ijpam sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 13 Sep 2025 07:56:26 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ijpam sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 IJPAM 2025 : Sabah bawa pulang empat emas, satu perak https://sabahmedia.com/2025/09/13/ijpam-2025-sabah-bawa-pulang-empat-emas-satu-perak/ https://sabahmedia.com/2025/09/13/ijpam-2025-sabah-bawa-pulang-empat-emas-satu-perak/#respond Sat, 13 Sep 2025 07:28:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81139
Read Time:1 Minute, 6 Second

JOHOR : Kontinjen Sabah gagal mempertahankan kejuaraan temasya Sukan Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM) 2025 apabila sekadar menduduki tangga ketiga dalam kejohanan yang berakhir hari ini di sini.

Meskipun menduduki tangga ketiga, kontinjen ini menunjukkan dominasi yang luar biasa dengan meraih empat pingat emas dan satu perak.

Sabah menunjukkan keunggulan dalam acara sukan berpasukan dan individu. 

Pasukan lelaki Sabah berjaya meraih pingat emas dalam acara badminton lelaki dan bola tampar lelaki, mengalahkan pesaing kuat dari JAKIM dan Selangor.

Kemenangan ini menonjolkan semangat kerjasama dan kemahiran tinggi yang dimiliki oleh para atlet Sabah.

Tidak hanya itu, pasukan bowling Sabah turut mencatatkan kejayaan cemerlang.

Pasukan bowling lelaki dan bowling wanita kedua-duanya berjaya meraih pingat emas, mengukuhkan lagi kedudukan Sabah sebagai kuasa besar dalam acara boling.

Kemenangan ini adalah bukti latihan keras dan dedikasi yang telah dicurahkan oleh setiap pemain.

Dengan empat pingat emas dan satu pingat perak, Sabah telah mencatatkan pencapaian yang membanggakan

Keberkesanan ini menempatkan Sabah di kedudukan ketiga keseluruhan, berkongsi jumlah pingat emas yang sama dengan Selangor dan Johor, yang masing-masing menduduki tempat pertama dan kedua

Pencapaian luar biasa ini bukan sahaja mengharumkan nama Sabah tetapi juga menjadi inspirasi bagi semua atlet dan agensi agama di seluruh Malaysia.

Ia menunjukkan bahawa dengan semangat juang dan dedikasi yang tinggi, kejayaan pasti dapat dicapai. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/13/ijpam-2025-sabah-bawa-pulang-empat-emas-satu-perak/feed/ 0 81139
Sabah sedia pertahan kejuaraan IJPAM 2025 di Johor https://sabahmedia.com/2025/08/29/sabah-sedia-pertahan-kejuaraan-ijpam-2025-di-johor/ https://sabahmedia.com/2025/08/29/sabah-sedia-pertahan-kejuaraan-ijpam-2025-di-johor/#respond Fri, 29 Aug 2025 09:46:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80298
Read Time:1 Minute, 36 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu: Kontinjen mewakili Sabah sedia untuk mempertahankan gelaran Johan keseluruhan pada temasya Sukan Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM) 2025 yang akan berlangsung di negeri Johor bermula minggu depan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, Sabah akan menghantar lebih 200 atlet dan delegasi dalam usaha mengekalkan kejuaraan yang dicapai pada edisi 2023 yang dianjurkan di negeri ini.

Arifin ketika ditemui selepas merasmikan program itu. – Alexter Rosalia

“Tahun lalu kita menjadi Johan. Tahun ini insya-Allah kita akan cuba mempertahankan kejuaraan itu. 

“Saya menyeru kontinjen Sabah agar menjaga nama baik negeri, mengekalkan prestasi cemerlang serta menjadikan kejohanan ini wadah mempererat ukhuwah antara agensi agama seluruh negara,” katanya.

Yang Dipertua MUIS Datuk Seri Yahya Hussin (empat kiri) menyerahkan cenderamata kepada Arifin – Alexter Rosalia

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan amanat dan penyerahan bendera Sabah kepada kontinjen IJPAM Sabah di sini pada Jumaat.

Hadir sama Yang Dipertua Majlis Ugama Islam (MUIS) Datuk Seri Yahya Hussin dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Negeri Sabah (JHEAINS) Datuk Jumain Abdul Ghani.

Arifin yang juga Exco Pendidikan dan Agama berkata, kejohanan itu bukan sahaja pentas persaingan sukan, malah turut menjadi wahana persahabatan dan perkongsian ilmu melalui konvensyen pegawai serta kakitangan agama yang diadakan serentak.

Arifin menyerahkan bendera Sabah kepada salah satu pasukan bertanding – Alexter Rosalia

“Sabah sebelum ini sudah menyerlah dalam beberapa kejohanan termasuk peringkat sekolah.

