IPT – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 07 Jan 2026 00:53:32 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png IPT – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 IPT perlu adaptasi AI, akta keselamatan digital wajar digubal – Masiung https://sabahmedia.com/2026/01/07/ipt-perlu-adaptasi-ai-akta-keselamatan-digital-wajar-digubal-masiung/ https://sabahmedia.com/2026/01/07/ipt-perlu-adaptasi-ai-akta-keselamatan-digital-wajar-digubal-masiung/#respond Wed, 07 Jan 2026 00:53:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89346
Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan tiada pilihan selain mengadaptasi inovasi baharu kecerdasan buatan (AI), namun pada masa sama negara perlu menggubal akta kawalan keselamatan akses digital bagi menjamin penggunaannya secara beretika dan selamat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata, kebimbangan utama ketika ini ialah kekurangan lebih 10,000 jurutera dan pakar AI tempatan, sedangkan teknologi itu semakin dominan dalam pelbagai sektor pembangunan negara.

Menurutnya, walaupun terdapat universiti tempatan yang telah menubuhkan fakulti khusus AI, institusi lain seperti Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) juga boleh merentasi jurusan berkaitan AI dalam kurikulum latihan bagi melahirkan lebih ramai anak Sabah yang menguasai teknologi berkenaan.

Selain KTYS, pusat latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) turut berpotensi memperkenalkan bidang AI sebagai modul baharu dalam struktur akademik mereka.

Mengulas lanjut, Masiung menegaskan latihan dalam bidang AI tidak seharusnya tertumpu kepada aspek teknikal semata-mata, sebaliknya perlu diseimbangkan dengan pembentukan jati diri, sahsiah serta nilai moral.

“Bakat dan inovasi dalam kalangan anak Sabah perlu diketengahkan bagi menguasai teknologi tinggi AI demi memenuhi keperluan pembangunan negeri.

“Kepakaran AI perlu dimanfaatkan seiring peredaran masa, namun nilai kemanusiaan dan moral tidak boleh diketepikan tanpa kerangka undang-undang yang jelas,” tegasnya.

Beliau berkata, teknologi AI kini mempunyai pengaruh yang semakin meluas di peringkat global seiring dengan revolusi industri serta peranannya dalam tadbir urus dan pembangunan sesebuah negara.

Sehubungan itu, beliau menggesa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) supaya membangunkan teknologi berasaskan AI secara menyeluruh merentasi universiti dan institusi pengajian tinggi awam.

Masiung turut berharap lebih ramai golongan muda, khususnya di Sabah, menyertai bidang kecerdasan buatan bagi menampung kekurangan pakar dan jurutera dalam teknologi pintar berkenaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/07/ipt-perlu-adaptasi-ai-akta-keselamatan-digital-wajar-digubal-masiung/feed/ 0 89346
150 pelajar IPT terima bantuan kewangan ADUN Kemabong https://sabahmedia.com/2025/10/05/150-pelajar-ipt-terima-bantuan-kewangan-adun-kemabong/ https://sabahmedia.com/2025/10/05/150-pelajar-ipt-terima-bantuan-kewangan-adun-kemabong/#respond Sun, 05 Oct 2025 14:32:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82607
Read Time:1 Minute, 2 Second

Oleh Silar Pinikit

KEMABONG: Seramai 150 pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menerima bantuan kewangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong, Datuk Rubin Balang.

Majlis penyerahan bantuan itu diadakan di Pejabat Pusat Khidmat Rakyat DUN Kemabong dan disempurnakan sendiri oleh Rubin pada Sabtu.

Dalam ucapannya, Rubin yang juga Pengerusi SEDCO menasihatkan para pelajar agar tidak mensia-siakan peluang untuk menimba ilmu dan terus berusaha mencapai kejayaan.

“Utamakan pendidikan jika ingin merubah kehidupan keluarga. Jangan berputus asa, buktikan bahawa walaupun hidup serba kekurangan, kita masih boleh berjaya dalam pendidikan,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Kemabong turut menyarankan pelajar yang layak supaya memohon biasiswa daripada Kerajaan Negeri bagi meringankan beban keluarga.

Pada masa sama, Rubin menggalakkan pelajar memilih bidang pengajian kritikal seperti perubatan, kejuruteraan, ekonomi, teknologi maklumat dan bidang lain yang mempunyai permintaan tinggi di pasaran kerja.

Inisiatif bantuan pendidikan itu mencerminkan keprihatinan beliau terhadap masa depan anak muda luar bandar agar terus berjaya dan berdaya saing di menara gading.

