internet – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 16 May 2026 09:14:53 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png internet – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Paitan rintis kesedaran internet selamat di Sabah menerusi Karnival Komuniti 2026 https://sabahmedia.com/2026/05/16/paitan-rintis-kesedaran-internet-selamat-di-sabah-menerusi-karnival-komuniti-2026/ https://sabahmedia.com/2026/05/16/paitan-rintis-kesedaran-internet-selamat-di-sabah-menerusi-karnival-komuniti-2026/#respond Sat, 16 May 2026 09:14:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96811
Read Time:2 Minute, 2 Second

PAITAN: Daerah Paitan menjadi lokasi pertama di Sabah bagi pelaksanaan Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat 2026 anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam usaha memperluaskan kesedaran penggunaan internet secara selamat hingga ke peringkat komuniti luar bandar.

Program yang berlangsung di Dewan Datuk James Ratib, Pekan Botition itu diadakan bersempena Sambutan Hari Kaamatan Daerah Paitan dan disempurnakan Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut, Datuk James Ratib.

Kempen berkenaan memberi fokus kepada pendidikan keselamatan internet, risiko ancaman siber serta penggunaan media sosial secara bertanggungjawab khususnya dalam kalangan masyarakat luar bandar agar tidak tercicir daripada menerima pendedahan berkaitan dunia digital.

MCMC dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, Karnival Komuniti di Paitan merupakan siri pertama daripada 20 program yang akan dilaksanakan di seluruh Sabah menerusi pendekatan turun padang dan penglibatan langsung bersama masyarakat.

“Pelbagai aktiviti interaktif diadakan sepanjang program termasuk pameran agensi, sesi perkongsian keselamatan internet, aktiviti kekeluargaan serta advokasi komuniti.

“Pendaftaran Wira Internet Selamat (WIS) turut dibuka sebagai inisiatif sukarelawan komuniti bagi membantu memperluas mesej penggunaan internet secara selamat dan berhemah,” menurut kenyataan itu.

Menurut MCMC, keperluan memperkukuh kesedaran keselamatan internet di Sabah kini semakin penting susulan peningkatan aduan kandungan dalam talian sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sejak 2023 hingga Mei 2026, sebanyak 5,455 aduan direkodkan di Sabah dengan kes penipuan dalam talian mencatat jumlah tertinggi iaitu 1,500 kes.

Selain itu, kes buli siber dan pornografi kanak-kanak turut menunjukkan trend membimbangkan.

Di Sandakan sahaja, sebanyak 998 aduan diterima dengan 384 kes melibatkan penipuan dalam talian.

Dalam usaha memperkukuh perlindungan pengguna internet khususnya kanak-kanak dan remaja, kerajaan turut mengambil langkah lebih tegas termasuk menetapkan pengguna bawah umur 16 tahun tidak dibenarkan memiliki akaun media sosial secara bebas mulai pertengahan tahun ini.

Pada masa sama, penyedia perkhidmatan digital juga dikehendaki menyediakan fungsi kawalan ibu bapa (parental control) bagi membantu mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat dan bertanggungjawab.

Inisiatif itu selaras dengan pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 atau Online Safety Act (ONSA) yang berkuat kuasa pada 1 Januari lalu bagi memperkukuh keselamatan pengguna di alam siber, terutama membabitkan perlindungan kanak-kanak dan keluarga.

Program berkenaan turut disertai pelbagai agensi dan rakan strategik MCMC termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).

Karnival tersebut berjaya menarik lebih 1,000 pengunjung sepanjang program berlangsung sekali gus mencerminkan komitmen MCMC dalam memperluas mesej keselamatan internet menerusi pendekatan yang dekat dengan komuniti dan budaya masyarakat Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/16/paitan-rintis-kesedaran-internet-selamat-di-sabah-menerusi-karnival-komuniti-2026/feed/ 0 96811
45,000 komputer riba disasarkan untuk pendigitalan sekolah di Sabah https://sabahmedia.com/2026/01/14/45000-komputer-riba-disasarkan-untuk-pendigitalan-sekolah-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/01/14/45000-komputer-riba-disasarkan-untuk-pendigitalan-sekolah-di-sabah/#respond Wed, 14 Jan 2026 06:47:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89688
Read Time:1 Minute, 39 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Sebanyak 45,000 unit komputer riba disasarkan untuk dibekalkan kepada sekolah-sekolah di seluruh Sabah bagi menyokong pelaksanaan pendigitalan pendidikan secara menyeluruh, merangkumi sekolah rendah, menengah dan prasekolah.

