Individu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 07 Aug 2024 05:31:12 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Individu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Polis buru individu terlibat kes curi di Tawau https://sabahmedia.com/2024/08/07/polis-giat-kesan-individu-terlibat-kes-curi-di-tawau/ https://sabahmedia.com/2024/08/07/polis-giat-kesan-individu-terlibat-kes-curi-di-tawau/#respond Wed, 07 Aug 2024 05:29:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58660
Read Time:27 Second

TAWAU: Polis sedang giat mengesan seorang individu disyaki terlibat kes curi di kawasan kedai-kedai Jalan Kee Abdullah, Sabindo, Tawau pada 5 Ogos 2024 lalu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali individu tersebut mahupun pakaian yang digunakan suspek, diminta untuk menghubungi Hotline Polis Tawau di talian 089-772121 atau Pegawai Penyiasat Sin Chong Fung Mee di talian 013-8840113 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan pencuri boleh dikenakan hukuman penjara maksimum sehingga 10 tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/07/polis-giat-kesan-individu-terlibat-kes-curi-di-tawau/feed/ 0 58660
SPRM tahan enam, individu termasuk lima penjawat awam https://sabahmedia.com/2023/01/12/sprm-tahan-enam-individu-termasuk-lima-penjawat-awam/ https://sabahmedia.com/2023/01/12/sprm-tahan-enam-individu-termasuk-lima-penjawat-awam/#respond Thu, 12 Jan 2023 01:39:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27757
Read Time:50 Second

KOTA.KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah telah menahan enam individu terdiri daripada lima penjawat awam yang bertugas di sebuah jabatan di daerah Semporna malam tadi.

Sumber berkata, kesemua suspek lelaki termasuk seorang awam yang disyaki sebagai orang tengah ditahan kerana dipercayai telah meminta wang rasuah kira-kira RM20,000 daripada seorang awam bagi tidak mengambil tindakan ke atas anaknya yang disyaki melakukan kesalahan menyimpan minyak masak subsidi berjumlah kira-kira 100 kotak yang disyaki diseludup ke luar negara.

Menurut sumber, kesemua suspek berusia antara 29 hingga 50 tahun itu dipercayai ditahan oleh pegawai SPRM selepas menerima sebahagian dari wang rasuah iaitu sebanyak kira-kira RM5,000 daripada orang awam berkenaan pada kira-kira jam 10 malam, tadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Tambahnya, semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Tawau untuk proses permohonan reman pada hari ini bagi tujuan siasatan lanjut.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/12/sprm-tahan-enam-individu-termasuk-lima-penjawat-awam/feed/ 0 27757
Individu Yang Layak Digalakkan Ambil Dos Penggalak Bertujuan Memberi Perlindungan Kesihatan – Shahelmey https://sabahmedia.com/2022/04/01/individu-yang-layak-digalakkan-ambil-dos-penggalak-bertujuan-memberi-perlindungan-kesihatan-shahelmey/ https://sabahmedia.com/2022/04/01/individu-yang-layak-digalakkan-ambil-dos-penggalak-bertujuan-memberi-perlindungan-kesihatan-shahelmey/#respond Fri, 01 Apr 2022 10:21:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13761
Read Time:1 Minute, 26 Second

PUTATAN: Orang ramai atau individu yang layak digalakkan mengambil suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 bertujuan memberi perlindungan kesihatan tertinggi dikalangan rakyat di negara ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, setakat ini tidak ada kesesakan mana-mana pusat penerimaan vaksin di Sabah untuk mengambil dos penggalak, namun bagi mereka yang hanya mendapat dua dos vaksin COVID-19 jenis Sinovac dan yang berumur 60 tahun ke atas, status mereka adalah tidak lengkap divaksin tertera di aplikasi MySejahtera, bagaimanapun tidak ada penalti atau sebagainya dikenakan.

“kita menggalakkan mereka untuk mendapatkan dos penggalak bertujuan untuk menjaga kesihatan mereka kerana kita dapat makluman dan kajian daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahawa bagi dos vaksin COVID-19 jenis Sinovac selepas beberapa bulan, tempoh ketahanan badan akan berkurang.

“Oleh yang demikian, kita menggalakkan mereka untuk mendapatkan dos penggalak bukannya untuk menafikan hak mereka bergerak tetapi untuk menjaga kesihatan mereka,” jelas Shahelmey semasa ditemubual pemberita selepas melancarkan program Kempen Bersih Putatan di perkarangan Pejabat Daerah Putatan pada Jumaat.

