Institusi kewangan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 31 May 2026 03:43:37 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Institusi kewangan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 11 institusi kewangan tawar kredit sewa beli baharu mulai 1 Jun https://sabahmedia.com/2026/05/31/11-institusi-kewangan-tawar-kredit-sewa-beli-baharu-mulai-1-jun/ https://sabahmedia.com/2026/05/31/11-institusi-kewangan-tawar-kredit-sewa-beli-baharu-mulai-1-jun/#respond Sun, 31 May 2026 03:43:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97555
Read Time:2 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 11 institusi kewangan dan syarikat penyedia sewa beli akan mula menawarkan kemudahan kredit sewa beli berasaskan Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 yang berkuat kuasa secara rasmi mulai 1 Jun 2026.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, penguatkuasaan akta itu merupakan langkah kerajaan untuk memperkukuh perlindungan pengguna serta memastikan sistem pembiayaan sewa beli yang lebih adil, telus dan berdaya saing.

Beliau berkata, selaras dengan pindaan tersebut, Peraturan-Peraturan Sewa Beli (Caj Terma) 2026 [P.U.(A) 171/2026] turut berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

“Penguatkuasaan ini susulan pindaan kepada Akta Sewa Beli 1967 yang diluluskan Parlimen pada tahun 2025 sebagai sebahagian usaha memperkukuh kerangka perundangan berkaitan ekosistem kredit pengguna,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, antara isu utama yang sering dibangkitkan pengguna sebelum ini ialah beban caj faedah tersembunyi dan baki pinjaman yang masih tinggi walaupun penyelesaian awal dibuat bagi pembelian kenderaan secara sewa beli.

Katanya, keadaan itu menyebabkan peminjam terpaksa menanggung baki pinjaman yang tidak mencerminkan kos sebenar pinjaman walaupun mahu menyelesaikan hutang lebih awal.

Armizan berkata, pindaan baharu itu memansuhkan penggunaan kadar faedah tetap sama rata (flat rate) dan kaedah Peraturan 78 (Rule of 78) yang sebelum ini menyebabkan sebahagian besar bayaran ansuran pada peringkat awal digunakan untuk membayar faedah.

Sebagai gantinya, kerajaan memperkenalkan Kaedah Pengurangan Baki (Reducing Balance Method) dan Kadar Faedah Efektif (Effective Interest Rate) bagi pinjaman sewa beli berkadar tetap.

“Melalui kaedah ini, faedah dikira berdasarkan baki pinjaman semasa, sekali gus menjadikan penyelesaian awal pinjaman lebih telus dan adil kepada pengguna,” katanya.

Selain itu, pindaan berkenaan turut mengiktiraf penggunaan teknologi digital dalam urusan perjanjian sewa beli, termasuk penggunaan tandatangan elektronik dan penyerahan dokumen secara digital bagi meningkatkan kecekapan proses.

Pada masa sama, keperluan pelaksanaan dua proses usaha wajar (due diligence) bagi pengesahan identiti peminjam turut diperkenalkan bagi mengurangkan risiko penipuan.

Armizan berkata, bagi fasa pertama pelaksanaan bermula 1 Jun ini, 11 entiti telah bersedia sepenuhnya untuk menawarkan pinjaman sewa beli berdasarkan peruntukan baharu di bawah Akta 212 dan peraturan subsidiarinya.

Katanya, fasa kedua pelaksanaan disasarkan bermula pada September 2026, manakala institusi kewangan dan syarikat penyedia sewa beli yang masih dalam proses integrasi serta pengubahsuaian sistem diberikan tempoh peralihan sehingga 31 Mac 2027.

“Pengguna yang ingin mendapatkan manfaat di bawah peruntukan undang-undang baharu ini disaran membuat semakan terlebih dahulu sebelum memuktamadkan perjanjian sewa beli.

“Institusi kewangan dan syarikat penyedia sewa beli juga digalakkan melaksanakan kerangka undang-undang baharu ini secepat mungkin serta memaklumkan kementerian selepas proses peralihan dimuktamadkan,” katanya.

