IDS – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 31 Oct 2026 00:05:04 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png IDS – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 IDS gesa peruntukan RM18.7 bilion utamakan daerah miskin https://sabahmedia.com/2026/10/31/ids-gesa-peruntukan-rm18-7-bilion-utamakan-daerah-miskin/ https://sabahmedia.com/2026/10/31/ids-gesa-peruntukan-rm18-7-bilion-utamakan-daerah-miskin/#respond Sat, 31 Oct 2026 00:04:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=106105
Read Time:1 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU: Peruntukan RM18.7 bilion kepada Sabah menerusi Belanjawan 2027 perlu diagihkan secara bersasar dengan memberi keutamaan kepada daerah miskin, khususnya kawasan yang masih berdepan masalah bekalan air, elektrik dan jalan raya.

Pengerusi Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS), Datuk Seri Azizah Mohd Dun, berkata peningkatan RM1.1 bilion berbanding RM17.6 bilion pada 2026 merupakan perkembangan positif, namun keutamaan perlu diberikan kepada kawasan yang paling memerlukan bagi memastikan peruntukan itu benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.

“Jika kita mahu menangani masalah kemiskinan, peruntukan mesti sampai ke kawasan yang benar-benar memerlukan. Keperluan setiap daerah berbeza dan penyelesaiannya juga perlu disesuaikan dengan keadaan setempat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, lapan daripada 10 daerah yang pernah dikenal pasti mempunyai kadar kemiskinan tegar tertinggi di Malaysia terletak di Sabah, iaitu Tongod, Beluran, Pitas, Kinabatangan, Kota Marudu, Tuaran, Ranau dan Lahad Datu.

Menurutnya, penyelesaian isu bekalan air, elektrik dan jalan raya perlu dilaksanakan secara menyeluruh kerana kekurangan infrastruktur asas itu turut menjejaskan kegiatan ekonomi, khususnya keupayaan penduduk luar bandar mengeluarkan serta memasarkan hasil pertanian dan perikanan.

“Ketiga-tiga perkara ini mesti diselesaikan sebaik mungkin. Kelewatan pelaksanaan projek akibat birokrasi yang berpanjangan boleh meningkatkan kos pembangunan, sedangkan rakyat terus menanggung kesannya,” katanya.

Bagi memastikan bantuan pembangunan sampai kepada golongan yang memerlukan, IDS mencadangkan antara 10 hingga 15 peratus daripada Pemberian Khas interim RM1.5 bilion di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diperuntukkan sebagai Dana Pembangunan Komuniti Khas untuk daerah miskin.

Azizah berkata, pengagihan dana berkenaan perlu berpandukan data dan kajian di lapangan memandangkan punca kemiskinan berbeza mengikut daerah, termasuk kekurangan infrastruktur, kesukaran akses ke pasaran serta kebergantungan nelayan dan pekebun kecil kepada orang tengah.

Katanya, IDS sedang melaksanakan pemetaan kemiskinan di Pitas dan Kota Marudu bagi mengenal pasti lokasi serta profil isi rumah miskin, selain meneliti kekangan ekonomi yang dihadapi penduduk.

Kajian itu disasarkan selesai tahun depan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/31/ids-gesa-peruntukan-rm18-7-bilion-utamakan-daerah-miskin/feed/ 0 106105
IDS, KAS pacu dialog pengurusan sisa di Sabah https://sabahmedia.com/2026/09/19/ids-kas-pacu-dialog-pengurusan-sisa-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/09/19/ids-kas-pacu-dialog-pengurusan-sisa-di-sabah/#respond Fri, 18 Sep 2026 22:35:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=103699
Read Time:2 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Institut Kajian Pembangunan (Sabah) (IDS) dengan kerjasama Konrad-Adenauer-Stiftung (KAS) Malaysia akan menganjurkan seminar dan Perbincangan Kumpulan Fokus (FGD) bertajuk “Trash Talk to Action: Understanding Sabah’s Changing Waste Management Landscape” pada 21 September ini.

Program yang berlangsung di Le Méridien Kota Kinabalu itu merupakan siri pertama dalam program libat urus dasar lebih luas bagi membina pemahaman bersama mengenai landskap pengurusan sisa di Sabah.

Ia menghimpunkan wakil agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, ahli akademik, pemain industri, pertubuhan masyarakat sivil, komuniti serta rakan pembangunan untuk membincangkan isu, cabaran dan realiti pengurusan sisa di negeri ini.

Perbincangan akan memberi tumpuan kepada situasi semasa, trend baharu serta perbezaan cabaran pengurusan sisa antara daerah dan komuniti di Sabah.

Beberapa pembentangan turut dijadualkan meliputi perubahan landskap pengurusan alam sekitar Sabah, pengurusan sisa di peringkat tempatan, pengurusan sisa mampan bagi komuniti kepulauan, pengurusan sisa di kawasan luar bandar serta perspektif komuniti terhadap cabaran sebenar di lapangan.

