istana negara – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 11 Sep 2021 08:47:23 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png istana negara – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Noh, Mohamad Angkat Sumpah Jawatan Menteri, Timbalan Menteri https://sabahmedia.com/2021/09/11/noh-mohamad-angkat-sumpah-jawatan-menteri-timbalan-menteri/ https://sabahmedia.com/2021/09/11/noh-mohamad-angkat-sumpah-jawatan-menteri-timbalan-menteri/#respond Sat, 11 Sep 2021 08:47:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6161
Read Time:1 Minute, 3 Second

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar dan Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin, masing-masing mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara hari ini.

Turut berangkat pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Berlangsung di Singgahsana Kecil kira-kira 2.35 petang, istiadat itu dimulakan dengan bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah.

Ia kemudian diteruskan dengan lafaz ikrar sumpah jawatan dan taat setia serta majlis menandatangani dokumen rasmi pelantikan Noh dan Mohamad, disaksikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang, tidak dapat menyertai majlis angkat sumpah menteri dan timbalan menteri 30 Ogos lalu selepas menjadi kontak rapat pesakit COVID-19, manakala Mohamad, Ahli Parlimen Kimanis disahkan positif wabak berkenaan ketika itu.

Noh dan Mohamad diumum menganggotai saf pentadbiran kerajaan baharu pimpinan Ismail Sabri pada 27 Ogos yang terdiri daripada 31 menteri termasuk empat menteri kanan serta 38 timbalan menteri. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/11/noh-mohamad-angkat-sumpah-jawatan-menteri-timbalan-menteri/feed/ 0 6161
((VIDEO)) 114 Ahli Parlimen BN,PN & GPS Selesai Menghadap Agong, Perjumpaan Nyata Sokongan Kepada Ismail Sabri https://sabahmedia.com/2021/08/19/video-114-ahli-parlimen-bnpn-gps-selesai-menghadap-agong-perjumpaan-nyata-sokongan-kepada-ismail-sabri/ https://sabahmedia.com/2021/08/19/video-114-ahli-parlimen-bnpn-gps-selesai-menghadap-agong-perjumpaan-nyata-sokongan-kepada-ismail-sabri/#respond Thu, 19 Aug 2021 09:33:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4889
Read Time:1 Minute, 53 Second

KUALA LUMPUR: Semua 114 Ahli Parlimen mewakili Barisan Nasional (BN); Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta bebas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara petang tadi.

Sesi terakhir menghadap Yang di-Pertuan Agong membabitkan Ahli Parlimen PAS yang keluar meninggalkan Istana Negara kira-kira jam 3.50 petang dimana sesi itu diketuai Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang.

Pada sebelah pagi tadi, beberapa kumpulan terdiri dari Ahli Parlimen BN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) turut menghadap Yang di-Pertuan Agong  hingga tengah hari.

Sesi yang dibahagikan sebanyak lima kumpulan itu dimulakan dengan sesi pertama membabitkan Ahli Parlimen UMNO yang tiba di Istana Negara pada jam 10.38 pagi.

Daripada lima sesi menghadap itu, empat sesi dibuat secara fizikal dengan Ahli Parlimen dimana setiap Ahli Parlimen diberi masa antara satu hingga dua minit secara bergilir-gilir untuk menyembah maklum secara lisan sokongan kepada calon Perdana Menteri.

Bagi Ahli Parlimen GPS, sesi menghadap mereka disempurnakan secara maya.

Sesi menghadap hari ini bertujuan mengesahkan surat akuan sokongan mereka kepada calon Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Ahli Parlimen Bera.

Difahamkan sehingga petang tadi, sesi menghadap Ahli Parlimen hanya membabitkan blok BN, PN, GPS serta bebas tanpa kehadiran Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan (PH) Plus.

Sementara itu, Setiausaha Agong UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, setiap Ahli Parlimen yang menghadap Yang di-Pertuan Agong menyatakan sokongan kepada calon Perdana Menteri secara sukarela dan tanpa paksaan.

Katanya, kesemua ahli Parlimen ditemuduga setiap seorang semi seorang secara ringkas oleh Seri Paduka dengan menyatakan nama dan dari kawasan mana kemudian menyatakan sokongan kepada calon Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Ismail Sabri.

“Saya kira ini adalah satu pengalaman yang penting kepada 114 ahli Parlimen yang menyokong Ahli Parlimen Bera itu.

