istana – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 18 Aug 2025 23:08:21 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png istana – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Al Jam’iyatul Washliyah teruskan kesinambungan 52 tahun syiar Islam di Sabah https://sabahmedia.com/2025/08/18/al-jamiyatul-washliyah-teruskan-kesinambungan-52-tahun-syiar-islam-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/08/18/al-jamiyatul-washliyah-teruskan-kesinambungan-52-tahun-syiar-islam-di-sabah/#respond Mon, 18 Aug 2025 06:21:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79535
Read Time:1 Minute, 55 Second

Kota Kinabalu: Organisasi kemasyarakatan Islam Indonesia, Al Jam’iyatul Washliyah meneruskan kesinambungan 52 tahun dakwah syiar Islam dengan meningkatkan kerjasama pendidikan universiti di Sabah.

Dipertua (Ketua Umum) merangkap Pengurus Besar Al Jam’iyatul Washliyah, Kiyai Dr. Masyhuril Khamis berkata, kerjasama tersebut termasuk pertukaran pensyarah dan pelajar yang kini dalam persiapan pihak Indonesia.

“Melalui pertukaran pelajar dan pensyarah ini, kami yakin hubungan dalam bidang pendidikan antara kedua-dua pihak dapat dipertingkatkan. Dari segi sains dan pendidikan, kedua-dua negara sama-sama baik, cuma belum dikolaborasikan sepenuhnya.

“Kerjasama ini amat penting khususnya dalam membangunkan generasi muda. Indonesia dan Malaysia, terutamanya Indonesia dan Sabah, adalah saudara yang tidak mungkin dipisahkan oleh sempadan negara. 

”Kita bersatu kerana akidah yang sama, berkongsi perjuangan yang sama demi risalah Nabi Muhammad SAW.

“Dengan kehadiran kami kali ini, insya-Allah hubungan ini akan dipertingkatkan kerana dua negara serumpun ini disatukan oleh ikatan pemikiran, persaudaraan dan zikrullah.

”Kami berharap kekuatan ini lahir daripada hubungan Indonesia dan Malaysia, khususnya Sabah,” katanya ketika ditemui media selepas kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman, pada Ahad.

Kunjungan tersebut bertujuan memperkukuh silaturahim antara Al Jam’iyatul Washliyah dengan Sabah selepas penghantaran 19 pendakwah Islam dari Indonesia ke negeri ini sekitar 1974 hingga 1975.

Sementara itu, generasi pertama pendakwah Al Jam’iyatul Washliyah ke Sabah, Datuk Jalidar Abd. Rahim berkata, mereka berkhidmat membangunkan Islam melalui dakwah dan pendidikan sejak 1974.

“Tidak terasa, masa sudah berlalu, daripada 19 orang yang dihantar dahulu, kini hanya empat orang yang masih hidup, itu pun sudah agak uzur.

“Sepanjang tempoh itu, banyak usaha pembangunan Islam telah dijalankan. Kehadiran kami dari Indonesia ketika itu amat dialu-alukan oleh Ketua Menteri Sabah pada masa tersebut, Tun Mustapha yang berharap kami dapat membantu menggerakkan Islamisasi di Sabah.

“Ketika itu umat Islam hanya sekitar 20 peratus, namun hari ini jumlahnya sudah mencecah 70 peratus hasil gerakan dakwah yang dijalankan,” ujarnya.

Pada tahun 1974, Tun Mustapha meminta bantuan mantan Perdana  Menteri Indonesia, Buya Muhammad Natsir  untuk mencari pendakwah berkelayakan yang mana tanggungjawab tersebut diamanahkan kepada ulama dan tokoh sasterawan Islam Indonesia, Dr. Hamka.

