Ipdas – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 13 Aug 2026 00:26:21 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ipdas – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 338 graduan IPDAS terima diploma sempena Istiadat Konvokesyen Ke-20 https://sabahmedia.com/2026/08/13/338-graduan-ipdas-terima-diploma-sempena-istiadat-konvokesyen-ke-20/ https://sabahmedia.com/2026/08/13/338-graduan-ipdas-terima-diploma-sempena-istiadat-konvokesyen-ke-20/#respond Thu, 13 Aug 2026 00:26:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101465
Read Time:1 Minute, 25 Second

KENINGAU: Seramai 338 graduan diraikan sempena Istiadat Konvokesyen Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) Ke-20 Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Tun Sakaran, IPDAS, di sini.

Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, berkata kejayaan yang dicapai para graduan merupakan rahmat daripada Allah SWT, selain hasil usaha gigih serta pengorbanan yang tidak mengenal erti putus asa.

Beliau berkata, kejayaan itu bukan sahaja hasil usaha para graduan, malah turut didorong sokongan, pengorbanan dan doa daripada ibu bapa serta keluarga.

“Syabas diucapkan kepada ibu bapa dan keluarga yang telah menjadi tulang belakang, memberikan sokongan, dorongan dan doa yang tidak pernah jemu kepada anak-anak sehingga berjaya sampai ke hari bersejarah ini.

“Pembentukan modal insan berteraskan bidang pengajian Islam merentasi proses penyampaian ilmu kerana pengajian Islam sangat menitikberatkan pembentukan akhlak, nilai insaniah dan jati diri kenegaraan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perutusan sempena Istiadat Konvokesyen IPDAS Ke-20 Tahun 2026 di Dewan Tun Sakaran, IPDAS, di sini.

Menurut Tun Musa, pendekatan berteraskan pembentukan insan itu selaras dengan hala tuju Sabah Maju Jaya yang menekankan pembangunan modal insan sebagai tunjang kemajuan negeri.

Katanya, ia juga seiring dengan gagasan Malaysia MADANI yang menjunjung nilai kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

“Justeru, saya berharap para graduan dapat memanfaatkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh sepanjang pengajian untuk terus menyumbang kepada agama, masyarakat dan pembangunan negeri Sabah,” katanya.

Dalam majlis berkenaan, Tun Musa turut menyampaikan Anugerah Pingat Emas kepada salah seorang graduan, Norasmah Abdul Wahid, sebagai pengiktirafan atas pencapaian cemerlang yang diraihnya.

Istiadat Konvokesyen IPDAS Ke-20 Tahun 2026 itu turut dihadiri Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif, serta Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/13/338-graduan-ipdas-terima-diploma-sempena-istiadat-konvokesyen-ke-20/feed/ 0 101465
IPDAS disaran jalin kerjasama dengan Masjid Bandaraya KK laksana SKM pendidikan Islam OKU https://sabahmedia.com/2022/09/25/ipdas-disaran-jalin-kerjasama-dengan-masjid-bandaraya-kk-laksana-skm-pendidikan-islam-oku/ https://sabahmedia.com/2022/09/25/ipdas-disaran-jalin-kerjasama-dengan-masjid-bandaraya-kk-laksana-skm-pendidikan-islam-oku/#respond Sat, 24 Sep 2022 23:30:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=22016
Read Time:1 Minute, 59 Second

KENINGAU : Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) disaran untuk menjalin kerjasama dengan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu sebagai rakan industri bagi melaksanakan Skim Kemahiran Malaysia (SKM) pendidikan Islam bagi orang kelainan upaya (OKU).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata, ini kerana Masjid Bandaraya telah membuktikan kejayaan mereka mengendalikan pendidikan Islam kepada anak-anak kelainan upaya semenjak tahun 2015.

Katanya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebelum ini telah melancarkan Aplikasi Glosari Islam (I-Sign) kepada golongan OKU Pendengaran.

Justeru kejayaan ini perlu disusuli dengan menyediakan tenaga pengajar mahir bagi memenuhi keperluan pendidikan Islam bagi komuniti kelainan upaya.

“Oleh itu saya mengesyorkan JAKIM melalui Pemberi Pendidikan Tinggi di bawahnya untuk memperkenalkan SKM pendidikan Islam bagi orang kelainan upaya seperti pekak, buta, bisu, autisma dan lain-lain. Ini adalah tanggungjawab kita bagi memenuhi keperluan fardhu kifayah.

“Saya juga dimaklumkan bahawasanya IPDAS telah melaksanakan beberapa inisatif bagi memperkasa pendidikan tinggi Islam khususnya kepada para mualaf, pelajar pedalaman, pelajar tahfiz dan pondok melalui Sijil Asas Pengajian Islam Malaysia (SAPIM) yang dilaksanakan di IPDAS Kampus Kudat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Istiadat Konvokesyen IPDAS kali ke-16 di sini semalam.

Idris berkata, pendidikan agama khususnya para mualaf perlu diberi perhatian agar mereka kekal istiqamah melaksanakan ajaran Islam yang betul menepati Aqidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah.

Justeru beliau mencadangkan Program Sijil Asas Pengajian Islam Malaysia (SAPIM) yang dilaksanakan di IPDAS dapat dimurnikan dan dijadikan Kurikulum Standard Kebangsaan bagi kelas bimbingan mualaf di seluruh Malaysia.

“Melihat kepada perkembangan kemajuan pendidikan yang ketara di IPDAS ini, saya berharap fokus institusi tidak hanya tertumpu kepada pendidikan di dalam bilik kuliah semata-mata.

“Aktiviti atau program pengajian sepanjang hayat perlu dikembangkan selaras dengan kehendak ‘stakeholder’ yang membawa tema “Keluarga Malaysia” dalam menyantuni pelbagai lapisan masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Idris berkata, kemudahan Online Distance Learning (ODL) dan Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL) atau Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu oleh MQA sewajarnya dimanfaatkan bagi membuka ruang seramai mungkin pelajar dewasa untuk mengikuti pendidikan Islam tahap tinggi.

“Tambahan pula kerajaan negeri Sabah telah memperkenalkan MUIS Halal Hub. Maka ada keperluan yang amat signifikan untuk IPDAS berperanan melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang halal bagi melengkapkan ekosistem halal hub MUIS.

“Keberadaan IPDAS di bumi Sabah hendaklah bergerak seiring dengan gagasan Sabah Maju Jaya yang diperkenalkan oleh Kerajaan Sabah. Saya difahamkan gagasan ini amat menekankan aspek pembanguan modal insan di samping ekonomi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/09/25/ipdas-disaran-jalin-kerjasama-dengan-masjid-bandaraya-kk-laksana-skm-pendidikan-islam-oku/feed/ 0 22016