“Proses selepas ini akan ditentukan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong dan saya berharap kerajaan seterusnya dapat membela rakyat, menyelesaikan masalah pandemik COVID-19 dan ekonomi,” katanya

Semalam, Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berjaya mengumpul jumlah surat akuan (SD) tertinggi iaitu dengan 114 sokongan sekali gus mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/19/video-114-ahli-parlimen-bnpn-gps-selesai-menghadap-agong-perjumpaan-nyata-sokongan-kepada-ismail-sabri/feed/ 0 4889
PN Sokong Ahli Parlimen Bera Sebagai Calon PM Baharu Namun Bersyarat – Muhyiddin Yassin https://sabahmedia.com/2021/08/19/pn-sokong-ahli-parlimen-bera-sebagai-calon-pm-baharu-namun-bersyarat-muhyiddin-yassin/ https://sabahmedia.com/2021/08/19/pn-sokong-ahli-parlimen-bera-sebagai-calon-pm-baharu-namun-bersyarat-muhyiddin-yassin/#respond Thu, 19 Aug 2021 08:51:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4885
Read Time:1 Minute, 44 Second

Oleh ERDIE AB WAHID
[email protected]

KUALA LUMPUR : Parti Perikatan Nasional (PN) sebulat suara bersetuju untuk mencalonkan mantan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri kerajaan PN yang baharu.

Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, semua 50 ahli Dewan Rakyat dari parti-parti gabungan PN telah menyerahkan Akuan Bersumpah ke Istana Negara semalam menyatakan sokongan kepada Ahli Parlimen Bera itu sebagai calon Perdana Menteri.

“Saya juga telah berunding dengan pimpinan parti Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang membentuk kerajaan PN sebelum ini untuk mengambil ketetapan yang sama.

“Keputusan ini dibuat demi menjamin kesinambungan dasar-dasar kerajaan PN yang sedang menumpukan kepada usaha memerangi COVID-19 dan memulihkan negara sehingga tiba masa yang sesuai untuk diadakan Pilihanrata Umum bagi mengembalikan mandate kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan disini petang ini.

Muhyiddin yang kini menjadi Perdana Menteri Sementara berkata, keputusan itu juga bermakna PN lebih mengutamakan kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat berbanding politik dendam dalam persaingan merebut kuasa.

Katanya, apabila berdepan dengan situasi krisis, ahli politik mestilah berjiwa besar demi kepentingan rakyat dan negara.

“Selaras dengan prinsip PN untuk mempertahankan kerajaan yang berintegriti, suka saya menegaskan bahawa sokongan PN kepada calon Perdana Menteri ke-sembilan adalah bersyarat.

“Sekiranya dilantik sebagai Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong, beliau hendaklah memastikan ahli jemaah menteri yang bakal dilantik terdiri daripada mereka yang berintegriti, beramanah dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah di Mahkamah,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, kerajaan PN di bawah pimpinan beliau juga mestilah meneruskan amalan menghormati prinsip pengasingan kuasa, melindungi kebebasan badan kehakiman dan menjunjung konsep Raja Berpelembagaan.

Beliau turut berharap proses pelantikan Perdana Menteri yang baharu dapat berjalan lancar dan dimuktamadkan dalam masa terdekat menurut kehendak Perlembagaan Persekutuan.

“Selaki Pengerusi PN, saya akan meneruskan khidmat bakti kepada rakyat dan mempersiapkan parti bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-15 apabila tiba masanya,” katanya.

Terdahulu, Ahli Dewan Rakyat terdiri dari parti-parti gabungan PN adalah membabitkan 31 Ahli Dewan Rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU); 18 dari Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan 1 dari Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/19/pn-sokong-ahli-parlimen-bera-sebagai-calon-pm-baharu-namun-bersyarat-muhyiddin-yassin/feed/ 0 4885
Ismail Sabri Tiba Di Istana Negara Menghadap Agong https://sabahmedia.com/2021/08/19/ismail-sabri-tiba-di-istana-negara-menghadap-agong/ https://sabahmedia.com/2021/08/19/ismail-sabri-tiba-di-istana-negara-menghadap-agong/#respond Thu, 19 Aug 2021 05:41:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4872
Read Time:1 Minute, 12 Second

KUALA LUMPUR: Calon Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri tiba di perkarangan pintu dua Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ahli Parlimen Bera yang Naib Presiden UMNO itu tiba menaiki sebuah bas bersama Ahli Parlimen lain kira-kira  jam 1.15 petang tadi.

Ismail dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan secara lisan mengenai sokongan terhadap calon Perdana Menteri.

Sebelum ketibaan beliau, beberapa Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) turut kelihatan dilihat tiba di Pintu Dua Istana Negara dengan sebuah bas kira-kira jam 12.45 tengah hari.

Antara Ahli Parlimen BERSATU yang kelihatan ialah Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamad; Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Ahli Parlimen Gelugor, Datuk Shahbudin Yahya serta Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Rina Harun.

Bas yang membawa sekumpulan Ahli Parlimen BERSATU yang tiba di Istana Negara

Sebelum ini, Ahli Parlimen BERSATU iaitu Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamaruddin Jaafar antara yang kelihatan awal meninggalkan Istana Negara selepas selesai menghadap  Yang di-Pertuan Agong bersama kumpulan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

Petang ini dijangka beberapa ahli Parlimen dari Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan beberapa ahli Parlimen Bebas termasuk Gabungan Parti Sarawak (GPS) dijangka turut menghadap Agong.

