imigresen – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 05 Aug 2026 00:29:06 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png imigresen – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 JIM Sabah pindahkan 4,447 PATI ke negara asal setakat ini https://sabahmedia.com/2026/08/05/jim-sabah-pindahkan-4447-pati-ke-negara-asal-setakat-ini/ https://sabahmedia.com/2026/08/05/jim-sabah-pindahkan-4447-pati-ke-negara-asal-setakat-ini/#respond Wed, 05 Aug 2026 00:16:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100972
Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah telah memindahkan seramai 4,447 tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara asal masing-masing setakat ini selepas mereka selesai menjalani hukuman mengikut peruntukan undang-undang serta memiliki dokumen perjalanan yang sah.

JIM Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, daripada jumlah itu, seramai 2,891 orang adalah warganegara Filipina, diikuti 1,314 orang warganegara Indonesia, 113 orang warganegara Pakistan, 92 orang warganegara China, 18 orang warganegara Vietnam dan 19 orang lagi terdiri daripada pelbagai kewarganegaraan lain.

Menurut JIM Sabah, semua tahanan terbabit telah menjalani hukuman yang ditetapkan sebelum dibenarkan pulang ke negara asal menerusi Program Pemindahan Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), selain memiliki ‘Travel Documents’ (TD) yang sah bagi melayakkan mereka mengikuti proses penghantaran pulang.

Dalam perkembangan terbaharu, JIM Sabah turut melaksanakan pemindahan membabitkan 42 warga Filipina dari Depot Imigresen Tawau ke Pelabuhan Bongao, Tawi-Tawi, Filipina menggunakan feri komersial melalui Pelabuhan Lahad Datu.

Kesemua tahanan yang dipindahkan itu terdiri daripada 36 lelaki dewasa dan enam perempuan dewasa berusia antara 22 hingga 58 tahun.

Pada masa sama, JIM Sabah menegaskan akan terus mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap mana-mana majikan yang melindungi atau menggaji pekerja asing tanpa dokumen yang sah.

Menurut kenyataan itu, majikan yang didapati melakukan kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Imigresen 1959/63, termasuk denda sehingga RM50,000, hukuman penjara serta sebatan bagi kesalahan melindungi atau bersubahat dengan PATI.

JIM Sabah turut menyeru orang ramai supaya lebih peka terhadap kehadiran PATI di kawasan masing-masing dan tidak bersekongkol melindungi atau menggaji mereka. 

Sebarang maklumat berkaitan kegiatan PATI boleh disalurkan kepada Jabatan Imigresen melalui saluran rasmi bagi membantu memperkukuhkan penguatkuasaan undang-undang imigresen di negeri ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/05/jim-sabah-pindahkan-4447-pati-ke-negara-asal-setakat-ini/feed/ 0 100972
44 PATI ditahan dalam Ops Sapu di Sandakan https://sabahmedia.com/2026/06/29/44-pati-ditahan-dalam-ops-sapu-di-sandakan/ https://sabahmedia.com/2026/06/29/44-pati-ditahan-dalam-ops-sapu-di-sandakan/#respond Mon, 29 Jun 2026 01:54:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99049
Read Time:1 Minute, 23 Second

SANDAKAN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menahan seramai 44 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Operasi Sapu yang dilaksanakan di sekitar daerah Sandakan di sini Sabtu lalu.

JIM Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan operasi berkenaan dijalankan oleh 13 pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan Sandakan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan membanteras kebanjiran warga asing tanpa izin di negeri ini.

Menurut kenyataan itu, pemeriksaan telah dijalankan ke atas 84 individu sebelum 44 daripadanya ditangkap dan ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Kesemua individu yang ditahan merupakan warganegara Filipina, terdiri daripada 10 lelaki dewasa, 11 perempuan dewasa, 11 kanak-kanak lelaki dan 12 kanak-kanak perempuan.

“Siasatan awal mendapati semua yang ditahan gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah atau pas yang dibenarkan untuk berada di negara ini.

“Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah,” menurut kenyataan itu.

JIM Sabah menegaskan pihaknya akan terus memperhebat operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi mengesan dan menahan pendatang asing tanpa izin di seluruh negeri.

Katanya, tindakan itu adalah sebahagian daripada komitmen jabatan dalam memastikan pematuhan terhadap undang-undang imigresen serta memelihara keselamatan dan ketenteraman awam.

Dalam masa sama, JIM Sabah memberi amaran bahawa tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana individu atau pihak yang didapati melindungi atau menggaji PATI.

