Inkues zara – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 14 Oct 2025 10:32:41 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Inkues zara – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Inkues Zara: Saksi dedah kewujudan amalan ‘barcode’ https://sabahmedia.com/2025/10/14/inkues-zara-saksi-dedah-kewujudan-amalan-barcode/ https://sabahmedia.com/2025/10/14/inkues-zara-saksi-dedah-kewujudan-amalan-barcode/#respond Tue, 14 Oct 2025 10:32:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83273
Read Time:1 Minute, 29 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner hari ini dimaklumkan mengenai amalan yang dikenali sebagai ‘barcode’ dalam kalangan pelajar, iaitu perbuatan menoreh lengan menggunakan pisau pemotong (cutter) sehingga meninggalkan kesan luka.

Peguam Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, berkata saksi Kanak-Kanak Ke-13 yang memberi keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan hari ini, memaklumkan bahawa beliau pernah melihat amalan itu ketika masih pelajar junior.

Menurut Mohd Syarulnizam, saksi juga mengakui pernah membuat ‘barcode’ sebanyak tiga kali kerana terikut-ikut dengan ‘trend’ dalam kalangan rakan.

“Saksi berkata bahawa semasa dia junior, saksi nampak beberapa rakan saksi dan pelajar batch saksi membuat amalan ‘barcode’.

Amalan ‘barcode’ ini menunjukkan luka di tangan dan dibuat dengan menoreh di lengan menggunakan cutter. Amalan tersebut biasanya dibuat sendiri oleh beberapa pelajar dan biasanya tidak ditunjukkan kepada rakan lain.

“Saksi berkata guru dan warden tahu mengenai amalan ‘barcode’. Saksi tidak tahu bagaimana mereka tahu mengenai perkara tersebut,” katanya dalam sidang media petang tadi.

Mohd Syarulnizam bersama Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser, dan Elhanan James mewakili ibu kepada Allayarhamah Zara Qairina Mahathir yang merupakan pihak berkepentingan dalam inkues ini.

Sementara itu, peguam Joan Goh menjelaskan bahawa saksi Kanak-Kanak Ke-13, yang kini merupakan pelajar senior, menyatakan bahawa semasa di Tingkatan 1, ramai rakan ‘batch’ saksi membuat ‘barcode’ dengan menoreh di lengan menggunakan cutter.

Bagaimanapun, saksi tidak mengetahui sebab sebenar amalan itu dilakukan.

“Jadi, pada masa itu, saksi sendiri ada membuat ‘barcode’ dengan menoreh tangannya kerana berasa tertekan dengan masalah keluarga dan terikut-ikut dengan trend batch saksi.

“Saksi melakukan perbuatan itu sebanyak tiga kali iaitu sekali pada pertengahan tahun Tingkatan 1, kali kedua pada hujung tahun, dan kali ketiga pada awal Tingkatan 2. Saksi tidak pernah melakukannya lagi selepas itu,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/14/inkues-zara-saksi-dedah-kewujudan-amalan-barcode/feed/ 0 83273
Inkues Zara Qairina diteruskan seperti biasa, mungkin disesuaikan selepas tarikh PRN diumumkan https://sabahmedia.com/2025/10/08/inkues-zara-qairina-diteruskan-seperti-biasa-mungkin-disesuaikan-selepas-tarikh-prn-diumumkan/ https://sabahmedia.com/2025/10/08/inkues-zara-qairina-diteruskan-seperti-biasa-mungkin-disesuaikan-selepas-tarikh-prn-diumumkan/#respond Wed, 08 Oct 2025 11:44:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82792
Read Time:1 Minute, 1 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir berjalan seperti biasa walaupun Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 akan diadakan tidak lama lagi.

Menurut peguam Rizwandean M Borhan dan Mohd Syarulnizam Mohd Salleh belum ada permohonan rasmi untuk menjadualkan semula prosiding sempena PRN nanti.