Proses pemilihan dijalankan di Universitas Islam Sumatera Utara (UISU) dengan 12 mata pelajaran sebagai ujian kelayakan dan turut diselia oleh Mufti Sabah ketika itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/18/al-jamiyatul-washliyah-teruskan-kesinambungan-52-tahun-syiar-islam-di-sabah/feed/ 0 79535
Dakwaan libatkan keluarga TYT Sabah tidak berasas – Istana https://sabahmedia.com/2025/07/31/dakwaan-libatkan-keluarga-tyt-sabah-tidak-berasas-istana/ https://sabahmedia.com/2025/07/31/dakwaan-libatkan-keluarga-tyt-sabah-tidak-berasas-istana/#respond Thu, 31 Jul 2025 11:43:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78322
Read Time:53 Second

Kota Kinabalu : Istana Seri Kinabalu hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang tular di media sosial kononnya individu yang terlibat dalam kes yang menyebabkan kematian seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah di Papar baru-baru ini adalah keluarga Yang di- Pertua Negeri Sabah.

Setiausaha Perhubungan Kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah Datuk Abdulah Hussin berkata, dakwaan tersebut adalah tidak berasas, tidak bertanggungjawab serta bersifat fitnah yang boleh mencemarkan reputasi keluarga Tuan Yang Terutama.

Katanya, orang ramai diminta agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih dan berbaur fitnah. 

“Difahamkan, kertas siasatan telah dihantar oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk diperhalusi sebelum diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Abdulah berkata, Istana Seri Kinabalu turut mengingatkan bahawa penyebaran maklumat palsu boleh dikenakan tindakan dibawah undang undang sedia ada termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Katanya, sebarang perkembangan berkaitan siasatan hendaklah dirujuk kepada pihak Polis atau kepada Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham orang awam. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/31/dakwaan-libatkan-keluarga-tyt-sabah-tidak-berasas-istana/feed/ 0 78322
PMBS kesal kenyataan pihak pertikai sambutan Hari Jadi TYT https://sabahmedia.com/2025/04/08/pmbs-kesal-kenyataan-pihak-pertikai-sambutan-hari-jadi-tyt/ https://sabahmedia.com/2025/04/08/pmbs-kesal-kenyataan-pihak-pertikai-sambutan-hari-jadi-tyt/#respond Tue, 08 Apr 2025 02:22:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71596
Read Time:1 Minute, 30 Second

Kota Kinabalu : Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) kesal dengan kenyataan Ketua Penerangan Parti Warisan Datuk Azis Jamman berhubung dengan sambutan Hari Jadi Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah yang berlangsung selama tiga bulan.

Timbalan Presiden PMBS berkata, kenyataan itu adalah tidak tepat dan ia boleh menimbulkan kekeliruan serta bersifat memutarbelitkan fakta sebenar.

Katanya, sambutan hari jadi TYT Sabah adalah satu acara tahunan yang bertujuan untuk merayakan sumbangan TYT kepada negeri ini dan rakyat Sabah secara keseluruhan.

“Ia adalah satu penghormatan yang diberikan oleh pihak Kerajaan Negeri kepada TYT atas peranannya yang amat penting dalam memimpin dan menaungi negeri ini dengan penuh kebijaksanaan.

“Acara ini tidak dilaksanakan selama tiga bulan, sebaliknya ianya merupakan satu siri aktiviti yang melibatkan pelbagai pihak yang dijalankan dalam satu jangka masa yang singkat iaitu pada bulan Jun sahaja.

“Pihak kami ingin menegaskan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Azis Jamman adalah salah dan tidak berdasarkan fakta yang sebenar,” katanya dalam kenyataan di sini.

Saifuddin turut berharap agar individu-individu yang membuat kenyataan sebegini lebih berhati-hati dalam menyampaikan maklumat kepada umum supaya tidak timbul salah faham dalam kalangan masyarakat.

“Kami meminta kepada sesiapa sahaja agar bertabayyun atau menyemak terlebih dahulu kesahihan berita dan bukan hanya membaca tajuk berita dan bergantung kepada satu sumber berita sahaja.