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk James Ratib berkata, sasaran itu adalah berdasarkan rekod serta keperluan yang dikemukakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), khususnya bagi sekolah yang masih kekurangan peranti digital untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Menurutnya, pembekalan komputer riba itu akan dilaksanakan dengan sokongan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) namun tertakluk kepada persetujuan dan kelulusan peruntukan oleh pihak berkaitan.

“Komputer riba ini tidak diagihkan kepada murid secara individu, sebaliknya diserahkan kepada pihak sekolah.

“Sekolah akan menyediakan bilik khas seperti bilik sumber bagi menempatkan peranti ini supaya penggunaannya lebih terkawal dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Tindakan Bantuan Laptop,Starlink Dan Solar Panel Sekolah Rendah Dan Menengah Sabah di sini pada Rabu.

Hadir sama Pembantu Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Jordan Jude Ellron dan Pengarah JPNS Datuk Raisin Saidin.

James berkata, inisiatif itu merupakan sebahagian daripada usaha untuk merapatkan jurang digital antara sekolah bandar dan luar bandar di Sabah, selain memastikan murid tidak ketinggalan dalam arus pendidikan digital.

Katanya, JPNS kini sedang merumuskan hasil perbincangan berkaitan pelaksanaan pendigitalan sebelum mengemukakan permohonan rasmi peruntukan kepada MCMC.

“Inisiatif ini penting bagi memastikan sistem pendidikan di Sabah bergerak seiring dengan perkembangan teknologi semasa serta keperluan pembelajaran masa hadapan,” katanya.

Dalam pada itu, James berkata sebanyak 68 buah sekolah di Sabah dikenal pasti memerlukan kemudahan internet satelit Starlink berikutan ketiadaan perkhidmatan rangkaian internet konvensional.

Katanya, kemudahan itu disasarkan kepada sekolah-sekolah pedalaman bagi memastikan murid tidak tercicir daripada arus pembelajaran digital.

“Selain internet satelit, penyelesaian tenaga seperti sistem solar juga dicadangkan bagi sekolah yang tidak mempunyai bekalan elektrik,” katanya.

Beliau menegaskan, usaha itu penting bagi memastikan Sabah tidak ketinggalan dalam pemodenan teknologi, termasuk penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam pendidikan, seiring negeri-negeri lain di Malaysia. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/14/45000-komputer-riba-disasarkan-untuk-pendigitalan-sekolah-di-sabah/feed/ 0 89688
Semangat Kaamatan, Semangat Anak Sabah – Yes 5G Raikan Usaha Luar Biasa Masyarakat Tempatan https://sabahmedia.com/2025/06/04/semangat-kaamatan-semangat-anak-sabah-yes-5g-raikan-usaha-luar-biasa-masyarakat-tempatan/ https://sabahmedia.com/2025/06/04/semangat-kaamatan-semangat-anak-sabah-yes-5g-raikan-usaha-luar-biasa-masyarakat-tempatan/#respond Wed, 04 Jun 2025 10:25:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75102
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU — Di dalam semangat sambutan Kaamatan – pesta menuai yang merayakan hasil titik peluh, tanah subur dan perpaduan komuniti – syarikat telekomunikasi Yes 5G tampil dengan sebuah video istimewa sebagai penghormatan kepada tenaga luar biasa anak jati Sabah yang menjadi tulang belakang projek jalur lebar luar bandar terbesar di Malaysia.

Di sebalik landskap indah dan mencabar Sabah – dari bukit-bukau Ranau hingga ke pesisiran Kudat – sekumpulan jurutera, pendidik dan penduduk tempatan telah bersatu tenaga membawa perubahan yang benar-benar bermakna: akses internet gentian optik ke kawasan luar bandar.

Menerusi pelantikan oleh Kementerian Komunikasi, Yes 5G diberi mandat untuk melaksanakan pemasangan rangkaian gentian optik di 636 lokasi pedalaman di seluruh Sabah.

Namun, inisiatif ini bukan sekadar soal teknologi – ia adalah tentang kepercayaan terhadap kebolehan dan pengalaman anak negeri sendiri, yang memahami selok-belok kampung halaman mereka lebih mendalam daripada orang luar.

