Ipu cuaca – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 19 Jul 2025 05:50:32 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ipu cuaca – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 60 stesen catat bacaan IPU sederhana setakat pagi tadi https://sabahmedia.com/2025/07/19/60-stesen-catat-bacaan-ipu-sederhana-setakat-pagi-tadi/ https://sabahmedia.com/2025/07/19/60-stesen-catat-bacaan-ipu-sederhana-setakat-pagi-tadi/#respond Sat, 19 Jul 2025 05:49:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77560
Read Time:35 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur :  Sebanyak 60 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tahap sederhana setakat 11 pagi pada Sabtu.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar, selain itu lapan kawasan merekodkan bacaan IPU baik melibatkan Politeknik Kota Kinabalu, Kota Kinabalu dan Kimanis di Sabah; ILP Miri, Sri Aman, Kapit, Limbang di Sarawak serta Labuan.

Tiada kawasan yang merekodkan bacaan IPU tidak sihat.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Data IPU dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara. –BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/19/60-stesen-catat-bacaan-ipu-sederhana-setakat-pagi-tadi/feed/ 0 77560