Isi minyak – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 25 Mar 2026 11:45:03 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Isi minyak – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Peraturan isi petrol dalam tong, hanya dibenarkan dengan Permit Khas – KPDN https://sabahmedia.com/2026/03/25/peraturan-isi-petrol-dalam-tong-hanya-dibenarkan-dengan-permit-khas-kpdn/ https://sabahmedia.com/2026/03/25/peraturan-isi-petrol-dalam-tong-hanya-dibenarkan-dengan-permit-khas-kpdn/#respond Wed, 25 Mar 2026 11:40:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93769
Read Time:1 Minute, 48 Second

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengambil maklum mengenai isu tular di media arus perdana dan platform media sosial berhubung pengisian petrol ke dalam tong yang berlaku baru-baru ini.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, penjualan bahan api seperti petrol dan diesel di stesen minyak adalah tertakluk di bawah peruntukan Akta Kawalan Bekalan 1961 (AKB 1961), yang menetapkan bahawa penjualan hanya dibenarkan kepada tangki asal kenderaan atau tangki yang telah diluluskan oleh agensi berkaitan.

Menurutnya, mana-mana pihak yang ingin membeli petrol atau diesel untuk kegunaan selain tangki asal kenderaan, sama ada bagi tujuan persendirian atau operasi tertentu, perlu mendapatkan Permit Khas daripada KPDN di bawah peruntukan akta tersebut.

“Permit Khas ini merupakan mekanisme kawalan bagi memastikan barang kawalan dan bersubsidi seperti petrol dan diesel tidak diseleweng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan, pembelian melalui Permit Khas hanya dibenarkan bagi kuantiti 20 liter dan ke atas, serta berdasarkan harga pam semasa di stesen minyak.

Permohonan permit tersebut boleh dibuat secara dalam talian melalui Sistem Permit Bekalan di pautan https://spb.kpdn.gov.my.

Azman berkata, Permit Khas ini adalah percuma dan terbuka kepada individu, syarikat atau organisasi yang memenuhi syarat kelayakan, termasuk dalam kalangan 10 kategori yang ditetapkan seperti pengusaha forklift, sektor pengangkutan air, penduduk di kawasan pedalaman dan pulau, industri makanan, pertanian, penternakan, pelancongan, pembinaan berskala kecil serta kegunaan bagi tujuan kecemasan dan penyelenggaraan.

Tambah beliau, mana-mana pihak yang diluluskan Permit Khas dibenarkan menggunakan tong drum, plastik atau bekas yang sesuai untuk mengisi bahan api, tertakluk kepada syarat yang diluluskan termasuk kuantiti, lokasi stesen minyak, tempoh dan kekerapan pembelian.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa selain pemegang Permit Khas, tiada pihak lain dibenarkan membeli petrol atau diesel dalam tong di stesen minyak, kecuali bagi kes kecemasan dengan had tidak melebihi 20 liter.

Sehubungan itu, KPDN menggesa orang ramai supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan serta menyalurkan sebarang aduan atau maklumat berkaitan pelanggaran kepada pihak kementerian melalui saluran rasmi, iaitu WhatsApp 019-848 8000, portal e-Aduan KPDN di https://eaduan.kpdn.gov.my, talian 1-800-886-800, atau aplikasi Ez ADU KPDN.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/25/peraturan-isi-petrol-dalam-tong-hanya-dibenarkan-dengan-permit-khas-kpdn/feed/ 0 93769
Polis tahan suspek kes penipuan isi minyak tanpa bayar https://sabahmedia.com/2025/06/08/polis-tahan-suspek-kes-penipuan-isi-minyak-tanpa-bayar/ https://sabahmedia.com/2025/06/08/polis-tahan-suspek-kes-penipuan-isi-minyak-tanpa-bayar/#respond Sun, 08 Jun 2025 06:31:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75219
Read Time:1 Minute, 17 Second

Oleh Siiti Nor Azizah Talata

TAWAU: Seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun berjaya diberkas pihak berkuasa polis Tawau kerana disyaki terlibat dalam kes penipuan pengisian minyak tanpa bayaran, di sini semalam.

Suspek ditahan oleh sepasukan polis dari Unit Kereta Peronda (MPV), Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner (ACP) Jasmin Hussin berkata, dalam kejadian pada pukul 1.45 pagi itu anggota polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai sebuah kenderaan mencurigakan yang berada di belakang sebuah premis dobi di pusat bandar Tawau.

Beliau menambah, anggota polis segera ke lokasi dan menemukan sebuah kenderaan jenis Toyota di kawasan tersebut dengan seorang lelaki di dalamnya.

“Hasil pemeriksaan mendapati suspek terlibat dalam kejadian mengisi minyak kenderaan tanpa bayar di beberapa buah stesen minyak sekitar bandar Tawau.

“Suspek ditahan dan kenderaan yang digunakan turut dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.

Menurut Jasmin, siasatan awal menunjukkan suspek dipercayai mengisi minyak tanpa membuat bayaran di beberapa stesen minyak sekitar Tawau sebelum meninggalkan premis terbabit.

Kata beliau lagi, perbuatan tersebut bukan sahaja melanggar undang-undang tetapi juga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengusaha stesen minyak.

Jasmin berkata, ujian saringan awal air kencing suspek menunjukkan keputusan negatif bagi pengambilan dadah.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Ujar beliau, pihak polis mengucapkan terima kasih kepada orang awam atas maklumat yang disalurkan dan menyeru masyarakat terus bekerjasama bagi mengekalkan keselamatan dan ketenteraman awam.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/08/polis-tahan-suspek-kes-penipuan-isi-minyak-tanpa-bayar/feed/ 0 75219