IPP – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 12 Mar 2026 06:56:50 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png IPP – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan Sabah galak penjanaan tenaga mampan dan IPP di kawasan perindustrian – Masidi https://sabahmedia.com/2025/10/12/kerajaan-sabah-galak-penjanaan-tenaga-mampan-dan-ipp-di-kawasan-perindustrian-masidi/ https://sabahmedia.com/2025/10/12/kerajaan-sabah-galak-penjanaan-tenaga-mampan-dan-ipp-di-kawasan-perindustrian-masidi/#respond Sun, 12 Oct 2025 01:46:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83045
Read Time:2 Minute, 41 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah komited memastikan bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi di seluruh negeri melalui pelaksanaan pelan jangka panjang yang menumpukan kepada penjanaan tenaga mampan serta langkah jangka pendek yang lebih pragmatik.

Foto & Video Sabah Media/ Yusof Mohamad, Shane

Menteri Kewangan Sabah (caretaker), Datuk Seri Masidi Manjun, berkata kerajaan negeri menyedari kepentingan tenaga yang mampan bukan sahaja untuk keperluan domestik, tetapi juga bagi menarik pelaburan baharu ke negeri ini.

“Kerajaan menggalakkan penjanaan tenaga boleh diperbaharui daripada sumber seperti matahari, air dan sungai sebagai sebahagian daripada pelan jangka panjang bagi menstabilkan bekalan tenaga di Sabah,” katanya ketika ditemui Sabah Media di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, pada masa sama, kerajaan turut melaksanakan langkah jangka pendek dan sederhana bagi menangani isu kekurangan kapasiti simpanan tenaga yang masih belum mencukupi untuk menampung keperluan semasa.

Menurut Masidi, setiap kali kawasan perindustrian baharu dibangunkan, kerajaan negeri akan memberi kebenaran kepada pihak pengurusan kawasan tersebut untuk membina loji janakuasa sendiri atau Independent Power Producer (IPP).

“Pendekatan ini membolehkan kawasan perindustrian menjana tenaga sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada Sabah Electricity

Bekalan elektrik yang dijimatkan dapat disalurkan semula untuk kegunaan domestik,” jelasnya.

Katanya lagi, langkah tersebut juga memberi keyakinan kepada pelabur asing dan tempatan, khususnya dalam sektor pembuatan dan industri berat, bahawa operasi mereka tidak akan terganggu akibat isu bekalan elektrik.

“Antara sebab pelabur berasa bimbang untuk datang ke Sabah ialah kebimbangan terhadap kekurangan bekalan elektrik.

Dengan adanya kelonggaran kepada pengurusan kawasan industri serta pelabur besar untuk membina IPP sendiri, kita dapat menjamin kesinambungan tenaga di tapak pelaburan mereka,” katanya.

Masidi menegaskan bahawa pendekatan itu merupakan sebahagian daripada strategi kerajaan untuk memperkukuh ekosistem tenaga Sabah, di samping menyokong agenda perindustrian negeri yang sedang berkembang pesat.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa kerajaan negeri tidak pernah melepaskan tanggungjawab dalam memastikan perkhidmatan elektrik yang baik di Sabah. Namun begitu, katanya, tanggungjawab yang lebih besar masih terletak kepada kerajaan pusat memandangkan Sabah Electricity dimiliki oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB), sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) milik Persekutuan.

“Ramai orang marah kepada kerajaan negeri apabila elektrik terputus, padahal Sabah Electricity dimiliki oleh TNB. Dalam erti kata lain, penjanaan elektrik masih dikuasai oleh entiti milik Persekutuan.

Namun, itu tidak bermakna kerajaan negeri lepas tangan. Kita tetap membantu dan akan terus membantu kerana ini tanggungjawab bersama,” katanya.

Untuk rekod, persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah tahun lalu telah meluluskan tiga Rang Undang-Undang (RUU) penting bagi membolehkan kerajaan negeri secara rasmi mengambil alih kuasa mengawal selia sektor bekalan elektrik dan tenaga boleh diperbaharui daripada kerajaan Persekutuan.

