Ijmam – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 04 Sep 2026 01:02:43 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ijmam – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pembangunan mualaf perlu melangkaui bimbingan asas agama – Tun Musa https://sabahmedia.com/2026/09/04/pembangunan-mualaf-perlu-melangkaui-bimbingan-asas-agama-tun-musa/ https://sabahmedia.com/2026/09/04/pembangunan-mualaf-perlu-melangkaui-bimbingan-asas-agama-tun-musa/#respond Fri, 04 Sep 2026 00:59:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102767
Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU : Usaha memperkasa golongan mualaf perlu bergerak lebih jauh daripada aspek bimbingan asas agama selain perlu melihat pembangunan mualaf secara menyeluruh meliputi pelbagai bidang.

Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman berkata, ia termasuklah bidang pendidikan, kemahiran, kerjaya, keusahawanan, kebajikan keluarga serta pembangunan kepimpinan.

“Kita tidak mahu melihat saudara kita mualaf selama-lamanya berada dalam kedudukan sebagai penerima bantuan. Kita ingin melihat mereka menjadi pendakwah, pendidik, profesional, usahawan, pemimpin masyarakat dan agen perubahan yang mampu membantu saudara mualaf yang lain.

“Saya berharap apabila para peserta kembali ke negeri masing-masing nanti, saudara-saudari membawa bersama bukan sahaja kenangan tentang keindahan negeri Sabah, tetapi juga persahabatan baharu, pengalaman baharu dan semangat baharu untuk terus istiqamah dalam kehidupan sebagai seorang muslim,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Tautan Bayu Ijtimak Amal Islami Mualaf Madani (IJMAM) Peringkat Kebangsaan 2026 di Dewan Bankuasi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini pada Khamis.

Tun Musa berkata, pihaknya turut menyeru seluruh masyarakat agar terus memelihara keharmonian dan semangat hormat menghormati yang menjadi atas kekuatan negara.

Menurutnya, nilai itu amat penting di Sabah dimana kepelbagaian yang ada di negeri ini menjadi kekuatan dalam membina sebuah negeri yang maju, aman, makmur dan sejahtera.

Terdahulu, Tun Musa berkata, seorang mualaf bukanlah sekadar melalui proses melafazkan dua kalimah syahadah, malah ia merupakan permulaan kepada sebuah perjalanan baharu yang memerlukan ilmu, bimbingan, kekuatan jiwa dan sokongan masyarakat.

“Kita harus memahami hakikat bahawa perjalanan setiap Mualaf adalah berbeza. Ada yang melalui proses penerimaan keluarga dengan mudah, namun ada juga yang berhadapan dengan cabaran hubungan kekeluargaan, penyesuaian budaya, ekonomi, pendidikan agama dan penerimaan masyarakat.

“Atas sebab itulah, tanggungjawab menjaga kebajikan mualaf tidak seharusnya diletakkan kepada institusi agama semata-mata. Ia merupakan tanggungjawab bersama bagi semua umat Islam,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/04/pembangunan-mualaf-perlu-melangkaui-bimbingan-asas-agama-tun-musa/feed/ 0 102767
Sabah tuan tumah IJMAM peringkat kebangsaan September ini https://sabahmedia.com/2026/08/07/sabah-tuan-tumah-ijmam-peringkat-kebangsaan-september-ini/ https://sabahmedia.com/2026/08/07/sabah-tuan-tumah-ijmam-peringkat-kebangsaan-september-ini/#respond Fri, 07 Aug 2026 00:36:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101140
Read Time:2 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Sabah bakal menjadi tuan rumah Ijtimak Amal Islami Mualaf Madani (IJMAM) Peringkat Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung pada September ini, sekali gus mencerminkan keyakinan terhadap kemampuan negeri itu menganjurkan program pembangunan ilmu dan ukhuwah dalam kalangan saudara baharu.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Isnin Aliasnih berkata, pemilihan Sabah sebagai tuan rumah merupakan satu penghormatan serta tanggungjawab besar yang perlu digalas dengan penuh komitmen oleh semua pihak.

Beliau berkata, peserta yang akan mewakili Sabah ke peringkat kebangsaan perlu membuat persediaan rapi dan memanfaatkan pengalaman yang diperoleh sepanjang penganjuran IJMAM Peringkat Negeri Sabah sebagai bekalan menghadapi pertandingan tersebut.

“Saya berharap para peserta yang terpilih nanti dapat membuat persediaan sebaik mungkin dan memberikan yang terbaik dalam membawa nama negeri Sabah serta gunakanlah pengalaman yang diperoleh sepanjang IJMAM Peringkat Negeri Sabah sebagai bekalan menghadapi peringkat kebangsaan nanti.

“Insya-Allah, dengan semangat kerjasama dan komitmen semua pihak, saya yakin Negeri Sabah mampu menjadi tuan rumah yang baik dan dapat menjayakan IJMAM Peringkat Kebangsaan dengan lancar dan sempurna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian, Penutupan dan Penyampaian Hadiah Ijtimak Amal Mualaf Madani Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026 di Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), di sini.

Program yang berlangsung selama tiga hari bermula 3 hingga 5 Ogos itu menghimpunkan seramai 155 peserta dalam kalangan saudara baharu yang mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan, antaranya Tilawah al-Quran, Hafazan, Azan dan Iqamah, Nasyid serta Pertandingan Video Kreatif.

Selain pertandingan, pelbagai aktiviti riadah dan sukan turut diadakan bagi mengeratkan hubungan serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan peserta.

Menurut Isnin, program seumpama itu bukan sahaja menjadi platform mencungkil bakat dan meningkatkan kefahaman agama, malah membuka ruang kepada peserta untuk membina persahabatan baharu, saling bertukar pengalaman serta mengukuhkan ukhuwah sesama saudara seagama.

“Saya percaya program ini memberikan banyak pengalaman selain mewujudkan persahabatan baharu, saling mengenali, bertukar pengalaman dan mengeratkan lagi hubungan sesama saudara seagama,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa penganjuran IJMAM wajar diteruskan dan diperluaskan kerana mampu memberi manfaat yang besar kepada masyarakat, khususnya golongan saudara baharu.

“Program ini merupakan satu inisiatif yang baik untuk mengangkat dan mengiktiraf sahabat-sahabat kita dan saudara baharu. Dalam masa yang sama, mereka juga berpeluang mendalami ilmu agama melalui pelbagai pertandingan yang dianjurkan,” katanya.

Pada majlis berkenaan, Anjung Pendidikan Penampang (APEN) dinobatkan sebagai johan keseluruhan pertandingan selepas mencatatkan prestasi cemerlang dalam pelbagai acara yang dipertandingkan.

Turut hadir Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Datuk Awang Juri Ag Tahir dan Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Ustaz Bungsu@Aziz Jaafar.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/07/sabah-tuan-tumah-ijmam-peringkat-kebangsaan-september-ini/feed/ 0 101140