Lebih 1,200 kilometer infrastruktur telah berjaya dibina, merentasi cerun, sungai dan kawasan terpencil, sekali gus memberikan akses internet kepada lebih 2,000 keluarga di kawasan seperti Ranau, Pitas, Penampang, Kudat dan Kota Belud.

Apa yang paling membanggakan – keseluruhan projek ini digerakkan sepenuhnya oleh tenaga kerja 100% rakyat Sabah, membuktikan bahawa transformasi digital dapat dicapai dengan jayanya apabila diterajui oleh mereka yang benar-benar memahami cabaran tempatan.

Video ini bukan sekadar dokumentasi projek – ia adalah sebuah kisah harapan, ketabahan dan kebanggaan. Ia menjadi bukti bahawa apabila kepercayaan diberikan kepada komuniti tempatan, kemajuan bukan sahaja boleh dicapai – ia mampu dilakar dengan penuh maruah dan jati diri.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/04/semangat-kaamatan-semangat-anak-sabah-yes-5g-raikan-usaha-luar-biasa-masyarakat-tempatan/feed/ 0 75102
Menteri Ingatkan Syarikat Telco Untuk Tidak Kaut Untungan Semata-mata https://sabahmedia.com/2021/10/11/menteri-ingatkan-syarikat-telco-untuk-tidak-kaut-untungan-semata-mata/ https://sabahmedia.com/2021/10/11/menteri-ingatkan-syarikat-telco-untuk-tidak-kaut-untungan-semata-mata/#respond Mon, 11 Oct 2021 04:28:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7392
Read Time:1 Minute, 15 Second

Kuala Lumpur : Syarikat telco diingatkan supaya tidak hanya mengejar keuntungan semata-mata, dan meminggirkan perkhidmatan jalur lebar di luar bandar, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata, pihaknya mendapati di sesetengah tempat, talian telekomunikasi yang ditawarkan tidak setanding dengan perkhidmatan yang diuar-uarkan kepada pengguna, dan ia jelas menunjukkan keadaan yang tidak adil.

Katanya, kementerian akan memantau prestasi kewangan syarikat telco di negara ini supaya tahap keuntungannya yang diperoleh dikembalikan semula kepada perkhidmatan di luar bandar.

“Saya bagi peringatan mesra, bukan saja mereka perlu cari keuntungan tetapi kita akan pantau tahap keuntungan itu mesti dipulangkan kembali kepada perkhidmatan luar bandar.

“Kita akan buat semakan secara ‘random’, dan ada sesetengah tempat yang kita buat ujian, kelajuan internet bukan saja bawah 25Mbps malah ada yang bawah 10Mpbs dan 5Mbps,” katanya di Dewan Rakyat.

“Ini satu keadaan tidak adil kepada pengguna dan kita ingin beri peringatan supaya syarikat ini untuk terus bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk beri perkhidmatan terbaik.”

Beliau menjawab soalan Ahmad Johnie Zawawi (GPS-Igan) yang mahu tahu sama ada kerajaan bercadang untuk menaik taraf menara komunikasi yang ada ketika ini kerana kebanyakan kawasan masih tidak mempunyai liputan atau capaian internet yang rendah.

Mengenai pembinaan menara telekomunikasi di program Jalinan Digital Negara (JENDELA), Annuar berkata, arahan kerja akan dikeluarkan bulan ini termasuk kerja-kerja pembinaan menara di Sabah dan Sarawak.

“Matlamat kita, menjelang akhir tahun ini perkhidmatan berasaskan spektrum 3G akan ditamatkan dan negara akan beralih sepenuhnya kepada perkhidmatan berasaskan spektrum 4G,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/11/menteri-ingatkan-syarikat-telco-untuk-tidak-kaut-untungan-semata-mata/feed/ 0 7392
Lebih banyak penyambungan internet untuk kawasan luar bandar Sabah – Hajiji https://sabahmedia.com/2021/08/12/lebih-banyak-penyambungan-internet-untuk-kawasan-luar-bandar-sabah-hajiji/ https://sabahmedia.com/2021/08/12/lebih-banyak-penyambungan-internet-untuk-kawasan-luar-bandar-sabah-hajiji/#respond Thu, 12 Aug 2021 08:05:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4506
Read Time:2 Minute, 13 Second

