Infrastruktur – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 08 Jun 2024 14:57:24 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Infrastruktur – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan negeri tumpu program pembangunan infrastruktur, kemudahan asas https://sabahmedia.com/2024/06/08/kerajaan-negeri-tumpu-program-pembangunan-infrastruktur-kemudahan-asas/ https://sabahmedia.com/2024/06/08/kerajaan-negeri-tumpu-program-pembangunan-infrastruktur-kemudahan-asas/#respond Sat, 08 Jun 2024 14:57:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55701
Read Time:2 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan terus memberi tumpuan kepada program pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam, terutama kemudahan asas yang kritikal iaitu bekalan air dan elektrik yang amat diperlukan di negeri ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, usaha ini bukan sahaja sebagai pemangkin untuk memperkukuhkan ekonomi negeri, juga memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat pada tahap yang lebih selesa.

Beliau berkata, kesungguhan dan komitmen Kerajaan Negeri dibuktikan melalui penyediaan peruntukan terbesar dalam Belanjawan Negeri 2024 iaitu sebanyak RM2.63 bilion, dengan RM1.72 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Kerja Raya Sabah dan jabatan di bawahnya.

“Kerajaan prihatin dengan keresahan rakyat Sabah terhadap masalah kemudahan infrastruktur dan kemudahan asas seperti jalan raya, jambatan, cerun, perparitan, perkhidmatan pembetungan, keretapi, pelabuhan dan dermaga, pengurusan trafik, bangunan kerajaan dan lain-lain.

“Justeru, kerjasama antara Kerajaan Negeri dan jurutera amat penting dalam memastikan setiap pembangunan yang dirancang di negeri ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya, memenuhi piawaian yang diperlukan sekali gus dapat memacu pertumbuhan ekonomi di Sabah.

“Ini juga seiring dengan komitmen kerajaan negeri yang berusaha memperkasa rangkaian jalan raya dan komited untuk menyempurnakan Projek Lebuh Raya Pan Borneo di negeri ini”, katanya pada Majlis Makan Malam Tahunan kali ke-46 Institusi Jurutera Malaysia (IEM) Cawangan Sabah di Magellan Sutera, Sutera Harbour Resort pada Sabtu.

Hajiji berkata, profesion jurutera telah memberikan sumbangan signifikan kepada pembangunan negara termasuk di Sabah. Peranan yang dimainkan bukan hanya membantu memacu ekonomi, juga meningkatkan kualiti hidup rakyat negeri ini.

Menurutnya, usaha kerajaan negeri dalam memastikan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dapat direalisasikan dan dinikmati oleh semua rakyat Sabah amat memerlukan kerjasama daripada semua pihak termasuk para jurutera.

“Pembangunan profesional berterusan penting untuk membangunkan pemimpin kejuruteraan. Jurutera berada di barisan hadapan dalam memacu pembinaan negara dan aset penting sesebuah negara yang perlu terus mengembangkan kepakaran teknikal untuk kekal relevan terutamanya dalam menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi,” katanya.

Beliau berharap jurutera dan pemain industri di negara ini merebut peluang terutama dalam perkembangan teknologi semasa bagi memastikan negeri ini dapat dibangunkan dengan lebih baik berdasarkan amalan kejuruteraan yang betul serta menggunakan teknologi yang terkini.

“Sekiranya ini menjadi kenyataan, maka kita mampu untuk menarik lebih ramai pelabur, sekali gus membuka peluang-peluang perkerjaan dan perkongsian pengetahuan serta pengalaman dari negara luar ke negeri ini”, ujarnya.

Menurutnya, kerajaan negeri melihat kepada organisasi seperti IEM untuk membantu di mana-mana yang berkaitan dan relevan, memandangkan jurutera di setiap peringkat boleh menggunakan pengetahuan profesional mereka untuk menyumbang kepada peningkatan profesion dan produktiviti yang lebih tinggi untuk pembangunan negara.