Tiga RUU berkenaan ialah RUU Suruhanjaya Tenaga Sabah (Pindaan) 2024, RUU Bekalan Elektrik 2024, dan RUU Tenaga Boleh Baharu 2024.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, ketika menggulung perbahasan RUU Suruhanjaya Tenaga Sabah (Pindaan) 2024, berkata kerajaan negeri merancang untuk mengambil alih SESB dalam tempoh tujuh tahun sebagai langkah memperkukuh kedaulatan tenaga Sabah.

Beliau berkata ketika ini, sebanyak 83 peratus saham Sabah Electricity dimiliki oleh TNB, manakala selebihnya dipegang oleh kerajaan negeri.

Langkah tersebut selaras dengan aspirasi Pelan Induk dan Hala Tuju Tenaga Sabah 2040 (Sabah Energy Roadmap and Masterplan 2040, SE-RAMP 2040) yang menggariskan matlamat menjadikan Sabah sebagai negeri yang berdaya tahan tenaga dan rendah karbon menjelang tahun 2040.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/12/kerajaan-sabah-galak-penjanaan-tenaga-mampan-dan-ipp-di-kawasan-perindustrian-masidi/feed/ 0 83045
Dua syarikat IPP beri bekalan 155MW semula ke Grid Sabah https://sabahmedia.com/2024/01/20/dua-syarikat-ipp-beri-bekalan-155mw-semula-ke-grid-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/01/20/dua-syarikat-ipp-beri-bekalan-155mw-semula-ke-grid-sabah/#respond Sat, 20 Jan 2024 02:55:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48233
Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU: Dua syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) kini kembali beroperasi membekalkan sejumlah 155MW tenaga elektrik kepada Grid Sabah.

Operator Sistem Grid Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Ir. Adrian Mosigil berkata, syarikat Kimanis Power Sdn. Bhd. telah beroperasi dan membekalkan semula 95MW tenaga pada Jumaat setelah menutup sementara bekalan elektrik pada 6 Januari lalu bagi memberi laluan kepada pemeriksaan keselamatan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).

“Sebuah lagi syarikat IPP, Ranhill Powertron ll Sdn. Bhd juga telah pulih dan membekalkan tenaga elektrik pada Khamis selepas penutupan kecemasan melibatkan 60MW akibat masalah high vibration gear di set penjanaan mereka pada 14 Januari lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Adrian, dengan pengoperasian semula kedua-dua IPP itu akan meningkatkan semula kapasiti penjanaan bekalan elektrik yang sebelum ini mengalami rizab margin pada paras kritikal.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kedua – dua IPP tersebut yang telah berusaha memastikan pemeriksaan keselamatan dan masalah teknikal dapat diselesaikan dengan dalam tempoh yang singkat.

SESB dan IPP sentiasa berusaha sebaik mungkin untuk mengelakkan gangguan dan catuan bekalan elektrik bagi memastikan para pengguna sentiasa dapat menikmati bekalan tenaga yang stabil.

Adrian turut menyatakan bahawa SESB akan membuat hebahan ramalan bekalan elektrik setiap Isnin hingga Jumaat bagi memastikan semua pihak dalam keadaan bersiap sedia dengan perkembangan semasa bekalan elektrik di Sabah dan W.P Labuan.

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan perkembangan semasa beberapa stesen jana kuasa yang sedang dalam proses pembaikan.

Syarikat Serudong Power Sdn Bhd dijangka akan dapat membekalkan semula 11MW penjanaan ke Grid Sabah pada 1 Mac, 2024. Kerja-kerja baikpulih crank case cover yang rosak sejak 27 April, 2023 sedang giat dilaksanakan.

Sebuah unit penjanaan di Stesen Janakuasa Patau- Patau W.P Labuan berkapasiti 30MW yang mengalami masalah teknikal sejak 5 September 2023 juga dijangka akan beroperasi pada 29 Februari 2024.

Manakala itu, Stesen Jana Kuasa Hidro Tenom Pangi juga sedang dalam proses pembaikan selepas ditutup sepenuhnya akibat kerosakan teruk ketika tragedi bencana alam pada 31 Oktober 2022 dijangka akan beroperasi secara berperingkat bermula pada bulan Mac, Jun dan Oktober tahun ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/20/dua-syarikat-ipp-beri-bekalan-155mw-semula-ke-grid-sabah/feed/ 0 48233