KUDAT: Sebanyak 50 tapak di seluruh Sabah telah dikenalpasti untuk pemasangan kemudahan Very Small Aperture Terminal (VSAT) ConnectMeNow tahun ini, sebuah inisiatif di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) Kerajaan Negeri, untuk memastikan penduduk terutama yang berada di luar bandar mendapat penyambungan internet.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor melancarkan program VSAT ConnectMeNow di sini pada Khamis, di mana beliau juga menyampaikan baucer untuk tujuh pemasangan VSAT ConnectMeNow di sini kepada Pegawai Daerah Bakri Nanun.

Katanya, kampung-kampung yang diperuntukkan untuk program ini adalah Kampung Andap, Kampung Popot, Kampung Bak Bak, Kampung Bingolon Laut, Kampung Gumandong, Kampung Rampai dan Hutan Simpan Loro.

“VSAT adalah stesen bumi bersaiz kecil yang digunakan dalam pengiriman dan penerimaan isyarat data, suara dan video melalui rangkaian komunikasi satelit.

Sebelum ini, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri (MOSTI), yang merupakan badan pelaksana negara telah memasang lima fasiliti VSAT untuk tujuan percubaan di Ranau, Tambunan, Pitas, Papar dan di Institut Latihan Penyelidikan dan Teknologi Papar.

“Tahun depan, MOSTI negeri akan memasang kemudahan VSAT pada 300 tapak yang diperuntukkan untuk melengkapkan program Jaringan Digital Nasional (Jendela), yang akan dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

SKMM telah memperuntukkan 138 tapak untuk pemasangan VSAT di Sabah juga bekerjasama rapat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memasang VSAT di 59 sekolah dikenalpasti tidak mempunyai sambungan internet.

Dalam acara yang sama itu juga, Ketua Menteri Sabah menandatangani plak program Jendela sebagai tanda pelancaran di peringkat negeri.

“Program Jendela telah dirumuskan untuk memenuhi keperluan memperbaiki kualiti dan liputan jalur lebar, mengurangkan harga jalur lebar dan menyediakan akses kepada semua lapisan masyarakat.

“Infrastruktur komunikasi terutamanya rangkaian gentian diperlukan untuk menyokong agenda ekonomi digital dan membolehkan semua rakyat memanfaatkan peluang yang ditawarkan dalam teknologi dan inovasi terkini, “katanya.

Menurut Hajiji lagi, Sabah diperuntukkan RM3.5 bilion untuk melaksanakan program Jendela, yang diharapkan dapat meningkatkan internet 4G negeri kepada 90 peratus tahun 2023.

Sehingga Mei tahun ini, sebanyak 51 menara telekomunikasi sudah dibina sementara 483 lagi sedang dalam proses pembinaan.

Pada masa yang sama, kira-kira 1,729 menara telah ditingkatkan dari 3G menjadi 4G sementara selebihnya 1.648 masih dalam proses peningkatan untuk daerah itu sahaja, manakala lapan menara telekomunikasi baru telah siap dan beroperasi di Kampung Kubatang, Kampung Lodung, Kampung Indarason Laut, Kampung Rondomon, Kampung Membatu, Kampung Inukiran, Kampung Panikuan dan Kampung Toporoi.

Turut hadir semasa lawatan kerja Ketua Menteri Sabah itu ialah Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Ariffin Arif, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Yakub Khan, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Arifin dan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Ir Shahelmy Yahya juga Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/12/lebih-banyak-penyambungan-internet-untuk-kawasan-luar-bandar-sabah-hajiji/feed/ 0 4506
Ibubapa bina pondok atas pokok untuk anak ikuti PdPR ekoran capaian internet yang lemah https://sabahmedia.com/2021/08/08/ibubapa-bina-pondok-atas-pokok-untuk-anak-ikuti-pdpr-ekoran-capaian-internet-yang-lemah/ https://sabahmedia.com/2021/08/08/ibubapa-bina-pondok-atas-pokok-untuk-anak-ikuti-pdpr-ekoran-capaian-internet-yang-lemah/#respond Sun, 08 Aug 2021 14:37:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4326
Read Time:1 Minute, 5 Second

RANAU: Ibu bapa di tiga buah kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karanaan terpaksa membina sebuah pondok di atas pokok bagi memberi kemudahan kepada anak mereka mengikuti pembelajaran dalam talian.

