insuran – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 09 Apr 2025 08:48:52 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png insuran – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah perkenal Skim Perlindungan Insuran berkelompok https://sabahmedia.com/2025/04/09/sabah-perkenal-skim-perlindungan-insuran-berkelompok/ https://sabahmedia.com/2025/04/09/sabah-perkenal-skim-perlindungan-insuran-berkelompok/#respond Wed, 09 Apr 2025 08:41:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71659
Read Time:1 Minute, 3 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan negeri memperkenalkan Skim Perlindungan Insuran berkelompok secara percuma yang akan memberi manfaat kepada lebih kurang 3.5 juta penduduk tempatan di Sabah.

Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, perlindungan insurans kemalangan (Personal Accident) itu adalah percuma kepada setiap penduduk yang layak.

“Kabinet Sabah yang bermesyuarat hari ini meluluskan Skim Insurans Berkelompok yang akan memberi manfaat kepada lebih kurang 3.5 juta penduduk tempatan. 

“Perlindungan insurans ini akan dilaksanakan melalui syarikat milik Kerajaan Negeri Sabah, Progressive Insurance Bhd, dimana lebih kurang 3.5 juta penduduk Sabah yang berumur antara satu bulan hingga 80 tahun secara automatik akan memperolehi insuran perlindungan diri secara percuma yang bernilai sehingga RM10,000, berserta faedah khairat kematian sebanyak RM500,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Masidi berkata, sebagai permulaan, skim perlindungan percuma ini adalah untuk tempoh tiga tahun bermula 1 Mei depan sehingga 30 April 2028. 

Katanya, skim itu akan melalui proses tuntutan insurans yang cekap selain tuntutan bayaran akan disalurkan kepada penerima dalam masa 14 hingga 30 hari selepas dokumen lengkap dikemukakan.

“Skim perlindungan insurans ini merupakan satu lagi usaha Kerajaan Negeri Sabah menjaga kebajikan rakyat, di samping mengurangkan beban kewangan rakyat khususnya mereka yang tergolong dalam kumpulan B40,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/09/sabah-perkenal-skim-perlindungan-insuran-berkelompok/feed/ 0 71659
250,000 Pemandu MyCar Dilindungi Insurans https://sabahmedia.com/2022/01/18/250000-pemandu-mycar-dilindungi-insurans/ https://sabahmedia.com/2022/01/18/250000-pemandu-mycar-dilindungi-insurans/#respond Tue, 18 Jan 2022 11:32:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11258
Read Time:1 Minute, 5 Second

SHAH ALAM: Syarikat pengendali e-hailing MyCar Asia (MyCar) sentiasa menjaga kebajikan semua pemandu dibawah kendaliannya termasuk memberikan insuran perlindungan percuma kepada 250,000 pemandu MyCar yang berdaftar.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCar, Datuk Noor Sheena Maideen berkata, langkah itu bagi memastikan kebajikan semua pemandu berdaftar sentiasa terjamin khususnya ketika bekerja menerusi aplikasi berkenaan.

Katanya, pemandu MyCar yang berdaftar akan dilindungi di bawah program Perlindungan Insurans Tenang.

“Saya sentiasa mengambil berat tentang kebajikan rakan pemandu MyCar dimana saya sendiri menggunakan perkhidmatan MyCar pada setiap hari bagi mendengar sendiri luahan rakan pemandu kita.

“Mengambil kira luahan mereka, maka termeterainya jalinan kerjasama di antara kami dengan AmCare Agency,” katanya selepas majlis menandatangi Memorandum Persafahaman (MoU) antara MyCar dengan Amcare Agency di sini semalam.

Pada majlis itu, MyCar diwakili oleh Noor Sheena manakala Amcare Agency oleh Pengerusinya, Tan Sri Abdullah Taib.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif AmCare Agency, Datuk Mohamad Zahari Harun berkata, pihaknya bersetuju menjalankan ujian pemeriksaan kesihatan percuma kepada pemandu MyCar.

“Sebagai permulaan, seramai 250,000 pemandu MyCar akan dilindungi insurans di bawah program Perlindungan Insurans Tenang.

“Pemandu juga akan diberi perlindungan sekiranya terdapat kes undang-undang melibatkan mereka dengan pelanggan MyCar,” katanya.

Terdahulu, Noor Sheena berkata, MyCar kini sudah berada di Lembah Kelang, Terengganu, Pahang dan dijangka akan berada di Sabah dan Sarawak dalam masa terdekat.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/18/250000-pemandu-mycar-dilindungi-insurans/feed/ 0 11258