“Kami juga menyeru agar semua pihak lebih beradab dan menghormati intitusi Tuan Yang Terutama negeri inj sebagai institusi yang tertinggi di  negeri ini yang patut di hormati dan dipeliihara dinegeri ini.

“Berhati hati dan beradablah ketika membuat sebarang kenyataan berhubung apa saja yang melibatkan istana negeri,” katanya.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, pihaknya turut yakin bahawa Kerajaan Negeri Sabah akan terus komited dalam memastikan program-program yang dilaksanakan adalah untuk kebaikan rakyat dan negeri ini

Menurutnya, pihaknya juga akan terus bekerjasama dengan semua pihak untuk memastikan kesejahteraan rakyat Sabah terjamin.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/08/pmbs-kesal-kenyataan-pihak-pertikai-sambutan-hari-jadi-tyt/feed/ 0 71596
Tindakan Parti Warisan heret Istana Negeri dalam permainan politik dilihat berniat tidak baik https://sabahmedia.com/2025/03/28/tindakan-parti-warisan-heret-istana-negeri-dalam-permainan-politik-dilihat-berniat-tidak-baik/ https://sabahmedia.com/2025/03/28/tindakan-parti-warisan-heret-istana-negeri-dalam-permainan-politik-dilihat-berniat-tidak-baik/#respond Fri, 28 Mar 2025 11:00:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71266
Read Time:1 Minute, 29 Second

Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menegur tindakan Parti Warisan yang mengheret institusi Istana Negeri ke dalam permainan politik dan pembohongan terutama dalam kalangan pemimpin parti itu.

Katanya, hantaran di media sosial dua pemimpin parti itu iaitu Datuk Darell Leiking dan Datuk Mohd Azis Jamman yang mempersoalkan sambutan rasmi hari jadi Yang di-Pertua Negeri Tun Musa Aman dilihat berniat tidak baik.

“Sebagai Ketua Menteri, saya bertanggungjawab untuk melindungi dan mempertahankan institusi Istana, tanpa mengira siapa yang menjadi Tuan Yang Terutama.

“Jelas sekali politik telah mengaburi penilaian mereka (Darell dan Azis), sehingga tidak dapat membezakan perbezaan asas antara kerajaan, politik dan Istana.

“Institusi Istana bersifat apolitikal dan tidak seharusnya diseret ke dalam politik jalanan penuh pembohongan dan penipuan Warisan,” katanya dalan kenyataan di sini hari ini.

Hajiji berkata, Tun Musa mencadangkan agar tidak diadakan sebarang sambutan tahun ini kerana tarikh rasmi hari jadi Tuan Yang Terutama (TYT) telah diwartakan pada 30 Mac, yang bertembung dengan sambutan Hari Raya.

“Malah, Tun Musa juga tidak mahu membebankan pihak yang terlibat dalam penganjuran sambutan memandangkan masa yang singkat serta kos yang tidak perlu.

“Namun, sebagai Ketua Menteri, saya merasakan bahawa sebarang keputusan yang dibuat mesti dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet Negeri,” katanya.

Hajiji berkata, selepas perbincangan, Kabinet bersetuju bahawa sambutan sewajarnya perlu diadakan para tahun ini mengikut konvensyen dan tradisi Istana.

“Oleh itu, diputuskan bahawa sambutan akan diadakan pada bulan Jun, tetapi secara sederhana mengikut kehendak dan nasihat Tun Musa,” katanya.

Sehubungan itu, Hajiji berkata, jumlah acara yang akan diadakan telah dikurangkan daripada 12 pada tahun lalu kepada hanya tujuh tahun ini, sekali gus mengurangkan perbelanjaan sebanyak kira-kira 30 peratus.