Antara komponen utama program ialah FGD bertajuk “One State, Different Waste Realities” yang memberi tumpuan kepada perbezaan keadaan pengurusan sisa antara daerah dan komuniti.

Ketua Pegawai Eksekutif IDS, Datuk Ts. Dr. Ramzah Dambul, berkata perbincangan itu bertujuan mewujudkan asas pengetahuan dan pemahaman bersama sebelum perbincangan diperluaskan kepada aspek tadbir urus, penyelarasan institusi serta pelaksanaan jangka panjang.

“Pengurusan sisa adalah tanggungjawab bersama. Ia bukan sahaja melibatkan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan, malah komuniti, sektor perniagaan, masyarakat sivil serta setiap individu.

“Dengan menghimpunkan pelbagai perspektif ini, kita berharap dapat memahami dengan lebih baik realiti sebenar di lapangan dan mengenal pasti ruang serta peluang untuk memperkukuh pendekatan Sabah terhadap pengurusan sisa,” katanya.

Menurut kenyataan itu, setiap daerah di Sabah berdepan keadaan berbeza, termasuk dari aspek geografi, infrastruktur, keupayaan institusi serta akses kepada perkhidmatan pengurusan sisa.

FGD berkenaan akan meneroka bagaimana faktor tersebut mempengaruhi pengurusan sisa di peringkat tempatan serta bagaimana pengalaman di lapangan boleh menyumbang kepada perancangan dasar dan institusi yang lebih menyeluruh.

Sesi perbincangan terbuka turut diadakan bagi menggalakkan perkongsian pandangan merentas sektor serta mengenal pasti isu yang memerlukan perbincangan dan kerjasama lanjut.

Inisiatif Trash Talk to Action itu bertujuan menyokong perbincangan dasar pengurusan sisa yang lebih berasaskan maklumat dan pemahaman menyeluruh, dengan mengambil kira pengetahuan sedia ada, inisiatif yang sedang dilaksanakan serta trend baharu.

Bagi IDS, inisiatif berkenaan selaras dengan peranannya sebagai badan pemikir kerajaan dalam menyokong proses membuat keputusan dan pembangunan dasar Sabah berasaskan penyelidikan.

Kerjasama dengan KAS Malaysia pula menyediakan ruang untuk pertukaran pengetahuan serta penglibatan lebih luas pihak berkepentingan dalam isu tadbir urus alam sekitar dan pembangunan mampan.

Program itu akan diakhiri dengan rumusan pemerhatian utama serta bidang yang memerlukan libat urus berterusan, manakala hasil perbincangan dijangka menjadi asas kepada aktiviti susulan di bawah program libat urus dasar yang lebih menyeluruh.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi Sophia Hong di 013-890 6666 atau 088-450500.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/19/ids-kas-pacu-dialog-pengurusan-sisa-di-sabah/feed/ 0 103699
Kajian IDS pemetaan lokasi kemiskinan Sabah capai 40 peratus https://sabahmedia.com/2026/09/13/kajian-ids-pemetaan-lokasi-kemiskinan-sabah-capai-40-peratus/ https://sabahmedia.com/2026/09/13/kajian-ids-pemetaan-lokasi-kemiskinan-sabah-capai-40-peratus/#respond Sun, 13 Sep 2026 02:28:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=103299
Read Time:2 Minute, 59 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Kajian Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) bagi memetakan lokasi kemiskinan di negeri ini kini mencapai kira-kira 40 peratus, dengan beberapa daerah sudah dikenal pasti untuk diteliti secara lebih terperinci.

Pengerusi IDS, Datuk Seri Azizah Mohd Dun, berkata kajian itu bukan sahaja menumpukan kepada daerah yang dikenal pasti mempunyai isu kemiskinan, malah turut mengenal pasti kampung dan kawasan tertentu bagi mendapatkan gambaran lebih tepat mengenai lokasi serta kelompok masyarakat yang terjejas.

Beliau berkata, usaha itu penting bagi mengenal pasti punca kemiskinan, golongan yang terlibat serta pendekatan yang sesuai untuk membantu menangani masalah berkenaan.

“Kita memberikan penekanan kepada isu kemiskinan dan kerja-kerja kajian terhadap masalah ini sedang berjalan dengan lancar.

“Beberapa daerah telah dikunjungi pegawai dan penyelidik kita untuk melihat apakah sebab-sebab kemiskinan berlaku, siapakah golongan yang terlibat dan bagaimana kita dapat membantu menangani masalah ini,” katanya.

Azizah berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas Majlis Apresiasi Media bersama IDS di sini, pada Sabtu.

