Ipd – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 07 Aug 2021 13:31:57 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ipd – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 COVID-19: 39 kes positif melibatkan anggota dan OKT di lokap IPD Sandakan cetus kluster baharu di Sabah https://sabahmedia.com/2021/08/07/covid-19-39-kes-positif-melibatkan-anggota-dan-okt-di-lokap-ipd-sandakan-cetus-kluster-baharu-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/08/07/covid-19-39-kes-positif-melibatkan-anggota-dan-okt-di-lokap-ipd-sandakan-cetus-kluster-baharu-di-sabah/#respond Sat, 07 Aug 2021 13:31:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4248
Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Dua Kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Lebuh Empat, Sandakan melibatkan anggota dan Orang Kena Tahan (OKT) di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan manakala Kluster Sarikan, Nabawan merupakan kluster jenis komuniti.

“Kluster Lebuh Empat, Sandakan melibatkan anggota IPD Sandakan dan OKT di Lokap IPD Sandakan,” kata Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri Datuk Seri Masidi Manjun dalam kenyataan media hari ini.

Katanya, kes indeks merupakan OKT lelaki, 63, yang disahkan positif COVID-19 (RTK-Antigen) dalam saringan OKT dan didaftarkan pada 05 Ogos 2021 hasil saringan OKT.

Berikutan kes tersebut, saringan kontak dijalankan dengan mengambil 122 sampel. Daripada jumlah tersebut, 50 sampel dikesan positif, termasuk 39 kes baharu hari ini iaitu 35 OKT dan empat anggota IPD Sandakan. Manakala, baki 71 sampel didapati negatif.

Sementara kluster kedua iaitu Kluster Sarikan, Nabawan merupakan kluster jenis komuniti.

Masidi berkata, kes indeks adalah lelaki, 34, yang disahkan positif COVID-19 pada 3 Ogos 2021 setelah bergejala demam, sakit tekak, selesema, batuk, hilang deria rasa dan bau sejak 27 Julai 2021.

Namun daripada 48 kontak yang disaring, 14 individu dikesan positif termasuk satu kes baharu hari ini dan telah dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut dan pengasingan.

Manakala, 34 individu masih menunggu keputusan saringan pertama.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/07/covid-19-39-kes-positif-melibatkan-anggota-dan-okt-di-lokap-ipd-sandakan-cetus-kluster-baharu-di-sabah/feed/ 0 4248
Hajiji Sempurnakan Program Ibadah Qurban IPD Tuaran https://sabahmedia.com/2021/07/20/hajiji-sempurnakan-program-ibadah-qurban-ipd-tuaran/ https://sabahmedia.com/2021/07/20/hajiji-sempurnakan-program-ibadah-qurban-ipd-tuaran/#respond Tue, 20 Jul 2021 05:40:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3325
Read Time:1 Minute, 5 Second

TUARAN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyempurnakan Program Ibadah Qurban Peringkat Ibu Pejabat Polis (IPD) Tuaran di Dewan Jomo, IPD Tuaran, hari ini.

Beliau bersama Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri, Datuk Jahid Jahim (ADUN Tamparuli) dan Pembantu Menteri Kewangan Negeri, Jasnih Daya (ADUN Dalit) dan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai (ADUN Kiulu) secara simbolik menyerahkan lembu korban kepada Ketua Polis Daerah Tuaran DSP Mohd Hamizi Halim.

Hajiji dalam perutusannya sempena Hari Raya Aidiladha berkata, tahun ini merupakan kali kedua umat Islam seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidiladha dalam suasana norma baharu akibat pandemik COVID-19.

“Bagi kita umat Islam di Sabah, iktibar daripada Aidiladha menjadi panduan dalam menghadapi ujian besar asbab wabak yang menular.

“Aidiladha menatijahkan erti kesabaran. Dalam keadaan dan cabaran yang sedang dihadapi ketika ini, kita dituntut agar sentiasa bersabar, bersyukur, bermuhasabah diri, berlapang dada dan bersama-sama menempuhnya.

“Raikan Aidiladha ini bersama keluarga di rumah masing-masing dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Semoga Aidiladha tahun ini dapat memberikan manfaat dan kebaikan, terutamanya dalam aspek memelihara hubungan kekeluargaan seperti yang dianjurkan oleh Islam iaitu sifat saling memaafkan yang termasuk sebagai salah satu syarat maghfirah dari Allah SWT”, katanya.

Hadir sama di majlis itu ialah Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Abdul Kassim Razali.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/20/hajiji-sempurnakan-program-ibadah-qurban-ipd-tuaran/feed/ 0 3325