“Beberapa aspek perlu diambil kira dan dititikberatkan dalam memastikan usaha pembangunan negeri ini tidak merosakkan sumber yang ada agar generasi masa depan dapat menikmati sumber alam yang kita wariskan kelak.

“Justeru, pembangunan mampan merupakan cabaran yang dihadapi, sebab itu untuk membangunkan negeri, ia memerlukan keseimbangan antara alam sekitar dan pembangunan fizikal yang dibawa untuk rakyat”, tegasnya.

Dalam pada itu, Hajiji juga mahu IEM dan semua pihak terus mempromosikan amalan-amalan kejuruteraan untuk menarik minat lebih ramai golongan muda menceburi bidang kejuruteraan bagi melahirkan anak jati Sabah yang mampu bersaing di persada dunia.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/08/kerajaan-negeri-tumpu-program-pembangunan-infrastruktur-kemudahan-asas/feed/ 0 55701
Kerajaan Persekutuan digesa percepat tambah baik infrastruktur & fasiliti awam di sabah https://sabahmedia.com/2023/03/24/kerajaan-persekutuan-digesa-percepat-tambah-baik-infrastruktur-fasiliti-awam-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/03/24/kerajaan-persekutuan-digesa-percepat-tambah-baik-infrastruktur-fasiliti-awam-di-sabah/#respond Fri, 24 Mar 2023 07:10:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31409
Read Time:3 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Negara (Senator) Datuk Bobbey A.Suan menggesa Kerajaan Persekutuan percepatkan penambahbaikan infrastruktur dan fasiliti awam yang berkualiti di Sabah berikutan perpindahan ibu kota negara Indonesia ke Wilayah Kalimantan (Nusantara).

Katanya, rakyat Sabah mengharapkan agar infrastruktur dan fasiliti awam di Sabah juga “on par” dan setanding dengan negara jiran itu.

“Sesuai dengan saranan Titah Diraja supaya pihak kerajaan menyediakan peruntukan kewangan untuk infrastruktur dan fasiliti awam yang berkualiti, saya menegaskan sekali lagi, bahawa penambahbaikan infrastruktur dan fasiliti awam yang berkualiti di Sabah hendaklah dipercepatkan berikutan perpindahan ibu kota negara Indonesia ke wilayah Kalimantan”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahas Titah Diraja pada Persidangan Dewan Negara di Kuala Lumpur, semalam.

Bobbey juga mencadangkan kepada Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kerja Raya Malaysia untuk duduk semeja dan menyelesaikan dengan kadar segera masalah kesesakan lalu lintas akibat daripada kekurangan kawasan parkir (kawasan letak kereta) di hospital-hospital kerajaan khususnya di Hospital Queen Elizabeth 1 dan Hospital Queen Elizabeth 2 Kota Kinabalu yang sudah berlarutan bertahun-tahun.

Menurutnya, ini adalah kerana kapasiti dan kapabiliti kawasan letak kereta sedia ada tidak dapat menampung jumlah pesakit dan orang awam yang berkunjung iaitu dalam lingkungan 1,000 sehingga 21,000 orang sehari.

“Saya mengharapkan permasalahan ini dapat diatasi dengan kadar segera demi kepentingan rakyat”, tegasnya.

Beliau juga mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk menubuhkan sebuah Pejabat Konsulat Jeneral Filipina di Sabah bagi menoktahkan masalah pendatang asing tanpa izin yang menimbulkan pelbagai masalah sosial di Sabah.

“Antaranya seperti masalah peminta sedekah oleh anak-anak pendatang asing tanpa izin yang menganggu laluan lalu lintas di kawasan bandaraya, masalah air yang disebabkan penyambungan paip secara haram sehinggalah pembinaan tanah perkuburan haram di kawasan merbahaya pencawang elektrik.