Program berkenaan turut disertai Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kemabong, Suffainder Sukimin, kakitangan UPPM N.43 Kemabong dan Pejabat Gagasan Rakyat N.43 Kemabong yang bersama memastikan pelaksanaan program masyarakat berjalan lancar dan memberi manfaat kepada rakyat.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/05/150-pelajar-ipt-terima-bantuan-kewangan-adun-kemabong/feed/ 0 82607
Penglibatan Semua Pihak Mampu Wujudkan Komuniti Berminda Lestari https://sabahmedia.com/2021/11/26/penglibatan-semua-pihak-mampu-wujudkan-komuniti-berminda-lestari/ https://sabahmedia.com/2021/11/26/penglibatan-semua-pihak-mampu-wujudkan-komuniti-berminda-lestari/#respond Fri, 26 Nov 2021 03:33:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8896
Read Time:2 Minute, 21 Second

SEMPORNA: Program komuniti berimpak tinggi yang dilaksanakan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan penglibatan komuniti dan warga setempat, termasuk industri, merupakan usaha sebenar bagi mewujudkan komuniti berminda lestari.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata, kerjasama IPT dan masyarakat mampu membina hubungan berterusan sekaligus memberi manfaat kepada rakyat menerusi program komuniti berimpak tinggi.

“Kita lihat kepada konsep libat sama komuniti atau ‘community engagement’ yang dijalankan pada hari ini, adalah merujuk kepada proses di mana organisasi dan individu membina secara

berterusan hubungan melalui kerjasama yang memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pembukaan Makmal Komuniti Semporna di Dewan Masyarakat Semporna, disini semalam.

Program itu merupakan anjuran bersama Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Putra Malaysia, dan Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau dengan kerjasama Pejabat Daerah Semporna.

Jahid berkata, sebagai sebuah negara yang sedang membangun, rakyat perlu sedar secara realiti bahawa komponen yang menjadi landasan proses kemenjadian bangsa adalah hubungan bermakna yang berasaskan prinsip tahu atau kenal, hormat dan terima kepelbagaian.

“Formulanya ialah Relationship (hubungan), Recognize (tahu/kenal), Respect (hormat), dan Reconcile (terima) yang mengambil kira sifat kependudukan dan realiti sistem pendidikan Malaysia seperti yang termaktub dalam cabaran strategik pertama wawasan negara.

“Tidak dapat dinafikan bahawa Semporna kaya dengan pelbagai sumber alam yang menjanjikan banyak potensi sebagai pusat pertumbuhan ekonomi, di mana sektor pelancongan dan perikanan boleh dijadikan sandaran dan harapan yang berdaya saing serta bertahan lama.

“Justeru, Semporna memerlukan perancangan yang strategik ke arah pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan dan berdaya saing bagi mendepani bermacam halangan dan cabaran untuk ekonomi positif yang berpanjangan,” katanya.

‘Program satu daerah satu produk’, iaitu satu program di bawah program pembangunan usahawan desa yang dilancarkan dalam RMK9 masih tidak diketahui prestasinya sehingga kini.

“Dalam mendepani RMK12 pada masa ini, kita boleh cuba untuk mensasarkan beberapa produk dibangunkan selepas tertubuhnya Makmal Komuniti ini, yang memberi penekanan kepada pembangunan kognitif, afektif, dan psikomotor masyarakat di Semporna,” tambah Jahid.

Katanya, kelebihan yang ada di negeri ini ialah kekayaan alam semula jadi, budayanya yang unik, masyarakat yang berbilang kaum dan agama, keadaan politik yang stabil, prasarana yang kondusif serta moden, flora dan fauna yang tidak terdapat di kebanyakan tempat di dunia.

“Kelebihan yang ada ini juga berpotensi untuk melonjakkan pembangunan ekonomi di negeri ini pada tahap yang lebih baik.

Beliau yakin dengan penglibatan tiga institusi tersebut dari awal dengan kerjasama Pejabat Daerah Semporna, mampu untuk mengenal pasti isu-isu, dan menggerakkan sumber-sumber dan strategi yang relevan dalam meningkatkan masyarakat ke arah perubahan.

“Begitu juga dengan usaha mewujudkan komuniti berminda lestari yang dilihat penting, dalam memperluas peranan institusi pengajian tinggi untuk penyebaran ilmu dan maklumat bagi membantu pembangunan industri dan meningkatkan taraf hidup masyarakat di Semporna, khususnya dan seluruh negeri Sabah secara keseluruhannya.,” katanya.

