Ibu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 02 May 2026 07:34:16 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ibu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 ‘Tidak pernah terlintas menjadi serius’ – Ibu tenang iring anak ke hospital https://sabahmedia.com/2026/05/02/tidak-pernah-terlintas-menjadi-serius-ibu-tenang-iring-anak-ke-hospital/ https://sabahmedia.com/2026/05/02/tidak-pernah-terlintas-menjadi-serius-ibu-tenang-iring-anak-ke-hospital/#respond Sat, 02 May 2026 07:34:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95973
Read Time:1 Minute, 12 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Seorang ibu tetap tabah dan tenang mengiringi anak sulungnya ke hospital sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), selepas anaknya itu dikejarkan pulang dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Rosneh Asin, 52, berkata, beliau menerima berita mengejutkan itu daripada menantunya pada 21 April lalu apabila anaknya dilaporkan tidak sedarkan diri sejurus sebelum dijadualkan pulang.

Beliau berkata, sebelum kejadian, anaknya hanya mengadu sakit kepala yang dianggap sebagai masalah biasa akibat keletihan.

“Dia ada mengadu sakit kepala sebelum ini, tetapi kami sangka hanya penat. Tidak pernah terlintas ia akan menjadi serius seperti ini.

“Pada hari kejadian, sekitar jam 7 malam, saya dihubungi menantu yang memaklumkan dia telah dimasukkan ke hospital selepas tiba-tiba tidak sedarkan diri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di KKIA bagi menyambut ketibaan anaknya Ruhana Joseph, 34, bersama suaminya Jamri Herry,40 di sini pada Jumaat.

Anak dan menantunya sebelum ini terkandas ketika bercuti apabila Ruhana tiba-tiba tidak sedarkan diri ketika hari terakhir berada di Vietnam iaitu pada 21 April lalu.

Rosneh berkata, anaknya itu merupakan anak pertama daripada enam beradik dan satu-satunya perempuan dalam keluarga.

Dalam pada itu, Rosneh merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu urusan membawa anaknya pulang ke Sabah.

“Saya amat berterima kasih kepada kerajaan negeri serta individu yang membantu. Segala urusan dipermudahkan dan kami sangat menghargainya,” katanya.

Anaknya kini sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Queen Elizabeth II (HQE 2). – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/02/tidak-pernah-terlintas-menjadi-serius-ibu-tenang-iring-anak-ke-hospital/feed/ 0 95973
Kemunculan ibu Zara di mahkamah curi tumpuan, tenang sepanjang prosiding https://sabahmedia.com/2025/08/28/kemunculan-ibu-zara-di-mahkamah-curi-tumpuan-tenang-sepanjang-prosiding/ https://sabahmedia.com/2025/08/28/kemunculan-ibu-zara-di-mahkamah-curi-tumpuan-tenang-sepanjang-prosiding/#respond Thu, 28 Aug 2025 12:02:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80243
Read Time:1 Minute, 47 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Suasana di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pagi tadi turut tertumpu kepada kehadiran ibu Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat.

Noraidah yang berbaju kurung dan memakai pelitup muka tiba di mahkamah sekitar jam 8.50 pagi diiringi oleh pasukan guaman dan seorang wakil badan bukan kerajaan (NGO).

Noraidah duduk di kerusi paling hadapan di galeri awam, dan raut wajahnya kelihatan tenang sepanjang prosiding pendengaran permohonan pasukan guaman untuk menjadi pihak berkepentingan dalam inkues kematian anaknya di hadapan Koroner Azreena Aziz.

Selepas prosiding selesai, beliau berdiri di tepi menunggu giliran keluar dari bilik mahkamah sambil menundukkan kepala dengan sopan sebagai reaksi terhadap sapaan beberapa pengamal media.

Dalam sidang media, Shahlan Jufri yang mewakili pasukan guaman keluarga Zara berkata anak guam mereka bersemangat untuk meneruskan prosiding inkues.

“Ibu Zara kelihatan bersemangat. Alhamdulillah, ini yang telah dinantikan sejak awal lagi.

