impac – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 27 Nov 2021 02:39:09 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png impac – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Madrasah Rumah Transit Mualaf Sabah Terima Sumbangan RM39,200 https://sabahmedia.com/2021/11/27/madrasah-rumah-transit-mualaf-sabah-terima-sumbangan-rm39200/ https://sabahmedia.com/2021/11/27/madrasah-rumah-transit-mualaf-sabah-terima-sumbangan-rm39200/#respond Sat, 27 Nov 2021 02:39:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8954
Read Time:42 Second

RANAU : Kerajaan negeri menyerahkan sumbangan sebanyak RM19,200 kepada Madrasah Rumah Transit Mualaf Sabah disini kelmarin.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, sumbangan yang disalurkan itu adalah menerusi bantuan Ihsan Makanan Pelajar Terjejas COVID-19 (IMPAC) yang dilancarkan sebelum ini.

“Sumbangan bantuan ini adalah bagi membantu menampung operasi harian madrasah selain keperluan harian penghuni di sini yang terjejas sepanjang pandemik COVID-19.

“Ini adalah satu jihad yang luar biasa telah diperjuangkan oleh pengasas madrasah dalam membangunkan pendidikan dakwah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan bantuan itu di sini, kelmarin.

Mohd Arifin berkata, pendidikan dan dakwah amat perlu dalam membangunkan ummah selain ia turut saling berkait rapat.

Selain bantuan IMPAC, turut diserahkan bantuan sejumlah RM20,000 yang disalurkan oleh Tabung Zakat Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Madrasah Rumah Transit Mualaf Sabah itu mempunyai seramai 80 orang pelajar.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/27/madrasah-rumah-transit-mualaf-sabah-terima-sumbangan-rm39200/feed/ 0 8954
Sabah Peruntuk RM1.5 juta Laksana IMPAC https://sabahmedia.com/2021/06/29/sabah-peruntuk-rm1-5-juta-laksana-impac/ https://sabahmedia.com/2021/06/29/sabah-peruntuk-rm1-5-juta-laksana-impac/#respond Tue, 29 Jun 2021 09:26:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2209
Read Time:1 Minute, 40 Second

KOTA KINABALU : Sabah memperuntukan RM1.5 juta bagi Bantuan Ihsan Makanan Pelajar Terjejas Covid-19 (IMPAC) kepada para pelajarnya. 

Menurut Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Arif, peruntukan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 itu khusus untuk membantu pelajar Sabah yang terperangkap di kampus atau sekitar kampus Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh Malaysia akibat PKP 3.0 dalam usaha kerajaan membendung Covid-19.

Jelas beliau, bayaran one-off RM300 akan diberikan kepada pelajar Sabah yang terperangkap di kampus atau sekitar kampus Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh Malaysia akibat PKP 3.0 untuk membendung Covid-19.

“Bantuan diluluskan berdasarkan permohonan dan pengesahan institusi-institusi berkenaan di seluruh Malaysia. Bayaran one-off sebanyak RM300 seorang dan berdasarkan jumlah pelajar yang berada di asrama pada tempoh tersebut. 

“Pelajar yang tinggal di rumah sewa sekitar kampus juga termasuk dalam kategori ini. Bantuan ini juga dipanjangkan ke maktab perguruan, sekolah agama, madrasah, sekolah maahad tahfiz dan seumpanya,”katanya.

Katanya, bantuan akan disalurkan terus kepada institusi, kolej, sekolah, maktab dan madrasah untuk diagih kepada pelajar-pelajar berkenaan.

“Bagi institut atau madrasah yang menyediakan makan minum pelajar, bantuan tersebut boleh digunakan oleh institusi atau madrasah untuk perbelanjaan makan minum pelajar dan tidak perlu diagih kepada pelajar,” katanya. 

Mengenai status terkini Arifin menjelaskan, setakat ini RM120,300 telah dibayar kepada pelajar baru di tiga IPT dan tiga maahad tahfiz dan sekolah agama rakyat melibatkan 400 pelajar di Sabah.

Tambah beliau, di bawah PKP 2.0, seramai 3,839 pelajar daripada 72 IPT dan institusi seluruh Malaysia telah dibantu melibatkan peruntukan sebanyak RM1.151 juta.

“Jumlah RM1.151 juta ini melibatkan permohonan dari sebuah IPT di Sabah, enam di Sarawak, enam dari Johor, dua di Negeri Sembilan, 12 di Selangor dan Kuala Lumpur, 22 pusat tahfiz dan sekolah agama rendah. 

“Selebihnya adalah IPT dari beberapa negeri di Semanjung Malaysia,” dedah Arifin dalam sidang media di pejabatnya, pada Selasa. PENERANGAN

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/29/sabah-peruntuk-rm1-5-juta-laksana-impac/feed/ 0 2209