“Dengan adanya Pejabat Konsulat Jeneral Filipina di Sabah, saya mengharapkan agar masalah ini ditangani segera. Ini selaras dengan Titah Diraja berkenaan isu-isu pendatang asing tanpa izin dan pelarian, termasuk pemohon suaka yang patut segera ditangani dengan tegas oleh pihak kerajaan demi memastikan negara terpelihara daripada sebarang bentuk ancaman supaya Malaysia kekal aman, sejahtera dan berdaulat”, tambahnya.

Bobbey berkata, Kerajaan Persekutuan juga perlu menggariskan matlamat dan strategi khusus bagi membebaskan Sabah daripada menjadi wilayah paling perlahan pertumbuhan ekonominya serta memiliki paras kemiskinan tertinggi di Malaysia.

Katanya, status Sabah sebagai wilayah termiskin seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Isu kemiskinan di Sabah terlalu kompleks yang memerlukan pendekatan lebih komprehensif mengikut kawasan dan keperluan lebih inklusif mengikut daerah.

“Kerajaan Pusat harus menggariskan pendekatan mikro secara bersinkronisasi dengan kerajaan negeri melalui agenda pemerkasaan ekonomi, pendigitalan dan penerimagunaan teknologi serta keusahawanan supaya usaha membasmi kemiskinan tegar dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi dapat direalisasikan segera demi manfaat Wilayah Sabah.

“Kini, saya hanya mengharapkan, menunggu dan melihat apa pendekatan dan cara pihak kerajaan sekarang untuk mengeluarkan 8 buah daerah iaitu Kota Belud, Kota Marudu, Kudat, Pitas, Telipud, Beluran, Tongod dan Nabawan yang termundur dan miskin di Sabah dalam masa dua tahun ini, sehingga tahun 2025”, tegasnya.

Selaku anak jati Sabah, beliau menzahirkan ucapan penghargaan ke atas Titah Diraja yang khusus memfokuskan kepada tindakan segera dalam menyelesaikan isu-isu berhubung tuntutan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak mengenai pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Bagi saya, perkara MA63 ini tidak lagi banyak yang diceritakan kerana ianya sudah dalam peringkat perlaksanaan. Dua peringkat telah kita lalui, iaitu peringkat pertama, dimana pemimpin-pemimpin kita terdahulu telah memperhalusi dan memuktamadkan perjanjian MA63 ini, kemudian peringkat kedua dimana kita telah memasukkannya dalam perlembagaan Malaysia.

“Kini MA63 telah pun menjadi sebahagian daripada perlembagaan negara ini. Hari ini ia seharunya dalam peringkat perlaksanaan perlembagaan, tidak patut ianya dipertikaikan lagi. Laksanakan sahaja apa yang termaktub dalam perlembagaan ini dengan segara secara tuntas”, tegas Bobbey.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pemindahan kuasa kawal selia bekalan gas kepada Kerajaan Sabah dengan mengiktiraf Jabatan Kerja Raya Sabah dan Sarawak sebagai Jabatan Teknik.

Sehubungan itu, beliau turut menyokong sepenuhnya Titah Diraja yang menegaskan agar kerajaan menambah baik tahap pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak demi untuk menggiatkan aktiviti pembangunan dan pemerkasaan ekonomi di Sabah dan Sarawak.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/24/kerajaan-persekutuan-digesa-percepat-tambah-baik-infrastruktur-fasiliti-awam-di-sabah/feed/ 0 31409
Qhazanah Sabah mendapat hak eksklusif untuk membangun infrastruktur telekomunikasi https://sabahmedia.com/2021/08/09/qhazanah-sabah-mendapat-hak-eksklusif-untuk-membangun-infrastruktur-telekomunikasi/ https://sabahmedia.com/2021/08/09/qhazanah-sabah-mendapat-hak-eksklusif-untuk-membangun-infrastruktur-telekomunikasi/#comments Mon, 09 Aug 2021 07:47:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4352
Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Bahagian pelaburan strategik kerajaan negeri, Qhazanah Sabah diberi hak eksklusif untuk menerajui pembangunan infrastruktur telekomunikasi di Sabah.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan perjanjian yang ditandatangani pada Isnin, bersama Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Pengerusi Qhazanah Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong menandatangani perjanjian itu
bagi pihak kerajaan negeri manakala Qhazanah Sabah diwakili oleh Ghazallie Ansing yang juga
Pengerusi Common Tower Technologies Sdn Bhd (CTTSB) iaitu anak syarikat milik penuh Qhazanah.