Orang ramai turut diseru menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan kehadiran warga asing tanpa izin di kawasan masing-masing bagi membantu memperkukuh usaha penguatkuasaan.

Menurut JIM Sabah, tiada sebarang kompromi akan diberikan terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang, khususnya melibatkan isu keselamatan negara.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/29/44-pati-ditahan-dalam-ops-sapu-di-sandakan/feed/ 0 99049
96 warga asing ditahan dalam operasi bersepadu JIM Sabah https://sabahmedia.com/2026/06/22/96-warga-asing-ditahan-dalam-operasi-bersepadu-jim-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/06/22/96-warga-asing-ditahan-dalam-operasi-bersepadu-jim-sabah/#respond Mon, 22 Jun 2026 00:28:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98578
Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU: Seramai 96 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah dalam operasi penguatkuasaan bersepadu yang dilaksanakan di Kota Kinabalu dan Tawau bagi mengesan serta mengekang pelanggaran undang-undang imigresen.

Operasi yang dijalankan dengan kerjasama beberapa agensi penguat kuasa itu menyasarkan lokasi tumpuan warga asing dan kawasan yang dikenal pasti mempunyai risiko berlakunya pelanggaran syarat imigresen.

Dalam operasi di Kota Kinabalu, operasi bersepadu yang melibatkan kerjasama dengan Majlis Perbandaran Penampang menerusi Ops Kutip dan Ops Sapu telah memeriksa seramai 214 individu.

JIM Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, hasil pemeriksaan mendapati 52 warga asing dipercayai melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, termasuk tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan menyalahgunakan pas yang dikeluarkan.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada 16 lelaki dewasa, 20 perempuan dewasa, 11 kanak-kanak lelaki dan lima kanak-kanak perempuan, yang kesemuanya merupakan warganegara Filipina.

“Sementara itu, di Tawau, operasi bersepadu yang dilaksanakan bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Daerah Tawau menerusi Ops Sapu, Ops Selera dan Ops Mahir telah memeriksa 120 individu.

“Daripada jumlah tersebut, 44 warga asing ditahan selepas disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen,” menurut kenyataan itu di sini pada Ahad.

Menurut kenyataan itu lagi, tangkapan membabitkan 33 warga Filipina, terdiri daripada 31 lelaki dewasa dan dua perempuan dewasa, serta 11 warga Indonesia yang merangkumi enam lelaki dewasa dan lima perempuan dewasa.

JIM Sabah memaklumkan semua individu yang ditahan dibawa ke depot imigresen bagi tujuan siasatan lanjut dan proses dokumentasi sebelum tindakan selanjutnya diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Menurut jabatan itu, operasi penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan secara berterusan sebagai langkah membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) serta memastikan pematuhan terhadap undang-undang imigresen negara.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/22/96-warga-asing-ditahan-dalam-operasi-bersepadu-jim-sabah/feed/ 0 98578
Dua Pegawai Imigresen Disyaki Langgar SOP Pengeluaran Pasport Ditahan https://sabahmedia.com/2026/01/22/dua-pegawai-imigresen-disyaki-langgar-sop-pengeluaran-pasport-ditahan/ https://sabahmedia.com/2026/01/22/dua-pegawai-imigresen-disyaki-langgar-sop-pengeluaran-pasport-ditahan/#respond Thu, 22 Jan 2026 14:01:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90188
Read Time:1 Minute, 30 Second

Tiga individu termasuk dua pegawai Imigresen ditahan menerusi dua operasi di Johor dan Sabah pada Isnin dan semalam, selepas disyaki terlibat dalam penyalahgunaan kemudahan permohonan Pasport Malaysia secara dalam talian.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata menerusi serbuan di sebuah premis kediaman di Simpang Rengam, Johor, pihaknya menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kesalahan memberikan perakuan palsu bagi mendapatkan Pasport Malaysia.

Beliau berkata susulan penahanan itu, operasi diteruskan di Kota Kinabalu, Sabah yang membawa kepada penahanan dua lelaki masing-masing merupakan pegawai Imigresen yang dipercayai bertindak sebagai dalang utama dan “pemudah cara” kepada sindiket berkenaan.

“Siasatan awal mendapati modus operandi sindiket ini menawarkan perkhidmatan pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA)  secara dalam talian kepada rakyat Malaysia yang berada di luar negara tanpa mematuhi prosedur yang ditetapkan.