Ini kerana capaian internet yang lemah dan tidak stabil menyebabkan anak-anak mereka terpaksa mencari lokasi yang lebih tinggi.

Antara kampung terlibat adalah Kampung Sosondoton, Kampung Torolobou dan Kampung Ratau.

Salah seorang penduduk, Saifuddin Abdullah berkata, penduduk terlibat telah mengemukakan surat rasmi permohonan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengenalpasti kelemahan capaian internet di kawasan berkenaan.

“Kami telah mengajukan surat rasmi kepada SKMM beberapa tahun lalu namun sehingga kini kami belum menerima sebarang perkembangan positif berhubung masalah capaian internet.

“Justeru itu, kami terpaksa mencari alternatif lain membina pondok atas pokok agar anak-anak dapat mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian,” katanya kepada Sabah Media disini hari ini.

Katanya yang mengakui pembinaan pondok itu akan memberi risiko terhadap anak-anak mereka namun terpaksa berbuat demikian bagi memastikan sesi pembelajaran dan ulangkaji berjalan lancar.

“Anak-anak kami amat memerlukan capaian internet yang baik agar sesi pembelajaran mereka berjalan lancar kerana kita belum tahu bila sesi sekolah secara bersemuka akan dibuka.

“Justeru itu kami memohon pihak berwajib termasuk pemimpin setempat khususnya wakil rakyat kami agar dapat membantu mengatasi masalah ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/08/ibubapa-bina-pondok-atas-pokok-untuk-anak-ikuti-pdpr-ekoran-capaian-internet-yang-lemah/feed/ 0 4326
SMK Labuan sedia kemudahan peranti dan data internet bantu pelajar kurang mampu ikuti PdPR https://sabahmedia.com/2021/07/30/smk-labuan-sedia-kemudahan-peranti-dan-data-internet-bantu-pelajar-kurang-mampu-ikuti-pdpr/ https://sabahmedia.com/2021/07/30/smk-labuan-sedia-kemudahan-peranti-dan-data-internet-bantu-pelajar-kurang-mampu-ikuti-pdpr/#respond Fri, 30 Jul 2021 06:21:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3789
Read Time:1 Minute, 55 Second

LABUAN: Menyedari peranti dan data internet penting untuk aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Labuan, di sini mengambil inisiatif membantu pelajar tidak berkemampuan mendapatkan kedua-dua kemudahan itu.

Inisiatif dikenali Program Pinjaman Peranti dan Bantuan Top Up (Proper Top) SMK Labuan itu dijayakan dengan kerjasama guru dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

Pengetua SMK Labuan, Ismail Abdullah berkata, program itu adalah antara usaha pihak sekolah untuk memastikan pelajar yang berdepan masalah peranti dan membeli data internet dibantu supaya dapat mengikuti aktiviti PdPR secara dalam talian atau maya.

“Sasaran program ini adalah untuk membantu pelajar yang sangat memerlukan kemudahan peranti dan data internet untuk membolehkan mereka mengikuti aktiviti PdPR memandangkan kaedah itu diteruskan hingga 30 Ogos depan,” katanya.

Namun, pemilihan pelajar untuk menerima kemudahan berkenaan adalah berdasarkan penelitian guru kelas, Unit Kebajikan Murid dan Unit Hal Ehwal Murid (HEM) dengan keutamaan kepada pelajar yang tercicir aktiviti PdPR berikutan ketiadaan peranti dan data internet.

Bagaimanapun, kemudahan peranti yang disediakan hanya sebagai pinjaman berdasarkan tempoh pelaksanaan PdPR atau sehingga keluarga pelajar dapat membeli peranti sendiri dan perlu dikembalikan kepada Unit Kebajikan Murid setelah selesai tempoh pinjaman.

“Top up data internet pula diberi kepada pelajar yang sangat memerlukan untuk membolehkan mereka mengikuti PdPR. Nilai top up adalah berdasarkan keperluan untuk mengikuti PdPR sahaja.

“Bantuan top up ini juga hanya akan diteruskan kepada murid yang mengikuti PdPR secara konsisten dan rajin. Ia akan diberikan berdasarkan senarai yang disediakan guru kelas dengan bilangan pelajar yang menerimanya mungkin bertambah dari semasa ke semasa bergantung kepada maklumat guru kelas,” jelasnya.