Menurutnya, pemetaan berkenaan masih berjalan kerana IDS perlu bekerjasama dengan pejabat daerah bagi mendapatkan maklumat yang tepat mengenai kawasan dan kampung yang dikenal pasti mempunyai masalah kemiskinan.

“Bukan semua kawasan dalam sesuatu daerah itu miskin. Ada tempat-tempat tertentu sahaja yang mengalami masalah kemiskinan dan kita sedang membuat pemetaan mengenainya,” katanya.

Beliau berkata, pegawai IDS sudah turun ke beberapa daerah termasuk Pitas dan Kota Marudu, manakala beliau sendiri baru-baru ini ke Semporna bagi bertemu Pegawai Daerah serta mendapatkan taklimat secara langsung mengenai lokasi yang dikenal pasti mempunyai masalah kemiskinan.

Azizah berkata, IDS akan terus mempercepatkan interaksi dengan pejabat daerah terbabit bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan supaya kawasan yang memerlukan perhatian dapat dikenal pasti dengan lebih jelas.

“Kita mahu dapat menunjukkan inilah tempat-tempat yang perlu diberikan perhatian oleh Kerajaan Negeri Sabah dan pada masa sama kita juga berharap Kerajaan Persekutuan dapat membantu bagaimana masalah ini dapat ditangani dengan sebaik mungkin,” katanya.

Menurutnya, hasil kajian itu akan disampaikan kepada pihak berkaitan, khususnya Kerajaan Negeri Sabah, bagi membantu merangka pendekatan dan program yang lebih bersasar dalam menangani kemiskinan.

Dalam perkembangan lain, Azizah turut menyambut baik persetujuan Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan nisbah perwakilan Sabah dan Sarawak di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, penambahan kerusi Parlimen itu penting bagi memastikan suara rakyat Sabah, khususnya mereka yang berada di kawasan pedalaman dan terpencil, dapat dibawa dengan lebih berkesan ke peringkat Parlimen.

“Kita mengalu-alukan apa yang telah disebut oleh Perdana Menteri berkenaan keputusan Kabinet mengenai penambahan kerusi bagi Sabah dan Sarawak.

“Harapan saya supaya ia menjadi kenyataan dalam masa yang secepat mungkin, walaupun sudah tentu akan melalui beberapa prosedur termasuk pindaan Perlembagaan dan proses di Parlimen,” katanya.

Azizah berkata, penambahan wakil rakyat di kawasan tertentu dapat membantu membawa isu setempat kepada perhatian kerajaan dengan lebih khusus.

Katanya, wakil rakyat yang memahami keadaan dan masalah kawasan masing-masing mampu menyampaikan keperluan masyarakat dengan lebih berkesan, termasuk isu kemiskinan.

“Kalau ada wakil rakyat di kawasan-kawasan tertentu, mereka akan membawa masalah ini ke Dewan Parlimen dan ini akan membolehkan perhatian diberikan dengan lebih khusus.

“Kita bukan mahu menyalahkan sesiapa, tetapi sudah tiba masanya kawasan-kawasan terpencil diberikan perhatian. Lebih ramai wakil rakyat yang mewakili kawasan-kawasan khususnya yang terpencil dapat membawa masalah itu dengan lebih berkesan,” katanya.

Mengulas keperluan penambahan kerusi berdasarkan kedudukan Sabah dan Sarawak, Azizah berkata ia penting bagi memastikan suara serta kepentingan rakyat di kawasan berkenaan mendapat representasi yang sewajarnya.

Beliau turut berharap lebih ramai wanita dan anak muda dari Sabah yang berkelayakan tampil ke hadapan untuk mewakili rakyat di Dewan Rakyat.

“Lebih ramai lebih baik. Beranilah bersuara, tetapi suara itu biarlah betul dan bukan sengaja untuk berteriak sahaja,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/13/kajian-ids-pemetaan-lokasi-kemiskinan-sabah-capai-40-peratus/feed/ 0 103299
Gong Xi Raya perkukuh semangat perpaduan, kekeluargaan https://sabahmedia.com/2026/04/15/gongxi-raya-perkukuh-semangat-perpaduan-kekeluargaan/ https://sabahmedia.com/2026/04/15/gongxi-raya-perkukuh-semangat-perpaduan-kekeluargaan/#respond Wed, 15 Apr 2026 05:16:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94907
Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Sambutan Majlis Gong Xi Raya anjuran Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) menjadi platform bermakna dalam mengeratkan hubungan silaturahim serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan warga kerja dan jemputan.

Pengerusi IDS, Datuk Seri Azizah Mohd Dun, berkata sambutan yang menggabungkan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina itu mencerminkan keunikan masyarakat majmuk di Sabah dan Malaysia yang hidup dalam suasana harmoni serta saling menghormati.