“Sindiket ini mempromosikan perkhidmatan mereka melalui media sosial dan pemohon hanya perlu menyerahkan maklumat peribadi serta gambar dengan keseluruhan urusan permohonan diuruskan sindiket dengan bayaran sebanyak RM12,000 bagi setiap naskhah PMA,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zakaria berkata pemohon juga tidak perlu hadir ke pejabat Imigresen untuk pengambilan pasport sebaliknya, PMA yang telah siap akan dipos ke luar negara melalui perkhidmatan kurier kepada ejen terbabit.

Beliau berkata operasi terbabit ialah hasil risikan terperinci dan pemantauan berterusan selama hampir dua bulan itu turut merampas dua naskhah PMA serta dokumen-dokumen permohonan PMA secara dalam talian, yang dipercayai berkaitan secara langsung dengan aktiviti sindiket tersebut.

Zakaria berkata kesemua individu yang ditahan berusia antara 32 hingga 40 tahun itu, disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Pasport 1966 dan dibawa ke Pejabat Imigresen Negeri Johor dan Sabah bagi siasatan lanjut.

“Selain itu, seorang wanita warga tempatan dan seorang lagi pegawai Imigresen telah diberikan notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan,” katanya.- bernama

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/22/dua-pegawai-imigresen-disyaki-langgar-sop-pengeluaran-pasport-ditahan/feed/ 0 90188
Langgar undang-undang Imigresen, warga asing terima hukuman https://sabahmedia.com/2025/06/24/langgar-undang-undang-imigresen-warga-asing-terima-hukuman/ https://sabahmedia.com/2025/06/24/langgar-undang-undang-imigresen-warga-asing-terima-hukuman/#respond Tue, 24 Jun 2025 11:48:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76113
Read Time:1 Minute, 21 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seramai 24 warga asing dijatuhi hukuman penjara selepas mengaku bersalah memasuki negeri ini tanpa pas yang sah.

Kesemua tertuduh membuat pengakuan itu di hadapan hakim Mahkamah Sesyen, Hurman Hussain.

Mereka ditahan antara 10 dan 12 Jun lalu di pelbagai lokasi di sekitar daerah Penampang, Sipitang, Keningau dan Ranau.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM10,000, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, dua daripada mereka dipenjara enam bulan lagi dengan satu sebatan kerana memasuki Sabah tanpa pas yang sah dan kembali semula ke negeri ini juga tanpa pas yang sah selepas diusir sebelum ini.

Habil Ismail dan Albasir Abdullah masing-masing ditangkap pada 10 Jun di sebuah rumah Kongsi di Ranau dan sekitar kawasan Keningau.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara berjalan secara berasingan, menjadikan tempoh hukuman bagi Habil dan Albasir masing-masing 10 bulan penjara berserta satu sebatan, bagi dua pertuduhan yang dihadapi.

Dalam mahkamah yang sama, dua lagi warga asing masing-masing didenda kerana tinggal lebih masa di Sabah.

Shah Jawad Ali dan Muhammad Maaz, kedua-duanya warga Pakistan, ditahan di Tuaran pada 11 dan 13 Jun lalu.

Pas Lawatan Sosial milik Shah hanya sah sehingga 6 November 2024, namun dia telah tinggal lebih masa selama tujuh bulan. Bagi Muhammad, pas lawatannya hanya sah sehingga 20 April lalu, dan dia telah tinggal lebih masa selama sebulan.

Mahkamah memerintahkan semua tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman penjara untuk tindakan lanjut.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Norizan Awang Tanda dan Mohd Sharifuddin Salim. Kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/24/langgar-undang-undang-imigresen-warga-asing-terima-hukuman/feed/ 0 76113
Laporan Statistik Jenayah Malaysia 2024: Kes Jenayah di Sabah dan Kebanjiran Penduduk Bukan Warganegara Harus Diambil Perhatian https://sabahmedia.com/2024/10/26/laporan-statistik-jenayah-malaysia-2024-kes-jenayah-di-sabah-dan-kebanjiran-penduduk-bukan-warganegara-harus-diambil-perhatian/ https://sabahmedia.com/2024/10/26/laporan-statistik-jenayah-malaysia-2024-kes-jenayah-di-sabah-dan-kebanjiran-penduduk-bukan-warganegara-harus-diambil-perhatian/#respond Sat, 26 Oct 2024 08:15:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62805
Read Time:2 Minute, 19 Second


Kuala Lumpur – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) baru-baru ini menerbitkan laporan Statistik Jenayah Malaysia 2024, yang memaparkan data terkini mengenai insiden jenayah di seluruh negara termasuk kategori seperti jenayah komersil, keganasan seksual, dadah, rasuah, maritim, trafik, dan pematuhan alam sekitar.