“Setakat ini, inkues berjalan seperti biasa dan tiada sebarang permohonan dibuat.

“Apabila tarikh-tarikh penting PRN diumumkan, kami mungkin akan mengemukakan permohonan yang sewajarnya dengan mengambil kira kesesuaian masa,” katanya.

Rizwandean berkata ketika menjawab soalan media di perkarangan Mahkamah Majistret, petang tadi.

Mohd Syarulnizam turut mengakui bahawa beberapa pihak yang terlibat dalam inkues, termasuk barisan peguam, mungkin juga akan terbabit dalam memastikan kelancaran proses pilihan raya negeri.

“Saya percaya ramai pihak yang terlibat untuk memastikan PRN berjalan dengan lancar.

“Koroner juga memaklumkan bahawa selepas tarikh-tarikh muktamad PRN diumumkan, pihak peguam boleh membuat permohonan dan perbincangan akan dibuat  bagaimana dengan perjalanan prosiding inkues,” katanya.

Rizwandean dan Mohd Syarulnizam beserta barisan peguam lain iaitu Shahlan Jufri, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah  Nasser, dan Elhanan James, mewakili ibu Zara.

Zara, pelajar Tingkatan Satu, ditemui tidak sedarkan diri di asrama sekolahnya pada 16 Julai dan disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/08/inkues-zara-qairina-diteruskan-seperti-biasa-mungkin-disesuaikan-selepas-tarikh-prn-diumumkan/feed/ 0 82792
Inkues Zara: Saksi kanak-kanak pertama beri keterangan in camera https://sabahmedia.com/2025/09/22/inkues-zara-saksi-kanak-kanak-pertama-beri-keterangan-in-camera/ https://sabahmedia.com/2025/09/22/inkues-zara-saksi-kanak-kanak-pertama-beri-keterangan-in-camera/#respond Mon, 22 Sep 2025 03:33:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81781
Read Time:1 Minute, 15 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Saksi kanak-kanak pertama mula memberi dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir, hari ini, yang memasuki hari ke-11 prosiding.

Prosiding yang berlangsung secara in camera (tertutup) bermula sekitar jam 10 pagi.

Saksi berkenaan memberi keterangan secara in camera (tertutup) di bawah Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 (ECWA), yang secara jelas menyatakan sekatan terhadap laporan dan penyiaran media.

Di bawah ECWA, tiada seorang pun boleh mendedahkan atau menyiarkan apa-apa butir dalam mana-mana media massa atau menghantar melalui apa-apa perantara elektronik yang boleh membawa kepada pengenalpastian saksi kanak-kanak, terutamanya nama dan alamat saksi kanak-kanak itu, serta nama dan butir-butir lain institusi pendidikan yang dia hadiri.

Gambar saksi kanak-kanak atau mana-mana orang lain, tempat atau benda yang boleh membawa kepada pengenalpastian saksi 
kanak-kanak dalam prosiding tidak boleh disiarkan dalam mana-mana media massa atau dihantar melalui apa-apa perantara elektronik.

Bagi prosiding in camera, saksi ditempatkan di bilik saksi bersama seorang jurubahasa dan seorang pendamping pilihan mereka.

Pada pendengaran Jumaat, Mahkamah Koroner telah menetapkan hanya mereka yang terlibat secara langsung dibenarkan menghadiri prosiding yang dijalankan secara in camera, termasuk pihak berkepentingan serta wakil Sabah Law Society (SLS) dan Kementerian Pendidikan yang hadir sebagai peguam pemerhati.

Koroner Amir Shah Amir Hassan berkata semua pihak termasuk dirinya dan pegawai pengendali tidak perlu memakai pakaian rasmi.