Menurutnya, majlis seumpama itu bukan sekadar ruang menikmati pelbagai hidangan tradisi, tetapi turut menjadi simbol kesyukuran, perkongsian rezeki dan pengukuhan hubungan sesama warga kerja.

Beliau berkata, tradisi Yee Sang yang sinonim dengan Tahun Baharu Cina membawa makna simbolik harapan baharu, kemakmuran dan kejayaan, selain melambangkan penyatuan serta semangat untuk terus melangkah bersama sebagai sebuah pasukan yang harmoni.

“Kesempatan ini mengingatkan bahawa kita bukan sekadar rakan sekerja, tetapi sebuah keluarga yang saling menyokong dalam setiap amanah,” katanya ketika berucap pada Majlis Gong Xi Raya IDS 2026 di Wisma IDS, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Azizah menegaskan sambutan seumpama ini penting dalam memperkukuh nilai kebersamaan dan perpaduan yang perlu terus diamalkan dalam kehidupan seharian, sama ada di tempat kerja mahupun dalam masyarakat.

Beliau turut mengingatkan bahawa dunia kini berdepan pelbagai cabaran termasuk pergolakan global, konflik peperangan, ketidaktentuan ekonomi, krisis iklim serta turun naik harga minyak.

Sehubungan itu, katanya, masyarakat perlu sentiasa bersyukur atas nikmat keamanan dan kestabilan yang dikecapi, selain mengamalkan sikap bersederhana dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“Berbelanja secara berhemah amat penting dalam suasana ekonomi mencabar. Bersederhana bukan satu kekurangan, tetapi satu kebijaksanaan bagi menjamin kestabilan kehidupan,” katanya.

Selain itu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya memberi perhatian terhadap aspek kesihatan, khususnya dalam keadaan cuaca panas ketika ini.

“Pastikan minum air secukupnya, kurangkan aktiviti di bawah terik matahari dan sentiasa menjaga kesejahteraan diri serta keluarga,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/15/gongxi-raya-perkukuh-semangat-perpaduan-kekeluargaan/feed/ 0 94907
IDS Sabah bentang cadangan pelbagaikan sumber hasil negeri https://sabahmedia.com/2026/04/02/ids-sabah-bentang-cadangan-pelbagaikan-sumber-hasil-negeri/ https://sabahmedia.com/2026/04/02/ids-sabah-bentang-cadangan-pelbagaikan-sumber-hasil-negeri/#respond Thu, 02 Apr 2026 07:42:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94165
Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU: Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah membentangkan cadangan bagi mempelbagaikan sumber hasil negeri dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, di pejabatnya, di sini, hari ini.

Cadangan bertajuk Mekanisme Pelaksanaan, Sumber Pendapatan Baharu itu dibentangkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif IDS Sabah, Datuk Ts Dr Ramzah Dambul, dengan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh kedudukan fiskal negeri melalui pendekatan lebih strategik dan mampan.

Menurut Ramzah, pembentangan tersebut menekankan kepentingan mempelbagaikan sumber hasil negeri, memperkasa pengurusan aset secara strategik serta meneroka potensi baharu dalam sektor berimpak tinggi, selain mengurangkan kebergantungan kepada sumber hasil tradisional.

“Pendekatan ini penting bagi memastikan Sabah menjadi negeri yang lebih berdaya saing, mampan dan berdaya tahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Masidi dalam mesyuarat berkenaan menegaskan kepentingan penggunaan data dan penyelidikan sebagai asas dalam merangka dasar yang berkesan, sekali gus memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Beliau turut menekankan keperluan memperkasakan produk tempatan Sabah sebagai pemacu utama ekonomi negeri, termasuk meningkatkan kualiti, penjenamaan dan kebolehpasaran di peringkat domestik serta antarabangsa.

“Produk tempatan mempunyai potensi besar untuk diketengahkan dan perlu diberi sokongan berterusan agar mampu bersaing di pasaran lebih luas,” katanya.

Masidi turut berharap kerjasama strategik antara kerajaan negeri dan IDS Sabah akan terus diperkasa bagi memastikan setiap dasar yang dirangka memberi manfaat menyeluruh kepada rakyat Sabah.

Mesyuarat tersebut turut memberi tumpuan kepada pembentangan kajian serta cadangan dasar oleh IDS Sabah dalam memperkukuh perancangan pembangunan yang lebih tersusun dan berimpak tinggi.

