institusi kekeluargaan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 03 Jul 2023 13:00:59 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png institusi kekeluargaan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Bantu Wanita Peka Penjagaan Kesihatan & Institusi Kekeluargaan https://sabahmedia.com/2023/07/03/bantu-wanita-peka-penjagaan-kesihatan-institusi-kekeluargaan/ https://sabahmedia.com/2023/07/03/bantu-wanita-peka-penjagaan-kesihatan-institusi-kekeluargaan/#respond Mon, 03 Jul 2023 13:00:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=37633
Read Time:1 Minute, 48 Second

TAMBUNAN: Program Jerayawara Kasih Keluarga Madani: Keluarga@Kerja merupakan antara usaha kerajaan untuk membantu golongan wanita lebih peka dengan penjagaan kesihatan diri, selain dalam aspek institusi kekeluargaan, kata isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag.

Katanya, program itu pada tahun ini merupakan kesinambungan kepada siri penjelajahan kelima setelah dilancarkan di Sulaman, Tuaran pada 3 Mac 2022, bagi menyantuni kumpulan sasar di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah.

Beliau berkata, Program Jerayawara itu akan menjelajah ke seluruh negeri mengikut kawasan DUN yang telah dipilih bagi memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini dalam memfokuskan pembangunan dan pengukuhan institusi kekeluargaan serta meningkatkan pengetahuan mengenai kesihatan reproduktif wanita.

“Pada tahun ini, program ini dijalankan serentak dengan kempen kesedaran kanser reproduktif wanita (WCaRe) yang dijalankan oleh pihak Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

“LPPKN Sabah telah menjalin kerjasama yang amat utuh dengan Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat,Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) bagi memperluaskan lagi perkhidmatan kekeluargaan dan kesihatan reproduktif ke seluruh Sabah dengan penganjuran program ini”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Jerayawara Kasih Keluarga Madani: Keluarga@Kerja bagi kawasan DUN N39 Tambunan sempena Sambutan Hari Ibu Bapa dan Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WCaRe) Peringkat Negeri tahun 2023 di Dewan Terbuka Pisompuruan Square, hari ini.

Juliah yang juga Yang Di Pertua MUTIARA GRS berkata, program itu juga akan menjadi medan kepada pihak berkaitan khususnya LPPKN untuk mengetahui secara dekat masalah atau keperluan masyarakat di peringkat akar umbi, khususnya golongan wanita di luar bandar.

Menurutnya pelbagai perkhidmatan disediakan dalam program itu, termasuklah program pendidikan kekeluargaan, Perkhidmatan Keluarga Bergerak (PKB) LPPKN bagi memberikan khidmat nasihat klinikal, saringan pemeriksaan kesihatan, dan pendaftaran saringan ujian mamogram secara percuma kepada wanita yang layak mengikut kriteria yang telah ditetapkan.

Katanya, pelaksanaan Program Jerayawara Kasih Keluarga Madani adalah platform terbaik kepada peserta untuk mendapat manfaat melalui sesi perkongsian yang telah disampaikan oleh pegawai-pegawai yang bertauliah dan pakar dalam aspek kekeluargaan dan kesihatan.

“Saya berharap lebih ramai wanita khususnya ibu-ibu, suri rumah mahu pun yang bekerja meluangkan masa hadir dalam program yang amat bermafaat ini, dan bersama-sama melindungi, mempertahan dan memperkasa institusi keluarga sebagai benteng dan tunjang kestabilan sosial”, tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/03/bantu-wanita-peka-penjagaan-kesihatan-institusi-kekeluargaan/feed/ 0 37633
Wanita berperanan dalam membentuk institusi kekeluargaan jadi asas kepada pembangunan negara – Hajiji https://sabahmedia.com/2021/09/13/wanita-berperanan-dalam-membentuk-institusi-kekeluargaan-jadi-asas-kepada-pembangunan-negara-hajiji/ https://sabahmedia.com/2021/09/13/wanita-berperanan-dalam-membentuk-institusi-kekeluargaan-jadi-asas-kepada-pembangunan-negara-hajiji/#respond Mon, 13 Sep 2021 09:19:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6252
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Ahli Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) di Menara Kinabalu, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di sini, hari ini.

Menurut Hajiji, wanita bukan hanya sekadar penyumbang kepada sumber tenaga kerja untuk meningkatkan produktiviti dan inovasi negara tetapi wanita juga berperanan dalam membentuk institusi kekeluargaan yang menjadi asas kepada pembangunan negara.

“Pada pertemuan ini, kami telah membincangkan pelbagai perkara yang membabitkan isu-isu yang dihadapi wanita di Sabah terutamanya ketika pandemik COVID19 serta usaha-usaha untuk membantu membangunkan dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sosio-ekonomi Sabah.

“Justeru itu, selain daripada memperkasa kebolehan dan kelebihan wanita, langkah-langkah dan usaha bagi melindungi hak, kebajikan dan keselamatan mereka juga harus diutamakan,” katanya.

Dalam pada itu, Kerajaan Negeri dan MPWS akan terus komited dalam usaha memastikan pembangunan wanita di Sabah.

Turut hadir ialah IR. Shahelmey Yahya, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat merangkap Exco Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Tarsiah TZ Taman, Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Ekonomi, Baiyah Ag. Mahmon, Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Gender, Haslina Ismail, Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah, Dato’ Redonah Bahanda, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kecil Ekonomi merangkap Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri serta wakil-wakil lain daripada Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS).

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/13/wanita-berperanan-dalam-membentuk-institusi-kekeluargaan-jadi-asas-kepada-pembangunan-negara-hajiji/feed/ 0 6252