“Apabila permohonan penangguhan tidak dibenarkan, saya percaya Ibu Zara berasa gembira untuk meneruskan prosiding inkues ini,” katanya sambil menambah bahawa anak guam mereka menyerahkan sepenuhnya sebarang kenyataan kepada pasukan guaman.

Shahlan hadir bersama Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh and Farrah Nasser.

Terdahulu Mahkamah Koroner membenarkan permohonan pasukan guaman keluarga Zara agar ibu arwah, Noraidah Lamat, dideklarasikan sebagai orang yang berkepentingan di dalam prosiding inkues berkenaan kematian Zara.

Dalam permohonan tersebut pasukan guaman memohon agar anak guam mereka, melalui pasukan guaman, dibenarkan terlibat dalam prosiding inkues tersebut untuk memeriksa dan menyoal balas para deponen (saksi-saksi), melihat dokumen-dokumen dan mencadangkan dan membawa saksi-saksi dan dokumen-dokumen tambahan untuk membantu koroner.

Permohonan itu turut meliputi agar Noraidah, melalui peguamnya, diberikan salinan dokumen-dokumen relevan daripada Jabatan Peguam Negara sebelum permulaan prosiding inkues.

Mahkamah Koroner juga membenarkan permohonan para peguam yang mewakili lima remaja bawah umur yang berdepan pertuduhan berkait Zara di Mahkamah Kanak-Kanak, untuk diterima sebagai ‘pihak berkepentingan’ dalam inkues.

Sebelum ini, Azreena menetapkan pendengaran inkues kematian Zara pada 3 hingga 4 September, 8 hingga 12 September, 17 hingga 19 September dan 22 hingga 30 September depan.

Pendengaran prosiding inkues akan dijalankan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Amir Shah Amir Hassan, yang akan bersidang sebagai koroner.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/28/kemunculan-ibu-zara-di-mahkamah-curi-tumpuan-tenang-sepanjang-prosiding/feed/ 0 80243
Ibu Hamil Disaran Dapatkan Vaksin Covid-19 https://sabahmedia.com/2021/08/16/ibu-hamil-disaran-dapatkan-vaksin-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/08/16/ibu-hamil-disaran-dapatkan-vaksin-covid-19/#respond Mon, 16 Aug 2021 10:42:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4718
Read Time:2 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU: Golongan berisiko khususnya ibu hamil disaran untuk mendapatkan vaksinasi Covid-19 kerana ia mampu memberi manfaat bagi melindungi diri dari terkena jangkitan virus tersebut.

Bekas pengamal media, Avila Geraldine Samuel, 35, yang baharu saja bergelar ibu setelah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 sebulan sebelum melahirkan bayinya di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) disini baru-baru ini.

Katanya, meskipun baru melahirkan bayi sulungnya pada 5 Ogos lalu, dia mengakui tidak dapat bersama bayi yang baru dilahirkan kerana masih menjalani kuarantin di rumah.

“Saya sekarang menjalani kuarantin dirumah sehingga 19 Ogos ini selepas keluar dari hospital pada Sabtu. Saya berada di hospital selama 10 hari.

“Selama saya berada di wad, saya terdedah kepada dua orang ibu yang positif COVID-19 dalam satu bilik saya,” katanya kepada Sabah Media disini hari ini.

Katanya, ujian calitan COVID-19 akan dilakukan untuk semua ibu sebelum masuk wad dan pesakit akan ditempatkan berdasarkan keputusan ujian tersebut.

“Ujian calitan COVID-19 saya negatif, saya ditempatkan di dalam satu wad yang mempunyai enam katil, pada mulanya semua baik-baik saja tetapi keesokan harinya, seorang ibu di bilik yang sama kelihatan pucat, mula batuk tidak berhenti dan hampir pengsan, saya fikir dia tercekik makanan atau minuman, selepas itu kakitangan perubatan bergegas menghantarnya untuk pembedahan kecemasan.