Ismail berkata, peranti yang disediakan untuk program itu adalah telefon pintar Samsung Galaxy A02 (3GB RAM + 32GB Memory) atau jenama dengan spesifikasi yang setaraf sumbangan ikhlas guru dan kakitangan serta PIBG SMK Labuan.

Setakat ini seramai dua pelajar tingkatan dua menerima kemudahan peranti, manakala 46 orang daripada 1,776 pelajar tingkatan satu hingga enam sekolah berkenaan menerima bantuan top up data internet.

Satu majlis ringkas mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan untuk penyerahan peranti dan bantuan top up diadakan pada 25 Julai lalu dengan disaksikan Ismail; Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Jamaliah Razali dan beberapa guru SMK Labuan.

“Program itu juga selaras dengan slogan SMK Labuan iaitu ‘Setiap Murid Bernilai’ dan slogan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, ‘Guru Sayang Muridnya,” kata Ismail.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/30/smk-labuan-sedia-kemudahan-peranti-dan-data-internet-bantu-pelajar-kurang-mampu-ikuti-pdpr/feed/ 0 3789
Sembilan Menara Komunikasi Baharu Tingkat Capaian Internet Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/07/28/sembilan-menara-komunikasi-baharu-tingkat-capaian-internet-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/07/28/sembilan-menara-komunikasi-baharu-tingkat-capaian-internet-di-sabah/#respond Wed, 28 Jul 2021 04:04:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3683
Read Time:1 Minute, 5 Second

BERNAMA

KOTA KINABALU– Sembilan menara komunikasi baharu di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang beroperasi sejak 15 Jun lepas memberi manfaat kepada 6,520 penduduk di beberapa kampung di Kudat dan Pitas, daerah terletak di utara Sabah, bagi menikmati perkhidmatan jalur lebar lebih pantas dan berkualiti.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), lapan daripada menara itu terletak di Kudat membabitkan Kampung Kubatang, Kampung Lodung, Kampung Indarason Laut, Kampung Rondomon, Kampung Membatu, Kampung Inukiran, Kampung Panikuan dan Kampung Toporoi manakala satu menara dibina di Kampung Kabatasan, Pitas.

“Pembinaan menara berkenaan yang dilaksanakan di bawah Projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat itu akan memberi manfaat kepada penduduk setempat sekali gus mentransformasikan kehidupan mereka dalam mengharungi era digital semakin pesat,” menurut kenyataan itu hari ini.

Dalam pada itu, MCMC turut memaklumkan kerja-kerja pembinaan 13 lagi menara komunikasi baharu di Kudat sedang giat dilaksanakan oleh pihak penyedia perkhidmatan dilantik dan dijangka siap secara berperingkat menjelang Disember ini.

Menurut MCMC, penambahan menara-menara komunikasi di Kudat itu akan memudahkan penduduk setempat melaksanakan pelbagai urusan harian seperti pembelajaran dalam talian, bekerja dari rumah dan urusan perhubungan.

Selain itu, kesalinghubungan Internet lebih baik juga akan membantu memperbaiki sosioekonomi penduduk di kawasan berkenaan melalui pelbagai aktiviti ekonomi yang boleh dilakukan secara dalam talian dengan lebih lancar, menurut agensi tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/28/sembilan-menara-komunikasi-baharu-tingkat-capaian-internet-di-sabah/feed/ 0 3683
Ibu Bapa Perlu Pantau Dan Kawal Penggunaan Internet Anak, Elak Terjebak Jenayah Siber https://sabahmedia.com/2021/07/01/ibu-bapa-perlu-pantau-dan-kawal-penggunaan-internet-anak-elak-terjebak-jenayah-siber/ https://sabahmedia.com/2021/07/01/ibu-bapa-perlu-pantau-dan-kawal-penggunaan-internet-anak-elak-terjebak-jenayah-siber/#respond Thu, 01 Jul 2021 05:02:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2339
Read Time:1 Minute, 45 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan meminta ibu bapa dan orang ramai untuk sentiasa memantau pergerakan anak-anak serta anggota keluarga terhadap aktiviti harian termasuk mengawal penggunaan internet.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat  Shahelmey Yahya berkata, ia bagi memastikan mereka tidak mudah terpengaruh dan tidak terjebak selain mengelak menjadi mangsa kepada pelbagai gejala sosial.

