Ini – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 18 Jul 2023 13:37:16 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ini – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Program Magical Train Ride bersama “Toh Puan” 26 Sept ini https://sabahmedia.com/2023/07/18/program-magical-train-ride-bersama-toh-puan-26-sept-ini/ https://sabahmedia.com/2023/07/18/program-magical-train-ride-bersama-toh-puan-26-sept-ini/#respond Tue, 18 Jul 2023 13:34:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38525
Read Time:2 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU: Program Magical Train Ride bersama “Toh Puan” yang julung kali diadakan pada 26 September ini akan mencipta sejarah dan merancakkan lagi pelancongan Sabah.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew mencadangkan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia Cawangan Sabah (Puspanita Cawangan Sabah) melaksanakan cadangan projek berkaitan pelancongan mereka sebagai sebahagian daripada program untuk meningkatkan imej sejumlah 15 stesen kereta api dari Stesen Sembulan sehingga ke Stesen Tenom di pedalaman, dalam tempoh 12 bulan dari sekarang.

Persatuan itu juga bercadang untuk memasang papan tanda “selamat datang” baharu dan menarik di lokasi strategik bagi setiap stesen keretapi, lengkap dengan kemudahan rekreasi dan promosi produk tempatan setiap daerah atau mukim.

Christina jamin kementeriannya akan menyokong program Magical Train Ride bersama “Toh Puan” dan projek Puspanita Cawangan Sabah semasa kunjungan hormat rombongan persatuan itu diketuai oleh Pengerusinya Datuk Dr Nuinda Alias pada Isnin.

Beliau menasihatkan pasukan Puspanita Cawangan Sabah bekerjasama rapat dengan majlis daerah masing-masing dan Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) bagi merealisasikan projek mereka dalam semangat kerjasama.

“Ini mungkin mencabar tetapi apabila siap, ia akan menjadi legasi Puspanita cawangan Sabah dan sumbangan besar kepada pelancongan Sabah dan Kerajaan Negeri,” kata Christina.

Sementara itu, Pengarah JKNS Leonard Poyong bersetuju menyediakan ruang di sekitar papan tanda sedia ada di setiap stesen keretapi.

“Sebagai sebahagian daripada usaha pengindahan, jabatan saya juga boleh menyediakan kepala lokomotif keretapi usang untuk menambah nilai dan menambah baik papan tanda ‘selamat datang’ yang baharu,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Nuinda berkata ia adalah usaha kerjasama Puspanita Cawangan Sabah, Mutiara GRS Sabah (sebuah pertubuhan bukan kerajaan), JKNS dan Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA).

“Salah satu objektifnya adalah untuk menarik pelancong tempatan dan asing melawat daerah luar bandar seperti Papar dan Beaufort,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Leonard berkata, Toh Puan NorlidahTan Sri R.M. Jasni akan melancarkan majlis perasmian program tersebut di Stesen Keretapi Tanjung Aru pada jam 8 pagi, 26 September ini.

“Beliau dan rombongannya kemudian akan menaiki Keretapi Borneo Utara Sabah sehingga tiba di Stesen Papar, selepas itu mereka akan meneruskan perjalanan menaiki Kereta VIP 8906 ke Stesen Beaufort.

“Kami menyediakan dua jenis perkhidmatan keretapi dari Kota Kinabalu ke Beaufort – perkhidmatan keretapi enjin dari Tanjung Aru ke Papar dan kemudian perkhidmatan keretapi enjin diesel dari Papar ke Beaufort. Ini adalah kali pertama kami menggunakan VIP Coach dari Papar ke Beaufort,” kata Leonard.

Turut hadir pada kunjungan hormat itu ialah Penolong Setiausaha Kementerian (Pembangunan), Lanah Sungkoling, pegawai-pegawai Puspanita Cawangan Sabah, Zaiton Bakri (Pengerusi, Jawatankuasa Kecil Ekonomi Rumah Tangga dan Kraftangan), Nur Aziyah Yaacub (isteri Pegawai Daerah Papar) dan Dayang Hanim Awang Basir (isteri Pegawai Daerah Beaufort).

