Induk – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 04 Jan 2022 07:30:28 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Induk – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan Negeri Lancar Pelan Induk Gas Sabah https://sabahmedia.com/2022/01/04/kerajaan-negeri-lancar-pelan-induk-gas-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/01/04/kerajaan-negeri-lancar-pelan-induk-gas-sabah/#respond Tue, 04 Jan 2022 07:30:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10688
Read Time:2 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor melancarkan Pelan Induk Gas Sabah, iaitu kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) sebagai pemacu pelaburan dalam sumber gas asli Sabah.

Bercakap di pelancaran Pelan Induk Gas Sabah di Menara PETRONAS 2 di sini hari ini, Hajiji berkata ia menandakan satu lagi peristiwa penting bagi Sabah selepas menandatangani Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) pada 7 Disember tahun lalu.

Pelan Induk itu mengetengahkan tiga peluang pelaburan utama yang berlainan ciri untuk sumber gas asli Sabah, yang pertama ialah pembinaan loji gas asli cecair (LNG) dengan kapasiti 2.0 juta tan setahun (MTPA) di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP). Kemudahan LNG, yang pertama di negeri ini juga akan memberi peluang kepada Sabah mengembangkan pengedaran LNG di seluruh negeri melalui aktiviti seperti sistem saluran paip maya, membolehkan lebih banyak perniagaan perindustrian dan komersial mengakses serta menggunakan gas asli sebagai sumber tenaga yang lebih bersih.

Kedua, Kerajaan Negeri Sabah akan mengambil peranan yang lebih menonjol dalam menerajui aktiviti pemasaran dan pengedaran gas di Sabah, dengan 120 MMscfd bekalan gas akan disediakan bagi pembangunan industri utama di negeri ini. Gas asli itu akan dibekalkan dari Terminal Minyak dan Gas Sabah di Kimanis serta Terminal Gas Sabah di Tuaran.

Sebagai tanda kemajuan hasrat itu, pemeteraian perjanjian induk (HOA) telah ditandatangani antara Sabah Energy Corporation Sdn Bhd dan PETRONAS
untuk pembekalan 70 MMscfd gas asli, serta pertukaran dokumen HOA yang ditandatangani sebelum ini untuk 50 MMscfd bekalan gas asli, bagi kegunaan di Sabah yang disaksikan oleh Ketua Menteri.

Ketiga, Pelan Induk ini menekankan satu set derivatif pilihan petrokimia untuk Sabah bagi menarik pelabur, yang berdasarkan keperluan pasaran dan prospek masa depan, iaitu memanfaatkan bahan mentah yang sedia ada di dalam negara.

Sementara itu, Hajiji berkata beberapa cadangan juga telah disyorkan kepada Pelan Induk yang merangkumi lebih banyak aktiviti cari gali gas asli bagi memastikan bekalan mampan, pelan pembangunan komprehensif untuk Sabah mesti dirangka bagi mewujudkan lebih banyak industri tambah nilai di Sabah termasuk pembangunan hiliran petrokimia.

“SOGIP mesti dijadikan tapak pelaburan minyak dan gas hiliran utama Sabah pada masa hadapan, tetapi masih banyak kerja perlu dilakukan untuk menjadikannya lebih menarik kepada pelabur, katanya.

“Cadangan lain adalah mengenai keperluan untuk menilai bakat tempatan yang sedia ada dan dipertingkatkan bagi memenuhi keperluan industri minyak dan gas, serta industri pembuatan dan pembinaan.

“Sebuah entiti negeri perlu dikenalpasti untuk memantau pelaksanaan cadangan Pelan Induk Gas Sabah,” katanya.

Hasil daripada penyelidikan bersama yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri dan PETRONAS terhadap industri minyak dan gas bagi mendapatkan pulangan ekonomi jangka panjang untuk Sabah dan rakyatnya, Pelan Induk Gas Sabah telah diperakui oleh Kabinet Negeri pada Oktober tahun lalu.

“Ia adalah bukti usaha kolaboratif antara kedua-dua pihak untuk meneruskan potensi penuh industri gas asli domestik secara mampan,” katanya.

“Kerjasama PETRONAS dalam Pelan Induk Gas Sabah amat kami hargai, termasuk dalam usaha untuk merangsang ekosistem pelaburan yang menarik dan berdaya saing untuk pelabur.