“Dengan peningkatan penggunaan laman sosial secara tidak langsung menyumbang kepelbagaian trend jenayah komersial terutama jenayah siber yang melibatkan aspek keselamatan pengguna seperti butir–butir peribadi yang mudah diperolehi dengan pelbagai medium.

“Berdasarkan laporan Cybersecurity Malaysia pada 17 Mei lalu menyatakan lima bulan pertama tahun ini, jumlah insiden keselamatan siber yang dilaporkan ke Pusat Bantuan Cyber999 kendalian CyberSecurity Malaysia adalah sebanyak 4,615 dengan tiga insiden tertinggi iaitu Penipuan (3,229), Pencerobohan (765) dan Kod Berbahaya (256) dan saya difahamkan statistik kes jenayah siber yang dikendalikan oleh PDRM juga meningkat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Webinar ICT Memperkasa Wanita secara maya anjuran Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah disini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah Rusnah Kuyung; Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah Haslina Ismail dan Penganalisis Jenayah Kamal Affandi Hashim.

Shahelmey berkata, laporan yang dikeluarkan itu dilihat agak membimbangkan dimana orang ramai dan penjawat awam yang bekerja dari rumah mengunakan peralatan digital dan perkhidmatan internet akan terdedah kepada risiko keselamatan siber.

Katanya, pengguna ICT harus mengamalkan tatacara serta kaedah penggunaan teknologi dan internet termasuk laman media sosial secara positif, beretika dan bertanggungjawab.

“Kita perlu mengambil langkah-langkah wajar dan proaktif bagi mencegah daripada menjadi mangsa ancaman dan serangan siber. Seperti membuat pemasangan antivirus di telefon, notebook dan komputer yang digunakan dan ini akan mengurangkan risiko ancaman keselamatan siber berbentuk serangan spyware.

“Jika kita tidak tahu kepentingan antivirus, kita akan anggap perkara tersebut tidak perlu. Kita akan menggunakan teknologi dan internet tanpa batasan dan kawalan hingga terdedah risiko serta ancaman seperti antun siber, penipuan dan perjudian dalam talian, buli siber, kecurian identiti, pelanggaran hak cipta,”katanya.

Beliau turut berharap agar semua pihak dapat bersama-sama memberi komitmen dengan pihak kerajaan dalam usaha mencegah, mendidik dan membanteras jenayah termasuk jenayah siber.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/01/ibu-bapa-perlu-pantau-dan-kawal-penggunaan-internet-anak-elak-terjebak-jenayah-siber/feed/ 0 2339
Masalah Capaian Internet Di Pekan Tenom Sedang Diatasi – MCMC https://sabahmedia.com/2021/06/26/masalah-capaian-internet-di-pekan-tenom-sedang-diatasi-mcmc/ https://sabahmedia.com/2021/06/26/masalah-capaian-internet-di-pekan-tenom-sedang-diatasi-mcmc/#respond Sat, 26 Jun 2021 05:01:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1989
Read Time:52 Second

BERNAMA
KOTA KINABALU — Masalah capaian Internet di pekan Tenom sehingga mengganggu proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sedang diatasi, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Menurut kenyataannya hari ini, sebuah menara komunikasi akan dibina di Kampung Bamban dan pembinaan itu dijangka siap pada April 2022.

Selain itu, sebuah lagi menara komunikasi akan dibina berdekatan Kampung Batu 14 di bawah inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan pembinaan akan bermula pada awal 2022.

“Pembinaan kedua-dua menara komunikasi tersebut dijangka dapat mempertingkat liputan Internet di kawasan dimaksudkan selain membolehkan para penduduk menjalankan aktiviti  seharian dengan lancar.

“Pelbagai langkah telah diambil untuk menangani masalah ini dan pihak MCMC telah mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan tersebut,” demikian menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyusuli laporan Bernama pada Khamis lepas (24 Jun) mengenai beberapa orang guru di sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa, Tenom memandu sejauh 40 kilometer bagi menghantar bahan PdPR kerana capaian Internet lemah.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/26/masalah-capaian-internet-di-pekan-tenom-sedang-diatasi-mcmc/feed/ 0 1989