isnin aliasnih – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 08 Apr 2022 10:12:54 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png isnin aliasnih – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Perkhidmatan awam berperanan galas cabaran, realisasi agenda pembangunan negara https://sabahmedia.com/2022/04/08/perkhidmatan-awam-berperanan-galas-cabaran-realisasi-agenda-pembangunan-negara/ https://sabahmedia.com/2022/04/08/perkhidmatan-awam-berperanan-galas-cabaran-realisasi-agenda-pembangunan-negara/#respond Fri, 08 Apr 2022 10:12:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14061
Read Time:2 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU : Perkhidmatan awam memainkan peranan penting dalam menggalas cabaran bagi merealisasikan agenda pembangunan negara melalui program utama yang telah digariskan oleh Kerajaan.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Isnin Aliasnih berkata, perkhidmatan yang berprestasi tinggi dan bertaraf kelas pertama adalah menjadi fokus penting untuk menangani perubahan pantas yang berlaku dalam persekitaran COVID-19 ketika ini.

Katanya, jentera pentadbiran kerajaan perlu mempunyai kapasiti dan keupayaan yang tinggi untuk menjayakan program-program yang telah dirancang.

“Pada tahun ini, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) terus mengorak langkah memperkasakan kecekapan organisasi dan sistem penyampaiannya bagi menterjemahkan visi Kementerian kepada program-program yang boleh dilaksanakan demi kesejahteraan pekebun kecil.

“Saya percaya matlamat yang ditetapkan di bawah Model Perancangan Strategik RISDA (MPSR) Tahun 2021-2025 adalah selaras dengan Pelan Strategik Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Tahun 2021-2025.,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2021 RISDA negeri Sabah.

Isnin yang juga Ahli Pihak Berkuasa RISDA berkata, sasaran untuk merealisasikan impian RISDA bagi memastikan pekebuh kecik memperoleh pendapatan RM4,500 sebulan sekeluarga pada 2025 akan dapat dicapai melalui penghasilan prestasi kerja yang tinggi daripada seluruh warga kerja RISDA.

Katanya, ianya juga akan dapat meningkatkan kegemilangan pembangunan sektor pekebun kecil dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) ini.

“RISDA amat memerlukan warga kerja yang profesional, progresif, kreatif, inovatif, berketrampilan, bijaksana dan berani membawa perubahan untuk bersama-sama menjayakan semua dasar semasa yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

“Sepanjang 50 tahun penubuhan RISDA ini, saya yakin pelaksanaan program-program yang berimpak tinggi dengan pendekatan yang strategik nyata telah melonjakkan nama RISDA dan telah memakmurkan sebahagian pekebun kecil seluruh negara.

“Oleh itu, satu penghargaan dan pujian harus diberikan kepada semua warga RISDA di mana kecemerlangan ini boleh kita jadikan sebagai pengukur bahawa anda semua telah berjaya menunaikan amanah dan tanggungjawab secara proaktif dan berkesan dalam menjayakan proses penyampaian perkhidmatan terbaik kepada pekebun kecil,” katanya.

Dalam pada itu, Isnin berkata, tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada RISDA pada hari ini adalah satu tugas yang penuh dengan cabaran.

Katanya, penyampaian perkhidmatan bantuan – bantuan kerajaan ini amatlah berbeza dengan penyampaian perkhidmatan berlandaskan keuntungan.

“Tugas ini menuntut kesungguhan bukan sahaja memastikan bantuan – bantuan disampaikan kepada pekebun kecil dengan sempurna tetapi menjangkau kepada kesan positif penyampaian bantuan tersebut untuk memakmurkan keluarga pekebun kecil.

“Namun, walau apa pun cabarannya, yakinlah ini adalah kerja dakwah dan ibadah yang perlu ditanam sebagai roh perjuangan kita semua demi kemajuan masyarakat pekebun kecil dan kelestarian RISDA pada masa akan datang,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/08/perkhidmatan-awam-berperanan-galas-cabaran-realisasi-agenda-pembangunan-negara/feed/ 0 14061
DUN Sabah : Kerajaan Sabah Sentiasa Bersedia Jayakan Pendekatan Bawa Manfaat Kepada Rakyat https://sabahmedia.com/2021/12/07/dun-sabah-kerajaan-sabah-sentiasa-bersedia-jayakan-pendekatan-bawa-manfaat-kepada-rakyat/ https://sabahmedia.com/2021/12/07/dun-sabah-kerajaan-sabah-sentiasa-bersedia-jayakan-pendekatan-bawa-manfaat-kepada-rakyat/#respond Tue, 07 Dec 2021 09:21:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9491
Read Time:2 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Negeri sentiasa bersedia untuk menjayakan apa-apa pendekatan yang membawa manfaat kepada orang awam dan pihak berkepentingan.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Isnin Aliasnih berkata, deraf skim perancangan bagi daerah Penampang telah dipamerkan selama 90 hari bermula 18 Oktober sehingga 18 Januari 2022.

Katanya, ia adalah untuk pemeriksaan, bantahan dan pendengaran awam selaras dengan peruntukkan Seksyen 7(2) dan 7(3), Ordinan Perancangan Bandar dan Desa (Sabah Cap.141).

“Pada ketika ini orang awam boleh melakukan pemeriksaan terhadap deraf skim perancangan dan menghantar borang bantahan atau cadangan melalui web rasmi Majlis Daerah Penampang dan Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah (JPBW).

