import – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 22 May 2024 04:26:08 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png import – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 645 Tan Beras Berjaya Dirampas Dari Gudang Tiada Lesen Di Sarawak https://sabahmedia.com/2024/05/22/kementerian-pertanian-dan-keterjaminan-makanan-kpkm-memaklumkan-hasil-pemeriksaan-mendapati-premis-perniagaan-terbabit-tiada-lesen-di-bawah-akta-kawalan-padi-dan-beras-1994-akta-522/ https://sabahmedia.com/2024/05/22/kementerian-pertanian-dan-keterjaminan-makanan-kpkm-memaklumkan-hasil-pemeriksaan-mendapati-premis-perniagaan-terbabit-tiada-lesen-di-bawah-akta-kawalan-padi-dan-beras-1994-akta-522/#respond Wed, 22 May 2024 04:24:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54821
Read Time:1 Minute, 56 Second

KUALA LUMPUR: Kerajaan Melalui Op TARING BRAVO 3 yang dilancarkan Kawal selia Padi dan Beras (KPB) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA), pada 15 dan 16 Mei lalu berjaya merampas beras putih Import yang dianggarkan bernilai RM2.1Juta.

Rampasan  Sebanyak 645.75 tan beras pelbagai gred, termasuk Beras Putih Import (BPI) dirampas dari sebuah gudang di Sibu, Sarawak, minggu lalu.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), memaklumkan hasil pemeriksaan mendapati premis perniagaan terbabit tiada lesen di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522).

“KPB menyita stok beras terbabit serta dokumen berkaitan bagi siasatan lanjut di bawah Akta 522 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Padi dan Beras (Pelesenan Pemborong dan Peruncit) 1996 PU (A) 624.

“Siasatan turut dijalankan terhadap syarikat terbabit, sama ada terbabit dalam aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi, iaitu BPI,” menurut satu kenyataan hari ini.

Menurut KPKM, penyelewengan barang bersubsidi adalah tindakan tidak bertanggungjawab yang membawa kerugian kepada negara, sekali gus menyebabkan rakyat tidak dapat membeli barangan itu.

Ini kerana, kerajaan bersetuju memberi subsidi BPI bernilai RM950 setiap tan di peringkat borong bagi Sabah, Sarawak dan Labuan dengan harga jualan runcit tidak melebihi RM31 setiap kampit 10 kilogram, mulai 5 Oktober lalu.

“KPB sentiasa bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan negara iaitu MCBA, PDRM, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

“Kerjasama itu dalam mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan bagi mengekang cubaan menyeleweng BPI di Sabah dan Sarawak. Ia termasuk cubaan membawa keluar beras terbabit dari sempadan negara. 

“KPB memberi peringatan kepada semua pemegang lesen supaya mematuhi perundangan di bawah Akta 522 dan peraturan di bawahnya. Tindakan tegas akan diambil jika pemegang lesen gagal mematuhinya,” menurut kenyataan itu lagi.

Mereka yang ada maklumat berkaitan sebarang pelanggaran undang-undang mengenai padi dan beras, diminta menyalurkannya melalui Portal Aduan KPB https://skpb.kpkm.gov.my/adu.

Boleh juga hubungi Ibu Pejabat KPB di Putrajaya di talian 03-88701751/1748/1183.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/22/kementerian-pertanian-dan-keterjaminan-makanan-kpkm-memaklumkan-hasil-pemeriksaan-mendapati-premis-perniagaan-terbabit-tiada-lesen-di-bawah-akta-kawalan-padi-dan-beras-1994-akta-522/feed/ 0 54821
Kehadiran Pemain Import Bakal Beri Kekuatan Sabah FC https://sabahmedia.com/2022/01/30/kehadiran-pemain-import-bakal-beri-kekuatan-sabah-fc/ https://sabahmedia.com/2022/01/30/kehadiran-pemain-import-bakal-beri-kekuatan-sabah-fc/#respond Sun, 30 Jan 2022 04:42:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11734
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU : Kehadiran tiga pemain import yang bakal menyertai skuad Sabah FC minggu hadapan dijangka akan memberi kekuatan kepada pasukan itu bagi menghadapi perlawanan pra musim Liga Super 2022.

Ketua Jurulatih Datuk Ong Kim Swee berkata, ianya juga akan dapat memberi perubahan sedikit kepada corak permainan skuad kendaliannya sebelum saingan liga musim ini bermula.

“Dari segi keputusan perlawanan persahabatan malam ini (semalam) sudah tentu tidak membanggakan namun kita nampak beberapa kelemahan dan kekuatan kita, apa yang penting tiada pemain cedera.  Namun saya katakan keputusan itu mengecewakan.

“Namun kita ada tiga pemain import yang akan hadir pada minggu depan dan dari sana mungkin akan ada perubahan sedikit namun ini bukan satu alasan tanpa pemain import kita tewas.

“Pemain perlu bangkit semula dan mereka harus tahu bahawa mereka perlu berusaha lebih gigih sebelum kita bermula saingan liga nanti,” katanya dalam sidang media selepas tamat perlawanan persahabatan menentang Kuching City FC di Stadium Likas disini semalam.

Pada perlawanan persahabatan pra musim itu, Sabah FC tewas kepada pasukan pelawat Kuching City FC dengan jaringan 0-1.

Kim Swee berkata, pemain perlu mempelajari dan mengadaptasi situasi-situasi yang berlaku ketika perlawanan persahabatan pra musim dan ia perlu jadi satu pengajaran.

“Paling penting bukan untuk malam ini (semalam) tetapi apabila kita bermula liga nanti, kita tidak boleh ulangi kesilapan atau pun tidak dapat menjaringkan sebarang gol dan mungkin akan memberi tekanan,” katanya.

Dalam pada itu, Kim Swee berkata, pasukannya sekali lagi akan mengadakan perlawanan persahabatan bagi pra musim Liga Super 2022 menentang pasukan bawah 23 tahun kebangsaan pada minggu depan.

“Kita ada satu lagi perlawanan minggu depan dimana kita akan bermain dengan pasukan bawah 23 kebangsaan, pasti ini akan memberi kita satu peluang untuk memastikan kita memperbaiki prestasi apa yang kita lakukan malam ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/30/kehadiran-pemain-import-bakal-beri-kekuatan-sabah-fc/feed/ 0 11734