Beliau berkata, reformasi undang-undang itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk mewujudkan ekosistem kredit yang lebih telus dan berintegriti, di samping meningkatkan tadbir urus industri serta melindungi hak dan kepentingan pengguna di seluruh negara.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/31/11-institusi-kewangan-tawar-kredit-sewa-beli-baharu-mulai-1-jun/feed/ 0 97555
Institusi kewangan digesa permudah pembiayaan perumahan rakyat Sabah – Fairuz https://sabahmedia.com/2026/01/31/bank-digesa-permudah-pinjaman-perumahan-rakyat-sabah-fairuz/ https://sabahmedia.com/2026/01/31/bank-digesa-permudah-pinjaman-perumahan-rakyat-sabah-fairuz/#respond Sat, 31 Jan 2026 08:53:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90747
Read Time:2 Minute, 47 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Institusi kewangan digesa supaya memperkemas serta mempermudah syarat pembiayaan perumahan bagi membantu lebih ramai rakyat Sabah memiliki kediaman sendiri, khususnya di kawasan bandar yang mempunyai akses kepada kemudahan asas dan peluang ekonomi.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah (KKTP), Datuk Fairuz Renddan berkata, walaupun banyak projek perumahan mampu milik dibangunkan, kekangan utama yang sering dihadapi pembeli adalah kelulusan pinjaman daripada institusi kewangan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Grand Meridian, sebuah projek kondominium bertingkat tinggi oleh Skye Vista Development Sdn. Bhd., di sini, hari ini.

Menurutnya, Kerajaan Negeri melalui KKTP sentiasa menyokong pemaju swasta yang berkeupayaan serta mempunyai rekod baik dalam menyiapkan projek perumahan mengikut spesifikasi dan garis masa ditetapkan.

“Daripada pihak kerajaan, kita sentiasa bersedia membantu dan mempermudahkan urusan yang diperlukan pemaju, sama ada berkaitan tanah, deposit premium (DP) dan perkara-perkara lain, selagi ia mematuhi peraturan dan memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Fairuz berkata, pembangunan perumahan juga selari dengan aspirasi Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ), yang antara lain memberi penekanan kepada kesejahteraan rakyat dan keperluan asas termasuk pemilikan rumah.

“Kita mahu, dalam tempoh pentadbiran ini, lebih ramai rakyat Sabah dapat memiliki rumah sendiri. Jika boleh, satu keluarga, satu rumah, khususnya di kawasan bandar.

“Kita faham ramai yang masih menyewa dan ada juga yang beranggapan mereka tidak mampu membeli rumah, sedangkan sebenarnya harga yang ditawarkan bagi projek seperti ini adalah berbaloi dengan lokasi serta kemudahan sekitarnya,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan isu kelulusan pinjaman perlu diberi perhatian serius kerana ia boleh menjejaskan kadar jualan walaupun rumah yang dibina adalah mampu milik.

“Kalau unit rumah banyak dibina tetapi pinjaman bank terlalu sukar diluluskan, akhirnya rumah tidak terjual dan ini tidak memberi manfaat kepada mana-mana pihak,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan lanjut dengan institusi kewangan dan agensi berkaitan bagi mencari mekanisme yang lebih fleksibel, khususnya mengambil kira situasi ekonomi dan corak pendapatan rakyat di Sabah yang berbeza berbanding negeri lain.

“Saya akan mencadangkan kepada menteri saya supaya kita mengadakan perbincangan semula dengan pihak bank dan agensi berkaitan pinjaman perumahan. Kita faham, di Sabah ini keadaannya agak berbeza berbanding di Kuala Lumpur, dan perkara itu perlu diambil kira,” katanya.

Fairuz berkata, melalui Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) di bawah KKTP, kerajaan negeri turut menyediakan skim pinjaman serta membina pelbagai projek rumah mampu milik, termasuk inisiatif di bawah SMJ.

Beliau menjelaskan konsep rumah mampu milik tidak semestinya tertumpu kepada harga rendah semata-mata, sebaliknya bergantung kepada kemampuan kewangan pembeli untuk mendapatkan kelulusan pinjaman.

“Rumah mampu milik ini bukan hanya soal harga murah. Rumah berharga RM600,000 juga boleh dianggap mampu milik sekiranya pembeli berkemampuan, lokasinya strategik berhampiran bandar dan kemudahan lengkap,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menggalakkan kerjasama lebih luas antara kerajaan negeri dan pemaju, termasuk pemaju swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), bagi membangunkan lebih banyak projek perumahan berkualiti selaras dengan agenda SMJ.

Terdahulu, Fairuz merakamkan penghargaan kepada Skye Vista Development Sdn. Bhd. atas jemputan merasmikan pelancaran Grand Meridian, yang disifatkan sebagai simbol keyakinan sektor swasta terhadap potensi pertumbuhan Kota Kinabalu.

Beliau berkata, Grand Meridian melibatkan pembangunan dua blok kondominium setinggi 32 tingkat dengan keseluruhan 535 unit kediaman, yang direka untuk memenuhi keperluan gaya hidup moden tanpa mengabaikan aspek keselesaan, keselamatan dan kelestarian.

Hadir sama, Pengarah Urusan Skye Vista Development Sdn. Bhd., Pong Vui Seng dan Pengurus Pemasaran dan Jualan, Clement Chu.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/31/bank-digesa-permudah-pinjaman-perumahan-rakyat-sabah-fairuz/feed/ 0 90747