Ini adalah berikutan kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, lebih dua juta penerima vaksin Sinovac bakal kehilangan status vaksinasi lengkap menjelang 1 April ini kerana masih belum menerima dos penggalak.

Namun menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (KKM) KKM menerusi hantaran di Facebook pada Isnin, memaklumkan bahawa status digital vaksinasi hanya akan bertukar tidak lengkap di aplikasi MySejahtera bagi penerima vaksin primer Sinovac yang belum mendapatkan suntikan dos penggalak.

“Untuk makluman, status vaksinasi COVID-19 kepada semua penerima vaksin Sinovac berusia 18 tahun dan ke atas dan penerima semua jenis vaksin dos primer berusia 60 tahun ke atas yang masih belum mendapatkan dos penggalak hanya akan bertukar menjadi tidak lengkap.

“Ia bukan dihilangkan seperti yang dinyatakan dalam mesej tersebut,” kata kenyataan itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/01/individu-yang-layak-digalakkan-ambil-dos-penggalak-bertujuan-memberi-perlindungan-kesihatan-shahelmey/feed/ 0 13761
Jemaah Umrah & Individu Keluar Negara Sebelum 28 Disember Perlu Kuarantin Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/12/30/jemaah-umrah-individu-keluar-negara-sebelum-28-disember-perlu-kuarantin-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/12/30/jemaah-umrah-individu-keluar-negara-sebelum-28-disember-perlu-kuarantin-di-sabah/#respond Thu, 30 Dec 2021 11:23:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10490
Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU : Rakyat Sabah yang menunaikan umrah dan keluar negara sebelum 28 Disember 2021 adalah dibenarkan untuk meneruskan perjalanan masuk ke negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, mereka hendaklah menjalani kuarantin di negeri Sabah tertakluk kepada ujian pengesanan COVID-19 (RT-PCR) yang disahkan negative sebelum bertolak ke Sabah.

“Kerajaan Negeri memutuskan bahawa rakyat Sabah (Warganegara Malaysia) yang bertolak menunaikan umrah dan keluar negara sebelum 28 Disember 2021, sekembalinya ke Malaysia adalah dibenarkan meneruskan perjalanan masuk ke Negeri Sabah.

“Kerajaan Sabah juga akan menyediakan perkhidmatan Doktor Berdaftar bagi menjalani ujian pengesanan COVID-19 (RT-PCR) di pintu masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur secara percuma kepada rakyat yang bertolak menunaikan umrah dan keluar negara sebelum 28 Disember 2021,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Hajiji berkata, selain itu kerajaan negeri turut menyediakan tempat penginapan kepada rakyat Sabah yang bertolak menunaikan umrah dan keluar negara sebelum tarikh itu yang disahkan positif dan perlu menjalani tempoh kuarantin di Kuala Lumpur.

Katanya, bantuan melalui Yayasan Kebajikan Sabah akan turut disalurkan dan diselaraskan bersama dengan Pejabat Perhubungan Negeri Sabah Kuala Lumpur.

“Bagi rakyat Sabah yang bertolak menunaikan umrah dan keluar negara selepas 28 Disember 2021, sekembalinya ke Malaysia akan diwajibkan menjalani kuarantin 7 atau 10 hari di Kuala Lumpur.

“Kos kuarantin termasuk penginapan dan sebagainya adalah ditangung oleh para jemaah umrah atau agen pelancongan umrah masing-masing.

“Agen Pelancongan umrah hendaklah memasukkan kos kuarantin termasuklah penginapan dan sebagainya dalam pakej umrah yang disediakan.

“Kos kuarantin termasuk penginapan dan sebagainya bagi rakyat Sabah yang pulang kembali dari luar negara adalah atas tanggungan sendiri,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata, syarat-syarat kuarantin adalah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kerajaan Negeri Sabah dari masa ke semasa.

“Walau bagaimanapun, kemasukan individu ke negeri Sabah adalah tertakluk kepada syarat-syarat Pihak Berkuasa Negeri yang sedia ada,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/30/jemaah-umrah-individu-keluar-negara-sebelum-28-disember-perlu-kuarantin-di-sabah/feed/ 0 10490
Pengguna Diingatkan Waspada Dengan Individu Menyamar Sebagai Pekerja SESB https://sabahmedia.com/2021/10/21/pengguna-diingatkan-waspada-dengan-individu-menyamar-sebagai-pekerja-sesb/ https://sabahmedia.com/2021/10/21/pengguna-diingatkan-waspada-dengan-individu-menyamar-sebagai-pekerja-sesb/#respond Thu, 21 Oct 2021 06:35:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7736
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mengingatkan pengguna supaya berwaspada dengan individu yang menyamar sebagai pekerja SESB untuk membuat pemeriksaan sistem pendawaian dalaman premis dan mengutip bayaran perkhidmatan daripada orang awam.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Ir Idris Mohd Noor berkata kerja pendawaian dalaman premis hanya boleh dilakukan oleh seseorang yang mempunyai sijil pendawaian dan kompeten dikeluarkan Suruhanjaya Tenaga.