Beliau berkata, Darell dan Azis pernah berada dalam kerajaan sebelum ini dan mereka sepatutnya tahu apa yang terlibat dalam persiapan hari jadi TYT. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/28/tindakan-parti-warisan-heret-istana-negeri-dalam-permainan-politik-dilihat-berniat-tidak-baik/feed/ 0 71266
Dua pos imbangan Tentera dijangka siap tahun ini https://sabahmedia.com/2025/02/12/dua-pos-imbangan-tentera-dijangka-siap-tahun-ini/ https://sabahmedia.com/2025/02/12/dua-pos-imbangan-tentera-dijangka-siap-tahun-ini/#respond Wed, 12 Feb 2025 02:03:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68515
Read Time:1 Minute, 32 Second

Kota Kinabalu : Dua pos imbangan tentera yang kini dalam sedang pembinaan di Tambulanan dan Ladang Brantian dijangka siap tahun ini yang berupaya membantu meningkatkan tahap kawalan keselamatan di sempadan negara terutama di Sabah.

Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi berkata terdapat beberapa projek pembangunan infrastruktur pertahanan yang sedang giat dilaksanakan di Sarawak dan Sabah melibatkan pembinaan  baharu ataupun menaik taraf pos-pos sedia ada.

“Terdapat juga empat pos keselamatan di Pulau Sebatik yang telah diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan kolaborasi Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pertahanan dengan satu pos akan diberikan kepada TDM untuk menduduki pos tersebut iaitu di Sungai Kuning, Pulau Sebatik.

“Pada tahun lepas, Pos Mentadak Felda Selatan di Kalabakan berjaya disiapkan dan kami juga akan terus memperkasakan pos-pos sedia ada supaya anggota kami dapat bekerja dengan lebih selesa dan memberi perhatian kepada tugas-tugas yang perlu dilaksanakan di kawasan sempadan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman, di sini semalam.

Kunjungan tersebut bertujuan memperkenalkan kepimpinan tertinggi TDM di Sabah kepada Tun Musa di samping memaklumkan perkembangan keselamatan khususnya pembinaan beberapa pos keselamatan baharu di pesisir pantai dan Pulau Sebatik.

Mohd Sofi yang diiringi isteri, Datin Erni Irawati Rosli juga memaklumkan TDM menerusi aturgerak Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (PMTTD) sentiasa proaktif membantu rakyat yang terkesan dengan Monsun Timur Laut yang berlaku kini.

“Alhamdulillah, kami telah dapat selaraskan dan bekerjasama dengan agensi-agensi pihak berkuasa awam lain menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana,” katanya.

Hadir sama dalam kunjungan tersebut, Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Noorrul Azril Ariffin, Panglima 5 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Mohd  Zamri Abdullah dan Panglima 13 Briged, Brigedier Jeneral Jagjit Singh A/L Indar Singh bersama isteri masing-masing.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/12/dua-pos-imbangan-tentera-dijangka-siap-tahun-ini/feed/ 0 68515
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan https://sabahmedia.com/2024/05/20/cuba-ceroboh-masuk-istana-negara-dua-individu-dipenjara-dua-bulan/ https://sabahmedia.com/2024/05/20/cuba-ceroboh-masuk-istana-negara-dua-individu-dipenjara-dua-bulan/#respond Mon, 20 May 2024 15:23:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54724
Read Time:1 Minute, 53 Second

bernama

KUALA LUMPUR – Dua lelaki dijatuhi hukuman penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana cuba menceroboh masuk Istana Negara, tiga hari lepas.

Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim menjatuhkan hukuman itu ke atas Salleh Udoh, 37, dan Abdul Malek Az Zukhruf Fiee, 29, selepas mereka mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di Pintu 3 Istana Negara, Sri Hartamas di sini pada 4.40 petang, 17 Mei lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya.

Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkap pada 17 Mei.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian pengadu iaitu anggota polis yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di pintu 3 Istana Negara didatangi sebuah kereta dinaiki kedua-dua tertuduh yang cuba memasuki istana.