Setakat ini, lapan saksi dewasa telah memberi keterangan dalam prosiding yang melibatkan lebih kurang 68 saksi termasuk lebih 30 saksi kanak-kanak.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/22/inkues-zara-saksi-kanak-kanak-pertama-beri-keterangan-in-camera/feed/ 0 81781
Inkues Zara: Doktor, ketua warden dijangka beri keterangan https://sabahmedia.com/2025/09/17/inkues-zara-doktor-ketua-warden-dijangka-beri-keterangan/ https://sabahmedia.com/2025/09/17/inkues-zara-doktor-ketua-warden-dijangka-beri-keterangan/#respond Wed, 17 Sep 2025 00:28:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81437
Read Time:1 Minute, 48 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang doktor dari Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth (QEH) dijangka memberi keterangan dalam inkues kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, yang bersambung hari ini.

Shahlan Jufri, salah seorang peguam yang mewakili ibu Zara berkata sekiranya masa mengizinkan, ketua warden asrama juga akan dipanggil selepas Doktor memberi keterangan.

Pendengaran inkues yang bermula pada 3 September lalu kini memasuki hari kelapan, dengan enam saksi setakat ini telah memberi keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Mereka termasuk pakar patologi forensik, Dr Jessie Hiu, yang menjalankan bedah siasat; pemeriksa dokumen, Nurul Atiqah Mohd Noh; Dr Janefer Voo dari Jabatan Kecemasan; Dr Pavankumar Balachandran dari Jabatan Neurosurgeri; Pegawai Penyiasat Tempat Kejadian, Inspektor Maidon Bernadus; dan pengawal keselamatan, Linah Mansoding, yang bertugas pada malam Zara ditemui.

Walaupun Mahkamah Koroner tidak mengeluarkan perintah larangan (gag order), semua pihak termasuk media tetap diingatkan mengenai kewajipan di bawah Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001.

Sehubungan itu, lima remaja yang didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak hanya dirujuk menggunakan inisial A, B, C, D dan E. Nama kanak-kanak lain yang disebut dalam prosiding mahkamah terbuka juga tidak didedahkan oleh media bagi melindungi identiti mereka.

Zara, 13, ditemui tidak sedarkan diri pada awal pagi 16 Ogos di luar asrama sekolahnya di Papar, sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth sehari kemudian.

Pegawai pengendali terdiri daripada Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan II, Datuk Badiuszaman Ahmad; Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Nahra Dollah; serta Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari, Dana Arabi Wazani, Sofia S. Sawayan dan Dacia Jane Romanus.

Pasukan guaman ibu Zara, Noraidah Lamat diwakili oleh Rizwandean M. Borhan, Shahlan Jufri, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Farrah Nasser dan Elhanan James.

Pasukan guaman ayah Zara, Mahathir Mohd Hashim diwakili oleh Sherzali Hezra Asli, Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip dan Clarice Vyonne Conrad.

Peguam Datuk Ram Singh, Joan Goh dan Prem Elmer Ganasan mewakili remaja A, manakala selebihnya diwakili oleh Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar Abdullah, Fareez Salleh dan Sylvester Kuan.

Sabah Law Society (SLS) hadir sebagai peguam pemerhati dan amicus curiae (sahabat mahkamah), manakala Kementerian Pendidikan diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan, Dr. Norahimah Fitri, turut bertindak sebagai peguam pemerhati.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/17/inkues-zara-doktor-ketua-warden-dijangka-beri-keterangan/feed/ 0 81437
Mahkamah Koroner dengar kemungkinan lompat atau hayunkan diri  https://sabahmedia.com/2025/09/04/mahkamah-koroner-dengar-kemungkinan-lompat-atau-hayunkan-diri/ https://sabahmedia.com/2025/09/04/mahkamah-koroner-dengar-kemungkinan-lompat-atau-hayunkan-diri/#respond Thu, 04 Sep 2025 10:01:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80620
Read Time:2 Minute, 17 Second

Oleh J. Evachel John

Kota Kinabalu: Inkues berhubung kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir mendengar kemungkinan Zara melompat atau menghayunkan diri dari tingkat tiga asramanya sebelum ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan itu pada awal pagi 16 Julai lalu.