“Saya yakin dalam kejohanan ini juga, kita akan terus cemerlang dalam bidang yang disasarkan,” katanya.

Sabah mula menyertai kejohanan sukan jabatan agama sejak 2012 dan berjaya mengekalkan rekod cemerlang termasuk muncul Juara Keseluruhan pada 2014 serta 2023. 

Dalam edisi 2022 di Selangor, Sabah bergelar Naib Johan Keseluruhan dengan dua emas menerusi acara bolatampar lelaki dan bola sepak.

Dengan persiapan rapi dan latihan intensif sejak awal tahun, Sabah mensasarkan kejuaraan sekali lagi di Johor 2025 sebelum edisi seterusnya berlangsung di Sarawak pada 2027. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/29/sabah-sedia-pertahan-kejuaraan-ijpam-2025-di-johor/feed/ 0 80298
Kerajaan pastikan harga beras di pedalaman Sabah, Sarawak tidak membebankan https://sabahmedia.com/2023/10/04/kerajaan-pastikan-harga-beras-di-pedalaman-sabah-sarawak-tidak-membebankan/ https://sabahmedia.com/2023/10/04/kerajaan-pastikan-harga-beras-di-pedalaman-sabah-sarawak-tidak-membebankan/#respond Wed, 04 Oct 2023 15:26:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43069
Read Time:2 Minute, 22 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan Kerajaan negeri (Sabah dan Sarawak) mengenai langkah yang boleh diambil bagi memastikan harga beras putih import (BPI) di kawasan pedalaman tidak membebankan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu perlu memandangkan harga di kawasan pedalaman dijangka masih tinggi walaupun kerajaan memberikan subsidi untuk menurunkan harga BPI kepada RM31 bagi kampit 10 kilogram, mulai esok.

“Sekarang, harga beras (BPI) turun kepada RM31 tetapi di kawasan pedalaman mungkin harganya tinggi sikit kerana kos pengangkutan.

“Perkara ini kita akan bincang dengan kerajaan negeri bagaimana untuk kurangkan kos di kawasan pedalaman,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penangguhan Konvensyen Pengurusan Hal Ehwal Islam sempena Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM) 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini mala mini.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dato Setia Dr Mohd Na’im Mokhtar; Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali dan  Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Anwar berkata, kerajaan mengambil keputusan memberikan subsidi untuk BPI di Sabah dan Sarawak bagi menurunkan harganya selepas mengambil kira keluhan rakyat kedua-dua negeri yang terbeban dengan kenaikan BPI baru-baru ini.

Katanya, langkah sementara itu juga mengambil kira peratus pengeluaran beras tempatan di Sabah yang kini hanya kira-kira 25 peratus menyebabkan rakyat terpaksa bergantung kepada beras import.

“Perkembangan semasa terutama yang menyentuh Sabah dan Sarawak dua hari yang lalu setelah kita mendapat dan mendengar keluhan rakyat mengenai harga beras yang meningkat dan membebankan dan seperti kita sudah maklum bahawa beras tempatan tidak tersebar luas, iaitu 25 peratus saja di Sabah, maka di sini terpaksa bergantung kepada beras import.

“Harga beras import ini seperti mana yang disinggung oleh Presiden Jokowi tiga hari lalu akibat daripada keputusan 18 negara menyekat eksport atau mengurangkan eksport maka harga beras melambung naik.

“Tentunya kesan sama di Malaysia, tapi kita tahu apa yang dihadapi rakyat maka pada Isnin lalu kita panggil menteri dan beberapa pegawai Kementerian Pertanian untuk mendengar pandangan, kita putuskan supaya langkah sementara yang dipanggil melalui subsidi kerajaan.

“Subsidi ini maknanya harga itu tinggi dan kita bayar untuk kurangkan, ia bukan ekonomi pasaran, ini disebut sebagai campur tangan kerjaaan untuk mengurangkan beban. Subsidi makanan itu tinggi, subsidi ayam dan telur sehingga 30 Sepetember lalu saja mencecah RM3.8 bilion,” katanya.

Isnin lalu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengumumkan pemberian subsidi sebanyak RM950 bagi satu tan BPI di Sabah dan Sarawak bagi menurunkan harganya kepada RM31 berkuat kuasa esok, 5 Oktober.

Anwar berkata, kerajaan memilih untuk mengumumkan pemberian subsidi itu bagi memastikan rakyat Sabah dan Sarawak, terutama yang miskin dan berpendapatan rendah tidak dibebankan dengan harga beras yang tinggi. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/04/kerajaan-pastikan-harga-beras-di-pedalaman-sabah-sarawak-tidak-membebankan/feed/ 0 43069