IPU Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 02 Sep 2026 01:13:39 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png IPU Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kualiti udara Sabah merosot, enam kawasan catat IPU tidak sihat https://sabahmedia.com/2026/09/02/kualiti-udara-sabah-merosot-enam-kawasan-catat-ipu-tidak-sihat/ https://sabahmedia.com/2026/09/02/kualiti-udara-sabah-merosot-enam-kawasan-catat-ipu-tidak-sihat/#respond Wed, 02 Sep 2026 01:13:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102638
Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU : Kualiti udara di Sabah terus mencatat bacaan tidak sihat apabila Sandakan menjadi kawasan terbaharu merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100 setakat jam 8 pagi pada Rabu.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), stesen pemantau IPU Politeknik Kota Kinabalu (PKK) merekodkan bacaan tertinggi iaitu 185, diikuti Kota Kinabalu dengan 179 dan Kimanis sebanyak 175.

Keningau pula mencatat mencatat bacaan IPU 174, manakala stesen Sandakan merekodkan bacaan 152 dan Tawau merekodkan bacaan 120.

Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan antara 51 hingga 100 berada pada tahap sederhana.

Keadaan berkenaan menunjukkan kualiti udara di beberapa kawasan utama Sabah masih kurang baik, sekali gus memerlukan orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga, khususnya golongan berisiko.

Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar yang berpanjangan sekiranya tidak diperlukan serta mendapatkan maklumat terkini mengenai status kualiti udara daripada sumber rasmi.

Peningkatan pencemaran udara juga boleh memberi kesan kepada individu yang sensitif terhadap pencemaran, terutama mereka yang mempunyai masalah pernafasan.

Orang ramai disaran terus memantau perubahan bacaan IPU dari semasa ke semasa berikutan keadaan kualiti udara boleh berubah mengikut faktor cuaca dan keadaan setempat.

Sementara itu, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengaktifkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah Kota Kinabalu bermula 1 September.

PKOB itu diaktifkan di Bilik Mesyuarat Tingkat 1 Bangunan DBKK yang beroperasi bermula jam 8 pagi hingga 8 malam.

Orang awam boleh menghubungi talian operasi menerusi 088-210011 dan 088-239681.– SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/02/kualiti-udara-sabah-merosot-enam-kawasan-catat-ipu-tidak-sihat/feed/ 0 102638
Tiga kawasan di Sabah dilanda kualiti udara tidak sihat, Tawau catat IPU tertinggi https://sabahmedia.com/2026/08/31/tiga-kawasan-sabah-dilanda-kualiti-udara-tidak-sihat-tawau-catat-ipu-tertinggi/ https://sabahmedia.com/2026/08/31/tiga-kawasan-sabah-dilanda-kualiti-udara-tidak-sihat-tawau-catat-ipu-tertinggi/#respond Sun, 30 Aug 2026 20:29:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102553
Read Time:39 Second

KOTA KINABALU : Tiga kawasan di Sabah nencatat kualiti udara tidak sihat setakat jam 4 pagi pada Isnin.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerusi laman sesawang JAS memaklumkan, tiga kawasan itu melibatkan stesen Politeknik Kota Kinabalu (PKK); Kota Kinabalu dan Tawau.

Kawasan berkenaan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di Sabah melebih bacaan 100.

Stesen Tawau mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 147, diikuti stesen PKK 143 dan Kota Kinabalu 113.

Sementara itu, lokasi lain seperti Kimanis dan Keningau kedua-duanya masing-masing mencatatkan bacaan IPU 99 dan 93. Sandakan berada pada bacaan 73

Manakala di Wilayah Persekutuan Labuan turut mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 156

Orang ramai terutamanya golongan kanak-kanak, warga emas, dan individu yang mempunyai masalah pernafasan dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti fizikal luar sekiranya mengalami sebarang gejala. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/31/tiga-kawasan-sabah-dilanda-kualiti-udara-tidak-sihat-tawau-catat-ipu-tertinggi/feed/ 0 102553