PENAMPANG: Polis Daerah Penampang menafikan kesahihan satu infografik bertajuk “Laporan Tangkapan Kes Khianat” yang tular di pelbagai platform media sosial sejak hari ini.
Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton, berkata infografik berkenaan adalah palsu, tidak sahih dan bukan dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menurutnya, infografik itu menggunakan logo rasmi PDRM, format penyampaian serta memaparkan gambar dan maklumat individu tanpa kebenaran dengan tujuan mengelirukan orang ramai.
“Perbuatan menghasilkan, memiliki, memuat naik, berkongsi atau menyebarkan kandungan palsu seperti ini adalah tidak bertanggungjawab kerana boleh menjejaskan integriti PDRM, mengganggu ketenteraman awam serta mencemarkan nama baik individu yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kekeliruan, salah faham, kerosakan reputasi atau implikasi lain yang timbul akibat penyebaran infografik palsu tersebut.
Sehubungan itu, polis memberi amaran bahawa mana-mana individu yang didapati terbabit dalam penerbitan atau penyebaran kandungan berkenaan boleh disiasat dan dikenakan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Antara peruntukan yang boleh digunakan ialah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] kerana menggunakan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi bagi penyebaran kandungan palsu atau jelik.
Selain itu, Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] juga boleh dikuatkuasakan sekiranya penyebaran tersebut melibatkan gambar, identiti atau maklumat kanak-kanak yang dilindungi di bawah undang-undang.
Polis turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menjadi ejen penyebaran maklumat yang belum dipastikan kesahihannya.
Menurut Sammy, sebarang maklumat berkaitan siasatan atau tindakan polis hanya akan disalurkan menerusi saluran komunikasi rasmi PDRM.
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu yang menghasilkan atau menyebarkan infografik palsu itu supaya menyalurkannya kepada IPD Penampang bagi membantu siasatan.
]]>LABUAN: Kursus Kokurikulum Tarian Rakyat (EA01603) Semester I, Sesi 2021/2022 Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah menganjurkan Pertandingan Video Infografik Seni Warisan Rakyat Malaysia pada 11 Disember lalu secara dalam talian.
Pertandingan itu disertai seramai 12 peserta yang mewakili Universiti Malaysia Sabah (UMS) (2 penyertaan), UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), SMK Skudai, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar, Bukit Mertajam High School, Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) dan Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI).

Turut menyertai pertandingan itu ialah Kota Kinabalu High School, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan orang awam.
Ketua Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP) UMSKAL, Gabriel Moinjil berkata pertandingan video infografik berkenaan dengan seni warisan rakyat di Malaysia adalah julung kalinya dilaksanakan di UMSKAL dan sebagai satu pendekatan yang diambil oleh Kursus Kokurikulum Tarian Rakyat di bawah PKPP bagi meningkatkan pengetahuan pelajar dan masyarakat terhadap seni warisan yang terdapat di Malaysia.
Katanya, rasional program ini adalah mengambil kira adanya seni warisan yang unik yang terdapat di negara kita dan semakin dilupakan oleh generasi muda kerana kurangnya pendedahan dan sikap tidak ingin tahu.
Jelas beliau, dengan adanya pertandingan secara dalam talian dilaksanakan, video seni warisan rakyat Malaysia dapat direkodkan dan ditonton pada masa akan datang melalui media sosial seperti Youtube.
“Objektif pertandingan itu ialah meningkatkan pengetahuan perserta dan masyarakat berkenaan warisan seni pelbagai etnik yang terdapat di Malaysia.
“Selain itu, membina dan meningkatkan minat, kreativiti, kebolehan dan potensi peserta dalam penyediaan video seni dan warisan.
“Pada masa sama, meningkatkan kesedaran berkenaan kepentingan memelihara seni warisan pelbagai etnik yang semakin dilupakan oleh di Malaysia,”kata Gabriel lagi.
Gabriel berkata selain untuk mencapai objektif tersebut, para pelajar juga dapat mempelajari kaedah untuk penganjuran program dan aktiviti walaupun dilaksanakan secara dalam talian.
Turut hadir Jurulatih Kursus Kokurikulum Tarian Rakyat Semester 1, Sesi 2021/2022, Mas Adi Alimin dan Pengarah Projek tersebut, Abiezer Aaron Mawilis (pelajar tahun 1).
Tiga hakim yang berpengalaman dari UMSKAL mengadili pertandingan tersebut.
Pada pertandingan itu, pelajar IKBN Seri Iskandar, Dannyraj S/O Palaraman muncul johan diikuti naib johan Dishaherra Kassun dari Universiti Malaysia Sabah dan ketiga pelajar English College, Vibushanen A/L Palanival.
Kesemua mereka menerima hadiah wang tunai dan sijil manakala peserta lain menerima sijil penyertaan.
Soalan kuiz berkenaan seni dan warisan juga dilaksanakan semasa pertandingan. Pemenang juga menerima wang tunai.
Sementara itu, kaedah pelaksanaan pertandingan ialah peserta perlu menghantar video infografik berkenaan seni warisan di Malaysia.
Kandungan video adalah penerangan berkenaan seni dan warisan yang berkaitan dan dipersembahkan secara kreatif untuk ditonton. Video yang berdurasi 3 hingga 5 minit perlu dihantar bermula pada 5 Disember hingga 10 Disember 2021 kepada penganjur.
Penilaian pertandingan dilaksanakan pada 11 Disember 2021 dan semua video peserta ditayangkan untuk dinilai oleh hakim.
]]>Kota Kinabalu : Semalam kami melaporkan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor yakin Sabah dapat mencapai sasaran 30,000 orang yang akan diberi vaksin setiap hari, mulai bulan depan.
Beliau yang berucap ketika Melancarkan Kempen Sifar Pandemik COVID-19 di Sabah, di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) berkata setakat 19 Jun, seramai 326,556 orang termasuk anggota tentera telah menerima dos pertama dalam fasa pertama dan kedua.
Turut menyertai perasmian majlis secara virtual itu ialah Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba selain Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun; Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Shahelmy Yahya; Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Sr Safar Untong dan Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Christina Rundi.
berikut adalah infografik petikan ucapan Ketua Menteri yang kami sediakan mengenai kempen Capai Angka Sifar Kes COVID-19
Infografik berkenaan juga boleh dicapai melalui laman media sosial SabahMedia