Apabila ditanya tujuan masuk ke istana, kedua-dua tertuduh memberitahu ingin berjumpa Yang di-Pertuan Agong atas urusan akhirat dan pengadu telah membuat panggilan ke pusat kawalan dan petugas ronda sektor kemudian tiba di lokasi kejadian.

Pemeriksaan dilakukan ke atas kenderaan tertuduh dan menjumpai sebilah parang bersarung hitam berukuran 17.5 inci dalam bonet kereta. Kedua-dua tertuduh ditangkap dan siasatan mendapati mereka tiada sebarang urusan yang sah untuk memasuki Istana Negara.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya R. Harvind memohon hukuman setimpal dan berbentuk pengajaran kepada kedua-dua tertuduh dengan mengambil kira kes pencerobohan yang berlaku.

Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan mereka mempunyai tanggungan keluarga serta tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Sementara itu Salleh yang berdepan satu lagi pertuduhan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memiliki senjata iaitu parang panjang berkenaan tanpa kebenaran yang sah pada lokasi, masa dan tarikh sama.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Hakim Norina Zainol Abidin membenarkan Salleh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali sehingga kes selesai serta menetapkan 25 Jun ini untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ngoh Jess Lynn manakala tertuduh tidak diwakili peguam.- BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/20/cuba-ceroboh-masuk-istana-negara-dua-individu-dipenjara-dua-bulan/feed/ 0 54724
Polis Sahkan Tahan 2 individu Cuba Ceroboh Istana Negara https://sabahmedia.com/2024/05/18/polis-sahkan-tahan-2-individu-cuba-ceroboh-istana-negara/ https://sabahmedia.com/2024/05/18/polis-sahkan-tahan-2-individu-cuba-ceroboh-istana-negara/#respond Sat, 18 May 2024 05:58:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54585
Read Time:1 Minute, 21 Second

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki yang disyaki cuba menceroboh Istana Negara di sini, semalam. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata kedua-dua suspek yang menaiki sebuah PERODUA Kembara pada mula cuba memasuki Istana Negara melalui Pintu 3, kira-kira jam 4.40 petang. 

Tambahnya anggota polis yang berkawal di pintu masuk menahan kenderaan dinaiki suspek dan suspek memaklumkan mereka mahu berjumpa dengan Yang di-Pertuan Agong. 

“Anggota polis di lokasi kemudian melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan dinaiki mereka dan menjumpai sebilah parang dalam kenderaan terbabit. 

“Berikutan itu, kedua-dua lelaki tempatan berusia 29 dan 37 tahun yang menaiki kenderaan itu ditahan untuk siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Beliau berkata, siasatan mendapati kedua-dua susek yang ditahan, masing-masing bekerja sebagai buruh binaan dan penghantar makanan. 

Katanya, keputusan ujian saringan awal air kencing kedua-dua suspek didapati negatif dan semakan mendapati mereka tiada rekod jenayah lampau. 

“Kedua-duanya kini direman empat hari bermula hari ini sehingga 21 Mei ini untuk siasatan lanjut yang dijalankan mengikut Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan. 

“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958,” katanya. 

Rusdi berkata, orang ramai diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan sesuatu berita yang tidak pasti berkaitan kejadian ini. 

Sementara itu, susulan kejadian terbaharu itu, Pasukan Keselamatan Istana Negara kini mengambil beberapa langkah mempertingkatkan kawalan keselamatan keluar masuk ke istana.