Beliau menjelaskan bahawa SESB hanya melantik kontraktor bagi menjalankan kerja-kerja menanggalkan meter elektrik bagi akaun yang telah ditutup dan skop kerja tersebut tidak termasuk menanggalkan pendawaian dalaman premis pengguna.

“Kita juga mengingatkan pengguna bahawa ketika ini kerja pendawaian dalaman tidak termasuk dalam skop kerja senggaraan SESB,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata demikian mengulas kepada satu mesej yang ditularkan melalui aplikasi Whatsapp berhubung sekumpulan lelaki menyamar sebagai anggota kerja SESB memasuki premis pengguna di bandaraya Kota Kinabalu dam memaklumkan kepada mereka mengenai kerosakan pendawaian elektrik mereka.

“Penyamar turut memaklumkan pemilik premis untuk segera membuat pembayaran di pejabat SESB di Asia City bagi tujuan menukar meter dan kegagalan mereka berbuat demikian akan menyebabkan bekalan elektrik mereka dipotong,” Idris berkata.

Katanya, urusan pembayaran perkhidmatan SESB hanya boleh dibuat di kaunter SESB di semua pejabat SESB dan warga kerja SESB tidak dibenarkan menerima sebarang bayaran berbentuk tunai walaupun bagi pihak syarikat.

Sehubungan itu, katanya pengguna perlu menghubungi polis jika mereka didatangi individu yang mencurigakan dan meminta bayaran bagi sebarang perkhidmatan berkaitan dengan pendawaian dalaman atau kerja pembaikan kotak jangka di premis.

Pengguna turut dinasihati untuk menghubungi SESB Careline 15454, 088- 515000 sekiranya berhadapan dengan situasi seumpama ini bagi mendapatkan kepastian selanjutnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/21/pengguna-diingatkan-waspada-dengan-individu-menyamar-sebagai-pekerja-sesb/feed/ 0 7736
COVID-19: Aktiviti Perkumpulan Individu Di Gerai Cetus Kluster Baharu https://sabahmedia.com/2021/09/09/covid-19-aktiviti-perkumpulan-individu-di-gerai-cetus-kluster-baharu/ https://sabahmedia.com/2021/09/09/covid-19-aktiviti-perkumpulan-individu-di-gerai-cetus-kluster-baharu/#respond Thu, 09 Sep 2021 13:49:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6083
Read Time:51 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kluster Rapak, Ranau merupakan kluster penularan jangkitan COVID-19 disyaki berpunca daripada aktiviti yang melibatkan perkumpulan individu di gerai sewa simpang masuk Kg Rapak di Daerah Ranau.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kluster jenis komuniti ini menular dari kes indeks seorang wanita berusia 81 tahun merupakan pemilik bangunan gerai sewa yang sering datang melawat di gerai sub-indeks sebelum mula bergejala batuk, selesema dan sakit dada sejak 22 Ogos 2021.

Menurut Masidi, kes indeks kemudiannya disahkan positif COVID-19 melalui Ujian RTK AG berkeputusan positif grading 100% di sebuah klinik swasta pada 23 Ogos 2021 dan berada di rumah sahaja sebelum mendapatkan rawatan pada hari seterusnya.

“Berikutan dengan kes tersebut, beberapa siri saringan kontak rapat dijalankan pada 31 Ogos 2021 hingga 4 September 2021 berjaya mengesan 21 kes, sebelum saringan kontak rapat diteruskan pada 08 September 2021 dan mendapati 20 kes lagi positif menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 42 kes termasuk lima kes baharu hari ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/09/covid-19-aktiviti-perkumpulan-individu-di-gerai-cetus-kluster-baharu/feed/ 0 6083
‘Spiderman’ Ranau Beri Galakan Individu Yang Layak Supaya Terima Vaksin https://sabahmedia.com/2021/08/23/spiderman-ranau-beri-galakan-individu-yang-layak-supaya-terima-vaksin/ https://sabahmedia.com/2021/08/23/spiderman-ranau-beri-galakan-individu-yang-layak-supaya-terima-vaksin/#respond Mon, 23 Aug 2021 12:10:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5135
Read Time:1 Minute, 17 Second

RANAU : Tampil dengan kostum unik sebagai adiwira ‘Spiderman’ berjaya mencuri perhatian petugas barisan hadapan dan penerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Ranau disini hari ini.

