IPG – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 26 Jan 2022 05:21:36 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png IPG – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KPM Mahu Jadikan IPG Keningau Sebagai Hab Latihan Guru Di Pedalaman https://sabahmedia.com/2022/01/26/kpm-mahu-jadikan-ipg-keningau-sebagai-hab-latihan-guru-di-pedalaman/ https://sabahmedia.com/2022/01/26/kpm-mahu-jadikan-ipg-keningau-sebagai-hab-latihan-guru-di-pedalaman/#respond Wed, 26 Jan 2022 05:21:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11574
Read Time:1 Minute, 6 Second

KENINGAU : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mahu menjadikan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Keningau sebagai hab latihan kepada para guru bagi kawasan pedalaman khususnya di Sabah.

Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohd Alamin berkata, ia bersesuaian dengan suasana persekitaran yang dipenuhi dengan kepelbagaian budaya etnik di negeri ini.

“Pada hari ini (semalam) saya mengadakan lawatan kerja di IPG Kampus Keningau dimana kita telah menerima beberapa saranan dan pandangan daripada IPG bagaimana untuk menaiktaraf kampus ini dan sudah tentu diperingkat kementerian kita akan pertimbangkan.

“Kita juga mahu menjadikan IPG Kampus Keningau ini sebagai hab latihan para guru untuk kawasan pedalaman dan saya amat gembira dimana kampus ini dapat mengadaptasi konsep latihan mereka dengan suasana persekitaran yang dipenuhi kepelbagaian budaya etnik di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja ke Kolej Vokasional Keningau disini semalam.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, KPM turut komited untuk membela dan menitikberat pembangunan dan pembelajaran murid-murid berkeperluan khas (MBK) di seluruh negara.

Katanya, menerusi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) juga akan turut membolehkan MBK mengikuti pembelajaran mereka termasuk menggunakan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

“KPM juga turut melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memberi peluang dan ruang yang lebih banyak untuk mereka agar tidak ketinggalan dibelakang.

“Sudah tentu KPM akan terus membela nasib mereka khususnya dalam pembelajaran selain komited terhadap keperluan MBK di Malaysia,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/26/kpm-mahu-jadikan-ipg-keningau-sebagai-hab-latihan-guru-di-pedalaman/feed/ 0 11574
COVID-19: Kluster Baharu Direkodkan Di Sabah Libatkan Pelajar IPG https://sabahmedia.com/2021/12/08/covid-19-kluster-baharu-direkodkan-di-sabah-libatkan-pelajar-ipg/ https://sabahmedia.com/2021/12/08/covid-19-kluster-baharu-direkodkan-di-sabah-libatkan-pelajar-ipg/#respond Wed, 08 Dec 2021 12:13:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9575
Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan hari ini melibatkan asrama pelajar siswi Institut Pendidikan Guru (IPG) di Bakut, Tuaran.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Jalan Tuaran Bakut- Tuaran bermula dari kes indeks seorang pelajar wanita yang didapati positif COVID-19.

“Saringan kesihatan di kalangan kontak rapat mendapati 26 orang lagi pelajar yang tinggal di asrama bersama indeks kes telah dijangkiti.

“Kesemua yang dijangkiti telah diasingkan dan diberikan rawatan yang sesuai,”katanya.

Dalam perkembangan lain, turut dilaporkan jumlah kes positif COVID-19 baharu bagi negeri Sabah hari ini iaitu sebanyak 322 kes, menjadikan jumlah kumulatif 236,046 kes.

Manakala lima kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu masing-masing satu kes di Ranau, Lahad Datu, Sipitang, Kota Marudu dan Penampang.

Menurut Masidi, empat daerah mencatatkan kes positif COVID-19 tertinggi iaitu Tuaran 55 kes, Kota Kinabalu 53 kes, Ranau 34 kes dan Kota Belud 25 kes. Bagaimanapun, sebanyak 16 daerah merekodkan kes pada satu angka sahaja dan enam daripadanya merekodkan sifar kes.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/08/covid-19-kluster-baharu-direkodkan-di-sabah-libatkan-pelajar-ipg/feed/ 0 9575
IPG Kampus Gaya Lancar Sambutan Jubli Intan https://sabahmedia.com/2021/11/16/ipg-kampus-gaya-lancar-sambutan-jubli-intan/ https://sabahmedia.com/2021/11/16/ipg-kampus-gaya-lancar-sambutan-jubli-intan/#respond Tue, 16 Nov 2021 03:06:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8509
Read Time:46 Second

KOTA KINABALU: Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya melancarkan sambutan Jubli Intan sempena ulangtahun yang ke-60 di kampusnya, disini semalam.

Gimik pelancaran Sambutan Jubli Intan IPG Gaya (1963 – 2023) disempurnakan oleh Pengarah IPG Kampus Gaya, Dr Gerturude Jock.

Program tersebut merupakan program yang telah dirancang dalam Pelan Transformasi Gaya Beyond 2025  dan merupakan kesinambungan program sambutan ulang tahun penubuhan IPG Kampus Gaya yang dianjurkan setiap tahun.

Program  berkenaan bertujuan untuk menghargai serta menghayati detik-detik bersejarah penubuhan IPG Kampus Gaya sejak tahun 1963 sekali gus sebagai landskap penting dalam mencorak serta memacu perkembangan pendidikan guru di Malaysia khususnya di Sabah.

Turut diadakan, pelancaran Buku IPG dan Program Bicara Tokoh yang menampilkan Alumni Gaya iaitu Mantan Pengetua Maktab Perguruan Gaya,Datuk Kamal De Quara, Mantan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Seri Hasbullah Taha, Mantan Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad dan Abdul Jalil Tahir./Penerangan-

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/16/ipg-kampus-gaya-lancar-sambutan-jubli-intan/feed/ 0 8509