INDONESIA – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 07 Nov 2025 07:42:14 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png INDONESIA – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 94 PATI Indonesia dihantar pulang melalui Tawau https://sabahmedia.com/2025/11/07/94-pati-indonesia-dihantar-pulang-melalui-tawau/ https://sabahmedia.com/2025/11/07/94-pati-indonesia-dihantar-pulang-melalui-tawau/#respond Fri, 07 Nov 2025 07:42:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85176
Read Time:1 Minute, 19 Second

Oleh Ahmad Husnayan

TAWAU: Seramai 94 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dihantar pulang ke negara asal melalui Terminal Feri Tawau, semalam, menerusi Program Pemindahan Tahanan PATI dikendalikan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah.

Semua tahanan berkenaan dipindahkan dari Depot Imigresen Papar ke Pelabuhan Nunukan, Indonesia menggunakan kapal Labuan Express dalam operasi terkawal hasil kerjasama pelbagai agensi keselamatan.

Pengarah JIM Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof, berkata kumpulan itu terdiri daripada 53 lelaki dewasa, 23 wanita, 11 kanak-kanak lelaki dan tujuh kanak-kanak perempuan berusia antara satu hingga 57 tahun.

“Kanak-kanak terbabit turut diiringi ibu bapa atau penjaga masing-masing bagi memastikan keselamatan serta kelancaran proses penghantaran semula,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

“Setakat ini seramai 1,847 warga Indonesia sudah dihantar pulang sepanjang tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhan 9,059 tahanan asing dipindahkan dari Sabah ke negara asal masing-masing,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, semua tahanan sudah menjalani hukuman mengikut undang-undang dan memiliki Sijil Perjalanan Laksana Paspor (SPLP) yang sah sebelum dibenarkan pulang.

“Kekerapan program pemindahan tahanan bergantung kepada tempoh masa pengeluaran SPLP oleh Konsulat Jenderal Republik Indonesia di Sabah,” katanya.

Dalam masa sama, Sitti Saleha turut mengingatkan majikan di negeri ini supaya menyertai program pendataan digital warga asing yang sedang dilaksanakan kerajaan negeri bagi merekod keberadaan pekerja asing, terutama dalam sektor perladangan.

“Inisiatif ini penting bagi mengekang masalah dokumentasi bercelaru serta lambakan PATI di Sabah.

“Majikan yang melindungi atau menggaji pekerja tanpa dokumen sah boleh dikenakan tindakan tegas tanpa kompromi termasuk denda hingga RM50,000, penjara atau sebatan mengikut Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/07/94-pati-indonesia-dihantar-pulang-melalui-tawau/feed/ 0 85176
Landasan keretapi hubungkan Sabah, Sarawak ke Indonesia https://sabahmedia.com/2023/11/25/landasan-keretapi-hubungkan-sabah-sarawak-ke-indonesia/ https://sabahmedia.com/2023/11/25/landasan-keretapi-hubungkan-sabah-sarawak-ke-indonesia/#respond Sat, 25 Nov 2023 12:35:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45680
Read Time:1 Minute, 44 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Pengangkutan perlu masukkan Tenom dalam agenda Transformasi Perkhidmatan Keretapi Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan landasan kereta api yang menghubungkan Sabah dan Sarawak ke Indonesia, kata Ahli Parlimen Tenom, Riduan Rubin.

Katanya, ini penting kerana ia akan memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi di Tenom terutamanya dalam aspek Hab Logistik Kargo Pertanian dan Makanan.

Beliau juga mahu Kementerian Pengangkutan memberikan tumpuan untuk menaik taraf kemudahan asas di Stesen Keretapi Tenom selari dengan komitmen Menteri Pengangkutan untuk memastikan setiap stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di seluruh negara dilengkapi dengan kemudahan asas.

“Saya mohon agar Kementerian Pengangkutan tidak melupakan Tenom dalam perancangan pembangunan dan transformasi perkhidmatan kereta api kerajaan persekutuan”, katanya semasa membahas Belanjawan 2024 Peringkat Jawatankuasa Kementerian Pengangkutan di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Riduan juga meminta kerajaan menuntut semula hak ruang udara Malaysia yang sebelum ini diserahkan kepada Singapura bagi tujuan seliaan pada tahun 1974 menerusi Surat Perjanjian Operasi antara Kuala Lumpur dan Pusat Kawalan Kawasan Singapura Mengenai Ketibaan, Keberangkatan dan Penerbangan Singapura 1974 (OLOA 1974).

Katanya, antara faktor penyerahaan seliaan ruang udara itu atas saranan pihak Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) disebabkan pada ketika itu Kawasan Maklumat Penerbangan Kuala Lumpur (FIR) masih di peringkat awal dan fasiliti Malaysia ketika itu tidak mencukupi.

“Namun setelah hampir 49 tahun serahan penyeliaan tersebut dibuat, kini Malaysia mempunyai fasiliti penerbangan terbaik di dunia. Justeru, sudah tiba masanya hak ruang udara ini dikembalikan semula kepada Malaysia”, tegasnya.

Menurutnya, penyerahaan seliaan ruang udara itu secara tidak langsung telah mengakibatkan penerbangan yang menghubungkan laluan di antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung terpaksa melalui ruang udara yang diselia oleh Singapura atau secara automatik melalui ruang udara antarabangsa.

Katanya, kini timbul persoalan adakah faktor penerbangan antara Sabah, Sarawak dengan Semenanjung yang melalui ruang udara antarabangsa itu menyebabkan harga tiket penerbangan menjadi mahal kerana pihak penyedia penerbangan perlu membayar caj penggunaan ruang udara kepada Singapura kerana telah melalui ruang udara mereka yang diserahkan penyeliaannya menerusi perjanjian OLOA 1974.

Sehubungan itu beliau meminta penjelasan Menteri Pengangkutan sama ada pengambilan semula ruang udara ini oleh kerajaan Malaysia akan menjadikan harga tiket penerbangan menjadi murah?

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/25/landasan-keretapi-hubungkan-sabah-sarawak-ke-indonesia/feed/ 0 45680