“Selain itu orang awam juga boleh datang ke ruang pameran pejabat Majlis Daerah Penampang (MDP), Dewanraya Kampung Terawi dan Dewanraya Kampung Ganang di mana setiap tempat pameran ini ada kakitangan yang bertugas untuk membantu memberi penerangan berkenaan deraf skim perancangan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Ignatius Dorell Leiking (WARISAN- Moyog) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Isnin berkata, sepanjang tempoh pameran dilaksanakan, pihak MDP dengan kerjasama JPBW telah mengambil beberapa pendekatan agar deraf skim perancangan Daerah Penampang mendapat hebahan menyeluruh tentang penyediaan deraf skim perancangan berkenaan kepada semua pemilik tanah yang terlibat terutamanya orang-orang kampung.

Katanya, ia meliputi Pelan Daerah Penampang, Pelan Tempatan Donggongon, Pelan Tempatan Kapazan, Pelan Tempatan Tuaui, Pelan Tempatan Kibabaig dan Pelan Tempatan Damaza.

“Kerajaan Negeri juga amat komited untuk memastikan hebahan menyeluruh dapat dilaksanakan dengan cepat dan berkesan melalui pelaksanaan pendekatan-pendekatan yang dirancang,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pihaknya mengalu-alukan mana-mana pihak, termasuk pemimpin kerajaan atau bukan untuk mengadakan dialog terbuka bagi mendapatkan maklum balas pelan pembangunan daerah.

Katanya, kerajaan mengambil pendekatan terbuka dalam perkara itu, lebih-lebih lagi ia membabitkan kepentingan penduduk di daerah terbabit.

Katanya, walaupun pihak berkuasa tempatan (PBT) atau majlis daerah ada kuasa penuh untuk menentukan bagaimana pendengaran awam pelan pembangunan daerah dilakukan, kerajaan terbuka untuk mendengar pandangan semua pihak.

“Majlis daerah ada kuasa penuh untuk menentukan bagaimana pendengaran awam dilakukan tetapi kita sangat terbuka dalam hal ini.

“Malahan, ada satu laporan daripada sebuah majlis daerah saya tidak terima apabila sampai kepada Majlis Perancangan Negeri sebab saya mahu orang awam dimaklumkan dan faham implikasi pelan itu.

“Kita mengalu-alukan tidak kira pemimpin kerajaan atau bukan untuk membuat pendengaran atau dialog terbuka. Saya hanya menjalankan tugas sebagai menteri untuk sementara waktu.

“Pelan itu adalah milik penduduk daerah itu, kita sangat terbuka dan kalau ada cara lain seperti arkitek, jurutera dan sebagainya untuk memberi input, kita mengalu-alukan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/07/dun-sabah-kerajaan-sabah-sentiasa-bersedia-jayakan-pendekatan-bawa-manfaat-kepada-rakyat/feed/ 0 9491
YB Pembangkang Diajak Buang Ego Politik Demi Kepentingan Rakyat https://sabahmedia.com/2021/10/08/yb-pembangkang-diajak-buang-ego-politik-demi-kepentingan-rakyat/ https://sabahmedia.com/2021/10/08/yb-pembangkang-diajak-buang-ego-politik-demi-kepentingan-rakyat/#respond Fri, 08 Oct 2021 07:00:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7297
Read Time:1 Minute, 30 Second

Oleh : ERDIE AB WAHID & NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di negeri ini diseru untuk bersama dengan kepimpinan kerajaan bagi membangunkan negeri seterusnya membantu rakyat di kawasan masing-masing.

Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Beaufort Datuk Isnin Aliasnih berkata, mereka (wakil rakyat pembangkang) juga diajak untuk membuang ego politik demi kepentingan rakyat.

“Kita tolak dan buang ego kita dalam politik yang penting rakyat, rakyat sekarang ini dalam kesusahan terutama sekali dalam menghadapi pandemik COVID-19.  Ramai rakyat di kawasan terutama luar bandar, Sipitang, Sindumin, ini luar bandar kawasan saya Klias juga luar bandar.

“Rakyat memerlukan bantuan dan semestinya mereka minta kepada wakil rakyat.  Jika sudah wakil rakyat dan tidak tidak bantu rakyat, buat apa wakil rakyat itu sedangkan wakil rakyat dipilih oleh rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas hadir pada sidang media pengumuman ADUN Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob yang mengumumkan keluar daripada Parti Warisan Sabah (WARISAN) disini hari ini.

Isnin yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata, tindakan ADUN Sindumin keluar WARISAN menyokong kerajaan adalah tepat dan baik.

“Sungguhnya tindakan ini sangat tepat dan sangat baik kerana kita ada empat tahun lagi.  Kini kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sudah setahun memerintah.  Dalam empat tahun ini banyak lagi perlu dibuat.

“Sekiranya beliau (Dr Yusof) masih menjadi wakil rakyat pembangkang, saya rasa sukar untuk beliau membangunkan kawasannya apatah lagi untuk berhubung dengan pihak kerajaan sama ada di Pusat atau Negeri.

“Justeru, saya seru wakil rakyat lain (pembangkang) datang bersama kita untuk membangunkan kerajaan, negeri kita agar setanding dengan negeri-negeri lain,” katanya.

Dalam pada itu, Isnin turut mendedahkan akan lebih ramai ADUN pembangkang di Sabah akan menyokong kerajaan.

Katanya, ramai ADUN pembangkang berhubung dengan parti kerajaan namun masih tidak berani mengambil keputusan keluar daripada parti mereka.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/08/yb-pembangkang-diajak-buang-ego-politik-demi-kepentingan-rakyat/feed/ 0 7297