Inisiatif – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 05 Dec 2023 05:34:04 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Inisiatif – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah mahu lebih ramai golongan B40 menikmati inisiatif Program MyLesen https://sabahmedia.com/2023/12/05/sabah-mahu-lebih-ramai-golongan-b40-menikmati-inisiatif-program-mylesen/ https://sabahmedia.com/2023/12/05/sabah-mahu-lebih-ramai-golongan-b40-menikmati-inisiatif-program-mylesen/#respond Tue, 05 Dec 2023 05:34:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46082
Read Time:2 Minute, 18 Second

TUARAN: Kerajaan negeri mahu lebih ramai masyarakat kurang berkemampuan terutama golongan B40 di Sabah dapat menikmati inisiatif Program MyLesen pada tahun hadapan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, program itu merupakan salah satu usaha murni kerajaan membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 iaitu motosikal bagi memperkasa mobiliti rakyat untuk memperluaskan peluang pekerjaan, pendidikan dan ekonomi mereka terutama dalam kalangan masyarakat di luar bandar.

“Inisiatif ini yang akan diteruskan pada tahun depan seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri, amat dialu-alukan oleh kerajaan negeri. Ia membabitkan lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi di mana bayaran ujian memandu akan ditanggung oleh kerajaan.

“Inisiatif ini bakal dinikmati lebih 40,000 belia daripada keluarga kurang mampu. Kerajaan negeri berharap inisiatif ini akan turut dinikmati oleh lebih ramai lagi masyarakat kurang berkemampuan atau B40 di negeri ini pada tahun hadapan”, katanya ketika melancarkan Program MyLesen B2 Tahun 2023 Daerah Tuaran di Dewan Seri Sulaman dekat sini pada Selasa.

Katanya, Kerajaan Persekutuan melalui Belanjawan 2023 telah memperuntukkan sebanyak RM2.7 juta untuk kos bayaran latihan dan ujian bagi Lesen Memandu Malaysia Kelas B2 yang memberi manfaat kepada 9,000 orang penerima daripada golongan B40.

Menurutnya, usaha yang diambil Kerajaan Perpaduan ini menunjukkan betapa pentingnya Lesen B2 dalam memperkasakan mobiliti rakyat untuk memperluaskan
peluang pekerjaan, pendidikan dan ekonomi, terutamanya untuk golongan B40.

Hajiji berkata, Kerajaan Persekutuan dan Negeri sentiasa berusaha untuk
memperkenalkan pelbagai inisiatif kepada masyarakat Madani yang menjadi keutamaan bagi negara, terutamanya dalam aspek pengangkutan kerana ia penting untuk melengkapkan rantaian ekonomi penduduk sekitar yang membolehkan mereka diberi peluang untuk meningkatkan ekonomi melalui kesaling-hubungan antara satu sama lain.

“Sabah menerima sebanyak 500 kuota Program MyLesen B2 yang melibatkan dua daerah iaitu Tuaran dan Kinabatangan. Hari ini di Tuaran, kita akan menyampaikan lesen B2 kepada seramai 246 calon yang telah berjaya dalam Ujian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Para penerima yang dipilih merupakan golongan B40 yang terdiri daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah, e-Kasih, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan penerima zakat.

“Majoriti penerima adalah daripada mereka yang bekerja sendiri mengikut persekitaran daerah masing-masing seperti di kawasan pantai dengan aktiviti ekonomi nelayan dan di kawasan hulu aktiviti ekonominya pula adalah berasaskan pertanian.

“Kerajaan negeri berharap inisiatif ini dapat melahirkan ramai pemandu lesen B2 yang kompeten serta meningkatkan kesedaran terhadap pematuhan peraturan-peraturan jalan raya”, tambahnya.

Hajiji berkata melalui Program MyLesen B2, kesemua modul kursus latihan dan ujian yang dihadiri oleh calon adalah setara dengan ketetapan sedia ada, membuktikan komitmen dan usaha berterusan JPJ dalam memastikan kesemua penunggang motosikal betul-betul kompeten dan menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

Katanya, komitmen kerajaan dalam memastikan keselamatan pengguna jalan raya perlu didokong oleh semua penerima Lesen B2, dan sentiasa menjadi pemandu yang berhemah, mengamalkan pembudayaan keselamatan jalan raya dengan mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/05/sabah-mahu-lebih-ramai-golongan-b40-menikmati-inisiatif-program-mylesen/feed/ 0 46082
RISDA Sabah capai 90% inisiatif Program Skim Getah Matang https://sabahmedia.com/2023/11/01/risda-sabah-capai-90-inisiatif-program-skim-getah-matang/ https://sabahmedia.com/2023/11/01/risda-sabah-capai-90-inisiatif-program-skim-getah-matang/#respond Wed, 01 Nov 2023 10:19:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44557
Read Time:2 Minute, 23 Second

