operasi Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth serta Standard Operating Procedure of Forensic Medicine Services Malaysia,” katanya.

Dr. Logaraj berkata memandangkan kes ini melibatkan siasatan polis, beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada Pakar Patologi Forensik yang bertugas pada masa itu, iaitu Dr. Ding Chee Swan.

Beliau juga telah menghubungi Pegawai Penyiasat Polis bagi kes ini, Inspektor Wong daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Papar.

“Inspektor Wong memaklumkan bahawa beliau telah berjumpa dengan Dr. Pavankumar Balachandran, pegawai perubatan yang bertugas di Jabatan Neurosurgeri.

“Dr. Pavankumar mengesahkan bahawa punca kematian Zara adalah akibat Severe Traumatic Brain Injury with Hypoxic Ischemic Encephalopathy.

“Inspektor Wong turut memaklumkan bahawa beliau akan berbincang dengan pegawai atasan sebelum memberi maklum balas lanjut,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/17/ibu-zara-buat-keputusan-bedah-siasat-tidak-dijalankan-saksi/feed/ 0 81447
Ibu Zara Qairina serah telefon bimbit kepada polis, petang tadi https://sabahmedia.com/2025/08/07/ibu-zara-qairina-serah-telefon-bimbit-kepada-polis-petang-tadi/ https://sabahmedia.com/2025/08/07/ibu-zara-qairina-serah-telefon-bimbit-kepada-polis-petang-tadi/#respond Thu, 07 Aug 2025 12:47:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78758
Read Time:1 Minute, 29 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Ibu kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat, telah menyerahkan telefon bimbit miliknya yang mengandungi rakaman audio perbualan bersama anaknya kepada polis, petang tadi.

Penyerahan dibuat sekitar jam 4 petang di Balai Polis Karamunsing dan disahkan oleh peguam keluarga, Hamid Ismail dan Mohd Luqman Syazwan Zabidi Md Zain dalam satu sidang media selepas selesai proses penyerahan itu.

“Telefon bimbit itu penting kerana mengandungi rakaman-rakaman audio antara ibu dan arwah Zara. Semua item yang diserahkan akan dihantar ke bahagian forensik di Cheras untuk dianalisis,” katanya.

Hamid turut menjelaskan bahawa walaupun polis telah meminta telefon bimbit itu semalam, penyerahan ditangguhkan bagi memberi ruang kepada ibu arwah untuk berehat selepas keterangannya diambil selama kira-kira empat jam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sipitang.

“Pada penyerahan hari ini, beliau (Noraidah) tidak diiringi oleh kami, tetapi ditemani oleh Marhama Rosli dari sebuah badan bukan kerajaan (NGO), kerana beliau lebih selesa begitu,” tambah beliau.

Ditanya mengenai barangan lain yang diserahkan kepada pihak polis, Hamid enggan mengulas lanjut dan hanya berkata, “Saya tidak boleh beritahu semua.”

Sementara itu, Hamid juga mengesahkan bahawa tiada bedah siasat (post-mortem) dijalankan terhadap arwah Zara sebelum ini, dan perkara itu bukan disebabkan keengganan ibu arwah menandatangani sebarang dokumen.

“Isunya bukan tandatangan. Memang tiada post-mortem dilakukan sejak awal,” jelas beliau.

Hamid berterima kasih kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) kerana telah menunaikan hasrat mereka untuk mengembalikan hasil siasatan awal berkaitan kematian Zara kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan secara aktif. Kami amat menghargai usaha ini,” katanya.

Zara, pelajar Tingkatan 1 di sebuah sekolah agama di Papar, Sabah, ditemui tidak sedarkan diri selepas didakwa jatuh dari bangunan asrama. Dia disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) pada jam 1.07 petang, 17 Julai.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/07/ibu-zara-qairina-serah-telefon-bimbit-kepada-polis-petang-tadi/feed/ 0 78758
Ibu Zara serah telefon bimbit kepada polis petang ini https://sabahmedia.com/2025/08/07/ibu-zara-serah-telefon-bimbit-kepada-polis-petang-ini/ https://sabahmedia.com/2025/08/07/ibu-zara-serah-telefon-bimbit-kepada-polis-petang-ini/#respond Thu, 07 Aug 2025 02:12:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78724
Read Time:1 Minute, 40 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Ibu kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat, dijangka menyerahkan telefon bimbit miliknya kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu, Kepayan, petang ini, menurut peguam.

Peguam Hamid Ismail dan Shahlan Jufri berkata, telefon berkenaan mengandungi rakaman audio perbualan antara anak guam mereka dan Zara, yang berkemungkinan dapat membantu melengkapkan siasatan yang sedang dijalankan.

“Untuk membantu melengkapkan siasatan polis, anak guam kami (Noraidah) akan menyerahkan telefon bimbitnya yang mengandungi rakaman-rakaman audio perbualan telefon di antara dia dan Zara kepada polis pada petang ini di ibu pejabat polis daerah Kota Kinabalu di Kepayan,” kata peguam dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Dalam pada itu, peguam berterima kasih kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) yang telah mengembalikan laporan penuh siasatan awal berkaitan kematian Zara kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam, berserta arahan bagi melengkapkan beberapa perkara tertentu sebelum tindakan lanjut diambil.

“Tindakan ini adalah selaras dengan salah satu daripada empat perkara yang dipohon oleh kami dalam surat kami bertarikh 5 Ogos 2025 kepada Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar,” kata mereka.

Peguam berharap tiga perkara penting telah dimasukkan dalam arahan yang dimaksudkan iaitu penyiasatan dilakukan oleh pegawai penyiasat berpengalaman dari Bukit Aman, penggalian semula kubur Zara untuk membolehkan satu bedah siasat dilakukan bagi menentukan punca sebenar kematian, dan satu inkues diadakan untuk menentukan sama ada wujud unsur jenayah dalam kematian Zara.

Zara, pelajar Tingkatan 1 di sebuah sekolah agama di Papar, Sabah, ditemui tidak sedarkan diri selepas didakwa jatuh dari bangunan asrama. Dia disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) pada jam 1.07 petang, 17 Julai.

Kejadian itu tular di media sosial susulan dakwaan kejadian buli yang mengaitkan anak menteri, VIP dan individu berpengaruh dengan kematian pelajar terbabit, sekali gus mengundang pelbagai reaksi netizen.

Terdahulu pasukan guaman merayu kepada Peguam Negara supaya memulangkan semula kertas siasatan kepada pihak polis bagi membolehkan siasatan kes itu dibuka semula.

Kelmarin, AGC menyerahkan semula laporan penuh siasatan awal kepada PDRM untuk melengkapkan siasatan kes kematian Zara.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/07/ibu-zara-serah-telefon-bimbit-kepada-polis-petang-ini/feed/ 0 78724