Inklusif – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 12 Jan 2023 09:37:36 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Inklusif – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Ahli Jemaah Menteri baharu Sabah disifatkan inklusif https://sabahmedia.com/2023/01/12/ahli-jemaah-menteri-baharu-sabah-disifatkan-inklusif/ https://sabahmedia.com/2023/01/12/ahli-jemaah-menteri-baharu-sabah-disifatkan-inklusif/#respond Thu, 12 Jan 2023 09:37:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27789
Read Time:1 Minute, 12 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Ahli Jemaah Menteri Sabah yang baharu disifatkan sangat inklusif kerana mempunyai pasukan merangkumi hampir semua kaum, agama dan kepelbagaian ideologi politik yang tidak menghalang penyatuan rakyat Sabah.

Timbalan Ketua Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Jamain Sarudin berkata, pelantikan itu menunjukkan bahawa kabinet yang diumumkan kelmarin adalah suara Sabah.

“Sebagai Sabahan, Pengerusi Barisan Nasional Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin patut bangga kerana Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor telah menggunakan kebijaksanaan berdiplomasi dengan memberikan penghormatan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bersetuju menangguhkan rombakan kabinet yang sepatutnya sebelum Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Jamain, Hajiji telah dan dengan bijaksana memimpin serta menjalankan kuasa menggunakan prerogatif seorang Ketua Menteri berasaskan perlembagaan dalam melantik anggota kabinetnya.

“Justeru itu, ia telah menyedarkan Sabahan dalam membuat keputusan secara majoriti sekali gus menyemai keberanian dikalangan masyarakat Sabah keseluruhannya,” tambahnya.

Jamain turut berkata, Hajiji selaku Ketua Menteri dapat menyelesaikan kemelut politik yang tidak disukai oleh rakyat dalam waktu yang pantas. Ini juga untuk mengelakkan perbalahan politik antara Sabah Dan Persekutuan.

“Selain itu, beliau (Hajiji) juga bijak memilih sekutu yang mempunyai misi yang sama iaitu mengembalikan hak-hak Sabah tanpa perlu terlalu berpolitik yang hanya akan menjerumuskan Sabah lebih kebelakang.

“Ini membuktikan kewibawaan beliau, tidak mudah mengalah, jitu, tegas, tidak dipengaruhi oleh orang luar dan bersedia memberikan pasukan yang lebih berkomitmen serta mewujudkan budaya politik matang dan lebih terbuka,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/12/ahli-jemaah-menteri-baharu-sabah-disifatkan-inklusif/feed/ 0 27789
Belanjawan Sabah 2022 : Inklusif dan Berkebajikan https://sabahmedia.com/2021/12/08/belanjawan-sabah-2022-inklusif-dan-berkebajikan/ https://sabahmedia.com/2021/12/08/belanjawan-sabah-2022-inklusif-dan-berkebajikan/#respond Wed, 08 Dec 2021 01:42:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9508
Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Belanjawan Negeri Sabah tahun 2022 yang dibentangkan oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Hajiji Noor pada 3 Disember lalu disifatkan sebagai inklusif dan berkebajikan.

Mengulas mengenai manfaat belanjawan tersebut kepada rakyat, Pembantu Menteri Kewangan, Jasnih Daya berkata, keutamaan kerajaan adalah untuk memulihkan ekonomi demi memastikan kesejahteraan rakyat Sabah dapat terus dibela.

Katanya, walaupun masih berada dalam pandemik COVID-19, kerajaan terus fokus menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat Sabah secara keseluruhan.

“Melalui Belanjawan Sabah 2022, kerajaan negeri turut memberi keutamaan kepada penyediaan dan pemerkasaan keperluan asas termasuk infra rakyat bagi menyokong pemulihan ekonomi secara keseluruhan.

“Bantuan langsung yang diperuntukkan kepada golongan rentan juga diharap dapat dimanfaatkan oleh golongan sasar terutamanya dalam berdepan tempoh peralihan pandemik,” tambah beliau.

Dalam pada itu, Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr. Rafiq Idris turut menyambut baik pembentangan Belanjawan Sabah 2022.

“Inisiatif-inisiatif yang diketengahkan mampu melonjakkan prestasi ekonomi negeri secara keseluruhan walaupun terdapat beberapa sektor ekonomi khususnya pelancongan yang akan berkembang secara perlahan akibat pelaksanaan penutupan sempadan negara sekurang-kurangnya sehingga suku pertama tahun 2022,” kata Dr Rafiq.

Manakala mengulas mengenai kutipan hasil tertinggi negeri Sabah bagi tahun 2021 berjumlah RM4.912 bilion, kedua-duanya bersependapat bahawa ini akan dapat meningkatkan momentum pemulihan ekonomi negeri secara keseluruhan.

Jasnih Daya dan Dr. Rafiq Idris menjadi panel Bual Bicara IKRAR Manfaat Belanjawan Sabah 2022 yang disiarkan secara live streaming yang dihoskan oleh Pengarah Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR), Jabatan Ketua Menteri Sabah, Azrul Ibrahim.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/08/belanjawan-sabah-2022-inklusif-dan-berkebajikan/feed/ 0 9508