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/18/program-magical-train-ride-bersama-toh-puan-26-sept-ini/feed/ 0 38525
Kerajaan komited merangka pelbagai tindakan untuk menstabilkan bekalan makanan di negeri ini – Jeffrey https://sabahmedia.com/2023/02/07/kerajaan-komited-merangka-pelbagai-tindakan-untuk-menstabilkan-bekalan-makanan-di-negeri-ini-jeffrey/ https://sabahmedia.com/2023/02/07/kerajaan-komited-merangka-pelbagai-tindakan-untuk-menstabilkan-bekalan-makanan-di-negeri-ini-jeffrey/#respond Tue, 07 Feb 2023 09:16:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29189
Read Time:2 Minute, 2 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kementerian Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah melalui Jawatankuasa Pasukan Petugas (Task Force) Jaminan Makanan (Food Security) komited dalam merangka
tindakan jangka pendek, sederhana dan panjang untuk menstabilkan bekalan makanan di negeri ini.

Menterinya yang juga Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, sebagai kementerian yang bertanggungjawab memastikan kelestarian makanan, kementerian telah mengambil inisiatif mencadangkan kepada Kabinet Negeri untuk menubuhkan dua jawatankuasa jaminan makanan Negeri Sabah yang telahpun diluluskan pada tahun 2022.

“Jawatankuasa tersebut iaitu Jawatankuasa Kabinet Jaminan Makanan (Food Security)
Negeri Sabah; dan Jawatankuasa Pasukan Petugas (Task Force) Jaminan Makanan (Food Security) Negeri Sabah.

“Jawatankuasa Pasukan Petugas (Task Force) Jaminan Makanan (Food Security) ini adalah diurus setiakan oleh Kementerian ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Amanat Kementerian Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Tahun 2023 di Wisma Pertanian di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai kemasukan pelancong terutamanya dari negara China yang gemar memakan makanan laut, Jeffrey berkata, pihaknya akan berusaha untuk memastikan stok makanan laut sentiasa mencukupi.

“Kita bernasib baik kerana produk makanan laut kita adalah kekuatan kita dan pada masa ini kita mampu mengeluarkan hasil produk 100 peratus dan ia boleh menjadi lebih baik dari itu.

“Jadi, kita tunggu pelancong masuk, dan juga dengan keadaan ekonomi kita sekarang yang aktif, saya percaya kita boleh memenuhi keperluan makanan pelancong kita terutamanya makanan laut,” katanya.

Sehubungan dengan itu, antara langkah untuk menggalakkan pengusaha industri makanan laut ini lebih banyak menghasilkan produk iaitu dengan menangguhkan untuk mengena cukai terhadap mereka.

“Untuk menggalakkan industri tersebut berkembang, kami telah berbincang dengan pengusaha industri untuk menghasilkan lebih banyak produk makanan laut dan mereka sebenarnya telah meminta kerajaan untuk tidak mengenakan cukai lagi kerana ia salah satu isu.

“Jadi, ia adalah satu perkara yang positif dan saya fikir kita harus menangguhkannya sehingga mereka bersedia sepenuhnya. Mungkin dalam masa 6 ke 12 bulan,” jelasnya.

Terdahulu dalam amanatnya, Jeffrey berkata, pada 29 Mac 2023 yang akan datang ini, akan genaplah tempoh dua tahun pelaksanaan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Sebanyak 137 inisiatif telah digariskan untuk dilaksanakan dalam sektor pertanian. Tahun 2021 mencatatkan purata pencapaian 92% bagi prestasi keseluruhan Kementerian Pertanian dan Perikanan,” katanya.

Beliau berharap kementeriannya akan terus berada dalam kapasiti yang lebih baik untuk bergerak ke hadapan.

“Bukan sahaja kerana kita kini dapat bergerak lebih aktif daripada sebelumnya kerana pandemik COVID-19 tetapi juga kerana kita mempunyai lebih ramai pelabur yang masuk, malah semua agensi kami dapat beroperasi dengan baik selepas wabak,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/07/kerajaan-komited-merangka-pelbagai-tindakan-untuk-menstabilkan-bekalan-makanan-di-negeri-ini-jeffrey/feed/ 0 29189
Semakan Tawaran Kemasukan Ke MRSM Mulai Rabu Ini https://sabahmedia.com/2022/03/07/semakan-tawaran-kemasukan-ke-mrsm-mulai-rabu-ini/ https://sabahmedia.com/2022/03/07/semakan-tawaran-kemasukan-ke-mrsm-mulai-rabu-ini/#respond Mon, 07 Mar 2022 11:27:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12784
Read Time:1 Minute, 23 Second

KUALA LUMPUR: Calon-calon bagi kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 dan 4 tahun 2022 boleh membuat semakan tawaran bermula Rabu, 9 Mac 2022.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam kenyataannya hari ini berkata, MARA kekal dengan dasar 60 peratus pengambilan pelajar daripada keluarga B40 selain keutamaan juga kepada calon luar bandar dan miskin bandar.

