Invest Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 16 Mar 2026 00:14:34 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Invest Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Invest Sabah lantik Kevin Ukang sebagai CEO baharu https://sabahmedia.com/2026/03/16/invest-sabah-lantik-kevin-ukang-sebagai-ceo-baharu/ https://sabahmedia.com/2026/03/16/invest-sabah-lantik-kevin-ukang-sebagai-ceo-baharu/#respond Mon, 16 Mar 2026 00:14:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93371
Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Invest Sabah Berhad (ISB) melantik Kevin Ukang sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu agensi itu dalam usaha memperkukuh peranan organisasi berkenaan sebagai peneraju promosi pelaburan negeri.

Beliau menggantikan Dr Firdausi Suffian susulan pelaksanaan semakan tadbir urus dalaman yang dijalankan oleh Jabatan Audit Dalaman Negeri Sabah.

Pengerusi ISB, Datuk Roger Chin berkata pelantikan itu menandakan permulaan fasa baharu kepimpinan bagi memperkasa strategi pembangunan pelaburan di Sabah.

Menurutnya, Kevin mempunyai pengalaman luas dalam bidang promosi pelaburan dan pembangunan ekonomi yang diyakini mampu meningkatkan keberkesanan peranan Invest Sabah.

“Kevin Ukang membawa pengalaman yang bernilai dalam promosi pelaburan dan pembangunan ekonomi.

“Pelantikan beliau mencerminkan komitmen kami untuk terus memperkukuh ekosistem pelaburan Sabah serta meningkatkan keberkesanan Invest Sabah sebagai agensi utama promosi pelaburan negeri,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata Kevin akan mengetuai usaha memperkukuh fungsi Invest Sabah sebagai Pusat Pemudahcara Pelaburan Sehenti (One-Stop Investment Facilitation Centre) bagi membantu pelabur dari peringkat mengenal pasti peluang sehingga pelaksanaan projek.

Dalam masa sama, Roger berkata semakan tadbir urus dalaman yang dilaksanakan telah mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan termasuk memperkukuh dokumentasi, prosedur pentadbiran serta amalan tadbir urus organisasi.

Katanya, laporan semakan tersebut telah dikemukakan kepada Ketua Menteri, Kementerian Kewangan serta Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan.

“Lembaga Pengarah telah menerima cadangan tersebut dan mula melaksanakan langkah-langkah bagi memperkukuh ketelusan, akauntabiliti serta keberkesanan operasi agensi ini,” katanya.

Beliau berkata semakan itu dilihat sebagai proses konstruktif bagi menyokong komitmen Invest Sabah terhadap penambahbaikan berterusan dan pengukuhan tadbir urus organisasi.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/16/invest-sabah-lantik-kevin-ukang-sebagai-ceo-baharu/feed/ 0 93371
Madius dilantik Pengerusi POIC Sabah, Datuk Roger terajui Invest Sabah https://sabahmedia.com/2025/12/29/madius-dilantik-pengerusi-poic-sabah-datuk-roger-terajui-invest-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/12/29/madius-dilantik-pengerusi-poic-sabah-datuk-roger-terajui-invest-sabah/#respond Mon, 29 Dec 2025 08:20:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88961
Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick menyampaikan watikah pelantikan kepada dua pengerusi baharu Kumpulan Palm Oil Industrial Cluster (POIC) Sabah dan Invest Sabah Berhad.

Ewon (dua dari kiri) menyampaikan watikah pelantikan kepada Roger Chin, disaksikan oleh Dr.Firdausi (dua dari kanan) dan Thomas (kanan).

Bekas Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah Datuk Seri Madius Tangau dilantik Pengerusi POIC Sabah manakala Datuk Roger Chin sebagai Pengerusi Invest Sabah Berhad yang baharu.

Ewon (tengah) menyampaikan watikah pelantikan kepada Jonathan (kiri), disaksikan oleh Madius (dua dari kiri), Fredian (dua dari kanan) dan Thomas (kanan).

Dalam majlis yang sama, bekas Pengarah Kastam Sabah Datuk Jonathan Kandok dilantik sebagai Timbalan Pengerusi POIC Sabah.

Watikah pelantikan itu disampaikan dalam satu majlis ringkas di Dewan Mesyuarat Pejabat Menteri di Wisma Kewangan, di sini, hari ini.

Ewon dalam ucapannya berkata, pelantikan ketiga-tiga tokoh berpengalaman itu mencerminkan komitmen kerajaan negeri untuk memastikan industri pelaburan, perindustrian dan logistik Sabah terus dipacu secara teratur, inklusif dan berimpak tinggi.

Beliau turut mengulangi komitmennya untuk terus melaksanakan agenda Sabah First dalam kementerian ini dengan memberi tumpuan besar kepada beberapa perkara antaranya membangunkan ekosistem pelaburan dan keusahawanan yang mesra pelabur dan mesra usahawan.

“Pelantikan ini selaras dengan pendekatan ‘Sabah First’, di mana kepentingan dan manfaat kepada rakyat serta ekonomi Sabah sentiasa menjadi keutamaan.

“Saya percaya dengan pengalaman luas dan kepakaran mereka, POIC Sabah dan Invest Sabah akan terus memainkan peranan strategik dalam membawa masuk pelaburan berkualiti dan meningkatkan daya saing negeri,” katanya.

Sementara itu, ketiga-tiga yang dilantik merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri atas kepercayaan yang diberikan dan berikrar untuk melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan dengan penuh komitmen.

Turut hadir Setiausaha Tetap Kementerian Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah Datuk Thomas Logijin, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) POIC Sabah Datuk Gredian Gan dan CEO Invest Sabah Dr.Firdausi Suffian.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/29/madius-dilantik-pengerusi-poic-sabah-datuk-roger-terajui-invest-sabah/feed/ 0 88961