TUARAN: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) melalui Program Skim Getah Matang (SGM) merupakan komitmen agensi ini dalam usaha memastikan pengeluaran hasil getah yang optimum oleh pekebun kecil.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) RISDA Ahmad Zainal Abdullah berkata, SGM ini merangkumi inisiatif bantuan secara lima peringkat dengan penambahan bantuan Skim Getah Matang Tanam Semula yang bernilai RM 8,400 di Sabah dan Sarawak dalam bentuk bantuan mata benda.

“Setakat Oktober, RISDA Sabah telah mencapai lebih 90 peratus pencapaian Inisiatif Program SGM dengan peruntukkan RM 840 ribu bagi keluasan 10 ribu hektar tahun ini. Manakala bagi baki 14 ribu hektar lagi akan diperkasakan inisiatif dari masa ke semasa mengikut peruntukan sedia ada,” katanya semasa berucap merasmikan Kempen
Gerakan Peningkatan Produktiviti Getah (GPPG) dan Konvensyen Amalan Pertanian Baik (GAP) RISDA Peringkat Negeri Sabah Tahun 2023 di Dewan Seri Sulaman di sini, hari ini.

Menurut Ahmad Zainal, bagi SGM Peringkat 1 dan 2, ianya disediakan untuk memperkasakan pengurusan ladang melalui teknologi terkini.

Katanya, inisiatif Peringkat 1 adalah khusus untuk pemilik kebun getah matang yang akan membuka panel torehan. la melibatkan bantuan baja, set torehan, dan racun rumpai dengan nilai RM 2,500/hektar di Sabah dan Sarawak. Pakej ini juga disampaikan kepada pemilik kebun yang terjejas akibat bencana atau yang telah ditinggalkan.

“Manakala inisiatif Peringkat 2 menawarkan bantuan kepada pemilik kebun dengan penyediaan Baja RISDA 4 sebanyak 50 beg/hektar dan racun rumpai dengan nilai yang sama seperti Pakej SGM 1.

“Seterusnya melalui SGM Peringkat 3, 4, dan 5, ia berfokuskan untuk memberikan insentif kepada pekebun kecil yang berjaya mencapai sasaran produktiviti yang ditetapkan. Bagi memastikan pekebun kecil mencapai sasaran tersebut, dalam inisiatif 3 hingga 5 ini, bantuan berupa baja, bahan rangsangan, dan racun rumpai bernilai RM 1,000 di Sabah dan Sarawak disediakan bagi menyokong pekebun kecil untuk meningkatkan penghasilan getah seperti mana yang diharapkan,” katanya.

Beliau berkata, bagi SGM Tanam Semula pula, inisiatif ini turut diperkenalkan untuk mengaktifkan semula kebun getah tua yang tidak lagi memberi pulangan ekonomi. Bantuan ini bernilai RM 400/hektar dengan komponen selenggara kebun dan bahan rangsangan lateks.

“Objektif utama inisiatif Program SGM ini diwujudkan adalah bagi memastikan peningkatan pengeluaran hasil getah pekebun kecil kepada sasaran 1,800 kilogram sehektar setahun dan memperoleh pendapatan lebih dari RM 1,500 daripada hasil kebun getah.

“Dalam menyokong Program SGM, RISDA telah membelanjakan RM 3.22 juta melalui Program Prasarana Asas Pertanian bagi memudahkan warga pekebun kecil getah di Sabah untuk melaksanakan aktiviti pengeluaran hasil getah.

“Bantuan ini termasuk penyediaan kemudahan infrastruktur seperti jalan pertanian, pembentung, parit, pagar ladang, dan perangkap haiwan Peruntukan tersebut telah memanfaatkan seluas 1,466 hektar keluasan kebun gerah di negeri ini,” jelasnya.

Sehubungan dengan itu, katanya, RISDA sentiasa menyarankan pekebun kecil di negeri Sabah ini agar terus mengambil peluang melalui pelbagai jenis bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan dengan kembali bergiat aktif dalam mengusahakan semula kebun-kebun getah milik mereka yang terbiar.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/01/risda-sabah-capai-90-inisiatif-program-skim-getah-matang/feed/ 0 44557