“Calon yang berjaya ditawarkan ke MRSM akan menerima notifikasi menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) atau emel yang telah didaftarkan semasa permohonan.

“Pemohon juga boleh membuat semakan menerusi portal rasmi MARA di www.mara.gov.my. dan makluman terkini berkenaan tawaran juga boleh didapati melalui media sosial MARA seperti Facebook, Twitter dan Instagram,” katanya.

Mahdzir turut menjelaskan, calon yang berjaya perlu membuat pengesahan penerimaan tawaran kemasukan ke MRSM dalam tempoh tujuh hari menerusi pautan dalam portal berkenaan.

Sekiranya calon tidak membuat pengesahan penerimaan dalam tempoh tersebut, tawaran berkenaan dianggap terbatal.

“Calon yang tidak berjaya masih boleh membuat rayuan secara online di pautan yang sama bermula 9 Mac 2022 sehingga 16 Mac 2022 dan tidak perlu hadir secara fizikal.

“Sebarang pertukaran program dan penempatan MRSM adalah tidak dibenarkan,” ujarnya.

Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang makluman tawaran sehingga 31 Mei 2022, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Untuk rekod, MARA tahun ini menerima 74,500 permohonan ke tingkatan 1 dan 4 MRSM.

Berbanding kapasiti kemasukan pelajar ke tingkatan 1 seramai 7,949 orang dan tingkatan 4 seramai 1,930 orang pelajar.

MRSM menawarkan 6 program iaitu MRSM International General Certificate of Secondary Education (IGCSE), MRSM International Baccalaureate-Middle Year Programme (IB-MYP), MRSM Ulul Albab, MRSM Program Bitara, MRSM Premier dan MRSM Teknikal di bawah Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM).

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/07/semakan-tawaran-kemasukan-ke-mrsm-mulai-rabu-ini/feed/ 0 12784
Perpustakaan Islam Sabah Bakal Dilancar Pada Bulan Ramadan Tahun Ini https://sabahmedia.com/2022/01/26/perpustakaan-islam-sabah-bakal-dilancar-pada-bulan-ramadan-tahun-ini/ https://sabahmedia.com/2022/01/26/perpustakaan-islam-sabah-bakal-dilancar-pada-bulan-ramadan-tahun-ini/#respond Wed, 26 Jan 2022 04:22:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11569
Read Time:1 Minute, 6 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Perpustakaan Islam Sabah bakal dilancarkan pada bulan Ramadan tahun ini sebagai tempat rujukan bagi bidang-bidang teras serta disiplin ilmu Islam.

Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, perpustakaan yang dibina ini adalah menjadi pusat rujukan buku-buku keilmuan Islam antarabangsa dan nusantara namun perpustakaan ini juga tidak terhad kepada penyediaan bahan bacaan kepada umat Islam tetapi sebagai pusat kepada pembudayaan minat terhadap bidang ilmu dan lambang kekuatan intelek masyarakat Islam di negeri ini.

“Buku-buku rujukannya adalah dari kitab-kitab yang muktabar dan terkenal dalam bidang keilmuan Islam.

“Manakala hasil seni kaligrafi khat peringkat Asean telah kita kumpulkan untuk diletakkan di dalam galeri Perpustakaan Islam ini,” kata Arifin pada sidang media selepas Majlis Amanat Menteri Tugas-Tugas Khas 2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini semalam.

Menurut Arifin, pihaknya kini sedang berbincang dengan pihak Universiti Al-Azhar untuk membolehkan salinan tesis-tesis doktor falsafah (PhD) yang dihasilkan sarjana Islam di universiti itu sejak awal penubuhan universiti berkenaan dan akan ditempatkan di Perpustakaan Islam Sabah sebagai bahan rujukan.

“Setakat ini sebahagian besar bahan-bahan dari dalam negara sudah disediakan hanya bahan dari luar negara belum diterima”, jelasnya.

