info palsu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 28 Nov 2025 11:14:58 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png info palsu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PRU Sabah : Pengundi dinasihatkan waspada terhadap poster, infografik palsu https://sabahmedia.com/2025/11/28/pru-sabah-pengundi-dinasihatkan-waspada-terhadap-poster-infografik-palsu/ https://sabahmedia.com/2025/11/28/pru-sabah-pengundi-dinasihatkan-waspada-terhadap-poster-infografik-palsu/#respond Fri, 28 Nov 2025 11:14:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87316
Read Time:36 Second

KOTA KINABALU :  Para pengundi dinasihatkan agar lebih berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan penyebaran poster serta infografik palsu yang dikesan semakin berleluasa menjelang hari mengundi esok.

Difahamkan, terdapat cubaan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan bahan berbentuk fitnah dan adu domba yang boleh mencetuskan suasana tidak selesa serta menggugat keharmonian dan perpaduan masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Sehubungan itu, pengundi diingatkan agar melakukan semakan rasmi terhadap maklumat yang diterima.

Ini termasuklah memastikan lokasi tempat mengundi masing-masing, mengenal pasti calon yang ingin dipilih serta meneliti sumber berita yang sahih.

Orang ramai juga disaran tidak menyebarkan sebarang bahan yang tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Ia adalah bagi mengelakkan kekeliruan awam serta ketegangan yang tidak perlu pada saat akhir tempoh berkempen.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/28/pru-sabah-pengundi-dinasihatkan-waspada-terhadap-poster-infografik-palsu/feed/ 0 87316