Turut hadir, Ketua Pegawai Penyelidikan IDS Sabah, Victor Sikain bersama rombongan kakitangan institut berkenaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/02/ids-sabah-bentang-cadangan-pelbagaikan-sumber-hasil-negeri/feed/ 0 94165
IDS Sabah agih lebih 20,000 pek ‘Hero Meals’ kepada mangsa banjir di tujuh daerah https://sabahmedia.com/2026/03/09/ids-sabah-agih-lebih-20000-pek-hero-meals-kepada-mangsa-banjir-di-tujuh-daerah/ https://sabahmedia.com/2026/03/09/ids-sabah-agih-lebih-20000-pek-hero-meals-kepada-mangsa-banjir-di-tujuh-daerah/#respond Mon, 09 Mar 2026 12:38:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92929
Read Time:1 Minute, 50 Second

KOTA KINABALU: Institut Kajian Pembangunan (Sabah) (IDS) melalui inisiatif Disaster Monitoring Hub (D-Hub) menggerakkan misi bantuan kemanusiaan bagi membantu komuniti yang terjejas akibat banjir di beberapa daerah di Sabah termasuk Paitan, Pitas, Sook, Beaufort, Membakut, Sipitang dan Tenom.

Setakat ini, sebanyak 20,440 pek makanan sedia dimakan bersama air minuman berjaya diagihkan kepada mangsa banjir melalui penyelarasan pasukan di lapangan serta kerjasama rakan strategik.

Bagi fasa terkini, bantuan disalurkan ke empat daerah iaitu Beaufort (520 penerima), Membakut (520 penerima), Sipitang (520 penerima) dan Tenom (600 penerima).

Agihan berkenaan adalah sebahagian daripada usaha berterusan IDS bagi memastikan bantuan sampai kepada komuniti yang memerlukan secara tersusun, cepat dan berkesan.

Sebelum ini, agihan turut dilaksanakan di beberapa daerah lain termasuk Keningau, Telupid, Pitas, Sook dan Kota Marudu, selaras dengan komitmen IDS dalam memperluaskan jaringan bantuan kepada kawasan terjejas.

Bantuan yang dikenali sebagai “Hero Meals” itu merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) IDS bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan komuniti terus terpelihara, khususnya ketika berdepan situasi bencana alam.

Program berkenaan dilaksanakan dengan sokongan strategik Kembara Kitchen sebagai penyedia makanan serta CIMB Foundation sebagai rakan penyumbang yang bersama-sama menjayakan usaha kemanusiaan itu.

Melalui kerjasama tersebut, pek makanan sedia dimakan diagihkan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) serta kawasan terjejas bagi membantu meringankan beban mereka, khususnya dalam memastikan akses kepada makanan yang selamat, berkhasiat dan mudah disediakan.

Ketua Pegawai Eksekutif IDS Sabah, Datuk Ts. Dr. Ramzah Dambul, berkata inisiatif D-Hub bukan sahaja berfungsi sebagai pusat pemantauan bencana, malah turut berperanan sebagai platform penyelarasan respons bantuan secara lebih sistematik dan berimpak.

Menurut beliau, usaha itu selaras dengan komitmen IDS dalam menyokong pembangunan sosial serta memperkukuh kesejahteraan rakyat Sabah, khususnya ketika berdepan situasi kecemasan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua rakan kerjasama dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan misi bantuan berkenaan.

Pada masa sama, beliau berharap lebih banyak pihak akan tampil berganding bahu bagi memperkukuh kesiapsiagaan bencana pada masa hadapan.

Sehubungan itu, IDS turut mengalu-alukan sumbangan tambahan daripada orang ramai dan pihak korporat dalam bentuk keperluan asas seperti lampin bayi, susu bayi dan tuala wanita yang amat diperlukan oleh mangsa banjir, khususnya bayi, kanak-kanak dan wanita di pusat pemindahan sementara.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/09/ids-sabah-agih-lebih-20000-pek-hero-meals-kepada-mangsa-banjir-di-tujuh-daerah/feed/ 0 92929
IDS perkukuh keprihatinan sosial melalui program khidmat komuniti https://sabahmedia.com/2025/03/21/ids-perkukuh-keprihatinan-sosial-melalui-program-khidmat-komuniti/ https://sabahmedia.com/2025/03/21/ids-perkukuh-keprihatinan-sosial-melalui-program-khidmat-komuniti/#respond Fri, 21 Mar 2025 01:21:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70847
Read Time:2 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU: Dalam semangat kebajikan dan keprihatinan sepanjang bulan Ramadan, Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) telah menganjurkan program khidmat komuniti di Rumah Warga Tua Sri Pritchard Kinarut, kelmarin.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) IDS yang bertujuan memperkukuh nilai murni serta menyemai semangat kesukarelawanan dalam kalangan kakitangannya.

Sebagai sebuah institusi penyelidikan yang bukan hanya menumpukan kepada pembangunan dasar tetapi juga kesejahteraan sosial, IDS memainkan peranan penting sebagai pelopor dalam memperkasakan jaringan komuniti.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap kebajikan warga emas, memperkasakan nilai kerja berpasukan dalam kalangan kakitangan IDS serta memberi sokongan moral dan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Inisiatif ini juga sejajar dengan nilai kemanusiaan yang ditekankan sepanjang bulan Ramadan, di mana masyarakat digalakkan untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif IDS, Datuk Ts. Dr. Ramzah Dambul, pasukan IDS disambut mesra oleh pihak rumah kebajikan sebaik tiba di Rumah Warga Tua Sri Pritchard Kinarut.