Makmal Komuniti tersebut dibina di satu tempat yang telah dikhususkan oleh Pegawai Daerah Semporna, iaitu di Pusat Kraftangan Kampung Seraya, Semporna.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/26/penglibatan-semua-pihak-mampu-wujudkan-komuniti-berminda-lestari/feed/ 0 8896
Lebih 2,000 Pelajar Sabah Telah Terima Agihan Bantuan IMPAC https://sabahmedia.com/2021/09/25/lebih-2000-pelajar-sabah-telah-terima-agihan-bantuan-impac/ https://sabahmedia.com/2021/09/25/lebih-2000-pelajar-sabah-telah-terima-agihan-bantuan-impac/#respond Sat, 25 Sep 2021 04:04:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6831
Read Time:58 Second

KOTA KINABALU : Lebih 2,000 pelajar Sabah dari 50 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh Malaysia telah menerima agihan bantuan Ihsan Makanan Pelajar Terjejas COVID-19 (IMPAC).

Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, bantuan melibatkan sumbangan berjumlah RM1.5 juta itu telah diagihkan pada fasa pertama kepada anak-anak Sabah termasuk di Pusat Tahfiz.

“Pada fasa pertama kita telah memberikan RM1.5 juta untuk pelajar-pelajar IPT di seluruh Malaysia melibatkan anak Sabah termasuk Sarawak, Semenanjung dan negeri sabah ini.

“Fasa dua juga kita telah laksanakan dan Insyaallah kita akan menerima mana-mana permohonan pelajar-pelajar yang terjejas dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program lawatan kerja dan simbolik penyampaian bantuan IMPAC kepada 10 orang pelajar di UiTM Cawangan Sabah disini semalam.

Hadir sama, Rektor UiTM Cawangan Sabah, Datuk Prof Madya Dr Kadir Roseline.

Pada majlis itu, Mohd Arifin menyerahkan sumbangan IMPAC sebanyak RM121,800 kepada Datuk Prof Madya Dr Kadir Roseline untuk diagihkan kepada 406 pelajar yang layak.

Sementara itu UiTM Cawangan Sabah turut menerima sumbangan 220 ribu daripada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) serta Rm3,000 daripada Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS).

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/25/lebih-2000-pelajar-sabah-telah-terima-agihan-bantuan-impac/feed/ 0 6831
PICK : PPV IPT-UMS Buka Pemberian Vaksin Tanpa Janji Temu Berjadual https://sabahmedia.com/2021/08/09/pick-ppv-ipt-ums-buka-pemberian-vaksin-tanpa-janji-temu-berjadual/ https://sabahmedia.com/2021/08/09/pick-ppv-ipt-ums-buka-pemberian-vaksin-tanpa-janji-temu-berjadual/#respond Mon, 09 Aug 2021 13:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4379
Read Time:55 Second

KOTA KINABALU : Penerima vaksin yang masih belum mendapat tarikh janji temu suntikan vaksin COVID-19 dipelawa untuk hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Universiti Malaysia Sabah (UMS).

UMS dalam satu hantaran di Facebook rasmi universiti itu menyatakan mereka yang masih belum mendapat tarikh janji temu suntikan vaksin COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera boleh hadir terus tanpa janji temu berjadual.

Walaubagaimapaun, UMS meminta agar individu yang ingin hadir ke PPV IPT UMS berkenaan perlu mengisi maklumat pendaftaran menerusi ‘Google Form’ di https://forms.gle/8YYGZ74FRL3ykXKx6 bagi mengelakkan berlaku kesesakan di PPV.

Proses pemberian secara terus tanpa temujanji itu yang bermula hari ini sehingga 13 Ogos ini akan dilaksanakan bermula jam 11 pagi sehingga 4 petang.

Individu yang berusia 40 tahun ke atas atau golongan komorbid adalah dipelawa untuk hadir ke PPV IPT UMS.

Bagi individu komobid, mereka perlu membawa bawa surat doktor untuk pengesahan sejarah kesihatan selain tidak mempunyai janji temu vaksinasi dengan PPV yang lain (sila rujuk MySejahtera).

Penerima juga bukan kontak rapat kes positif COVID-19.

Minggu lalu, PPV IPT UMS turut melaksanakan pemberian vaksin secara terus tanpa temujanji.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/09/pick-ppv-ipt-ums-buka-pemberian-vaksin-tanpa-janji-temu-berjadual/feed/ 0 4379
KBSS Sumbang 160 ‘Pek Hero’ Kepada PPV IPT-UMS, Hargai Petugas Barisan Hadapan https://sabahmedia.com/2021/07/29/kbss-sumbang-160-pek-hero-kepada-ppv-ipt-ums-hargai-petugas-barisan-hadapan/ https://sabahmedia.com/2021/07/29/kbss-sumbang-160-pek-hero-kepada-ppv-ipt-ums-hargai-petugas-barisan-hadapan/#respond Thu, 29 Jul 2021 01:25:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3728
Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) menyumbangkan sebanyak 160 set ‘Pek Hero’ kepada petugas barisan hadapan di Pusat Pemberian Vaksin Institusi Pengajian Tinggi Universiti Malaysia Sabah (PPV IPT-UMS).