Steve Joseph,35, yang datang ke PPV lengkap mengenakan kostum itu membuatkan ramai mata memandang dan seterusnya mengambil kesempatan merakam gambar kenangan bersama ‘Spiderman’.

‘Spiderman’ yang berasal dari Kampung Kigiok itu berkata, dia tampil dengan kelainan sebegitu sebagai simbolik kepada orang ramai bahawa orang yang kuat dan kebal juga perlu divaksin bagi membantu mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

Beliau berkata, pemberian vaksin itu memberi jaminan bahawa semua orang akan merasa selamat sekiranya diberi vaksin COVID-19.

“Hari ini saya datang ke PPV Dewan Masyarakat Ranau untuk menerima vaksin dos pertama selain ingin memberi sokongan dan galakan kepada orang ramai supaya mengambil vaksin COVID-19.

“Kita tidak perlu risau kerana vaksin yang disediakan ini akan dapat membantu kita terhindar dari risiko jangkitan yang lebih teruk,” katanya ketika ditemubual disini hari ini.

Seorang lagi penerima vaksin, Sylvia Joanis,35, dari Kampung Nampasan Baru turut mengenakan pakaian ala tradisional suku kaum Dusun Ranau.

Katanya, sebagai penduduk daerah ini, dia mahu menampilkan kelainan dengan mempamerkan kepelbagaian suku kaum di Sabah menerusi pemakaian pakaian tradisional.

“Hari ini saya mengenakan baju t-shirt bercorakkan suku kaum Dusun Ranau, saya ingin mempamerkan kepelbagaian dalam suasana pandemik COVID-19,” katanya.

Terdahulu, sermaai 703 penerima vaksin hadir ke PPV Dewan Masyarakat Ranau untuk menerima suntikan dos pertama dan dos kedua.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/23/spiderman-ranau-beri-galakan-individu-yang-layak-supaya-terima-vaksin/feed/ 0 5135
Varian Delta Boleh Tumbuh Dalam Hidung Individu Sudah Divaksin https://sabahmedia.com/2021/08/21/varian-delta-boleh-tumbuh-dalam-hidung-individu-sudah-divaksin/ https://sabahmedia.com/2021/08/21/varian-delta-boleh-tumbuh-dalam-hidung-individu-sudah-divaksin/#respond Sat, 21 Aug 2021 10:29:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5034
Read Time:1 Minute, 2 Second

PUTRAJAYA: Kajian baharu mengenai varian membimbangkan (VOC) Delta, mendapati varian dominan berkenaan boleh tumbuh dalam hidung individu yang sudah mendapat vaksin, sama seperti individu yang tidak divaksinasi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kajian awal terhadap satu kes jangkitan mendapati, varian Delta itu tumbuh di hidung orang yang sudah divaksinasi seolah-olah individu berkenaan belum mendapatkan vaksin.

“Virus yang tumbuh itu sama penularannya kepada orang yang tidak divaksinasi. Ini bermaksud individu yang sudah divaksin tetap dapat menyebarkan virus berkenaan serta menjangkiti orang lain,” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Sebelum ini beberapa kajian yang dijalankan di hospital di India, Provincetown, Massachusetts dan Finland juga turut mendapati selepas penularan varian Delta, terdapat banyak virus dikesan di dalam hidung seseorang indvidu itu sama ada mereka diberi vaksin atau tidak.

Dr Noor Hisham sebelum ini dilaporkan berkata varian Delta boleh merebak dalam masa lima hingga 15 saat dan jangkitan melalui udara.

Tempoh itu ternyata singkat jika dibandingkan dengan kes positif COVID-19 sebelum ini, iaitu individu yang terdedah boleh menjangkitkan virus berkenaan dalam jangka masa kurang daripada 15 minit dengan jarak satu meter.

Varian Delta pada asalnya digelar sebagai B.1.617.2, kali pertama dikesan di Maharashtra, barat India pada Oktober tahun lalu. – BH

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/21/varian-delta-boleh-tumbuh-dalam-hidung-individu-sudah-divaksin/feed/ 0 5034