“Adalah menjadi aspirasi saya untuk Sabah mempertaruhkan tuntutannya yang sah dan melakar jalan yang memberi manfaat kepada rakyat Sabah serta generasi akan datang. Kami akan terus berusaha untuk pembangunan yang saksama bagi memastikan terdapat banyak peluang kepada rakyat Sabah untuk membangun dan mereka akan menikmati manfaat ketara daripada usaha yang dijalankan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/04/kerajaan-negeri-lancar-pelan-induk-gas-sabah/feed/ 0 10688
PIPWS Sedia Pelan Strategik Induk Pembangunan Wanita https://sabahmedia.com/2021/12/17/pipws-sedia-pelan-strategik-induk-pembangunan-wanita/ https://sabahmedia.com/2021/12/17/pipws-sedia-pelan-strategik-induk-pembangunan-wanita/#respond Fri, 17 Dec 2021 11:55:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10020
Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Bengkel Pelan Induk Pembangunan Wanita Sabah (PIPWS) menyediakan pelan strategik induk pembangunan wanita untuk 10 tahun bagi tahun 2023 hingga 2032.

Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS), Datuk Dr Tarsiah TZ Taman berkata, bengkel selama dua hari itu diadakan bagi mengenal pasti kelemahan yang dapat diperbaiki selain program yang boleh dianjurkan bagi wanita-wanita di negeri ini.

“Bengkel pertama diadakan bagi menggubal draf dengan isu-isu dan strategi-strategi yang berkaitan berdasarkan 17 teras yang ada.

“Fokus utama adalah brainstorming bersama peserta bagi mendapatkan info, pandangan serta cadangan dari pelbagai kementerian, jabatan dan agensi terhadap keperluan perubahan pelan terdahulu selepas pandemik melanda.

“Pelan sedia ada hanya untuk lima tahun iaitu dari 2018 hingga 2022. Berdasarkan input yang diterima, kita menjangka PIPWS akan siap sepenuhnya menjelang Julai 2022,” katanya ketika ditemui media di Ballroom Wisma Wanita, pada Rabu.

Untuk rekod, PIPWS merupakan anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) dan diadakan selama dua hari daripada 14 hingga 15 Disember dengan penyertaan 62 orang peserta.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kecil Sosial merangkap Ketua Penyelaras Program, Profesor Madya Dr Muhammad Idris Bullare@Bahari, Timbalan Pengarah JHEWA, Haslina Ismail, Ahli-ahli AJK dan JKK MPWS, Ketua-ketua bahagian JHEWA, Wakil-wakil dari lebih 20 Jabatan, Agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Universiti serta persendirian.- PENERANGAN

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/17/pipws-sedia-pelan-strategik-induk-pembangunan-wanita/feed/ 0 10020
Enakmen Induk Perkasakan Peranan MUIS – Arifin https://sabahmedia.com/2021/12/04/enakmen-induk-perkasakan-peranan-muis-arifin/ https://sabahmedia.com/2021/12/04/enakmen-induk-perkasakan-peranan-muis-arifin/#respond Sat, 04 Dec 2021 11:10:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9312
Read Time:50 Second

KOTA KINABALU: Enakmen induk akan ditambah baik bagi memperkasa peranan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Menurut Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, Jawatankuasa MUIS kini sedang meneliti enakmen berkenaan dalam usaha untuk meneruskan inovasi serta kecemerlangan perkhidmatan badan keagamaan berkenaan.

“Pembuat dasar ini tertakluk juga kepada enakmen-enakmen yang sedia ada dan saya telah minta MUIS melihat sekiranya ada enakmen yang perlu dilaksana atau diwujudkan untuk memperkasakan peranan MUIS.

“Kalau enakmen yang boleh menggerakkan MUIS atau belum wujud atau ditambah baik, kita akan kemukakan ke sidang Dewan Undangan Negeri dan diserahkan kepada Pengerusi jawatankuasa iaitu Peguam Besar Negeri Sabah,” jelas beliau.

Arifin berkata demikian selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018, 2019 dan 2020 kepada warga MUIS, selain Anugerah Khas Ketua Pegawai Eksekutif, Anugerah Khas Yang DiPertua MUIS, Anugerah Khas Sukan 2018 dan 2019 serta Anugerah Perkhidmatan Berdedikasi.

Turut disampaikan beliau, Anugerah Jasamu Dikenang kepada para pesara serta Anugerah Khas Menteri Tugas-Tugas Khas kepada Timbalan Pengarah MUIS, Mohd Zaratkhan Abd Rahman. – PENERANGAN

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/04/enakmen-induk-perkasakan-peranan-muis-arifin/feed/ 0 9312