Menurut pakar patologi Hospital Queen Elizabeth, Dr Jessie Hiu, berdasarkan ketinggian penghadang konkrit dan palang besi serta ketinggian si mati, tidak mungkin mangsa jatuh secara tidak sengaja.

Dr Jessie mendedahkan perkara itu semasa sesi pemeriksaan saksi oleh pegawai pengendali Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan II, Datuk Badiuszaman Ahmad, pagi tadi di hadapan koroner Amir Shah Amir Hassan.

Badiuszaman meminta Dr Jessie menjelaskan kenyataan saksinya yang dibacakan kelmarin di hadapan koroner berhubung dapatan pemeriksaan di lokasi asrama. 

Dalam kenyataan saksinya itu, Dr Jessie berkata penghadang konkrit di tingkat tiga berukuran 118 sentimeter (cm) manakala ketinggian si mati 154cm, dengan perbezaan 36cm. Oleh kerana penghadang itu lebih tinggi daripada pusat graviti tubuh mangsa, beliau berpendapat adalah tidak mungkin si mati terjatuh secara tidak sengaja atau ditolak dari kedudukan berdiri di tepi koridor.

Pegawai pengendali: Rujuk pada perenggan 32 dalam kenyataan saksi anda. Boleh jelaskan?

Dr Jessie: Seperti yang saya terangkan tadi, berdasarkan ketinggian penghadang konkrit dan palang besi serta ketinggian si mati, tidak mungkin dia jatuh secara tidak sengaja. Penghadang konkrit itu terlalu tinggi. Hanya dengan berdiri di tepi penghadang, dia tidak boleh jatuh. Belakang saya menyentuh penghadang itu, saya juga tidak boleh terjatuh secara tidak sengaja.

Pegawai Pengendali: Bagaimana jika ditolak? Boleh jelaskan?

Dr Jessie: Jika saya ditolak dari belakang, saya hanya akan terdorong mengenai penghadang tersebut, bukan jatuh ke bawah.

Pegawai Pengendali: Jadi, apakah kemungkinan yang terbaik.

Dr Jessie: Seperti yang saya telah terangkan dan tunjukkan tadi (demonstrasi), untuk mendarat pada posisi dan kedudukan  si mangsa, perlu berdiri di atas pelantar penghadang konkrit dan sama ada melompat atau menghayunkan diri dari ‘suspended railing’ (palang besi tergantung).

Pegawai Pengendali: Boleh saya katakan tiada bukti serangan, tetapi punca kematian adalah jatuh dari tempat tinggi?

Dr Jessie: Berdasarkan pemeriksaan di lokasi dan bedah siasat, ya.

Pegawai Pengendali: Doktor boleh sahkan, si mati sama ada melompat atau menghayunkan diri?

Dr Jessie: Berdasarkan maklumat yang saya terima berhubung posisi dan lokasi si mati ketika ditemui pada 16 Julai 2025, dia mesti sama ada melompat atau menghayunkan diri.

Terdahulu, Dr Jessie menunjukkan gambar semasa pemeriksaan lokasi pada 2 Ogos lalu dan menerangkan bagaimana ketinggian penghadang berbanding dengan tubuh Zara menunjukkan bahawa Zara  tidak mungkin terjatuh secara tidak sengaja atau ditolak.

Sepanjang soalan pemeriksaan saksi, Dr Jessie membuat gerakan tangan bagi memudahkan semua pihak yang terlibat dalam inkues faham dengan penjelasannya.

Dr Jessie turut membuat demonstrasi bagaimana arwah Zara Qairina mungkin jatuh dengan kaki terlebih dahulu mencecah tanah sebelum badannya rebah dalam keadaan terbaring dan wajah menghadap ke atas. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/04/mahkamah-koroner-dengar-kemungkinan-lompat-atau-hayunkan-diri/feed/ 0 80620