India – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 06 Dec 2022 11:35:04 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png India – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Ketua Menteri Terima Kunjungan Hormat Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia https://sabahmedia.com/2022/12/06/ketua-menteri-terima-kunjungan-hormat-pesuruhjaya-tinggi-india-ke-malaysia/ https://sabahmedia.com/2022/12/06/ketua-menteri-terima-kunjungan-hormat-pesuruhjaya-tinggi-india-ke-malaysia/#respond Tue, 06 Dec 2022 11:33:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=25916
Read Time:28 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi India Ke Malaysia, Tuan Yang Terutama B.N Reddy di pejabatnya di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, hari ini.

Hajiji dan B.N.Reddy mengadakan perbincangan mengenai hubungan dan jalinan kerjasama dua hala yang lebih rapat diantara Sabah dan India terutamanya melalui kerjasama perdagangan dan komersial.

Ini merupakan kunjungan hormat kedua B.N.Reddy kepada Hajiji yang juga Menteri Kewangan Negeri.

Beliau turut menghadiri sambutan ulang tahun ke 75 Sabah Indian Association (SIA) di Kota Kinabalu pada Ahad lalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/06/ketua-menteri-terima-kunjungan-hormat-pesuruhjaya-tinggi-india-ke-malaysia/feed/ 0 25916
Usahawan India Sabah Boleh Bantu Merealisasikan Hala Tuju SMJ https://sabahmedia.com/2021/12/12/usahawan-india-sabah-boleh-bantu-merealisasikan-hala-tuju-smj/ https://sabahmedia.com/2021/12/12/usahawan-india-sabah-boleh-bantu-merealisasikan-hala-tuju-smj/#respond Sun, 12 Dec 2021 10:29:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9791
Read Time:47 Second

KOTA KINABALU: Penglibatan semua termasuk masyarakat India diperlukan untuk memastikan matlamat di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dapat dicapai.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata SMJ adalah rangka pembangunan yang inklusif untuk menjadikan Sabah dan rakyatnya progresif.

Beliau turut menggesa masyarakat India dan usahawan di Sabah mengambil kesempatan daripada pakej ekonomi yang ditawarkan oleh kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12
(RMK12).

“Saya berharap masyarakat India di Sabah akan terus bekerjasama dengan kerajaan dan memastikan semua agenda serta inisiatif pemulihan ekonomi dalam SMJ berjaya,” katanya semasa majlis makan malam bersama Dewan Perniagaan India Sabah (SICC) di Hotel Le Meridien di sini malam tadi.

Ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri Kewangan Jasni Daya.

Ketua Menteri turut mengambil maklum tentang rungutan masyarakat India Sabah, terutamanya berkaitan isu yang tidak dapat diselesaikan seperti pemastautin tetap dan pembiayaan untuk kuil.

“Saya percaya isu ini boleh ditangani dengan kerjasama antara SICC dan badan yang mewakili masyarakat India,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/12/usahawan-india-sabah-boleh-bantu-merealisasikan-hala-tuju-smj/feed/ 0 9791
1,100 Sumbangan Bakul Makanan Sempena Deepavali Diagihkan Kepada Masyarakat India Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/11/01/1100-sumbangan-bakul-makanan-sempena-deepavali-diagihkan-kepada-masyarakat-india-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/11/01/1100-sumbangan-bakul-makanan-sempena-deepavali-diagihkan-kepada-masyarakat-india-di-sabah/#respond Mon, 01 Nov 2021 08:21:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8099
Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 1,100 sumbangan bakul makanan akan diagihkan kepada masyarakat India di Sabah bagi membantu meringankan beban mereka akibat pandemik COVID-19, disamping sebagai persiapan merayakan sambutan Hari Deepavali.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan sentiasa prihatin dengan masalah yang dihadapi rakyat, terutama kumpulan B40 akibat pandemik COVID-19.

“Sumbangan bakul makanan kepada rakyat golongan B40 termasuklah masyarakat India membuktikan keprihatinan kerajaan dalam membela nasib rakyat di Sabah”, kata Hajiji semasa majlis penyampaian sumbangan bakul makanan kepada masyarakat India B40 di pejabat Ketua Menteri di Menara Kinabalu, hari ini.

Katanya, kerajaan melalui pelbagai agensi menyalurkan pelbagai bantuan kepada rakyat kumpulan B40 bagi membantu meringankan sara hidup mereka.

Hajiji berkata, semangat Keluarga Malaysia yang menggariskan tiga teras utama iaitu Keterangkuman (inclusivity), Kebersamaan (common ground) dan Kesyukuran (contentment) turut diterjemahkan pada majlis hari ini.

Beliau berharap, sumbangan daripada Kerajaan Negeri ini akan memberi sinar kegembiraan kepada keluarga yang menerima sumbangan, sebagai persediaan menyambut Hari Deepavali.

“Saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua masyarakat India di Sabah khasnya dan di seluruh negara amnya.

“Walaupun dalam suasana yang sederhana dan masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang berkuatkuasa, kita masih berpeluang sama-sama meraikan perayaan ini melalui semangat Kebersamaan dan Kesyukuran sebagai tanda bahawa kita adalah ‘Keluarga Malaysia’,” ujarnya.

Turut hadir ialah Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri, Datuk Ag Shahminan Ag.Sahari, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajian Am Sabah, Encik Jais Asri, Presiden Gabungkan Masyarakat India Sabah (GMIS), Datuk Nagaraju Applasamy, Sivathalayan Subramaniam (Penasihat GMIS), Setiausaha, Rishi Kumar Loganathan, Bendahari, Sukawathi Shunmugan dan wakil komuniti Sikh, Datuk Ir. Ts. Amarjit Singh.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/01/1100-sumbangan-bakul-makanan-sempena-deepavali-diagihkan-kepada-masyarakat-india-di-sabah/feed/ 0 8099