inanam – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 20 Feb 2024 06:55:31 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png inanam – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Penjaja ikan Tapak Pasar Malam Inanam disyaki guna pewarna terlarang https://sabahmedia.com/2024/02/20/penjaja-ikan-tapak-pasar-malam-inanam-disyaki-guna-pewarna-terlarang/ https://sabahmedia.com/2024/02/20/penjaja-ikan-tapak-pasar-malam-inanam-disyaki-guna-pewarna-terlarang/#respond Tue, 20 Feb 2024 06:17:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49764
Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengesan seorang penjaja ikan disyaki meletakkan pewarna terlarang di Tapak Pasar Inanam malam tadi.

Ketua Pengarah DBKK, Junainah Abbie berkata, sampel ikan tersebut di bawa ke makmal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengenalpasti keberkesanan pewarna terbabit.

Katanya, laporan ujian ke atas sampel yang diambil akan dimaklumkan oleh pihak KKM kepada Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya (JKPB) untuk tindakan lanjut.

“Operasi Bahagian Pengurusan Penjaja bersama KKM dan JKPB DBKK bermula 7.00 sehingga 9.30 malam di Tapak Pasar Malam Inanam mendapati terdapat seorang penjaja ikan disyaki meletakkan pewarna terhadap ikan yang dijualnya.

“Kita masih menunggu laporan terperinci oleh makmal KKM kemungkinan besar akan diperoleh dalam tempoh terdekat, sekiranya terbukti tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga ikan terbabit,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Robert berkata, operasi seramai empat anggota membabitkan Bahagian Penjaja Jabatan Pelesenan DBKK diketuai Hassim Musa manakala JKPB DBKK bersama enam anggota Adrian Ijom mengesan peniaga yang gagal mematuhi arahan pihak berkuasa.

“KKM yang turut serta dalam operasi malam tadi dianggotai seramai tujuh pegawai diketuai oleh Bibi Rozita untuk mengesan peniaga yang degil berdasarkan laporan daripada orang ramai,” jelas Junainah.

Menurutnya, DBKK bersama KKM akan memperluaskan lagi operasi ini bagi memastikan peniaga ikan mematuhi arahan sekali gus bebas daripada menggunakan bahan pewarna yang terlarang bagi menjamin kesihatan pengguna.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/20/penjaja-ikan-tapak-pasar-malam-inanam-disyaki-guna-pewarna-terlarang/feed/ 0 49764
4 rumah musnah terbakar di Kg Warisan Inanam https://sabahmedia.com/2024/02/16/4-rumah-musnah-terbakar-di-kg-warisan-inanam/ https://sabahmedia.com/2024/02/16/4-rumah-musnah-terbakar-di-kg-warisan-inanam/#respond Fri, 16 Feb 2024 01:27:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49566
Read Time:46 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak empat buah rumah musnah dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Warisan, Inanam petang semalam.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian kebakaran itu pada jam 6.22 petang semalam (15 Feb).

Katanya, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dibantu pasukan BBP Tuaran dan Penampang bergegas ke lokasi kejadian, mendapati empat buah rumah jenis separuh kekal telah musnah 100 peratus.

“Operasi pemadaman api dilakukan dan kebakaran dapat dikawal pada jam 9.08 malam, seterusnya setelah memastikan tiada kemerbahayaan lain, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.59 pagi tadi.

“Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Manakala agensi lain turut berada dan membantu di lokasi kejadian ialah Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Kebajikan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/16/4-rumah-musnah-terbakar-di-kg-warisan-inanam/feed/ 0 49566