Terdahulu, beberapa Ahli Parlimen daripada UMNO dan BERSATU yang dibahagi kepada beberapa kumpulan dilihat masuk dan keluar dari pintu dua Istana Negara selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/19/ismail-sabri-tiba-di-istana-negara-menghadap-agong/feed/ 0 4872
Ahli Parlimen BN, BERSATU Selesai Menghadap Agong https://sabahmedia.com/2021/08/19/ahli-parlimen-bn-bersatu-selesai-menghadap-agong/ https://sabahmedia.com/2021/08/19/ahli-parlimen-bn-bersatu-selesai-menghadap-agong/#respond Thu, 19 Aug 2021 04:20:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4866
Read Time:43 Second

KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mula meninggalkan Istana Negara selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pertemuan hampir sejam itu dipercayai bagi mengesahkan surat akuan sokongan mereka kepada calon Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Turut meninggalkan Istana Negara ahli-ahli Parlimen dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kira-kira jam 11.35 pagi tadi.

Antara yang kelihatan keluar dari pintu dua Istana Negara ialah Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias; Ahli Parlimen Jempol, Datuk Salim Sharif; Ahli Parlimen Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.

Selain itu, Ahli Parlimen BERSATU yang kelihatan keluar ialah Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamaruddin Jaafar.

Mereka yang sebelum itu tiba di Istana Negara menggunakan bas dan kenderaan persendirian kira-kira jam 10.38 pagi tadi.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/19/ahli-parlimen-bn-bersatu-selesai-menghadap-agong/feed/ 0 4866
Ahli-Ahli Parlimen BN,PN & GPS Tiba Di Istana Negara https://sabahmedia.com/2021/08/19/ahli-ahli-parlimen-bnpn-gps-tiba-di-istana-negara/ https://sabahmedia.com/2021/08/19/ahli-ahli-parlimen-bnpn-gps-tiba-di-istana-negara/#respond Thu, 19 Aug 2021 02:59:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4863
Read Time:1 Minute, 0 Second

KUALA LUMPUR: Sekumpulan ahli-ahli Parlimen yang akan mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini mula kelihatan tiba kira-kira jam 10.38 pagi tadi.

Mereka yang tiba menggunakan bas dipercayai membawa ahli Parlimen dari beberapa gabungan parti yang menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri masuk melalui Pintu 2 Istana Negara.

Beberapa kenderaan kenamaan juga turut kelihatan memasuki Istana Negara.

Selepas itu diikuti dengan ketibaan membawa rombongan ahli Parlimen menerusi bas kedua kira-kira jam 10.43 pagi.

Difahamkan sesi mengadap itu dijadualkan berlangsung secara berperingkat membabitkan lima kumpulan.

Kumpulan pertama terdiri daripada 24 Ahli Parlimen GPS dan UMNO akan bermula pada jam 10 pagi diikuti 25 ahli Parlimen UMNO, BERSATU dan Bebas pada jam 11.10 pagi.

Ini diikuti kumpulan ketiga 25 Ahli Parlimen UMNO dan BERSATU pada jam 2 petang, diikuti 22 ahli Parlimen UMNO, MCA, MIC, PBRS, PBS, STAR dan Bebas pada jam 3.10 petang.

Seramai 18 Ahli Parlimen PAS menjadi kumpulan terakhir menghadap Seri Paduka pada jam 4 petang.

Sesi menghadap hari ini bertujuan mengesahkan surat akuan sokongan mereka kepada calon Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/19/ahli-ahli-parlimen-bnpn-gps-tiba-di-istana-negara/feed/ 0 4863
114 Ahli Parlimen Dipanggil Ke Istana Negara Pagi Ini, Ismail Sabri Bakal PM Ke-9 https://sabahmedia.com/2021/08/19/114-ahli-parlimen-dipanggil-ke-istana-negara-pagi-ini-ismail-sabri-bakal-pm-ke-9/ https://sabahmedia.com/2021/08/19/114-ahli-parlimen-dipanggil-ke-istana-negara-pagi-ini-ismail-sabri-bakal-pm-ke-9/#respond Wed, 18 Aug 2021 22:54:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4861
Read Time:40 Second

KUALA LUMPUR : Ahli-ahli Parlimen yang menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri ke-sembilan telah dipanggil ke Istana Negara bermula pagi ini.

Mereka yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN),Parti Islam SeMalaysia (PAS) ; Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan beberapa ahli Parlimen Bebas.

Difahamkan, kehadiran mereka ke Istana Negara pagi ini adalah bagi mengesahkan surat akuan bersumpah (SD) sokongan mereka kepada calon Perdana Menteri.

Sumber menyatakan, pergerakan ke Istana Negara adalah mengikut parti bermula seawal jam 10 pagi yang dimulakan dengan GPS; Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU); UMNO dan BN serta PAS pada sebelah petang.

Pergerakan Ahli Parlimen BN dan UMNO esok akan bergerak ke Istana Negara dalam dua kumpulan menaiki bas khas dari ibu pejabat parti itu di Menara Dato’ Onn, di sini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/19/114-ahli-parlimen-dipanggil-ke-istana-negara-pagi-ini-ismail-sabri-bakal-pm-ke-9/feed/ 0 4861