Para sukarelawan IDS kemudiannya dibahagikan kepada beberapa pasukan untuk melaksanakan pelbagai aktiviti khidmat komuniti.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuk gotong-royong bagi memastikan kebersihan dan keselesaan kawasan sekitar serta bahagian dalam bangunan, perkhidmatan penjagaan diri seperti menggunting rambut bagi penghuni rumah kebajikan, serta pelbagai aktiviti interaktif yang menceriakan suasana dan mengeratkan hubungan antara sukarelawan dan warga emas.

Sebagai tanda keprihatinan, IDS turut menyampaikan sumbangan berupa barangan penjagaan diri dan makanan kepada penghuni sebelum mengakhiri lawatan pada hari tersebut.

Menurut Dr. Ramzah, program ini bukan sekadar inisiatif kebajikan, tetapi juga usaha IDS dalam mengeratkan hubungan dengan masyarakat.

Beliau menegaskan bahawa pembangunan holistik bukan hanya tertumpu kepada dasar dan ekonomi, tetapi juga kepada kesejahteraan sosial.

IDS komited untuk terus memainkan peranan dalam memperkukuh jaringan komuniti serta menanam nilai-nilai keprihatinan dalam kalangan kakitangan.

Beliau turut menekankan bahawa bulan Ramadan adalah masa yang sesuai untuk menghulurkan bantuan dan menyemai kasih sayang kepada mereka yang memerlukan, khususnya warga emas yang sering terpinggir.

Program ini turut mendapat sokongan daripada pelbagai pihak berkepentingan dalam sektor kebajikan. Antara yang hadir ialah Pegawai Penguasa, Jahidi Sahibin, Timbalan Pengetua Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu, Hajan Salam, serta Pasukan Sukarelawan IDS yang turut serta dalam aktiviti kesukarelawanan.

Kehadiran mereka mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh kerjasama antara institusi penyelidikan, badan kebajikan, dan masyarakat bagi mewujudkan ekosistem sosial yang lebih inklusif.

Melalui inisiatif ini, IDS berharap dapat memberi inspirasi kepada lebih banyak organisasi untuk turut serta dalam aktiviti kebajikan serta menyemarakkan semangat kesukarelawanan dalam masyarakat.

Usaha ini bukan sahaja dapat membantu golongan yang memerlukan, malah dapat memperkukuh budaya keprihatinan sosial di Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/21/ids-perkukuh-keprihatinan-sosial-melalui-program-khidmat-komuniti/feed/ 0 70847
Perbincangan meja bulat IDS perkasa wanita dalam aspek sosioekonomi https://sabahmedia.com/2025/03/15/perbincangan-meja-bulat-ids-perkasa-wanita-dalam-aspek-sosioekonomi/ https://sabahmedia.com/2025/03/15/perbincangan-meja-bulat-ids-perkasa-wanita-dalam-aspek-sosioekonomi/#respond Sat, 15 Mar 2025 08:14:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70434
Read Time:1 Minute, 19 Second

Oleh FLORIETA DIET

KOTA KINABALU: Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah akan menganjurkan perbincangan meja bulat bagi membincangkan isu, cabaran, dan strategi pemerkasaan wanita dalam aspek sosioekonomi pada 18 Mac ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Ketua Pegawai Eksekutif IDS, Datuk Ts. Dr. Ramzah Dambul, dalam satu kenyataan pada Sabtu, berkata perbincangan bertemakan “Memperkasa Wanita: Menuju Masa Hadapan yang Lebih Inklusif” ini bertujuan menekankan kepentingan penyertaan wanita dalam pembangunan negeri.

“Wanita memainkan peranan yang semakin signifikan dalam sektor ekonomi, sosial, dan pentadbiran negeri. Mereka perlu diberikan akses dan peluang serta mewujudkan ekosistem sokongan yang kondusif,” katanya.

Perbincangan ini akan melibatkan wakil badan bukan kerajaan (NGO), pemimpin masyarakat, pakar ekonomi, serta wakil sektor awam dan swasta bagi membincangkan peranan NGO dalam memperkukuh pemerkasaan wanita di peringkat komuniti.

Menurutnya, sesi ini akan meneliti pelbagai inisiatif seperti program latihan kemahiran, sokongan keusahawanan, program kepimpinan wanita, serta usaha pengukuhan kapasiti.

“Pendekatan bersepadu ini bertujuan memastikan wanita bukan sahaja diberi ruang untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial, tetapi juga memiliki suara dalam pembuatan dasar dan keputusan yang memberi kesan kepada kehidupan mereka,” katanya.