Dalam pada itu, katanya perpustakaan yang terletak berhampiran Masjid Negeri Sabah itu akan diurus secara sistematik dengan pembangunan koleksi, pengkatalogan dan sirkulasi.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/26/perpustakaan-islam-sabah-bakal-dilancar-pada-bulan-ramadan-tahun-ini/feed/ 0 11569
Majlis Sambutan Deepavali Peringkat Negeri Ahad Ini https://sabahmedia.com/2021/11/22/majlis-sambutan-deepavali-peringkat-negeri-ahad-ini/ https://sabahmedia.com/2021/11/22/majlis-sambutan-deepavali-peringkat-negeri-ahad-ini/#respond Mon, 22 Nov 2021 07:19:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8715
Read Time:43 Second

KOTA KINABALU: Majlis sambutan Deepavali peringkat negeri akan diadakan di salah sebuah hotel di ibu negeri, Ahad ini.

Menurut Presiden Gabungan Persatuan Masyarakat India Sabah (GPMIS), Datuk A. Nagaraju, sambutan tersebut akan diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara bagi menyubur keharmonian serta perpaduan dengan konsep ‘Keluarga Malaysia’.

“Sambutan julung kali diadakan ini menekankan aspek keharmonian dan perpaduan berdasarkan norma baharu dengan kehadiran tetamu jemputan yang terhad.

“Sambutan ini diraikan dengan kepelbagaian kaum yang hidup dalam suasana harmoni dengan identiti unik yang menjadi kunci keeratan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

“Justeru, kita akan bersama-sama 81 etnik di negeri ini sebagai lambang menghormati keunikan kepelbagaian kaum dengan meraikan sambutan perayaan dalam suasana muhibah,” katanya ketika ditemu bual di SABAHfm.

Dengan tema “Membudayakan Perpaduan Meraikan Kepelbagaian”, beliau berharap majlis akan berjalan lancar dan mencapai objektif yang disasarkan. – PENERANGAN

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/22/majlis-sambutan-deepavali-peringkat-negeri-ahad-ini/feed/ 0 8715
Sabah Benarkan Pelawat Lengkap Vaksin Masuk Negeri Ini Tanpa Ujian Swab Mulai 1 Disember 2021 https://sabahmedia.com/2021/11/20/sabah-benarkan-pelawat-lengkap-vaksin-masuk-negeri-ini-tanpa-ujian-swab-mulai-1-disember-2021/ https://sabahmedia.com/2021/11/20/sabah-benarkan-pelawat-lengkap-vaksin-masuk-negeri-ini-tanpa-ujian-swab-mulai-1-disember-2021/#respond Sat, 20 Nov 2021 06:56:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8637
Read Time:1 Minute, 38 Second

KUALA LUMPUR: Sabah akan membenarkan pelawat yang telah lengkap divaksin memasuki negeri ini tanpa perlu menjalani ujian swab mulai 1 Dis 2021.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor membuat pengumuman itu semasa merasmikan Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) ke-49 di Putra World Trade Centre (PWTC) di sini hari ini.

Ketua Menteri berkata, Sabah bersedia sepenuhnya untuk mengalu-alukan ketibaan antarabangsa sebaik sahaja Malaysia membuka semula sempadannya tahun depan.

“Menjelang November 2021, sudah ada 266 penerbangan mingguan terus ke Sabah dari Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Bharu, Labuan, dan Sarawak, dengan jumlah kapasiti 43,000 tempat duduk.

“Di Sabah, terdapat 123 penerbangan mingguan dengan jumlah kapasiti 16,720 tempat duduk yang menghubungkan Kota Kinabalu, Lahad Datu, Sandakan dan Tawau,” katanya.

Dipilih sebagai “Destinasi Kegemaran Malaysia” buat kali ketiga selepas 2015 dan 2019, Sabah telah mengambil 12 gerai pameran untuk mempamerkan produk pelancongannya.

Bagi kemudahan penginapan, Hajiji berkata ia memadai untuk memenuhi jangkaan permintaan ditambah dengan tambahan 3,506 bilik dijangka tersedia dengan siapnya 11 pembangunan hotel baharu pada 2022.

Pada masa sama, Hajiji turut menyatakan Kerajaan Negeri Sabah telah melaksanakan Pelan Pemulihan Pelancongan Sabah untuk segmen domestik dan antarabangsa bagi menambah baik promosi pelancongan, termasuk peralihan pasaran semasa pandemik.

Menurutnya, Lembaga Pelancongan Sabah (STB) telah bekerjasama dengan penggiat industri pelancongan untuk mengadakan penglibatan maya, ekspo pelancongan, promosi, dan latihan mengenai kemas kini destinasi.