Sumbangan disampaikan sendiri Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Andi Muhammad Suryady Bandy kepada Naib Canselor UMS Profesor Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin.

Andi berkata, sumbngan itu merupakan salah satu program yang dilaksanakan KBSS sebagai tanda penghargaan dan usaha menyantuni petugas barisan hadapan.

“Sumbangan ini adalah sebagai tanda penghargaan kami di KBSS kepada semua petugas barisan hadapan di UMS yang bertungkus lumus memastikan proses pemberian vaksinasi berjalan lancar sejak hari pertama PPV ini dibuka,” katanya selepas mengadakan lawatan ke PPV IPT-UMS kelmarin.

Katanya, orang ramai khususnya di Sabah diseru untuk segera mendaftar sebagai penerima vaksin melalui saluran yang disediakan termasuk aplikasi MySejahtera.

Menurutnya, sasaran imuniti kelompok akan lebih mudah dicapai sekiranya proses pemberian vaksin mendapat kerjasama dari semua pihak.

“Justeru, saya juga mengharapkan komitmen dari kerajaan Persekutuan agar bekalan vaksin untuk negeri Sabah dipercepatkan agar tidak berlaku penangguhan pemberian vaksin seperti sebelum ini,” katanya.

Terdahulu, pada lawatan tersebut, beliau turut diberikan taklimat oleh Pengarah Hospital UMS, Profesor Dr. Helen Lasimbang mengenai proses dan jumlah pemberian vaksin di PPV IPT-UMS sejak pusat itu mula beroperasi pada 14 Jun 2021.

Sehingga kini PPV IPT-UMS mencatat kumulatif pemberian sebanyak 24, 171 dos dengan jumlah agihan 3,000 vaksin sehari.

Turut hadir pada lawatan itu, Timbalan Setiausaha KBSS, William Ahlan dan Ketua Pusat Kesihatan UMS merangkap Penyelaras PPV IPT UMS, Dr. Muhammad Syafiq Abdullah.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/29/kbss-sumbang-160-pek-hero-kepada-ppv-ipt-ums-hargai-petugas-barisan-hadapan/feed/ 0 3728
PPV IPT UMS bantu tingkatkan penerima vaksin di Sabah https://sabahmedia.com/2021/07/22/ppv-ipt-ums-bantu-tingkatkan-penerima-vaksin-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/07/22/ppv-ipt-ums-bantu-tingkatkan-penerima-vaksin-di-sabah/#respond Thu, 22 Jul 2021 07:13:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3429
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang mula beroperasi pada 14 Jun lalu, telah membantu memberi vaksinasi kepada 13,729 orang setakat hari ini, yang membabitkan kakitangan dan pelajar universiti itu serta orang awam di negeri ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata usaha yang diambil UMS itu telah membantu kerajaan negeri untuk terus meningkatkan jumlah penerima vaksin di negeri ini sekali gus mencapai imuniti kelompok menjelang akhir tahun ini.

“Saya dimaklumkan bahawa mulai minggu depan, kapasiti pemberian vaksin oleh PPV UMS adalah sebanyak 3,000 dos sehari berbanding hanya 1,000 dos sehari pada masa sekarang.

“Ini juga sudah pasti akan membolehkan Sabah mencapai imuniti kelompok apabila 2.7 juta penduduk negeri ini menerima suntikan vaksin COVID-19,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke PPV IPT UMS, di Kompleks Dewan Kuliah Pusat Ke-2, di sini hari ini.

Bilangan petugas di PPV IPT UMS adalah seramai 177 orang yang antaranya membabitkan petugas klinikal (doktor dan jururawat), sukarelawan kakitangan, sukarelawan pelajar, bahagian keselamatan dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan sukarelawan MyVac atau Malaysia Vaccine Support Volunteer.

Ketua Menteri turut merakamkan tahniah dan terima kasih kepada UMS terutama Naib Canselornya kerana menyediakan PPV kepada kakitangan dan pelajar universiti serta awam untuk menerima vaksin.

Sempena lawatan itu, Ketua Menteri turut mendengar taklimat daripada Naib Canselor UMS berkaitan perkembangan Hospital UMS (HUMS) yang dijadualkan siap menjelang akhir tahun depan.

Apabila siap kelak, HUMS akan menjadi hospital pengajar yang dilengkapi kemudahan terkini dan moden yang boleh memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat Sabah.

Turut hadir semasa lawatan tersebut ialah Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Dr Rose Nani Mudin.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/22/ppv-ipt-ums-bantu-tingkatkan-penerima-vaksin-di-sabah/feed/ 0 3429