Antara langkah itu termasuk menghidupkan penghadang kenderaan menggunakan Sistem Bollard sepanjang masa, selain pemeriksaan terhadap semua kakitangan dan tetamu yang masuk serta memperketatkan penggunaan pas di pintu masuk.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/18/polis-sahkan-tahan-2-individu-cuba-ceroboh-istana-negara/feed/ 0 54585
Lebih 90 Etnik Di Sabah Bakal Dihimpunkan Sempena Sambutan Hari Jadi TYT https://sabahmedia.com/2021/09/27/lebih-90-etnik-di-sabah-bakal-dihimpunkan-sempena-sambutan-hari-jadi-tyt/ https://sabahmedia.com/2021/09/27/lebih-90-etnik-di-sabah-bakal-dihimpunkan-sempena-sambutan-hari-jadi-tyt/#comments Mon, 27 Sep 2021 10:36:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6906
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Lebih 90 etnik di Sabah akan dihimpunkan untuk diketengahkan pada Sambutan Perayaan Hari Jadi Rasmi Ke-68 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata, ia merupakan antara pembaharuan dalam sambutan tahun ini selain beberapa acara lain akan turut dilaksanakan.

“Buat julung kalinya, kerajaan negeri menerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS)  mengilhamkan satu acara sambutan hari etnik yang melibatkan lebih 90 persatuan etnik di Sabah.

“Selain itu beberapa acara lain akan turut dilaksanakan antaranya Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran diikuti Majlis Santapan Negeri serta Majlis Bacaan Doa Selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, disini hari ini.

Hadir sama , Datuk Bandar Kota Kinabalu Noorliza Awang Alip, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, Jais Asri dan Pengurus Besar LKNS, Mackey Apison.

Dr Joachim berkata, sambutan hari etnik itu bertujuan agar semua etnik di Sabah masih dapat mengenali atau memahami pertuturan dalam bahasa masing-masing.

Katanya, sambutan secara hibrid itu dijangka akan diadakan pada 23 Oktober depan dengan penyampaian dua anugerah iaitu Anugerah Penggiat Bahasa Etnik Sabah dan Anugerah Utama Tokoh Penggiat Bahasa Sabah 2021.

“Anugerah Penggiat Bahasa Etnik Sabah terbahagi kepada dua kategori yang merangkumi Anugerah Penggiat Bahasa (Persatuan) dan Anugerah Guru Bahasa (Jabatan Pendidikan Negeri Sabah),”katanya. – PENERANGAN

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/27/lebih-90-etnik-di-sabah-bakal-dihimpunkan-sempena-sambutan-hari-jadi-tyt/feed/ 2 6906
Dua Bangunan Kerajaan Dikenali Dengan Nama Baharu https://sabahmedia.com/2021/09/06/dua-bangunan-kerajaan-dikenali-dengan-nama-baharu/ https://sabahmedia.com/2021/09/06/dua-bangunan-kerajaan-dikenali-dengan-nama-baharu/#respond Mon, 06 Sep 2021 02:59:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5892
Read Time:44 Second

KOTA KINABALU: Istana Negeri Sabah dan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) kini mula dikenali dengan nama baharu selepas diwartakan menerusi Warta Kerajaan Negeri Sabah.

Istana Negeri Sabah kini dikenali sebagai Istana Seri Kinabalu manakala PPNS dikenali sebagai Menara Kinabalu.

Warta Kerajaan Negeri Sabah itu dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong pada 5 Ogos lalu dan diterbitkan pada 26 Ogos lalu.

Warta itu turut dimuat naik di laman web kerajaan negeri www.sabah.gov.my/gazette/ selain turut tular dimedia sosial sejak malam tadi.

Kenyataan di dalam warta tersebut diterbitkan atas perintah Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin untuk makluman umum.

Bangunan Istana Seri Kinabalu berfungsi sebagai pejabat dan kediaman rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Menara Kinabalu menempatkan pejabat Ketua Menteri dan beberapa kementerian lain.