“Ini termasuk mewujudkan semula perdagangan dan keyakinan pelancong melalui B2B dan G2G, dengan banyak negara termasuk China, Korea, Norway, Indonesia, Brunei, India, Dubai, Itali, Kazakhstan dan Turki. STB juga bekerjasama dengan syarikat penerbangan dan membantu mereka dalam mewujudkan semula penerbangan terus untuk perjalanan domestik dan antarabangsa,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, penganjuran pameran MATTA dilihat penting ia merupakan permulaan fasa pemulihan bagi industri pelancongan selepas serangan Pandemik COVID-19 selama hampir dua tahun.

“Saya gembira apabila melihat banyak perniagaan termasuk industri pelancongan berada dalam fasa pemulihan selepas bergelut untuk bertahan semasa wabak ini,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/20/sabah-benarkan-pelawat-lengkap-vaksin-masuk-negeri-ini-tanpa-ujian-swab-mulai-1-disember-2021/feed/ 0 8637
Kelewatan bekalan vaksin ke Sabah berpunca dari pembekal lambat sampai ke negara ini – Hajiji https://sabahmedia.com/2021/07/22/kelewatan-bekalan-vaksin-ke-sabah-berpunca-dari-pembekal-lambat-sampai-ke-negara-ini-hajiji/ https://sabahmedia.com/2021/07/22/kelewatan-bekalan-vaksin-ke-sabah-berpunca-dari-pembekal-lambat-sampai-ke-negara-ini-hajiji/#respond Thu, 22 Jul 2021 08:22:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3433
Read Time:37 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berharap Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Kesihatan akan membekalkan jumlah vaksin yang lebih banyak ke negeri ini, bagi mencapai sekurang-kurangnya 60 peratus penduduk akan menerima vaksin menjelang bulan Oktober ini.

“Kita memang mahu mendapatkan lebih banyak bekalan vaksin dan berharap kerajaan dapat berbuat demikian.

“Justeru, kita berharap kerajaan Persekutuan dapat membekalkan vaksin ke negeri ini dengan lebih banyak kerana Sabah antara yang terendah dan kita tidak menerima banyak (bekalan vaksin) daripada kerajaan,” katanya.

Hajiji bagaimanapun berkata kerajaan akan mula menghantar vaksin ke Sabah mulai minggu ini dan kelewatan itu juga berpunca daripada pembekal yang lambat sampai ke negara ini.

“Memang ada sedikit kelewatan tetapi Kementerian Kesihatan sudah menjadualkan semula penghantaran vaksin ke negeri ini,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/22/kelewatan-bekalan-vaksin-ke-sabah-berpunca-dari-pembekal-lambat-sampai-ke-negara-ini-hajiji/feed/ 0 3433
Beaufort daerah teratas di Sabah setakat ini dengan 9,692 penduduk telah divaksinasi https://sabahmedia.com/2021/06/13/beaufort-daerah-teratas-di-sabah-setakat-ini-dengan-9692-penduduk-telah-divaksinasi/ https://sabahmedia.com/2021/06/13/beaufort-daerah-teratas-di-sabah-setakat-ini-dengan-9692-penduduk-telah-divaksinasi/#respond Sun, 13 Jun 2021 01:23:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1118
Read Time:46 Second

13 Jun 2021

[email protected]

BEAUFORT: Seramai 9,692 orang atau 20.71 peratus penduduk di daerah ini telah menerima vaksin Covid-19 setakat ini, menjadikannya daerah teratas di seluruh Sabah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Ruslan Muharam yang gembira dengan perkembangan ini menyeru penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan yang belum agar mendaftar sebagai penerima suntikan vaksin Covid-19.

Ruslan yang juga Pengerusi Perkasa Realty Sdn. Bhd, berterima kasih kepada rakyat yang telah mendaftar menerima vaksin dan melengkapkan vaksinasi berkenaan.

“Saya gembira dan berterima kasih sejumlah 9,692 orang telah menerima vaksin sebanyak 20.71 peratus setakat ini.

“Ini menjadikan Beaufort sebagai daerah teratas di seluruh Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, Ruslan juga telah mendermakan kerusi bagi kegunaan dalam Pusat Vaksinasi di Dewan Pak Musa, Beaufort.

Sumbangan kerusi diserahkan oleh Pegawai Pemimpin Masyarakat (PPM) Dioslin Agostin bersama Sobri Adis, yang mewakili Ruslan, kepada Pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Beaufort.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/13/beaufort-daerah-teratas-di-sabah-setakat-ini-dengan-9692-penduduk-telah-divaksinasi/feed/ 0 1118