Peningkatan Sederhana Nisbah Jenayah Indeks di Peringkat Nasional
Menurut laporan ini, nisbah Jenayah Indeks negara – yang menunjukkan kes jenayah per 100,000 penduduk – mencatatkan peningkatan kecil dari 146 (2022) kepada 149 (2023).

Tahun202120222023
Nisbah Jenayah Indeks: Malaysia153146149
Jenayah Indeks: Malaysia52,97450,81352,444
    
Nisbah Jenayah Indeks: Sabah809695
Jenayah Indeks: Sabah3,4284,1014,117

Lima negeri melebihi nisbah nasional iaitu W.P. Kuala Lumpur (221), Selangor (196), Kedah (193), Pulau Pinang (193), dan Negeri Sembilan (159). Walaupun begitu, Sabah mencatatkan Nisbah Jenayah Indeks paling rendah di Malaysia selama tiga tahun berturut-turut, dengan nisbah 95 pada 2023, sedikit menurun daripada 96 pada 2022.

Jenayah Kekerasan dan Harta Benda di Sabah
Walaupun nisbah rendah, jumlah kes jenayah di Sabah masih tinggi, dengan 4,117 kes pada 2023, menduduki tempat kelima tertinggi di Malaysia selepas Selangor (13,739), Johor (5,330), Kedah (4,567), dan W.P. Kuala Lumpur (4,540). Sebahagian besar jenayah kekerasan di Sabah pada 2023 melibatkan kes rogol (42%) dan kes mencederakan (33%).

Di samping itu, kes jenayah harta benda meningkat hampir 20%, dengan kes pecah rumah dan curi mencatatkan jumlah kedua tertinggi di negara ini selepas Selangor.

Isu Kebanjiran Penduduk Bukan Warganegara di Sabah

Penduduk: SabahPendudukWarganegaraBukan Warganegara
Jumlah3.742 juta orang2.698 juta orang1.043 juta orang
Peratusan100 %72.1 %27.9 %

Laporan DOSM juga mengetengahkan isu demografi di Sabah, yang memiliki peratusan penduduk bukan warganegara tertinggi di Malaysia, iaitu hampir 30% daripada keseluruhan 3.742 juta penduduk negeri itu.

Beberapa daerah mencatatkan peratusan penduduk bukan warganegara yang melebihi penduduk warganegara, seperti Kinabatangan (78%) dan Kalabakan (67%).

Populasi bukan warganegara ini, yang sebahagian besarnya terdiri daripada individu tanpa dokumen, menghadapi cabaran pekerjaan tetap dan pendapatan mencukupi, yang mendorong segelintir mereka beralih kepada aktiviti jenayah sebagai cara bertahan.

Malah, keberadaan mereka turut memberi tekanan kepada kemudahan awam seperti air dan elektrik serta menimbulkan isu koloni setinggan dan tunggakan bil rawatan kesihatan.

Langkah Keselamatan dan Kewangan untuk Memperkasa Keselamatan Sabah
Kerajaan telah mengambil langkah tegas bagi menangani isu keselamatan di Sabah, termasuk pembinaan dua pos sempadan baharu di Bantul dan Serudung yang diumumkan dalam Belanjawan Negara 2025.

Kerajaan memperuntukkan RM19.5 bilion kepada Kementerian Dalam Negeri dan RM21.2 bilion kepada Kementerian Pertahanan, bertujuan untuk meningkatkan keselamatan, khususnya di kawasan sempadan dan pantai timur Sabah.


Walaupun nisbah jenayah indeks Sabah adalah yang terendah di Malaysia, jumlah kes yang dicatatkan masih memerlukan perhatian. Kebanjiran penduduk bukan warganegara yang tinggi boleh mendatangkan cabaran serius terhadap keselamatan dan kestabilan sosial di Sabah. Peruntukan kewangan dan pelan keselamatan terkini oleh kerajaan diharap akan membawa kestabilan yang lebih kukuh di masa hadapan

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/26/laporan-statistik-jenayah-malaysia-2024-kes-jenayah-di-sabah-dan-kebanjiran-penduduk-bukan-warganegara-harus-diambil-perhatian/feed/ 0 62805
Tinggal lebih masa lebih 10 tahun, Warga Pakistan didenda 50,000, Penjara https://sabahmedia.com/2023/01/09/tinggal-lebih-masa-lebih-10-tahun-warga-pakistan-didenda-50000-penjara/ https://sabahmedia.com/2023/01/09/tinggal-lebih-masa-lebih-10-tahun-warga-pakistan-didenda-50000-penjara/#respond Mon, 09 Jan 2023 08:40:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27630
Read Time:1 Minute, 20 Second


Tawau — Mahkamah Sesyen Tawau menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan dan denda RM50,000 terhadap warga Pakistan, Bakht Rahman, 47, yang mengaku bersalah tinggal melebihi masa atau tamat tempoh pas di negara ini.

