Isteri Ketua Menteri – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 09 Jun 2026 07:28:50 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Isteri Ketua Menteri – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Isteri Ketua Menteri santuni golongan memerlukan melalui Ziarah Amal MUTIARA GRS https://sabahmedia.com/2026/06/09/isteri-ketua-menteri-santuni-golongan-memerlukan-melalui-ziarah-amal-mutiara-grs/ https://sabahmedia.com/2026/06/09/isteri-ketua-menteri-santuni-golongan-memerlukan-melalui-ziarah-amal-mutiara-grs/#respond Tue, 09 Jun 2026 07:25:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97950
Read Time:2 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag yang juga Yang Dipertua MUTIARA GRS, mengetuai Program Ziarah Amal MUTIARA GRS ke tiga pusat kebajikan dan komuniti di sekitar ibu negeri sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan memerlukan serta individu berkeperluan khas.

Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag menyantuni kanak-kanak kurang upaya semasa Program Ziarah Amal MUTIARA GRS ke Pusat Autisme Sabah dan Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya Sembulan pada Selasa.

Program anjuran Biro Kebajikan MUTIARA GRS itu melibatkan lawatan ke Pusat Autisme Sabah dan Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya di Sembulan, Malaysian Children’s Hospice Kota Kinabalu (MCH KK) di Taman Bunga Raya serta Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah (PSKS) di Taman Kingfisher.

Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag menyerahkan sumbangan MUTIARA GRS dan Yayasan Azam Jaya kepada wakil Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah (PSKS) semasa Program Ziarah Amal MUTIARA GRS ke rumah amal itu pada Selasa.

Dalam lawatan tersebut, Juliah menyampaikan sumbangan berjumlah RM2,000 kepada setiap pusat yang dikunjungi, selain bantuan barangan dan peralatan yang ditaja oleh Yayasan Azam Jaya bagi menyokong usaha kebajikan dan perkhidmatan yang disediakan oleh institusi berkenaan.

Rombongan MUTIARA GRS memulakan lawatan di Pusat Autisme Sabah dan Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya sebelum meneruskan kunjungan ke MCH KK yang menyediakan penjagaan serta sokongan kepada kanak-kanak yang memerlukan rawatan paliatif.

Program itu kemudian diteruskan ke PSKS yang aktif membantu pesakit kanser dan keluarga mereka menerusi pelbagai program sokongan, termasuk penyediaan kemudahan rumah penginapan.

Menurut Juliah, program berkenaan mencerminkan komitmen berterusan MUTIARA GRS dalam menyantuni masyarakat tanpa mengira latar belakang, khususnya golongan yang memerlukan sokongan moral dan bantuan kebajikan.

Beliau berkata, selain menyampaikan sumbangan, lawatan itu turut memberi peluang kepada ahli-ahli MUTIARA GRS mendekati komuniti, memahami cabaran yang dihadapi oleh pengurusan pusat kebajikan serta menyemarakkan budaya kesukarelawanan dan nilai kasih sayang dalam masyarakat.

“Program seperti ini bukan sahaja bertujuan menghulurkan bantuan, tetapi juga menyampaikan mesej bahawa mereka tidak bersendirian dan sentiasa mendapat perhatian serta sokongan daripada masyarakat,” katanya.

Turut mengiringi lawatan itu ialah Naib Yang Dipertua I merangkap Pengerusi Biro Kebajikan MUTIARA GRS, Datin Seri Linda Ewit; Naib Yang Dipertua III merangkap Pengerusi Biro Agama, Datin Lenny Natasha Tun Musa; Setiausaha Kehormat, Datin Dg. Siti Noor Hayyat Ag Mohd Saufi; Penolong Setiausaha Kehormat, Datin Sri Asiah Udian; Penolong Bendahari Kehormat, Datin Doren Asiah Azlan @ Philip; Pengerusi Biro Rumah, Datin Noriah Pg Ahmad; Pengerusi Biro Pelita dan Seranta, Datin Ma Siew Tzu @ Rovianie; Pengarah Eksekutif Azam Jaya Group, Datuk Jessica Lo Vun Che serta Ahli MUTIARA GRS, Datin Litah Anita Philip.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/09/isteri-ketua-menteri-santuni-golongan-memerlukan-melalui-ziarah-amal-mutiara-grs/feed/ 0 97950
Isteri Ketua Menteri santuni pesakit Rumah Palliative Care Kota Kinabalu https://sabahmedia.com/2025/08/18/isteri-ketua-menteri-santuni-pesakit-rumah-palliative-care-kota-kinabalu/ https://sabahmedia.com/2025/08/18/isteri-ketua-menteri-santuni-pesakit-rumah-palliative-care-kota-kinabalu/#respond Mon, 18 Aug 2025 08:41:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79558
Read Time:24 Second

KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri Sabah merangkap Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Seri Juliah Salag, mengetuai rombongan MUTIARA GRS dalam lawatan amal ke Rumah Palliative Care Association of Kota Kinabalu, pada Isnin.

Dalam lawatan itu, Juliah bersama rombongan menyantuni pesakit selain menyampaikan pelbagai sumbangan termasuk bakul kelengkapan mandian.

Beliau turut menyerahkan replika cek sumbangan MUTIARA GRS kepada Rumah Palliative Care Association of Kota Kinabalu yang diterima Presidennya, Datuk Dr Jaswant Singh.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/18/isteri-ketua-menteri-santuni-pesakit-rumah-palliative-care-kota-kinabalu/feed/ 0 79558
Isteri Ketua Menteri Terima Kunjungan Hormat WAJA https://sabahmedia.com/2022/03/31/isteri-ketua-menteri-terima-kunjungan-hormat-waja/ https://sabahmedia.com/2022/03/31/isteri-ketua-menteri-terima-kunjungan-hormat-waja/#respond Thu, 31 Mar 2022 08:58:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13692
Read Time:30 Second

KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag menerima kunjungan hormat daripada Skuad Wanita Anti Jenayah (WAJA) di kediaman rasmi Ketua Menteri di Rumah Yayasan Sabah, di Kota Kinabalu pada Khamis.

Kunjungan hormat itu yang diketuai oleh Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Persekutuan, Dr Zurina Abdul Hamid bersama Penolong Pengarah Hal Ehwal Wanita Negeri Sabah Bahagian Operasi, Nabila Ismail.

Antara tujuan kunjungan hormat itu ialah untuk memperkenalkan Skuad Wanita Anti Jenayah (WAJA) kepada isteri Ketua Menteri dan peranan WAJA.

Dr. Zurina turut memberi taklimat ringkas mengenai program WAJA sepanjang tahun 2022 yang sedang dilaksanakan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/31/isteri-ketua-menteri-terima-kunjungan-hormat-waja/feed/ 0 13692