IDS turut menegaskan kepentingan meningkatkan keupayaan wanita dalam proses pembuatan dasar dan polisi di Sabah.

Penyertaan lebih ramai wanita dalam kepimpinan diharap dapat melahirkan pemimpin yang berwibawa di peringkat pengurusan dan dalam proses membuat keputusan.

Selain itu, bagi memastikan peningkatan penyertaan wanita dalam sektor ekonomi, ekosistem sokongan yang menyeluruh perlu diwujudkan, termasuk akses kepada pembiayaan, bimbingan perniagaan, serta jaringan sokongan keusahawanan yang kukuh.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Penyelaras Program, Siti Farizan Omar melalui emel [email protected] atau di talian 088-450500.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/15/perbincangan-meja-bulat-ids-perkasa-wanita-dalam-aspek-sosioekonomi/feed/ 0 70434
IDS hantar bantuan kepada mangsa banjir di Beaufort https://sabahmedia.com/2025/03/12/ids-hantar-bantuan-kepada-mangsa-banjir-di-beaufort/ https://sabahmedia.com/2025/03/12/ids-hantar-bantuan-kepada-mangsa-banjir-di-beaufort/#respond Wed, 12 Mar 2025 10:11:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70251
Read Time:1 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU: Daerah Beaufort antara kawasan paling teruk terjejas akibat limpahan mendadak Sungai Padas sejak Jumaat lalu berikutan hujan berterusan.

Prihatin dengan situasi itu, Institut Kajian Pembangunan (Sabah) atau IDS melaksanakan misi bantuan kemanusiaan pada 12 Mac 2025 sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.

Misi ini diketuai Pengerusi IDS, Datuk Seri Azizah Mohd. Dun bersama Ketua Pegawai Eksekutif IDS, Datuk Ts. Dr. Ramzah Dambul, yang turun padang meninjau keadaan serta menyantuni mangsa banjir di dua pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun Banir dan Dewan Kebudayaan Bisaya Beaufort yang menempatkan kira-kira 625 mangsa banjir.

Azizah turut menyerahkan Hero-Meals, makanan sedia dimakan (RTE), kepada mangsa banjir sebagai bantuan segera.

Beliau berkata, bantuan ini bukan sekadar memenuhi keperluan asas tetapi turut mencerminkan komitmen IDS dalam membantu masyarakat yang terjejas.

Katanya, dengan pengalaman beliau sebagai mantan Ahli Parlimen P.177 Beaufort, kebajikan penduduk setempat terus menjadi keutamaan.

Dalam satu perkongsian video di media sosial pada 10 Mac 2025, Datuk Ts. Dr. Ramzah Dambul menjelaskan bahawa berdasarkan ramalan model cuaca global yang turut digunakan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), musim tengkujuh dijangka berakhir pada penghujung Mac atau awal April.

“Sabah masih mengalami hujan lebat akibat Monsun Timur Laut (MTL), yang berpotensi menyebabkan banjir di kawasan rendah dan berhampiran sungai.

“Gelombang keempat tengkujuh kali ini berpunca daripada monsun, bukan La Niña, yang dijangka hanya bermula hujung 2025 hingga pertengahan 2026,” katanya.

Menurut Ramzah, Sebagai langkah proaktif, IDS melalui inisiatif D-Hub bekerjasama dengan 20 NGO dari seluruh Sabah, termasuk Kembara Kitchen, CIMB Foundation, dan Perwira, bagi memastikan bantuan disalurkan dalam tempoh 24 jam kepada komuniti terjejas.

“IDS turut menekankan kepentingan kesiapsiagaan dalam menghadapi bencana dan komited memperkukuh daya tahan masyarakat terhadap ancaman alam pada masa hadapan.

“IDS akan terus bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam menjamin kesejahteraan mangsa bencana serta memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/12/ids-hantar-bantuan-kepada-mangsa-banjir-di-beaufort/feed/ 0 70251
IDS fokus basmi kemiskinan pada 2025 https://sabahmedia.com/2025/01/09/ids-fokus-basmi-kemiskinan-pada-2025-azizah/ https://sabahmedia.com/2025/01/09/ids-fokus-basmi-kemiskinan-pada-2025-azizah/#respond Thu, 09 Jan 2025 09:58:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66706
Read Time:2 Minute, 59 Second

KOTA KINABALU: Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) pada tahun ini akan memfokuskan kepada usaha membasmi kemiskinan yang masih membelenggu lapan daerah di negeri ini.

Pengerusi IDS, Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata, kajian menyeluruh perlu dilakukan bagi menangani masalah berkenaan bagi membolehkan seluruh lapisan rakyat mampu menikmati arus kemajuan dan pembangunan yang pesat berkembang di Sabah.