Menurut Hakim Mahkamah Sesyen Tawau, Awang Kerisnada Awang Mahmud hukuman itu adalah sebagai mesej jelas bahawa tiada sesiapa yang boleh mengatasi atau memperolok-olok akta dan peraturan Imigresen di negara ini. 

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh diusir pulang ke negara asal sebaik selesai menjalani hukuman selepas mendapati kesalahan tertuduh adalah serius dan berat apabila tinggal menetap di negara ini lebih sedekad atau bersamaan 14 tahun, tujuh bulan dan 12 hari.

“Sekiranya datang dengan cara yang betul…mesti ikut undang-undang, guna saluran sah dan jika berhasrat tinggal lebih lama…boleh buat permohonan, sebaliknya kesalahan kamu ini…jika sehari dua (tinggal lebih masa) mungkin boleh dimaafkan, tetapi ini sudah lebih sedekad,” kata Awang Kerisnada.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 (4) Akta sama dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh tidak lebih lima tahun atau denda tidak kurang daripada RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh ditangkap sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Tawau di Jalan Wakuba Gading di sini, pada 27 Disember lalu, kira-kira 1 tengah hari.

Hasil siasatan mendapati tertuduh tinggal lebih masa di negara ini dengan menggunakan pasport yang tamat tempoh pada 15 Mei 2008.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen Tawau Pilin Kenrey manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/09/tinggal-lebih-masa-lebih-10-tahun-warga-pakistan-didenda-50000-penjara/feed/ 0 27630
Sabah Kaji Semula Keperluan Pemeriksaan Imigresen Di Pintu Masuk Dari Labuan https://sabahmedia.com/2021/12/04/sabah-kaji-semula-keperluan-pemeriksaan-imigresen-di-pintu-masuk-dari-labuan/ https://sabahmedia.com/2021/12/04/sabah-kaji-semula-keperluan-pemeriksaan-imigresen-di-pintu-masuk-dari-labuan/#respond Sat, 04 Dec 2021 09:15:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9309
Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan mengkaji semula sama ada perlu atau tidak untuk melaksanakan pemeriksaan Imigresen di pintu masuk Sabah bagi mereka yang datang dari Labuan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, beliau akan mendapatkan laporan terlebih dahulu dari Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah berhubung perkara itu.

“Mungkin amalan sehingga sekarang ini begitulah kerana apabila mereka sampai dari Semenanjung atau lain tempat mereka akan diperiksa oleh pihak Imigresen di Labuan tetapi dari Labuan datang ke Sabah ada sedikit persoalan kenapa tidak diperiksa di sini.

“Perkara ini kita akan lihat secara menyeluruh rasional yang berlaku kerana selama ini amalannya memang seperti itu tetapi ada permintaan daripada rakyat kita supaya mereka yang datang ke Sabah juga diperiksa oleh Imigresen di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan sesi taklimat mengenai Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan Sabah, di Mini Auditorium, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, disini hari ini.

Ketika ini Hajiji berkata, pemeriksaan Imigresen hanya dilaksanakan terhadap individu memasuki Labuan dari Semenanjung atau tempat lain tetapi tiada pemeriksaan apabila mereka memasuki Sabah.

“Justeru itu, kita akan kaji perkara ini, kalau ianya perlu dilaksanakan atau tidak, nanti kita akan dapatkan laporan daripada pihak Imigresen negeri,” katanya.

Beliau diminta mengulas rungutan pelbagai pihak mengenai ketiadaan pemeriksaan Imigresen di pintu masuk dari Labuan seperti di Menumbok menyebabkan tiada rekod kemasukan individu khususnya warga asing yang datang dari Labuan.

Ekoran itu, pelbagai pihak menyuarakan agar pemeriksaan Imigresen dilaksanakan di semua pintu masuk dari Labuan, termasuk di Menumbok.

Ini bagi memastikan tiada lagi warga asing mengambil kesempatan terhadap kelompongan yang berlaku bagi mengelak dikesan pihak berkuasa apabila berada melebihi tempoh dibenarkan di negeri ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/04/sabah-kaji-semula-keperluan-pemeriksaan-imigresen-di-pintu-masuk-dari-labuan/feed/ 0 9309