Antaranya Kementerian Kewangan, Jabatan Ketua Menteri dan Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah selain beberapa jabatan kerajan lain.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/06/dua-bangunan-kerajaan-dikenali-dengan-nama-baharu/feed/ 0 5892
PM Terpilih Menerusi SD Perlu Kemuka Usul Undi percaya di Parlimen – Agong https://sabahmedia.com/2021/08/18/pm-terpilih-menerusi-sd-perlu-kemuka-usul-undi-percaya-di-parlimen-agong/ https://sabahmedia.com/2021/08/18/pm-terpilih-menerusi-sd-perlu-kemuka-usul-undi-percaya-di-parlimen-agong/#respond Wed, 18 Aug 2021 05:58:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4829
Read Time:2 Minute, 20 Second

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah bahawa Perdana Menteri yang dilantik hendaklah secepat mungkin mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat untuk mengabsahkan beliau mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan satu Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja Melayu akan diadakan pada Jumaat ini bagi membincangkan isu semasa.

“Baginda selanjutnya bertitah bahawa selaku Ketua Utama Negara, Baginda akan cuba sedaya upaya untuk menyempurnakan tanggungjawab seorang Raja Berperlembagaan berteraskan keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Pada pertemuan bersama beberapa pemimpin politik semalam, Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang merupakan Timbalan Baginda menzahirkan pandangan bahawa kemelut politik yang berlarutan tanpa titik noktah ini telah mengganggu gugat tadbir urus kerajaan ketika negara masih diancam pandemik COVID-19.

“Baginda berdua menegaskan bahawa semua kemelut dan kecelaruan politik ini telah memberi kesan negatif yang mendalam kepada ekonomi negara, di samping itu demi kemaslahatan dan keselamatan rakyat, mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 bukan satu pilihan yang terbaik pada ketika ini.

“Baginda berdua turut menzahirkan pandangan supaya Ahli-ahli Dewan Rakyat dapat bersatu hati berusaha mewujudkan perpaduan dan penyatuan semua parti-parti politik dengan memberi fokus kepada isu-isu semasa dan menjernihkan kembali kekusutan yang telah berlaku dengan kadar yang segera,” ujar beliau.

Sebelum mengakhiri sesi menghadap pada Selasa, Ahmad Fadil memaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda turut mengingatkan ketua-ketua dan wakil parti-parti politik utama supaya ahli Dewan Rakyat yang menang seharusnya menghulurkan tangan untuk bekerjasama dengan yang tidak berjaya dan semua pihak sepatutnya bersedia untuk bekerja dalam satu pasukan.

“Dalam erti kata lain, yang menang tidak menang semua manakala yang kalah pula tidak kalah semua.

“Seri Paduka Baginda juga menzahirkan harapan agar Ahli-ahli Dewan Rakyat yang lain akan turut diatur bagi sesi-sesi menghadap daripada semasa ke semasa,” katanya.

Antara perkara yang turut dinyatakan Seri Paduka Baginda pada sesi pertemuan semalam adalah seperti berikut:

• Sesiapapun juga yang dilantik menerajui kepimpinan Kerajaan Persekutuan hendaklah dipilih mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

• Rakyat tidak wajar dibebankan dengan kemelut politik yang tidak berkesudahan dan pada masa yang sama negara bergelut dengan isu kesihatan dan ekonomi akibat pandemik COVID-19.

• Kesepakatan dan kejujuran Ahli-ahli Dewan Rakyat sangat perlu bagi memastikan kemaslahatan dan keselamatan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

• Ahli-ahli Dewan Rakyat perlu mempamerkan solidariti dengan meneruskan ikhtiar, memberikan komitmen yang tinggi dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

• Majoriti ‘frontliners’ berada dalam keletihan kerana berhadapan ribuan pesakit COVID-19 baharu setiap hari. Bahkan, fasiliti-fasiliti kesihatan negara juga berada pada situasi yang membimbangkan.

• Perancangan di bawah dasar sedia ada seperti pelaksanaan projek pembangunan, program menangani pandemik COVID-19, termasuk program vaksinasi untuk mencapai imuniti kelompok, dan program pemulihan negara perlu dikekalkan. – Awani

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/18/pm-terpilih-menerusi-sd-perlu-kemuka-usul-undi-percaya-di-parlimen-agong/feed/ 0 4829