“Pada tahun ini, IDS sebagai sebuah Agensi Pemikir Utama Kerajaan Negeri Sabah perlu memberikan tumpuan kepada pelaksanaan kajian strategik bagi mengenal pasti punca utama mengapa masih terdapat lapan daerah termiskin di Sabah ini.

“Daerah tersebut ialah Tongod, Beluran, Pitas, Kinabatangan, Kota Marudu, Tuaran, Ranau dan Lahad Datu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 Institut Kajian Pembangunan Sabah di Dewan Wisma IDS di sini, hari ini.

Menurut Azizah, kajian yang dilaksanakan mestilah bersifat menyeluruh, komprehensif, dan teliti, dengan matlamat utama untuk merangka penyelesaian yang praktikal dan berkesan.

“Situasi ini bukan sahaja mencabar, tetapi juga amat menyedihkan bagi kita jika tidak ditangani segera. Justeru, IDS perlu memikul tanggungjawab ini, bukan hanya untuk membantu daerah-daerah tersebut keluar daripada senarai daerah termiskin di Malaysia, tetapi juga demi meningkatkan lagi kesejahteraan rakyat Sabah secara keseluruhannya,” ujarnya.

Hadir sama CEO IDS Datuk Dr Ramzah Dambul, Ahi Lembaga Pengarah IDS serta kakitangan IDS.

Azizah turut menyeru semua warga IDS agar segera menyediakan cadangan-cadangan penyelesaian yang bernas sebagai pelan tindakan membasmi kemiskinan itu.

“Usaha ini perlu dilaksanakan dengan segera supaya kelapan-lapan daerah ini dapat keluar daripada status termiskin, sekali gus mencipta perubahan yang bermakna kepada kehidupan rakyat di kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, pelan tindakan tersebut juga adalah sejajar dengan usaha memperkukuhkan ekonomi negeri sekali gus mampu menyumbang kepada peningkatan pendapatan rakyat.
 
Oleh itu, katanya, kajian-kajian yang teliti dan bersasar perlu dilaksanakan untuk mencadangkan pendekatan dan strategi yang sesuai dengan keperluan setiap daerah dan lokaliti.

“Kajian yang mengambil kira perbezaan geografi, sumber ekonomi, serta keunikan komuniti setempat ini akan membantu kita merangka langkah penyelesaian yang lebih relevan dan berkesan bagi meningkatkan taraf hidup rakyat.

“IDS juga perlu memberi fokus kepada kajian keusahawanan yang menyeluruh dan komprehensif. Kajian ini bertujuan untuk memperkasakan usahawan sedia ada, terutama di kawasan luar bandar, dengan memberikan sokongan yang dapat meningkatkan daya saing serta taraf perniagaan mereka,” katanya.

Azizah menjelaskan, serentak itu, pihak IDS juga meneruskan gerak kerja melahirkan lebih ramai usahawan baharu dengan menyediakan semua keperluan, cabaran, dan peluang bagi para usahawan.

“Kita dapat membina ekosistem keusahawanan yang lebih mampan. Saya yakin bahawa peningkatan jumlah usahawan, khususnya di kawasan luar bandar, bukan sahaja dapat menjana pendapatan yang lebih baik untuk mereka tetapi juga membuka peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan di lokasi mereka beroperasi.

“Dengan usaha ini, IDS mampu memainkan peranan penting dalam merangka hala tuju pembangunan ekonomi negeri yang lebih menyeluruh dan inklusif yang menjadi pemangkin kepada kemajuan Sabah yang lebih makmur, sejahtera dan “No one left behind” (tiada golongan yang tertinggal),” katanya lagi.

Tambah beliau, pihak IDS telah berjaya merealisasikan program sepanjang tahun lalu dan kecemerlangan itu akan diteruskan sepanjang tahun ini.

“Pencapaian yang diraih pada tahun lalu harus dijadikan asas untuk memperkukuhkan usaha kita pada tahun ini. Kelangsungan agenda yang bertujuan membantu negeri dan rakyat mesti diteruskan, diperkasa, dan ditingkatkan demi mencapai kemajuan yang lebih bermakna bagi masa depan negeri Sabah,” katanya.

Beliau turut menyentuh mengenai usaha memperkasakan lagi peranan wanita di negeri Sabah melalui program dan aktiviti-aktiviti di bawah Women Leadership Initiative Committee (WLIC) sepanjang tahun ini.

Katanya, perancangan strategik yang dirangka perlu dilaksanakan dengan lancar dan berjaya dalam usaha meningkatkan peratusan penyertaan wanita dalam proses membuat keputusan, sekaligus memperkukuhkan peranan wanita dalam pembangunan ekonomi, khususnya melalui keusahawanan wanita.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/09/ids-fokus-basmi-kemiskinan-pada-2025-azizah/feed/ 0 66706