“Pada 5 Ogos, saya melahirkan bayi lelaki tetapi tidak dapat berjumpa bayi saya kerana dia dihantar ke Unit Rawatan Rapi Neonatal untuk memantau pernafasan. Bayi saya telah keluar wad pada 11 Ogos dan dibawa balik oleh suami saya. Saya belum menyentuh bayi saya dan hanya melihatnya melalui panggilan video.

“Selepas melahirkan, saya kemudian ditempatkan di wad dua katil. Pada petang itu, seorang ibu muda dari wad pertama saya juga ditempatkan di bilik saya untuk kuarantin.

“Dia adalah kontak paling dekat kerana tempat tidurnya hanya di sebelah ibu yang batuk. Kami diberitahu ibu yang batuk tersebut diuji positif Covid-19,” katanya sambil menambah mereka yang berada di wad yang sama mesti diuji dan dikuarantin.

Ujian calitan ulangan Avila kembali negatif tetapi ibu lain dijangkiti virus Covid-19. Kuarantin Avila dilanjutkan berikutan pendedahan kes kedua.

“Saya tidak tahu apa status kedua ibu positif Covid-19 tetapi saya mendapat tahu bahawa semua ibu dari wad pertama saya dijangkiti Covid-19, kecuali saya. Sebilangan besar keputusan positif hanya ditunjukkan pada ujian calitan kedua mereka.

“Difahamkan, saya adalah satu-satunya ibu yang diberi vaksin sepenuhnya pada masa itu. Bagaimana jangkitan itu berlaku? Tidak ada idea, tetapi kita sedang berada di antara virus itu sekarang.”

Pada mulanya, Avila mengakui ragu-ragu mengenai pengambilan vaksin itu, takut ia akan mempengaruhi bayinya. Namun dia berubah fikiran setelah mendapatkan nasihat perubatan dan banyak membaca mengenai peningkatan kes Covid-19 di kalangan wanita hamil.

“Vaksin melindungi. Jadi, jika anda mengenali orang yang sedang hamil, tolong beri nasihat dan dorong mereka untuk segera diberi vaksin,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/16/ibu-hamil-disaran-dapatkan-vaksin-covid-19/feed/ 0 4718
Ibu bawa bayi ke PPV untuk terima vaksin https://sabahmedia.com/2021/07/30/ibu-bawa-bayi-ke-ppv-untuk-terima-vaksin/ https://sabahmedia.com/2021/07/30/ibu-bawa-bayi-ke-ppv-untuk-terima-vaksin/#respond Fri, 30 Jul 2021 10:09:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3799
Read Time:56 Second

RANAU: Meskipun mempunyai anak yang baru lahir berusia tiga bulan, ia tidak menghalang buat seorang ibu Adyrinah Sauti, 34, untuk hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Masyarakat Ranau.

Katanya yang telah menerima tarikh janji temu penerimaan vaksin itu mengakui rasa teruja untuk hadir bagi menerima vaksinasi COVID-19.

“Meskipun saya risau dengan situasi pandemik sekarang, saya tiada pilihan dan terpaksa membawa anak kecil ini kerana dia perlu diberikan penyusuan.

“Jika ditanya perasaan saya apabila menerima vaksin ini, memang saya akui ia sesuatu yang amat penting dan berharga kerana ia adalah demi kebaikan sendiri, keluarga dan komuniti,” katanya ketika ditemui media hari ini.

Ibu yang berasal dari Kampung Tinanom, terletak kira-kira 85 kilometer dari Pekan Ranau itu menerima vaksin dos pertama jenis Pfizer.

Bagaimanapun, bayi Adyrinah yang diberi nama Edna Jarry tidak menangis dan berasa selesa semasa berada di PPV tersebut.

Terdahulu, seramai hampir lebih 900 orang penduduk sekitar daerah ini hadir mendapatkan dos suntikan pertama di PPV berkenaan yang bermula kelmarin.

Penduduk yang hadir juga mula tiba di PPV berkenaan seawal jam 6.30 pagi selain ada yang turut menerima vaksin dos kedua.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/30/ibu-bawa-bayi-ke-ppv-untuk-terima-vaksin/feed/ 0 3799