Hajiji berkata dengan perkembangan ini, kerajaan negeri menyasarkan untuk mengatasi masalah kekangan sambungan internet dengan kemudahan telekomunikasi yang sangat diperlukan, terutama sekali di kawasan luar bandar.

Katanya, melalui CTTSB, kerajaan negeri akan menaiktaraf lebih daripada 2,000 menara telekomunikasi dan membangunkan sebanyak 400 yang baru di bawah Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Manakala, CTTSB adalah salah satu pemilik dan pengendali menara bebas terbesar di Malaysia.

Syarikat ini memiliki, mengendalikan dan menguruskan 257 menara telekomunikasi di Sabah berikutan pelantikannya untuk melaksanakan Projek TIME2 di Sabah sejak tahun 2005.

Turut hadir Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Rusdin Riman, Pengarah Eksekutif Qhazanah Sabah, Mohd Shukor Abdul Mumin, Ketua Pegawai Eksekutif Qhazanah Sabah, Ahmad Rizal Dahli dan Ketua Pegawai Eksekutif CTTSB, Mikail Sungiau Abdullah.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/09/qhazanah-sabah-mendapat-hak-eksklusif-untuk-membangun-infrastruktur-telekomunikasi/feed/ 1 4352
Sabah Komited Untuk Memastikan Infrastruktur Dan Utiliti Ada Untuk Menarik Pelaburan https://sabahmedia.com/2021/07/04/sabah-komited-untuk-memastikan-infrastruktur-dan-utiliti-ada-untuk-menarik-pelaburan/ https://sabahmedia.com/2021/07/04/sabah-komited-untuk-memastikan-infrastruktur-dan-utiliti-ada-untuk-menarik-pelaburan/#respond Sun, 04 Jul 2021 09:21:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2517
Read Time:53 Second

LAHAD DATU: Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Joachim Gunsalam, melawat Kluster Perindustrian Kelapa Sawit (POIC) di sini, Sabtu, untuk mempercepat kerja-kerja pembaikan jalan yang dijadualkan bermula tahun ini.

Dr Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian (MID) dalam lawatan kerjanya diiringi oleh Pengerusi POIC Sabah, Datuk Seri Yong Teck Lee dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Fredian Gan, Setiausaha Tetap, Thomas Logijin serta sepasukan pegawai dari MID, Kementerian Kewangan dan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (EPU).

POIC Lahad Datu diposisikan sebagai Hab Logistik yang muncul untuk Sabah dan BIMP-EAGA (Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina – East ASEAN Growth Area).

“Semua infrastruktur utama sudah siap dan yang diperlukannya adalah sokongan Kerajaan yang kuat untuk membolehkan pelaburan masuk,” katanya.

Dr Joachim menyatakan bahawa Kerajaan Negeri mempunyai iltizam kuat untuk merealisasikan agenda perindustrian Sabah dengan penekanan pada industri bernilai tinggi.

Ini adalah lawatan rasmi kedua Dr Joachim ke POIC Lahad Datu dalam tiga bulan lalu.

Dalam pada itu, selepas lawatannya ke tapak projek Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) POIC, beliau menghadiri mesyuarat yang diadakan di Pejabat Daerah Lahad Datu.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/04/sabah-komited-untuk-memastikan-infrastruktur-dan-utiliti-ada-untuk-menarik-pelaburan/feed/ 0 2517